Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tudung Hanyalah Kain Edisi Superwoman

Entri ini dibikin untuk menambahkan dosa akibat mencaci di samping memberi input. Sila jauhi blog ini sekarang juge

Kembali lagi kita dalam topik yang sama iaitu Tudung Hanyalah Kain versi DUA!! Memandangkan isu SATU mendapat sambutan yang hangat daripada pembaca maka dengan ini saya sertakan edisi terakhir episod ini. dalam tajuk.....


SUPERWOMAN!!!!

Bro, apala kaitan dengan tudung dengan superwoman mahupun superman?Tahukah anda bahawa Superman itu kenapa kadang-kadang bila dilihat boleh menaikkan nafsu syahwat kaum wanita yang Sindrom Kurang Daya Tahan Nafsu?

Sebabnya beliau pakai spender di luar seluar, dimana, dalam masyarakat kita yang so-called sopan sekarang ni,dianggap kureng la ataupun bak kate orang putih, obscene. Aku tengok gambar di atas ni pon dah tak tahan oi.Geli mattt.

Walau bagaimanapun, obscenity ini tidaklah dilihat pada superwoman kerana merujuk pada gambar di bawah,
Beliau adalah seorang perempuan dan secara logiknya, memanglah kurang sopan beliau pakai spender di luar namun begitu tidak seperti superman, tiada apa yang kelihatan obscene disitu. Anda paham2lah part yang mana. Tapi superwoman yang baru pakai skirt sebenarnya. Tak apelah, mari kita fokuskan kepada groin part sahaja.Tiada yang menyakitkan mata di groin superwoman kan?

Jika superman yang memakai seluar dalam itu dikira pelik, dan memang pelik pun. Ini bermakna seseorang yang memakai seluar dalam setelah memakai seluar juga dianggap pelik, betul? Ibarat juga seperti seseorang yang memakai stokin di luar kasut. Betul?


dan juga ibarat memakai bra di luar baju. BETUL!!

Betul tengkorak hang! Apa punya huduh la pakai macamtu.Nah ambik sepotong ayat Al-Qur'an


يَا أَيُّهَا النَّبِيُّ قُل لِّأَزْوَاجِكَ وَبَنَاتِكَ وَنِسَاء الْمُؤْمِنِينَ يُدْنِينَ عَلَيْهِنَّ مِن جَلَابِيبِهِنَّ ذَلِكَ أَدْنَى أَن يُعْرَفْنَ فَلَا يُؤْذَيْنَ وَكَانَ اللَّهُ غَفُورًا رَّحِيمًا

"Wahai Nabi! Katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan wanita-wanita Mukmin: "Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka. Yang demikian itu lebih baik, supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, kerana itu mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Al-Ahzab: 59)
 

Sila la fahamkan ayat di atas ni betul-betul sebelum anda melenting kat saya. Saya fahamlah anda tu nak berfesyen kan? Lilit sana lilit sini lama-lama dah macam ninja dah gua tengok sebab rambut je bertutup bahagian leher ketat. Woi korang tak rase tercekik ke?Masalahnya sekarang bukanlah saya nak tunjuk pandai, nak tunjuk alim, saya juga manusia biasa yang hari-hari membuat dosa siang malam macam anda semua tapi terpulanglah penerimaan anda macamana ye tak?

Saya cukup peliklah dengan pemuda-pemudi kita zaman sekarang ni. Cantik ke pakai bra di luar baju (metafora)?Cantik ke?Saya tengok macam orang gila adalah. Tapi yang lagi bertambah peliknya, baju tersebut dibawa pula berlakon dalam filem yang kononnya lawak. Entahlah, sepanjang aku hidup dari kecik bolehlah dikira dengan jari berapa banyak lawak yang betul-betul menjadi.

Bukan beliau saja yang pakai macam tu, banyak lagi orang lain. Tapi memandangkan gambar dia yang senang diambil, maka letakla gambar dia. Aku rasa pakai macam tu serupa la tudung tu tak ade nilai bagi kau. Bak kata aku, Tudung Hanya Kain!!!

Tapi ini pakai tudung!! Ada jugak yang tudungnya stail Chipsmore!!
Tiada kaitan

Maksudnya disini, kejap pakai tudung, kejap tidak. Pakai tudung tapi kat blog kat fesbuk dll letak gmba xpakai tudung, letak gmba itu letak gmba ini, letak gmba peluk dengan lelaki bukan mahram

Nah tengoklah gambar siapa di bawah ni. Aku tak kenal pun perempuan sebelah mamat baju kuning tu. Korang kenal?



Sila spot superwoman Malaysia dalam poster ini

p/s: Saya tidak berniat mencaci/meng'attack' kaum wanita sahaja. Tapi apakan daya, takde pulak kaum lelaki yang pakai bra di luar baju

 






Parasit!Kutukah aku?

