Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Adik?

Kat sini ade satu cerita yang bakal membuatkan korang sedar betapa untungnya korang yang masih ada mak bapak tu.Ini kisah benar dan bukan rekaan.


Jumaat 13 November 2009
2.15 PM 
Aku melangkah masuk ke dalam Pusat Perlindungan Kanak-kanak Sultan Abdul Aziz, Kuala Kangsar Perak. Memang itu pertama kali aku melangkah masuk ke pusat anak-anak yatim dan tak pernah pun terfikir untuk jejakkan kaki ke situ. So, ikut ajelah program ni..jaga multimedia je pun.

2.20 PM
Mendengar taklimat daripada wakil pusat. Gila bosan sampai dah terkeluar sifat mazmumah aku yang suke jawab "TAK ADEEE" secara kuat-kuat apabila diajukan soalan: Ada apa-apa soalan sebelum kita mulakan aktiviti?

2.22PM 
Aku pergi ke surau/bilik sakit untuk jamakkan zohor ngan asar. Nampak sangat aku tak sembahyang Jumaat tadi. Tapi takpelah, darurat. Kami kan musafir

2.30 PM
Aku keluar dari surau dan dah banyak kanak-kanak dalam lingkungan 2-12 tahun dah berkumpul disitu. Aku ingatkan kanak-kanak tu bolehlah ikut arahan sangat tapi yelah, budak-budak. Manalah die tau sangat ikut arahan. Berlari-lari tu biasa la. Bising tak hengat dunia punya tapi diorang sangat comel. Sedang aku berjalan-jalan tiba-tiba ada suatu entiti muncul dari sebalik tiang mengintai aku. Aku pun mengucapkan 'hai' kepada dia. Dia hanya senyum. Aku menuju ke laptop.

2.32 PM
Pegawai Kebajikan: "Baiklah anak-anak semua, hari ini kita akan buat aktiviti, jadi kamu semua bolehlah pilih mana-mana abang ataupun kakak-kakak yang kamu suka."

Aku yang sedang membetulkan wayar LCD dipeluk di bahagian peha. 4 tangan di peha dan sepasang di pergelangan tangan. "Ah sudah budak-budak ni. Aku bukan fasi la oi" kataku dalam hati.

"Adik, abang tak bolehla..cuba pergi kat abang tu. Haa tu kakak tu cantik2 semuanya"

Tiga-tiga kepala menggeleng. Terpaksalah aku tinggalkan semua kerja kat Ganu aka Syakir.






2.35 PM
Chicken Dance ataupun nama lain yang aku bagi, The Gedik2 Dance. Boboy nampaknya macam malu-malu nak menari tapi aku galakkan dia. Biasalah budak-budak. Kalau diajar tahulah dia. Masing-masing tergelak lebar. Ketiga-tiganya dapat jadi superman sekejap lepas menari. Akulah yang penat menangkatnya.


Masa yang tak diingat (PM)
Kami baru sahaja lepas aktiviti mewarna. Sekarang ativiti bercerita berlangsung dan aku kembali ke laptop membuat apa yang patut. Terasa ada yang memerhati bila di belakang aku tiba-tiba sahaja ada Boboy, Hafiz dan Saiful.

"Abang~ nak fail oren macam diorang dapat tuu".
Fail dah habis. Yang dapat tu pun sebab mereka tak dapat buku mewarna. "Err. dah abisla..tak ada"
"Alaa~ nak jugak..nak jugak. Diorang dapat~~"
Sumpah aku sedih gila time ni. Nak bantu tapi tak dapat. Terpaksa guna taktik kotor.
"Nak coklat tak?Kalau nak nanti abang bagi tapi fail tak ada tau...Sedaaap coklat nii"
Semua geleng kepala. Cis tak berjaya.
Peratusan kekasihanan aku dah 80%. Aku duduk, samakan tinggi dengan diorang semasa berdiri. "Boboy, Hafiz, Saiful, fail dah habis. Nanti abang bagi lagi coklat ye?Kalau kamu jadi baik nanti abang bagi coklat lagi"
"OK!"

