Entri selingan: Oriental Harbour Wellington

Setelah sekian lama aku menyepikan diri dalam dunia blog, korang ingat aku pergi kemana hah?mati ka?haha tak baik ohh nanti mulut tu aku kasi kaki mau? Kalau naktau aku sekarang dimana dan sedang buat apa, cari sendiri dalam entri terdahulu. Entri ni diiringi dengan lagu yang ditujukan khas untuk rakan-rakan blogger yang kacak dan jelita sekalian.


Lama betul tak update bukan apa, aku ada masalah sikit dengan penempatan dan juga internet. Ni pun baru aje dapat masuk internet (tumpang rumah member) jadi bagi memenuhi kehendak korang semua, aku akan ceritakan sedikit apa yang menarik di New Zealand ni. Ataupun lebih tepat, di Bandar Wellington.
Beberapa hari yang lepas kami pergi jalan-jalan cari pemandangan dekat Waterfront, Wellington City. Sebenarnya dari hari pertama lagi ada seorang pakcik ni yang kami kenal dalam penerbangan dari Auckland ke Wellington. 
Pakcik ni memberikan gambaran yang orang New Zealand adalah peramah dan juga baik-baik belaka. Alah tapi biasalah dalam setandan pisang tak semuanya buruk. Dan dah tentulah kan, dalam setandan pisang juga tak semuanya cantik. Tolong faham parody peribahasa tersebut.


Wellington ni sebenarnya ibu Negara New Zealand dan yang menariknya, ada tempat bernama Waterfront kat sini. Tempat ni, dan sekitar Wellington City, walaupun sesak dengan umat manusia yang ramainya macam semut, tapi yang menariknya, tiada asap. Diulangi, tiada asap. Jadi kalau korang tak biasa dengan asap macam aku, korang akan rasa tempat ni sangat best.
 Dari jauh lagi kami berjalan dah Nampak sesuatu yang sangat menarik iaitu arca (yeke?aku tak tau nak bahasakan benda bulat tu apa) yang tergantung di antara 2 bangunan tu. Ukiran yang ada pada bebola tu ialah daun yang juga menjadi symbol kepada New Zealand. Tak tau daun apa? Sila google sendiri haha.

Sebelum berjalan dengan lebih jauh, aku nak cerita sikit yang merpati kat Wellington sangat banyak Cuma bezanya dengan merpati dekat Malaysia, yang disini sangat berani dan tak takut pada manusia. Takutla jugak..petik lebih je ayat tadi tu koh3
 Aku rasa diorang pun suka dekat-dekat dengan  manusia sebab manusia kiwi (orang NZ) suka bagi diorang makan. Mungkin itu menjelaskan kenapa merpati disini jarang-jarang aku Nampak diorang terbang. Badan dah besar sangat jadi malas nak terbang. Kalau tengok, memang diorang ni gemuk-gemuk! Rasa nak goreng
Ada satu kawasan ni pulak, burung merpati kat situ sangat-sangat lah happy gamaknye, sampaikan dia boleh lambung-lambung lagi makanan yang dia tengah patuk tu. Berlagak gila! Disebabkan geram tengok burung-burung yang berlagak gila tu, maka kawan-kawan aku pun naik gila juga pergi kejar burung-burung terbabit di tempat kejadian.
Lepas tu, dengan melawan ribut yang amat laju, ceh takdela ribut. Cuma angina saje tapi angina dia makdatuk memang kuat habis! Oh ada tak aku bagitau korang yang sekarang ni tengah musim panas di Wellington? Tapi musim panas dia kau kena juga bawak sweater sebab suhu dia dalam 17-22C. Sejuk nak mati! Tapi aku dah boleh biasakan diri sikit.
Dekat kawasan ni ada satu bangunan yan nampaknye sangat retro tapi entahlah cuba korang nilai sendiri warna kat dinding dia.
Jalan lagi kedepan, ada fountain yang memang takkan jumpa di Malaysia sebab sebagai rakyat Malaysia yang prihatin, aku rasa, memang patutlah fountain seumpamanya tak dibina. Membazir air! Tapi jangan risau, New Zealand banyak air hohohoho.
Sebenarnya ada satu konsert kat situ masa tu tapi aku tak pergi sebab dah terang-terang tulis kat situ “Nokia Indie”. Jadi sebagai manusia normal kacak yang pelik lagi jelik melihat trend pakai baju “Saya hati kosong” aku tak jadilah nak pergi. Eh, taka da kaitan pun. Indie Malaysia je macamtu. Lagu yang diorang nyanyi agak sedap tapi aku dengar daripada luar tapak je sebab ada kaum hawa yang join trip jadi macam tak selamat bagi aku untuk mereka masuk ke kawasan tu. Baik kami tengok pemandangan sambil menukarkan rambut menjadi wolverine. Angin laju gila kot.
Lepas mengusha apa yang patut diusha, kami pun bertolak balik dan pada masa tu lah kami Nampak ada 1 kumpulan ni diorang mabuk, da nada  lelaki yang berdiri atas tebing laut tu dengan hanya berseluar dalam. Dia nak terjun dalam lautlah! Aku pun dengan pantasnya keluarkan fon aku untuk rekod video tapi malangnya kawan aku dan-dannnn aje tepon time tu. Maka secara automatiknya, tak dapatlah korang tengok orang mabuk yang terjun kedalam laut lepas menanggalkan seluar dalamnye.
Okay itu aje laporan buat kali ini daripada Wellington, New Zealand. Internet belum masuk lagi ye. Ni pun aku tumpan rumah member. Sekian
Oh ye, banyak lagi sebenarnya gambar di fanpage. Silalah lihat.







