Jalan-jalan Easter Break New Zealand Ep4

Setelah selesai main Woof Woof kami pun bertolaklah balik. Dan sekali lagi, aku balik dengan menaiki motosikal. Kalau amalkan hari-hari boleh kerja kat strip bar la. Menonggekkan punggung.
Selepas hampir sejam kami ber vroom vroom, sampailah ke destinasi terakhir percutian kami iaitu Eastbourne. Disini, haruslah kau orang dengki lagi buat sekelian kalinya. Makan time!! Apa yang kami makan eh?
Okeh kengkawan, menatang atas ni nama dia Mussel tau. Kriteria dia sama je dengan kerang/kepah/lala (bivalve family -biology) iaitu mempunyai cengkerang dan isinya boleh dimakan. Benda ni kami kutip banyak gilaaa sampai penuh chiller dengan 3 bekas ijo tu. Tu pun rasa nak kutip lagi sebab banyak sangat dan besar-besar. Sedap gile oi. Kalau nak kutip, dia hidup kat celah-celah batu dan kawasan yang ade rumpai terapung.
Dalam perjalanan membawa hasil tangkapan kami ke medan bersantap, ternampak pulak makhluk tuhan paling seksi ni. Maka tak perlu tanyalah, kami dengan rakusnya bergilir-gilir menggomoli beliau. Besar tuu. Macam salem kucing Sabrina The Teenage Witch pun ada. Ya udah, jum memasak!
Cara-cara memasak Mussels.
Bahan-bahan: 
  1. Mussels (wajib adela kalo x camne?)
  2. Beberapa titik air minum. Jangan letak air sirap.
  3. Sos yang umphh. Aku suka sos Life Thai.
Cara penyediaan:
  1. Masukkan air dengan sangat sedikit ke dalam periuk
  2. Sumbat seberapa banyak mussels yang boleh
  3. Kukus sehingga semua cengkerang terbuka. Kalau ketat lagi mussels tu maka dia masih hidup. Korang nak makan haiwan hidup-hidup ke?
Dan selepas itu  bolehlah anda bersuka ria makan dengan kawan-kawan memakan haiwan tersebut. Rasanya sangat-sangat sedap bila dicicah dengan sos dan mayonis. Boleh terliur dibuatnya. Air liur tu pulak boleh membentuk sungai. Okay merepek lagi.
Pose di atas diambil demi tujuan menayang bulu kaki yang boleh dibuat karpet cap Pakistan. nasib baik kurang jelas. Sesiapa yang nak tempah karpet bulu bolehlah menghubungi saya di fanpage. Setiap satu dijual dengan harga 7000NZD. Ingat senang nak tumbuh balik?

Tapi satu je yang tak best makan mende alah ni. Aku ialah salah seorang daripada beberapa makhluk yang ada alergi terhadap makanan laut. Maka dengan itu, bibir ku telah gatal-gatal lantas aku kerap menggigitnya apabila aku makan untuk round kedua pada keesokan harinya. Kalau ade minah saleh nampak, mesti dia ingat aku tengah menggoda dia. Ape-ape pun, tekak dan anggota badan itu gampang dong! Yang penting makan!!
Makanya tamatlah pengembaraan kami sepanjang 3hari 2 malam berkhemah dan bermakan-makan. Julung-julung terima kasih kepada senior yang sudi bawak kami jenjalan nih. Terharu gila sebab kami tak bersendirian di perantauan. Aww so sweeett!!

P/S: YOSHHH ASSIGNMENT!