Sejam sebelum habis program

Boboy: Abang, abang balik hari ni kan?
Aku: Ye, kenapa?
Boboy: Nanti abang telefon la boboy. Nanti boboy rindu
Aku: Alamak abang mana ada telefon. Nanti bila-bila abang datang lagi ye?
Boboy:  *Diam*

"Sorry boboy. Abang bukan nak lupakan boboy tapi abang tak nak bagi boboy mengharap sangat. Nanti abang nak pergi New Zealand. Lambat lagi baru abang balik. Abang janji 4tahun lagi abang datang OK?" kataku dalam hati.

15minit selepas itu

45 minit sebelum aktiviti tamat, aku bertanya kepada boboy dan hafiz yang sedang duduk atas peha aku. Krem oi:


Aku: Boboy, kan tadi banyak abang-abang dengan kakak-kakak. Kenapa pilih abang?
Boboy: Sebab.......sebab........errr........
Aku: Sebab apa~........bagitau je abang tak marah
Boboy: Er.....sebab abang hensem. *Senyum*

Aku pandang Aifa kalau-kalau dia dengar perbualan kami. Ternyata dia mendengar. Aku tersengih lebar macam dapat bini hahahah.

0 Minit sebelum bertolak pulang

Aku sempat memeluk dan bersalaman dengan adik-adikku. Cuma masa naik bas sahaja mereka tiba-tiba menghilangkan diri. Mana diorang? Aku tak tau.


"Boboy, Hafiz, abang akan datang balik suatu hari nanti"



Nota kaki: Pusat Perlindungan Kanak-Kanak Sultan Abdul Aziz Kuala Kangsar Perak adalah satu antara empat pusat yang lain yang menempatkan kanak-kanak yang terbiar tanpa ibu-bapa, mangsa dera fizikal dan seksual dan juga kanak-kanak yang dibawah perintah mahkamah.
Tel  : 05-7761173
Fax : 05-7761173






45 comments

November 15, 2009 3:41 AM

abg asfan , i'm touched .

November 15, 2009 4:14 AM

Thanks =). Memang tujuan asal post ni pon

November 15, 2009 4:38 AM

second that. swit sangat... (:

November 15, 2009 4:42 AM

aiyayayay pape je lah huhu

November 15, 2009 5:01 AM

ya ampun..comel je budak2 tu. ehh i tk penah pegi sini. i ingat next sem nk buat proposal,ajak satu kelas i pegi sini.. eh arc,u punya entry semua best2 dan menyentuh perasaan semua orang. thumbs up! ;')

November 15, 2009 5:44 AM

tp kan kalo u'all pasan gmba2ni xleh closeup punye sbb diorg ni protected bawah perintah mahkamah. So..xlehla nak tunjuk berape kiut itu boboy =)

entry?hehe thnx qis..nnti i try upgrade lg

November 15, 2009 7:51 AM

ala sweetnya..
nnt nak oegi ajak aku k!!

November 15, 2009 12:00 PM

mmg x sangka 3 org yg pilih asfan...asfan ni hOt temper dgn org x kanak2 je kOt? *-* =P,hehe...

* Allah benar2 ingin mengajar kita erti sabar dan syukur kat rumah kanak2 tu =]

November 15, 2009 12:38 PM

ABI!!Nanti aku ajak ko weh....

SF, hahah aku hot temper ngan makhluk2 yg da ade otak tp xbape reti nak gune..bbudak ni mumaiyiz pon blom

November 15, 2009 7:23 PM

abg asfan!! this piece is so touching lah! it means a lot to everyone.. :)

November 15, 2009 9:20 PM

touching tangan menaip, touching lagi hati memikul =P

November 16, 2009 12:30 AM

terbaek!!
hehehe..

November 16, 2009 1:00 AM

Ha'ah takpe. Walaupun I tak nampak muka bebudak tu,tapi confirm comel nye kan. Ahaaa,bagus la lelaki berperasaan sebegini. bertuah siapa dapat anda. xP

November 16, 2009 1:09 AM

hmm memang comel tp ade yg muke distorted kesan dera
muka koyak, bahagian bibir dan hidung
kesan badan terbakar
kesan puntung rokok

boleh bayangkan x perasaan kitorg kt sane?sangat2 kesiannn~

p/s: bertuah eh?tu r dlu i ngorat u u xnak =P

November 16, 2009 1:07 PM

ouh..tersentuh...pestime singgah..nice blog..

i klik ur nuffnang..mister potato ;)

November 17, 2009 1:11 AM

clicked urs back apple

thnx 4 d compliment.I'm flattered

November 19, 2009 7:20 AM

sdey la bro

November 19, 2009 8:35 AM

mmg sdey la wey....post ni bukan kategori jokes pon..kalo x mestilah die lawak hahahhaha

November 21, 2009 12:36 PM

mmg tersentuh jiwa remajaku.. huhu.. rupenye baik gak ko ni asfan...

