Nak dijadikan cerita, lepas interview singgahlah kejap di Tesco Shah Alam then berpusing2lah saye mencari tempat parking moto. Sekali pusing xjumpa..ingatkan parking moto xwujud..almaklumlah orang di seksyen 13 sane2 tu semuanya kaya..kenapa nak letak parking motor kan?Lainlah kalau sume orang pakai Aprillia Ninja.
Pusingan kedua barulah jumpa. Patutlah xjumpa mula2 tadi..rupanya terselindung di sebalik kereta. Haktuihhh...x ade sivik betol la pemilik kereta tu. Xreti baca ke memang buta huruf xtau itu tempat letak motor. Taulah kereta tu kenderaan bermotor, tapi itu tempat motosikal!!bukan keretasikal!!ngek sungguh
Nak kata buta huruf pun xbolelah sebab ada lesen (mungkin). Mana mungkin dapat lesen kalau buta huruf?
Haa pembaca sekalian sila lihat gambar di atas..kiri tu motor saya yang kacak. Di kanan pulak tengoklah puas2 nombor plat tu. Mungkin sedara2 anda yang punya. Nasiblah..ada aku kisah?