Jalan-jalan Easter Break New Zealand Ep3

Maka dengan itu tamatlah sudah sesi berjalan-jalan di kawasan penggambaran LOTR kami walaupun tak jumpa Encik Legolas.
Hutan So Sweet ini telah menjadi saksi kepada apa yang kami dah buat kat dalam tu. Sila jangan berotak kuning sebab kami hanya main tangkap gambar je pun. Haha

Jangan ingat lepas balik trekking boleh tidur ye. Kami bukanlah beruang mahupun ular sawa yang perlu berhibernasi walaupun tak berapa nak penat. Tapi kami ialah arnab-arnab yang comel yang memerlukan belaian kasih sayang. Ah sudah merepek banyak..aku penat sebenarnya tapi takpe disebabkan korang rajin membaca, aku akan terus menaip.
Hoo chantek ah api yang kami berjaye idupkan. Asalnye api ni guna hanya nak suka-suka tapi disebabkan ada masalah dengan tempat BBQ kami, maka terpaksalah masak dekat unggun api juge. Dan dengan itu, terimalah lagu Eternal Flame.


Api malam kedua agak lebih senang nak dihidupkan berbanding malam pertama sebabnya aku duduk goyang buntut je kat tepi tu bagi sokongan moral. Kesejukan air sungai di sebelah pagi masih membuatkan aku biol sampai ke malam. Begitulah penangannya air sungai ya tuan-tuan.




Haa atas ni ialah gambar ayam yang separa sempat dimasak di tempat BBQ pakai dan buang kami. Tengok ayam kedua dari kiri, yang paling BESAAAR punya tu, tu aku punyalah sebab aku dah chop awal-awal lagi. malangnya ayam tu tak masak pun tapi takpelah, kata pun camping kan? Aku bedal je sebab memang kebulur time tu.




Selain tempat membakar ayam dan sosej yang super sedap slurp slurp, unggun api tu jugak digunakan untuk memanaskan badan, tangan, dan kaki dan apa-apa jelah yang boleh dipanaskan masa tu. tapi kalau nak panaskan hati dan otak, tak perlu guna unggun api, hanya guna assignment yang bertimbun saja. Senang. Lepas makan wajib ah tidur tapi boleh la pulak layan teka-teki sekejap. Oh ye, disebabkan ayam sangat banyak maka ada balance nye untuk dimakan pagi esoknye.

Ni teka-teki untuk korang:
"Kereta A bergerak 20km/j manakala kereta B bergerak 90km/j. Kenapa B tak boleh potong A?" Dah dah tidurr..




Pagi hari ketiga (hari terakhir). Pagi itu sekali lagi kejadian yang hampir sama dengan kehilangan kek Aww So Sweet berlaku. Beberapa ketul ayam telah didapati lesap! Mungkinkah jin yang sama yang makan ayam tersebut? Mungkin. Tapi apa yang pasti, jin tu kacak ya.

Gambar di atas menunjukkan jin tersebut mempamerkan sifat dedikasi beliau dalam aktiviti pemakanan seharian. Yelah, orang lain sibuk bergambar, dia tak ambik kisah pun, yang penting makan! Yeah! Tahniah ah jin sebab berat anda maintain 63kg.

Maka lepas habis menketedarah segala apa yang patut kami pun mulalah mengemas segala yang patut dikemas. Daripada lipat sleeping bag, cabut khemah, bersihkan unggun api, angkat baju kat ampaian kayu dan macam-macam lagi. Malangnya diri sendiri pulak lupa nak dikemaskan. Takpelah dah hari terakhir.

Tiba-tiba dalam satu kotak tu habis beras bocor, plastik berlubang bagai. Puas kami mencarik sape punya keja la yang rajin menggigit plastik-plastik berisi bahan makanan ni. Setelah puas menyoal selidik ala-ala CSI, rupa-rupanya penjenayah terbabit ada dalam kotak. Alahai comelnya tikus bulat-bulat nih.



Dan kemudiannya, makhluk yang aku bagi nama Nedo itu terlepas. Haiseh baru je ingat nak bawak balik umah bela hak3. Tapi apa pun, lepas tu tangkap gambar berdas-das untuk disimpan sebagai kenangan terindah. 

Haa gambar ni baru jelas kot nampak macam hungga hungga dah rambut aku. Takpe selagi tak cecah bahu aku takkan puas hati lantaklah huduh macam mana pun. Nanti balik Malaysia tak boleh nak bela dah sebab Malaysia panas. Sini sejuk takpe bole layan rambut panjang.

