Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Duit Raya &Maaf



Haha isu kali ini adalah berkaitan dengan 2 benda yang paling popular bila Hari Raya Aidilfitri menjelang. Tak kiralah tua ke mude ke semua mesti pernah atau mungkin akan terlibat dengan 2 benda ni. Sebelum isu ini dikupas menggunakan pisau, merepek ape pagi2 ni..terlebih dahulu saye ucapkan takziah kepada mereka yang telah meninggalkan kita.
Perbezaan
OK. Memule, mari kita lihat perbezaan antara duit raya dan kemaafan di pagi raye. Duit raye lazimnya dikutip oleh bebudak kecik yang berumur 3taun sampaila yang dah tingkatan pon ade. Mereka ni adanya berpotensi utnuk menjadi pengutip utang atau lebih dikenali dengan ALONG ataupun ceti (sekadar gurauan). Sebaliknya, kemaafan tu biasanya dipinta oleh mereka yang lebih dewasa. Yelah, budak kecik apela yang die tau kalau die buat maaf pon.

Perbezaan kedua, orang menangis bila bermaafan manakala kanak2 bertangisan bila xdapat duit raya (pengalaman penulis)

Perbezaan ketiga, duit raya boleh guna untuk beli Ding Dang, Tora, Jojo dan segala jenis permainan bodoh beserta coklat dalam kotak tu. Padahal permainan tu xseronok pun. Sebaliknya, kemaafan xleh guna untuk beli hatta sebiji gula-gula hacks pun

Perbezaan keempat, duit raya biasanya diletakkan dalam sampul hijau ataupun sampul2 berwarna lain yang biasanya dibeli di MYDIN pada harga rm1.20 sepaket ataun yang diperolehi secara percuma daripada Bank2 ataupun syarikat. Kemaafan pula bolehlah disimpan dalam hati saje

Perbezaan kelima, duit raya orang xbagi musim lain manakala kemaafan tu bila2 je boleh bagi. Orang kita je saje ngade2 nak bersedih di pagi kemuliaan.

Persamaan mereka

kemaafan dan duit raya dua2 boleh hilang selepas raya. Budak2 di'pow' oleh mak mengatakan nak simpan duit dalam 'bank' dan kemaafan plak dilupekan pabila kesilapan sama diulang2. Standard orang kitalah kan?

Dan terakhir, duit raya dan kemaafan xboleh diminta pada mereka yang sudah tiada.

Got my message?






2 comments

September 29, 2009 2:17 AM

assalamu'alaikum

bOleh x buat pOst pasal kueh raya dan kueh tak raya? kenapa orang selalunya pesan bawa balik kueh raya banyak2 tapi x pernah pesan bawa balik kueh tak raya dari kampOng? n_n

September 29, 2009 11:48 PM

got ur msg

Post a Comment

Komen yang nak diletakkan lepas 14 hari selepas entri tu diterbitkan, akan diletakkan dalam mod pengesahan terlebih dahulu untuk mengelakkan spamming