Maaf, "Hole with hole pole with pole" terpaksa ditangguhkan.

Setelah sehari berlalu selepas kejadian tersebut, aku merasakan diri aku bagaikan parasit yang duduk di atas kepala hotak manusia yakni ktu. Merayau dan mengisap darah ikut sesuka suki beliau. Memang dah jadi lumrah hidup aku lepas habis belajar SPm, kerja. Lepas habis Matrik Melaka Londang, kerja. Lepas habis UNITEN? Jadi parasit. Masih tiada idea bagaimana aku nak mengisi kecutian ini.

Eh lupa, gua ni kutu bukan kutu sembarangan macam mat dadah mat ganja lepak main gitar kat tepi tembok Ulu Banat sane tu.



Sebelum fikiran pembaca saye yg kacak-kacak dan hensem2 ni menerawang jauh ke laman sesawang lain, biarlah saye cterkan sikit sejarah hidup lepas SPM.

Lepas seminggu abes SPM: Kerja concierge desk kat KL
Lepas kerja: Masok Matrik Melaka Londang
Lepas KMM: Kerja concierge desk
Lepas kerja: Masuk UNITEn
Lepas Uniten: Jadi kutu

Tapi saya kutu bukan sebarang kutu. Bukan kutu seperti gambar2 di atas yang suka meminta-minta kat mak bapak mereka duit untuk pergi menonton wayang bersama awek mereka. Haktuih la woi, spender pon mak ayah belikan bole lak pegi usung anak dara orang kehulu kehilir dengan moto (yang juga dibeli hasil merengek bawah ketiak mak ayah) macamlah korang dah bayar deposit dekat mak bapak awek tu?

Saye juga bukanlah jenis kutu yang melepak di tepi tembok mahupun di persimpangan jalan yang gemar amat perangainya men'suit-suit' awek-awek kilang yang baru balik bekerja. Apasal nak suit2? Xrasa macam tikus ke?aku rasa tikus pun takmau buat macam tu. Cacat sungguh.

Lagipun, kutu yang sedang menaip blog ni SPM bole la kire bagus (walaupun hampaih sebenanye) dan ada Sijil 2 oi kalau nak dibandingkan ngan kutu kat luar sana tu MUHAHA! 
Sijil KMM+ Sijil Persediaan Foundation of Engineering UNITEN 


Untuk pembaca, kutu educated ni tengah cari kerja. manala nak cari duit NZD435 untuk bayar duit deposit kat NZ nanti. Kalau sesiapa perlukan khidmat tuisyen kawasan sekitar Gombak,Ampang, Selayang, dan sewaktu dengannya bolehlah tawarkan pekerjaan tersebut dekat facebook saya. Boleh-bolehnya takmau mintak kat mak ayah.






Zombies Itu Benar

Aku yakin korang mesti pernah tengok cerita zombies macam Dawn Of The Dead, 30 Days of Night, 28 Weeks Later, dan sebagainya. Zombie Kg Pisang pun bolehla. Betul tak? Betul. Xpe biar aku tolong jawabkan.



Pernah tak korang fikir? Benda-benda tu semuanya mungkin terjadi. Apa yang tak mungkin terjadik skarang ni?
Biasanya cerita zombies2 ni mesti bermula dengan limpahan sisa radioaktif yang menukarkan manusia menjadi zombies. Mereka ni kemudiannya akan memakan manusia sihat yang lain dan seterusnya menukar mereka menjadi zombie juga

Macam sistem MLM dan Piramid. Biarlah, bukan topik hari ni

Mengapa saya fikir benda2 tu mungkin?Bukak TV, tengok berita, bukak pintu, tengok alam sekeliling. Penyakit bersepah2! H1N1? H5N1? Selsema burung?Selsema vavi?

Mungkin akan wujud selsema tapir, selsema ikan. Tapi kalau ikan selsema memanglah patut sebab dia berendamm aje.Merepek.

Pointnya di sini, jagalah kesihatan anda. Jaga kebersihan dan dengan itu kita akan dapat hidup dengan aman dan sihat.
Apa kaitan dengan zombie tadi?
Terukla post kali ni. Boleh tolong bagi elok tak? c(:

p/s: Aku suka main Plants VS Zombies






Adik?

Kat sini ade satu cerita yang bakal membuatkan korang sedar betapa untungnya korang yang masih ada mak bapak tu.Ini kisah benar dan bukan rekaan.


Jumaat 13 November 2009
2.15 PM 
Aku melangkah masuk ke dalam Pusat Perlindungan Kanak-kanak Sultan Abdul Aziz, Kuala Kangsar Perak. Memang itu pertama kali aku melangkah masuk ke pusat anak-anak yatim dan tak pernah pun terfikir untuk jejakkan kaki ke situ. So, ikut ajelah program ni..jaga multimedia je pun.