Okeh sebelum balik, boleh la pulak layan main Frisbee beberapa round. Sampai hari ni kami ketagih main benda alah ni. Seronok kot. Woof Woof.


BERSAMBUNG EPISOD 4~

Jalan-jalan Easter Break New Zealand Ep2

Sambungan episod 1 bercamping. Korang harus dengki pada hari kedua ni! Sebabnya? Sila bersabar untuk membaca hingga ke akhir rancangan.
Sebenarnya atas meja tu ada kek lagi. Tapi disebabkan diorang ni lambat keluar khemah dan ada yang pegi mandi dulu, maka dengan penuh ajaibnya kek yang "aww so sweet" tu telah lesap. Entah jin mana makan. Mesti jin tu hensem kan?

Dengan penuh gagahnye kami menuju ke destinasi seterusnya iaitu, jengjengjeng....play lagu dulu untuk mood Lord Of The Rings! 



Nama tempat ni Rivendell, iaitu tempat di mana filem Lord Of The Rings diambil. Banyak tempat kitorang pegi, macam Legolas Tree, Isengard Garden dan juga tempat lain yang aku malas nak namakan sebab aku tak pernah pun tengok cerita LOTR tu.




Tak lengkap pulak kalau tak tunjuk gambar kitorang kat dalam tempat LOTR tu kan? Nah ambik seketul. Tapi ni dah jauh la sikit daripada Legolas Tree tu. Kalau nak tengok pokok tu ropenye macam mane, klik [SINI].




Kalau kira dalam gambar, memanglah tak cukup 15 orang sebab kami memerlukan fotografer ye tuan-tuan. Nasib baikla muka aku ada dalam tu. Kalau korang perasan, gambar bawah ni ialah gambar profile facebook aku. Lawa kot. Tak professional la sampai boleh buat majalah tapi bagi aku lawa pe..




Bolehla aku buat filem LOTR sendiri kat sini. Tapi disebabkan tempat ni sejuk sampai buat aku gila, kita buat filem lainlah. Lord Of The Gloves. Amacam? Watak pertama yang aku nak carik mestilah heroin sebab aku nak sarungkan cincin kat jari dia. Ceh ceh ceh. Sarungkan glove lah.



Sila tajamkan pandangan anda dan lihat pada huruf 3 dan perkataan hours tu. Gile la kami berjalan 3 jam kot dalam track tu. Saja-saja menikmati pemandangan indah alam sekeliling, pokok- pokok dan jugak, ho yeah JAMBATAN GANTUNG.



Maka dengan itu, berjalanlah kami seorang demi seorang atas jambatan gantung tu untuk ke seberang sinun. Kalau tak seberang kang kena tinggal sorang-sorang lagi la bahaye. Kot-kot ke kena sondol dengan babi hutan kang sape nak tanggung? Keluar pulak dalam berita tabloid buduh Metro "Pelajar New Zealand mati ketika bersenggama dengan babi hutan". Almaklumlah, tabloid.



Gambar ni ditujukan khas untuk farah sebab beliau request supaya aku letak gambar sendiri. Maka dengan bangganya aku letaklah gambar posisi ayu kat atas ni. Kalau korang perasan, kat bawah tu batu-batu, maka dengan itu kalau jatuh, haruslah mampus. 



Dah lepas meredah utan, kami lepak-lepak pulak tengah jalan saje2 nak test power kalau berlanggar dengan treler, sapa yang cedera parah. Apa pun, kami jumpa satu lagi group dalam hutan tu yang dah tersesat berminggu-minggu. Semua orang tua New Zealand kot. Kesian diorang. Kalau tak sebab diorang tipu, memang dah tolong bawak keluar dah haha.



Kalau korang perasan, kami ni berpakaian bukan macam nak masuk utan..macam nak pegi masuk iglu adela. Sejuk sangat-sangat kot tempat tu. Kalau api tu tak menyakitkan, dah lama kami simpan dalam baju. Baru sedap sikit jalan.