December 1, 2009 10:35 PM

sedih la ngn bdk2 kna abuse ni T.T ,,if i were at ur place that time, blom lg msuk tmpt tu mmg da lma leleh air mata,, p/s:td tgk2 kat networkblog kat fb,patu teperasan lak entry ni,,

December 2, 2009 3:26 PM

fawa
aku memang baikla wey...zaman bile lak ak jahat?hahaha

Nana
hish xdela lom masok tempat tu lg dah leleh air mata. sebenanye tu program popcorn je..pop3 tros g lawat...so xtau sgt sal tmpt tu
silala browse lg kat networkedblogs tu hehe

January 7, 2010 4:12 PM

bagus ni menziarah....

Thanks My Followers

Dengar le Muzik

January 7, 2010 4:12 PM

Perghh...touching..touching..bro..hampir2 menitis airmata gua..huhuhuhu

January 7, 2010 7:11 PM

aku hanya mampu senyum je. :)

January 8, 2010 1:50 AM

bagus tu memang~thnx sharinginfoz. aku dah bace post ko pg td cume bile aku comment, ttibe page jem..berat!!

Jai aka Capitan
Gaga tu pon nak nangis

CN
hehehe senyum je?taknak ngorat skali?

January 8, 2010 5:42 AM

kalau abg zack pegi, mesti diorg akan pelok abg zack. diorg kata "abg zack ensem gile!"

January 8, 2010 12:17 PM

Malangnya zack, itu tak terjadi bhahahhaha

January 8, 2010 12:37 PM

siannye bdk2 tu..huhuhu

January 8, 2010 6:29 PM

kesian bdk2 kat ci2
mgkin kita x setabah diorg

January 9, 2010 2:47 AM

wah memang terserlah a bakat kebapaan bro..heh apapun memang touching.. saya takde bapa..so bleh paham a camna diorang rasa.. ^_^ good job, good bro!

January 9, 2010 2:58 AM

alamak ttibe aku rase kesian ngan ko...thnx dan slmt dtg!!

January 9, 2010 3:05 AM

takde pe a..lgpn dah lama dh ^_^

January 9, 2010 3:18 AM

ohh bagusla camtu

January 9, 2010 4:52 AM

hurm...sedih arr!!

January 9, 2010 4:57 AM

alolololo

Anonymous
January 26, 2010 6:06 AM

The information here is great. I will invite my friends here.

Thanks

May 4, 2010 11:35 PM

tak terkomen aku..tiba2 teringat adek2 aku dekat rumah..

May 4, 2010 11:42 PM

sedih budak tu..): aku tau rasa rindu dia tuu. sebab tu tu aku sedih. T_T

May 5, 2010 4:14 AM

uhuksss taouching plak =(

May 5, 2010 10:30 AM

semua touching. aku lagi ar

March 19, 2011 3:31 AM

=)

April 13, 2011 1:19 AM

weh, sebak aku baca..sedihnya.ni baru baca jek kalo ak sdri yg pergi tmpt tu konpem berambu dh aku.dh ler ak ni emosional sket.huhu.

April 13, 2011 1:21 AM

Lulus. boleh jadi bapak.

April 13, 2011 11:46 PM

(T_T) ~
tersentuhnye rasa..
hm~ nanti p carik dorg balik kim salam k.

April 16, 2011 1:34 PM

Terharu + sedih, waa tak sangka kau yang garang baik ngan budak2..hohoho

Post a Comment

Komen yang nak diletakkan lepas 14 hari selepas entri tu diterbitkan, akan diletakkan dalam mod pengesahan terlebih dahulu untuk mengelakkan spamming