Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Parasit!Kutukah aku?

Maaf, "Hole with hole pole with pole" terpaksa ditangguhkan.

Setelah sehari berlalu selepas kejadian tersebut, aku merasakan diri aku bagaikan parasit yang duduk di atas kepala hotak manusia yakni ktu. Merayau dan mengisap darah ikut sesuka suki beliau. Memang dah jadi lumrah hidup aku lepas habis belajar SPm, kerja. Lepas habis Matrik Melaka Londang, kerja. Lepas habis UNITEN? Jadi parasit. Masih tiada idea bagaimana aku nak mengisi kecutian ini.

Eh lupa, gua ni kutu bukan kutu sembarangan macam mat dadah mat ganja lepak main gitar kat tepi tembok Ulu Banat sane tu.



Sebelum fikiran pembaca saye yg kacak-kacak dan hensem2 ni menerawang jauh ke laman sesawang lain, biarlah saye cterkan sikit sejarah hidup lepas SPM.

Lepas seminggu abes SPM: Kerja concierge desk kat KL
Lepas kerja: Masok Matrik Melaka Londang
Lepas KMM: Kerja concierge desk
Lepas kerja: Masuk UNITEn
Lepas Uniten: Jadi kutu

Tapi saya kutu bukan sebarang kutu. Bukan kutu seperti gambar2 di atas yang suka meminta-minta kat mak bapak mereka duit untuk pergi menonton wayang bersama awek mereka. Haktuih la woi, spender pon mak ayah belikan bole lak pegi usung anak dara orang kehulu kehilir dengan moto (yang juga dibeli hasil merengek bawah ketiak mak ayah) macamlah korang dah bayar deposit dekat mak bapak awek tu?

Saye juga bukanlah jenis kutu yang melepak di tepi tembok mahupun di persimpangan jalan yang gemar amat perangainya men'suit-suit' awek-awek kilang yang baru balik bekerja. Apasal nak suit2? Xrasa macam tikus ke?aku rasa tikus pun takmau buat macam tu. Cacat sungguh.

Lagipun, kutu yang sedang menaip blog ni SPM bole la kire bagus (walaupun hampaih sebenanye) dan ada Sijil 2 oi kalau nak dibandingkan ngan kutu kat luar sana tu MUHAHA! 
Sijil KMM+ Sijil Persediaan Foundation of Engineering UNITEN 


Untuk pembaca, kutu educated ni tengah cari kerja. manala nak cari duit NZD435 untuk bayar duit deposit kat NZ nanti. Kalau sesiapa perlukan khidmat tuisyen kawasan sekitar Gombak,Ampang, Selayang, dan sewaktu dengannya bolehlah tawarkan pekerjaan tersebut dekat facebook saya. Boleh-bolehnya takmau mintak kat mak ayah.






3 comments

November 25, 2009 1:39 AM

Bang, tuisyen apa bang?

November 25, 2009 6:04 PM

science subject dik~

November 30, 2009 3:25 AM

kutu...haha~
budak2 skang ni aku x tau le nak ckp cam ner...
kecik2 da pandai kuar g mall...

neway, nape ngan lukisan xan?
comel je aku nengok...?

Post a Comment

Komen yang nak diletakkan lepas 14 hari selepas entri tu diterbitkan, akan diletakkan dalam mod pengesahan terlebih dahulu untuk mengelakkan spamming