BERSAMBUNG EPISOD 3 [CLICK]

Jalan-jalan Easter Break New Zealand Ep1

Hari tu aku ada cakap kat kawan-kawan dekat fanpage dengan twitter yang aku nak pergi camping. Tak lama pun, hanya 3 hari 2 malam tapi apa yang pasti, enjoy.
Walaupun van yang kami sewa itu hari boleh menyebabkan kami semua menyamak 1 badan, tapi takpelah asalkan boleh sampai ke destinasi kami iaitu Kaitoke, Upper Hutt, New Zealand. Tapi kalau kena samak pun, aku tak payah sebab aku naik moto keh3. Eh jap, lupe nak play lagu.


Hari pertama, turun aje van, dia punya sejuk mencengkam sampai ke bahagian otak yang terdalam. Boleh gila dibuatnya akibat terlalu asyik menggosok badan. Gosok sendiri-sendiri aje lah. Kalau gosok beramai-ramai dah lain ceritanya. Dan dari situ bermulalah episod perkhemahan "awww so sweettt" kami. 

Dalam hutan ni jangan main-main. Biasanya kalau dekat malaysia, kita akan lalu tepi pokok besar seram lepastu mintak izin "Tok, nenek, cucu nak tumpang lalu, tumpang berak, tumpang kencing, tumpang bernafas". Entah zaman bile ntah nenek aku ialah seekor pokok.  Tapi, macam aku cakap tadi, dalam hutan mulut jangan cabui sangat, aku agak terkejut bila nampak 3 lembaga putih..




  
..yang sedang menunaikan solat Zohor Jamak ngan Asar sekali. Jangan pulak korang pegi tibai jamakkan Subuh dengan Zohor. Memang tak dapatla. Enjoy tu enjoy juge, sembahyang jangan tinggal. Tapi kalau anda rasa tok nenek moyang ialah seekor pokok, tak perlulah anda sembahyang lagi.

Disebabkan hari hampir gelap, mohle kita meredah carik kayu api jap. Jumpa sikit, bawak balik pun sikit sebab kebanyakannya basah akibat hujan renyai-renyai bahasa. basah sejuk camne pun, makan itu wajib ye tuan-tuan.

Hah nak berkenalan tak? Yang tudung biru tu nama dia Sayaza, yang pakai hoodies hitam lak nama dia Huda.  Due-due ganteng silakan ngorat (iklan kemasyarakatan ini dibawa oleh arcx13.com). Yang kaki-kaki tu marilah kita panggil mereka kaki1, kaki 2, dan seterusnya sebab saya mengenal orang berdasarkan muka ya bukan kaki.





Disebabkan kayu api tak cukup, maka kami terpaksa meng'down-size'kan tunggul kayu yang sedia ada. Dengan menggunakan batu dan teknik 'hungga-hungga', berjaya la jugak dapat extra kayu api (yang hancur). Proses menghancurkan tu membuatkan aku tertanya-tanya kitorang ni nak buat bahan bakar atau nak carik ulat sagu?

Nama pun baru sampai, haruslah explore sikit ye dok? Haa kami pun pegi naik van tu, carik tempat mancing. Dengan menggunakan umpan ikan masin, Abang Nico kita kat gambar atas nun berjaya memancing seekor ikan yang diberi nama saintifik AlPokoqhue Ikanusitus Tersangkuthe atau bahasa sopannya Ikan Pokok. Tu la casting jauh sangat.

Dan lepas tu baliklah 15 orang hebat ke campsite untuk menunaikan solat maghrib. Eh, kitorang tak buat time maghrib kot. Buat time isyak. Oh ye, makan time la lepas balik tu. Sejuk-sejuk 15C haruslah makan lepastu tidur ye tak? Tidaakk!!Malam tu ada surprise.

Birthday party untuk 2 orang seniors aku, Faige dengan Nageswary. Nampak aje kek ni aku terus terasa nak cakap "aww so sweetttt". Bukan saja perbuatan tu sweet, kek tu pun secara lahiriahnye memang rase sweet gile. Lepas makan kek, sampailah masa untuk tidur.

