Ampun tuanku beribu-ribu ampun
Sembah patik harap diampun
Adapun datangnya patik yang pacal hina lagi dina ini
Adalah untuk merafak sembah mengadu hati.
Ampun tuanku beribu-ribu ampun
Patik yakin sebagai Raja Muda Kedah tuanku sudah sedia maklum
Bahkan tuanku sendiri melihat dengan sendirinya
Betapa maruah kita tercalar dan terus dicalarkan
Semuanya kerana mereka ini bodoh, tuanku.
Ampun beribu ampun atas kekasaran bahasa patik
Patik terasa terkilan atas saudara sekaum patik sendiri
Walaupun mereka di Utara dan patik di Barat
Namun itu tidak menghalang patik dari bermuram durja
Hanya kerana bola sepak mereka bertumbuk
Kerna bola mereka merempuh pertahanan stadium
Kerna bola sepak mereka membakar
Kerna bola sepak mereka meletup
Kerna bola sepak mereka membaling, lalu ditangkap.
Sebelum ini pun sudah berlaku perkara seperti ini
Oleh penyokong mana tidaklah hamba mahu menyebutnya
Tetapi perbuatan amuk bola di negara ini tampaknya
Semakin berleluasa?
Ampun tuanku
Manusia melayu ini kebanyakannya sombong yang tinggi
Ditambah pula dengan bodoh yang juga tinggi
Mengamuk sajalah kerja mereka
Tak mahu mengaku kalah!!
Patik sungguh berasa hairan
Dalam arena pendidikan dan pekerjaan tidaklah pula dipraktikkan?
Di stadium bola pula mereka buat
Mungkin kalau piala berjaya dijulang
Mereka akan ada topik di kedai kopi
Mungkin juga di Kopitiam kalau poketnya besar sedikit
Berborak selama lapan keturunan
Atas kejayaan dan juga pergaduhan
Itu dia
Melayu kita.
Ampun tuanku beribu-ribu ampun
Eloklah kiranya patik mengundur diri
Diharapkan rakyat negara ini
Akan terus aman dan makmur dan tidak berbalah bodoh lagi.
Ampun tuanku.
Moralnya:
- Jangan jadi bangang bergaduh pasal bola. Orang lain bertepuk tangan tengok, tau?
- Jangan beli Broadband Celcom esp kat Giant Batu Caves. Dealer kuang hajar, customer service pun kurang hajar




7 comments
deh.ak org kdh trase malu la.
wat perangai srupa org xde otak.
igtkn pnyokong kelantan je camtu.
skali org kedah pun perangai mcm terencat akal gak ke.
duh..
visit2 blog bru aku weh.cari identiti jap.haha~
betul3x..ntah ape2 je..mcm la bagus sgt nk gadoh2 ni..kalau main taraf dunia k la jugak..
BPL yg femes tu pun xde gadoh2 mcm bola sepak kita..
tak faham mcm mana bola boleh wat org jadi gila.
p/s: x selesai lg ke mslh broadband ko..
org gile tgk bola gaduh... tak matang... menyampess
cik nurulain
bolela connect tp mcm syial la berukband ni
slow tahap babek
Semua yang lain
orang kita ni dahla gila bodoh pulak tu
tula..bertuhankan hiburan...nila jadiknye
cacat akal, semua ada
memalukan orang msia je weh... keenegerian sangat...
duduk 1 malaysia, tapi...
aku kecewa sengan msia ni... dengan pilitiknya lagi, rakyat nya lagi..
dahla wat malu, membazir lagi, tak pasal-pasal stadium rosak. habis duit nak betulkan lak nanti.
Post a Comment
Komen yang nak diletakkan lepas 14 hari selepas entri tu diterbitkan, akan diletakkan dalam mod pengesahan terlebih dahulu untuk mengelakkan spamming