Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Haiz Melayu

Kenapa kadang2 saya tak sokong melayu

Jangan salah faham. Entri ini langsung tidak ada berbaur dengan politik, agama dan sebagainya.
Mungkin ada menyentuh perkataan kaum namun tidaklah serius sampai aku boleh dikeluarkan waran tangkap ISA macam si petra tu,

Sebelum anda membaca lebih lanjut tentang kenapa saya suka kaum lain berbanding Melayu, kita ikuti perjalanan hidup saya pada hari ini.

Hari ini, Jumaat bersamaan 24 April 2009, aku naik motor aku ke rumah di Gombak. Dari Uniten Kajang kalau nak ke Gombak, cara yang paling cepat adalh melalui MRR1.
Jadi, tepat pukul 4.30pm, enjin dihidupkan danaku pun menuju ke Lebuhraya Sg Besi.

Selepas 20 minit mengebaskan punggung di atas skuterku, sampailah zon Cheras. Simpang Taman Shamelin dan Pusat Bandaraya dikiri, dan Gombak dikanan. Elok2 saje aku masuk kanan, hujan turun mencurah-curah. Macamlah aku dah setahun
tak mandi. Dalam hujan tu faham2 sajalah, jalan memang xterang. Habis helmet aku dikaburi titisan2 hujan. Kalau titisan2 kasih xpelah jugak mungkin boleh buat bercinta. Eh merepek.

Tengah2 layan sejuk, tiba2 ada kereta nak tukar lane kat depan. Jarak dengan aku dalam 3 meter. Maka apa yang terjadi, aku brek motor aku dan ia terhoyong hayang ke kanan dan ke kiri seperti menari lenggang kangkung. Motor pun pandai berjoget, pelik betul dunia sekarang.

Nasib baiklah kereta depan tu tak jadi nak tukar lane memandangkan keadaan motor aku macam tu. Kalau tak mesti jem jalan tu tadi sebab ade eksiden.
Kira baguslah pemandu kereta depan tadi tu. Kalau akulah yang dalam kereta tu, mesti dah kenyang mulut aku memaki hamun orang yang bawak motor macam tu. kononnya nak tunjuk hebatlah, padahal tayar aku xstabil

jadi, apa masalahnya?
Tayar aku botak, mustahil! Sebabnya aku baru aje tukar tayar baru. Bunga semua 100% perfect. tapi bila imbas2 balik 2-3 hari lepas, aku ada cuba goyang2kan tayar belakang. Macam longgar.
Siapa yang buat longgar? Jawapannya: pomen Melayu workshop dekat dengan Kak Long Paradise berdekatan UIA Gombak
Sebabnya, kat situlah aku tukar tayar motor aku dan berdasarkan pemerhatian dan hipotesis dan keputusan yang aku perolehi hari ini, dia tak reti bukak dan pasang balik tayar skuter Naza.

Memang betul, berpeluh2 aku tengok dia buat hari tu walaupun muka dia menunjukkan dia mamai2. Mungkin baru lepas isap gam.
Cerita di atas mungkin dah menjawab pertanyaan anda mengapa aku lebih suka pomen cina.

Antara kelebihan pomen cina:
1. Boleh runding harga
2. Kalau dia xreti buat, dia bagitau
3. Beradab sopan
4. Workshop mereka bukanlah tempat lepak mat2 rempit
5. Buat kerja bersungguh2

Keburukan pomen Melayu:
-Semua yang bertentangan di atas. Kalau aku eksiden tadi siapa nak tanggung?mak kau?kawan2 rempit kau? Sedarlah anak bangsaku. Buatlah kerja betul2

Dah puas aku mencaci disini. Baik aku sambung perjalanan.

*gambar jaket kesayangan yang basah di McD Hentian LRT Putra


nota kaki: Entri ini habis ditulis pada hari Jumaat jam 6.12pm 24 April 2009






5 comments

April 27, 2009 2:27 AM

huwaaa sempat lagi berjoget atas motor.. lol.. seb baik x accident

April 27, 2009 2:30 AM

moto bjoget la eju bukan i yg bjoget

April 27, 2009 5:39 AM

i agree wif u
cina bsungguh2 wat bisnes
melayu ego je lebih + nk ikut pale dia je
hehe pernah keje dgn cina kedai buku
mmg nmpak la camne cina wat bisnes

April 27, 2009 10:16 PM

btol2 contohnye tadi i g wshop lagi, mlayu xnak bisnes..cinee gak yg nak bisnes i bg tadi haiz

April 1, 2011 8:44 AM

lain benor lah cara penulisan ko dulu2.. hehehehe.. comel jer bebel2.. skarang dah 'Man' kemain dah.. hehehe... suke pulak saye blajar dari blogger yg dah lame2 nih :)

Post a Comment

Komen yang nak diletakkan lepas 14 hari selepas entri tu diterbitkan, akan diletakkan dalam mod pengesahan terlebih dahulu untuk mengelakkan spamming