2.20 PM
Mendengar taklimat daripada wakil pusat. Gila bosan sampai dah terkeluar sifat mazmumah aku yang suke jawab "TAK ADEEE" secara kuat-kuat apabila diajukan soalan: Ada apa-apa soalan sebelum kita mulakan aktiviti?

2.22PM 
Aku pergi ke surau/bilik sakit untuk jamakkan zohor ngan asar. Nampak sangat aku tak sembahyang Jumaat tadi. Tapi takpelah, darurat. Kami kan musafir

2.30 PM
Aku keluar dari surau dan dah banyak kanak-kanak dalam lingkungan 2-12 tahun dah berkumpul disitu. Aku ingatkan kanak-kanak tu bolehlah ikut arahan sangat tapi yelah, budak-budak. Manalah die tau sangat ikut arahan. Berlari-lari tu biasa la. Bising tak hengat dunia punya tapi diorang sangat comel. Sedang aku berjalan-jalan tiba-tiba ada suatu entiti muncul dari sebalik tiang mengintai aku. Aku pun mengucapkan 'hai' kepada dia. Dia hanya senyum. Aku menuju ke laptop.

2.32 PM
Pegawai Kebajikan: "Baiklah anak-anak semua, hari ini kita akan buat aktiviti, jadi kamu semua bolehlah pilih mana-mana abang ataupun kakak-kakak yang kamu suka."

Aku yang sedang membetulkan wayar LCD dipeluk di bahagian peha. 4 tangan di peha dan sepasang di pergelangan tangan. "Ah sudah budak-budak ni. Aku bukan fasi la oi" kataku dalam hati.

"Adik, abang tak bolehla..cuba pergi kat abang tu. Haa tu kakak tu cantik2 semuanya"

Tiga-tiga kepala menggeleng. Terpaksalah aku tinggalkan semua kerja kat Ganu aka Syakir.






2.35 PM
Chicken Dance ataupun nama lain yang aku bagi, The Gedik2 Dance. Boboy nampaknya macam malu-malu nak menari tapi aku galakkan dia. Biasalah budak-budak. Kalau diajar tahulah dia. Masing-masing tergelak lebar. Ketiga-tiganya dapat jadi superman sekejap lepas menari. Akulah yang penat menangkatnya.


Masa yang tak diingat (PM)
Kami baru sahaja lepas aktiviti mewarna. Sekarang ativiti bercerita berlangsung dan aku kembali ke laptop membuat apa yang patut. Terasa ada yang memerhati bila di belakang aku tiba-tiba sahaja ada Boboy, Hafiz dan Saiful.

"Abang~ nak fail oren macam diorang dapat tuu".
Fail dah habis. Yang dapat tu pun sebab mereka tak dapat buku mewarna. "Err. dah abisla..tak ada"
"Alaa~ nak jugak..nak jugak. Diorang dapat~~"
Sumpah aku sedih gila time ni. Nak bantu tapi tak dapat. Terpaksa guna taktik kotor.
"Nak coklat tak?Kalau nak nanti abang bagi tapi fail tak ada tau...Sedaaap coklat nii"
Semua geleng kepala. Cis tak berjaya.
Peratusan kekasihanan aku dah 80%. Aku duduk, samakan tinggi dengan diorang semasa berdiri. "Boboy, Hafiz, Saiful, fail dah habis. Nanti abang bagi lagi coklat ye?Kalau kamu jadi baik nanti abang bagi coklat lagi"
"OK!"

Sejam sebelum habis program

Boboy: Abang, abang balik hari ni kan?
Aku: Ye, kenapa?
Boboy: Nanti abang telefon la boboy. Nanti boboy rindu
Aku: Alamak abang mana ada telefon. Nanti bila-bila abang datang lagi ye?
Boboy:  *Diam*

"Sorry boboy. Abang bukan nak lupakan boboy tapi abang tak nak bagi boboy mengharap sangat. Nanti abang nak pergi New Zealand. Lambat lagi baru abang balik. Abang janji 4tahun lagi abang datang OK?" kataku dalam hati.

15minit selepas itu

45 minit sebelum aktiviti tamat, aku bertanya kepada boboy dan hafiz yang sedang duduk atas peha aku. Krem oi:


Aku: Boboy, kan tadi banyak abang-abang dengan kakak-kakak. Kenapa pilih abang?
Boboy: Sebab.......sebab........errr........
Aku: Sebab apa~........bagitau je abang tak marah
Boboy: Er.....sebab abang hensem. *Senyum*

Aku pandang Aifa kalau-kalau dia dengar perbualan kami. Ternyata dia mendengar. Aku tersengih lebar macam dapat bini hahahah.