Pun tidak juge. Boleh pulak layan main "Truth or Dare". Disebabkan gelap time tu dan soalan pun senang maka takde sape nak ambik dare. Soalan truth malam tu adalah berkisar pasal skandal-skandal yang tersebar melalui internet mata dan telinga secara meluas. Tapi ada sesetengah fakta yang berjaya disembunyikan melalui kata-kata yang halus. Entah fakta siapa la kan?

Lepas tu kami tido. ZZZZ. Sambungannya aku buat nanti-nanti lepas entri ni mencapai piawaian. Hari kedua lebih menarik! Panjang gile kan entri? Takpe, enjoyla gambar tu sekali.

BERSAMBUNG EPISOD 2 [CLICK]

Tudung Hanyalah Kain Ep3: Bisnes Hebat!!

Ah nampaknya entri ni pun bakal mendatangkan sirinya yang sendiri seperti Kajian Kes Facebook dan sudah agak lama aku tak membuat entri sarkis sarkis disebabkan terlalu teruja hidup di New Zealand tu. Baiklah, cukup dengan intro, mempersembahkan.. eh, Mak Jah, sila ambil alih


Nama ai Mak Jah. Amacam? koman tak nama ai? Tapi koman-koman pun makjah ade 2000 fans facebook okay. Kelasss gitu. Naktau sebab apa MakJah popular? Sebab MakJah ada ada bukak kedai tudung. Tapi tudung bukan sebarang tudung, ini tudung makjah jual online saje. Tak payahlah MakJah susah-susahkan diri nak mendaftar dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDN) lepastu kena bayor cukai la pulak. Ishh tak kuasa MakJah.


Kalau kat kedai-kedai luar sana tu MakJah tengok, pekerja kedai tudung, bukannya pakai tudung pun, siap lepak-lepak atas bangku kayu dengar radio lagu retro lagi tau. Pelik bebenor Mak Jah tengok anak muda sekarang ni. Cuba tengok MakJah, tak layan la lagu retro, busuk-busuk pun layan Anuar Zain dekat iTunes.


Teringat pulak zaman-zaman sekolah rendah dulu. Ustaz cakap;


Pakai tudung kena tutup banyak tempat, bukan takat rambut aje. kena tutup dada sekali lah. Lepastu janganla pakai short sleeve pulak. Buruk benar rupanya. Kawan Mak Jah ada yang macam tu. Mekap tebal-tebal, pakai baju pink hampir tak berlengan, lepastu pakai selendang. Konon comella? Mak Jah lagi ayu okay.


Hish, ai asyik dok cerita pasal orang lain aje mesti korang bosan. Jom la layan muka Mak Jah kat fanpage.


Kalau yu all nak tau, gambor ni Mak Jah letak masa jual tudung yang orang panggil tudung lekat tuu. Almaklumlah, sebagai wanita yang menjaga adab tatasusila dan agama, MATA, diulangi, mata Mak Jah haruslah ditutup bagi mengelakkan identiti MakJah terserlah. Bak kata orang, dari mata turun ke hati ye. aw aww..gedik tak ai? Mata tu aurat taww..


 Yu all janganla dengki dengan Mak Jah. Hish orang Melayu biasala tak boleh nak tengok orang senang nak-nak pulak dalam bisnes. Ai carik duit halal ye, cara I dapatkan duit ialah dengan meletakkan gambar-gambar hot ai dengan tudung so orang tertarik nak beli.


Kalau yu all naktau lagi, tudung Bandana atas ni pulak Mak Jah jual dengan harga RM15 je. Mak Jah dapat ilham jual tudung jenis ni lepas tengok cte cte Negro yang ada jual dadah tu. Apa ek biasa orang panggil kain atas kepala tu? Key? haa ye la tu kot. Macam Pirate Of Carribean pun ada.


