Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MERDEKA- Hebatnya Melayu sekarang

Entri kali ini adalah dalam Bahasa Malaysia skema kerana menghormati Hari Kebangsaan 31 OGOS.


Sekarang jam menunjukkan 12.04am dan mata aku masih mengantuk. Maknanya sekarang ni sudah 1 September 2009! Maka kalau hendak mengucapkan selamat Hari Kebangsaan pun sudah rasa semacam. Tetapi, tidak haram pun! Maka, SELAMAT HARI KEBANGSAAN KE-52!


Baiklah, malam ini saya tidak berniat untuk membuat teks bacaan sejarah lebih-lebih lagi kepada mereka yang memang semenjak dari sekolah dahulu, memang sifatnya bencikan fakta dan teks bacaan yang meleret-leret seperti subjek sejarah. Er, saya bukan dalam golongan kufur nikmat seperti itu ya!


Mengimbas kembali perjuangan pahlawan di zaman dahulu seperti Tok Janggut yang dibantu oleh sanak saudara dan ahli keluarga mereka dalam perjuangan menentang penjajah Inggeris. Namun begitu, rakyat Malaysia kita baru-baru ini tidak kurang hebatnya berbanding pahlawan zaman dahulu. Orang kita pada zaman ini, boleh membuat 'peperangan' di atas jalan raya, di Jalan Tunku Abdul Rahman sehinggakan peniaga menanggung kerugian jutaan ringgit. Yang hebatnya, sanggup mereka bawa anak-anak yang dibawah umur dalam kegiatan 'hebat' tersebut.


Inilah fenomena yang berlaku di negara kita wahai saudara sekalian. Ingatlah bahawa anak-anak adalah anugerah Tuhan. Hendaklah kita menjaga mereka sebaik-baiknya dan janganlah kita libatkan mereka dalam kancah politik kita. Kalau kita benci ISA sekalipun, janganlah jadikan anak-anak kita pesalah juvana dengan alasan ISA tidak adil.


Jadi mesej saya untuk kali ini, rakyat Malaysia memang 'HEBAT'!








5 comments

September 3, 2009 2:33 AM

to be honest, aku xsetuju..
rugi coz polis yg wat kacau..kalau dorg bia je sume jalan scr aman, xde kot nak jadi kecoh n huru-hara kL tym tuh..peniaga pon jual fud laku kot sbb ramai org..
tp xpela..sume org ade pendapat masing2..kite demokratik..huhu~~

September 3, 2009 9:40 PM

happy merdeka!! well...dalam kebizian untuk bersedia for trial...its good to be here and read ur post

September 5, 2009 3:38 AM

peniaga food?mmgla mereka xrugi JUTA2..peniaga SOGO, kedai tekstil..

polis wat kacau?ehem..polis ke yang baling cocktail molotov tuh?

October 29, 2009 8:39 PM

ala sme je ble polis sembur sne, sembur cnie..setakat sogo, hari2 laen pon dorg byk untung kot..setakat sehari nk kcoh lbey..

October 29, 2009 10:42 PM

aiseh ko, mende lak hari2 dpt untung..aku rase ko taw r gak selok belok bisnes ni.. bukannye ari2 public holiday oii..kadang org dtg tgk2 je...
mmg ko nampak tokey sogokaye..abes org yg bukak kedai2 kt dlm tu?

Post a Comment

Komen yang nak diletakkan lepas 14 hari selepas entri tu diterbitkan, akan diletakkan dalam mod pengesahan terlebih dahulu untuk mengelakkan spamming