0 Minit sebelum bertolak pulang

Aku sempat memeluk dan bersalaman dengan adik-adikku. Cuma masa naik bas sahaja mereka tiba-tiba menghilangkan diri. Mana diorang? Aku tak tau.


"Boboy, Hafiz, abang akan datang balik suatu hari nanti"



Nota kaki: Pusat Perlindungan Kanak-Kanak Sultan Abdul Aziz Kuala Kangsar Perak adalah satu antara empat pusat yang lain yang menempatkan kanak-kanak yang terbiar tanpa ibu-bapa, mangsa dera fizikal dan seksual dan juga kanak-kanak yang dibawah perintah mahkamah.
Tel  : 05-7761173
Fax : 05-7761173






Lethal Spending

Money is the thing that we work our ass day and night to earn it. In many sensible ways, money is lethal and very harmful to ourselves. But, of course, if only used in death-directing ways such as you-know-what: Cigarette.

There are already many article pertaining to this issue that I sometimes loathe myself at reading it. Don't get me wrong. I don't smoke, I just read about them. For those who don't know it yet, there are currently 3 types of smoker in this world.

1 - First-hand smoker
These are people who buy cigarette packs and smoke them, and think they are cool and look more mature with filthy smoke coming out from their nostrils.

2 - Second-hand smoker
This is us, the non-smokers who are around the 1st type. In case you don't know, we damage ourselves more than the 1st type do because we inhale those smoke into our lung while the culprits don't deliberately suck all the smoke coming out from their mouths and nostrils.

3- Third-hand smoker
This is new. Majority of us don't even know that this group ever exist. The damage inflicted to their health is more than the previous two. Because this group comprises infants and toddlers. When people smoke, they leave the tiny,microscopic ashes to the ground which will eventually be eaten or at least, touched by toddlers. As we know, toddlers and infants are so cute that they will put almost everything into their mouth except for their own poo. Well, what will happen if the ashes happen to be in their digestive system?


Smoking is really a bad thing. One would say that they can start and stop anytime and will one day have the cold-turkey but as the drug effects are, smoking is not that easy to stop. My friends have been trying to stop but failed numerous times.

Smoking, in a way is the same as you find a hitman, and pay him to kill you. You buy those cigarettes, knowing that it will worsen your health and those around you. Yes, we have faith in God that nothing will take our life unless God says so but it is a common sense that we need to take care of our health and life to the full.

My last words for this post:
For smokers, please stop as soon as possible
For non-smoker or yet-to-be, DON'T!






Emotional Malaysians

Disclaimer: The entry can be best understood if you are Malaysian, or have been staying in this country for the past 10 years

Situasi

Seisi keluarga mengalirkan air mata menangisi kekalahan artis wannabe ke pusingan akhir Akademi Fantasiot.





Now, what am I trying to say here? Quantum Theory? Atomic Acceleration? Human Anatomy? Nayh. Simple as it is, how the stupidity of Malaysians is created and and passed onto their offsprings.

We malaysian we have a common traits shared by most of us - the tendency of watching entertainment-based show - lets me be specific, reality programme show. It does not matter whether if it is about singing, dancing, or talk/game show. The main source of our fetish here is well, you know it. Let me give tou a clue - it's a subsribed channel which name has the same syllable as ASS and THROW.

I am definitely have nothing against such show but it is baffling to see people practising their emotion at inappropriate places. On top of that, we have spent way more money on sms-vote than we ever had on donations. The usual cost for that kind of vote is RM0.50 and let say that a devotee of Akademi Fantasiot (a subtle name of an existing reality show) voted for his singer wannabe with 10 casts. Summing up, it makes the math for RM5.00, wgich is equivalent to 2.5 packs of Indonesia-smuggled cigarette.

Furthermore, the way we, Malaysians react to such programs is aghasting, and in the same time, puzzles me. We normal human beings with brains and mind of our own clearly know that every competition will contain defeat and victory. However, some of us cannot accept the way life is and cry to their heart content at both conditions: glory and defeat. The thing is, why should we cry when we gain nothing, neither do we lose anything; except for the stupid voting part. Why bother paying for something that will eventually  make you cry?Money is certainly not pubic hair that we can grow easily; please think wisely before you spend it.

I once watched a reality show that in this one particular segment, a random audience were selected to prove that he can really cry without any assistance from fake tear. A man failed and the camera view changed its focus to a crying female audience who WAS NOT ASKED TO CRY. And I was - WHAT THE FUN?

See? Our people has gone beyond my expectation. I thought we were heartless but we actually, are emotional and so incapable of thinking that obsessing ourselves with reality program will give us nothing in return except for the joy of crying over our own stupid obsession.