Jadi, kesimpulannya, kalau meniaga takpela pakai tudung macam mana pun, asalkan pakai. Berbanding dengan orang yang tak pakai, ai ni kira mulia lagi la kan? Stylo pulak tu, murah pun murah. Amacam? Nah Encik ARC, ambik balik blog kamu, ai dah penat promot diri
*****
Haa baru aku pulak dapat turn cakap dalam entri ni. Er..Mak Jah, ko pegi mampos bole tak? Koko, pegi gigit mamalia tu!!!

"TUDUNG YANG HANYA MENUTUP RAMBUT ITU
IBARAT MEMAKAI TUDUNG DENGAN MINI SKIRT"
 P/s: Cerita kem harus ditangguhkan lagi sebab gambar banyak sangat la pulak. Sementara tu kalau ada sesiapa nak exchange link, boleh pergi ke tab Xchange

Frisbee: mari menagkap piring terbang

Aku dah balik daripada kem! Update pasal kem tu akan dibuat kemudianlah ye sebab gambar-gambar belum di upload lagi so aku tak boleh nak cerita banyak. Apa-apa pun, jom cerita pasal satu sukan yang best iaitu Frisbee.
Biasanya kita tengok dalam cerita apa pun, menatang ni orang baling untuk anjing tangkap tapi etah macam mana seronok pulak kalau manusia yang main. Saiz cakera yang dibaling ni lebih kurang saiz pinggan KFC kalau korang order Snack Plate.

Cara main dia, sama macam main netball. Korang pass dekat kawan dan rules pun sama. Masa baling untuk pass, tak boleh berjalan dan orang yang menghalang lak kena ada jarak-jarak tertentu. Cara tangkapnya pulak suka hati korang asalkan tak terlepas. Kalau terlepas, team lawan akan dapat turn.

Gambar kat atas ni menunjukkan satu tangkapan berjaya yang dilakukan oleh tuan punya blog. Ni minggu lepas punya game untuk tournament komuniti Malaysia di Wellington, New Zealand. Masa tu ada tournament netball sekali tapi aku tak mainlah. Apakes aku nak main netball?

Tapi aweks kat tepi aku tu bolehlah main netball sebab nama pun aweks. Kalau jejaka agak huduh rupanya main netball. Tapi ade je team yang main netball dengan ganas dan pantas. Mungkin motto kumpulan dia memang "Ganas dan Pantas". Dan permainan netball (eh aku nak cerita pasal apa sebenarnya?) hari tu telah mendatangkan 1 korban dahsyat.

Awek kiut yang ditanda dengan anak panah merah tu dengan ganasnya telah tereksiden masa main. Memule terjatuh dan lutunye berdarah, seluar pun koyak. Tak cukup dengan tu, tangan dengan kepala pun luka sekali. Tapi dengan penuh semangatnye beliau meneruskan permainan dan kepala dia pulak terhantuk kat bola tinggi. Aku yang duduk kat luar pagar hanya mampu bersimpati.

Apape pun, team Stokin Asrama berjaya memenangi tempat pertama dalam pertandingan sengit haritu. Walaupun penyokong kami tak ramai dan aku pun asyik buat silap, kira cemerlanglah jugak kan?

Geng Stokin Asrama bergambar bersama pasukan lain. Kami memakai baju warna hitam ye. Kebetulan je tu.
Frisbee ni sangat-sangat best dimainkan untuk menghilangkan tayar-tayar spare dekat bahagian perut tu sebab kita kena lari dan melompat untuk sambut cakera tu.

Taknak lari dan lompat-lompat pun takpe. Tapi haruslah kalah.
P/S: Lepas gambar siap aku update pasal kem. Masih penat ni, so aku nak pegi tidur

More

SEARCH

MESEJ RINGKAS

Creative Commons License
This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International License.
Based on a work at http://www.arcx13.com.
Permissions beyond the scope of this license may be available at https://www.facebook.com/arcx13?ref=bookmarks. Dalam BM, korang tak boleh copy langsung melainkan ada kebenaran