Kau bukan memikat aku, kau memikat perogol

Kengkadang aku pelik dengan segelintir wanita dan sebilangan kecil lelaki yang berpakaian tapi suka mendedahkan apa-apa yang bakal menyebabkan mereka diliwat dengan ganas sekali. Mungkin mereka boleh berkata itulah fesyen, itulah trend dan itulah gaya masa kini untuk berpakaian dengan lebih sedikit kain.
Walaupun dengan kain yang hanya sebesar sapu tangan yang digunakan untuk menutup puting susu, namun mereka berbangga kerana ianya Gucci, Prada, Gorgio Armani dan sebagainya.Play lagu seksi ini.



Kalau nak dibandingkan punggung aku dengan punggung kau memanglah aku mengaku punggung kau lebih cantik. Dan bila aku tegur, kau keluarkan pula ayat ni.
"Bodoh punya manusia primitif tak reti fesyen ke?Jagalah sikit k**ek tu jangan bagi setim je tiap kali tengok orang seksi"
Dan aku menegur kamu kerana kamu tu sebangsa denganku wahai awek-awek yang berpunggung montok. dan berdada montok. Dan mungkin juga kamu tu bakal bini aku nanti, siapa tahu?


Sebagai seorang manusia yang normal, aku mengdambakan seorang perempuan untuk dipeluk tiap-tiap waktu aku kesepian tapi tak bermakna aku mahu tarah buntut kamu yang lawa itu. Bila aku memberikan statistik rogol di Malaysia, kau beri pula alasan perempuan bertudung juga dirogol dengan kejam. Perempuan bertudung juga melahirkan anak di luar nikah, dan ayat yang paling popular, "Jangan ingat kami seksi ni kami tak solat dan taat pada Tuhan ya, yang pakai tudung tu pun belum tentu sembahyangnya cukup"


dan


"Yang pakai jubah labuh itu lagi senang mahu menyorok anak dalam perut; orang tak nampak!"
Ah sudahlah dengan drama debatan kamu dengan aku. Siapalah aku untuk berdebat. Dulu pun aku hanyalah pengerusi Persatuan Sejarah, Geografi dan Warisan dan tidak satu pun daripada elemen tersebut yang boleh membantu aku berdebat dengan kamu. Aku juga bukan alim ulamak yang mempunyai seribu macam hadis untuk menyangkal tohmahan kamu. Tidak apa, aku biarkan. Tugas aku sudah selesai sebagai saudara kamu. Selainnya adalah urusan kamu dengan Yang Maha Pencipta.


Tapi aku ingin bertanya 1 perkara disini. Untuk apakah kamu menayangkan buah-buah betik ranum, dan kadang-kadang ada yang lebih kecil dari bola pingpong itu?Untuk apa?Mari aku berikan 2 pilihan:
1. Kepuasan diri
2. Memikat lelaki


dan sayang-sayangku sekalian, kalau yang kedua itu adalah tujuan kamu, maka kamu gagal. Kamu gagal memikat lelaki tapi kamu sukses memikat jantan yang dahagakan hubungan intim, dahagakan gigitan di leher, di pinggang, dan dahagakan elusan halus kulit salun kamu itu.
Dan ketahuilah bahawasanya yang menaip artikel ini adalah seorang lelaki normal, bukan gay, ada teman wanita, dan kadang-kadang berasa nafsu serakahnya perlu dipenuhi. Tapi apakan daya, aku masih bujang dan aku takut akan dosa besar itu. Mungkin juga dosa yang aku semburkan itu nanti akan membesar menjadi zigot. Tanyalah mana-mana lelaki yang waras, perempuan seksi hanya untuk dibawa 'bermain', bini tentulah mahu jenis yang bijak mengawal diri. Jika tidak, bagaimana mahu tentukan anak dalam kandungan itu milik siapa?


Tidak perlulah kalau kamu berpakaian kurang untuk menarik minat lelaki seperti aku. Tidak perlu kau tayangkan lurah dendam punggungmu untuk menarikku kerana jika aku terlihat, aku takkan kerdipkan mata selama 3saat, lepas itu aku belah. Tapi, jika kamu masih mahu memikat aku, pastikan kamu ada kriteria-kriteria dibawah ini.


1. Miliki mata yang cantik dan suci. Muka tanpa mekap lebih diutamakan
Oh yatie, aku sangat dambakan matamu, aku impikan sinaran matamu yang besar itu, dan aku rindui mukamu yang tiada calitan kepura-puraan mekap itu.


2. Miliki mulut yang bergerak hanya bila diperlukan
Pemilik gambar ini tidak kukenal dan tidak pula kufaham akan tingkah lakumu. Aku hanya tertarik dengan bibirmu yang kelihatan cantik dan sedap itu. Kelihatan neutral juga.

3. Berperangai baik dan bukan berperangai beruk
Aku yang lelaki ini rokok pun tidak aku sentuh sejak umur 5tahun, kamu pula yang mahu berlebihan. Kuasa wanita?Girls will Rule?Ayuh, tunjukkan semua.

4. dan pastikan kamu berpakaian sopan. Gambar dibawah ini contoh terbaik yang berpakaian sangat sopan tetapi masih sentiasa memukau mata aku.
Tapi aku faham, tiada siapa pun yang mahukan aku, jauh sekali memikat aku untuk dijadikan teman lelaki. Tapi aku pasti dalam banyak-banyak ayat di atas kamu dapat mesejnya bukan?

P/s: Lelaki yang baik untuk perempuan yang baik, dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, 
bukannya
Lelaki yang baik untuk perempuan jahat
dan bukan juga
Lelaki yang baik adalah untuk lelaki yang baik.


Oh ya, lagu di atas ialah Holly Vallance- Kiss kiss kiss dan lagu entry sebelum ni ialah Camille- Le festin

More

SEARCH

MESEJ RINGKAS

Creative Commons License
This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International License.
Based on a work at http://www.arcx13.com.
Permissions beyond the scope of this license may be available at https://www.facebook.com/arcx13?ref=bookmarks. Dalam BM, korang tak boleh copy langsung melainkan ada kebenaran