Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

6 Langkah Mengatasi Kebuluran Lewat Malam

Dey tambi, kalau bagi orang gila jawab soalan ni pun, tutup mata dia boleh jawabla. Kalau kebulur mestila makan takkanla nak basuh baju pulak. Sejak pukul 11pm tadi lagi aku kebulur tapi masih belum berjaya mengangkat bontot yang seberat 66kg tu ke dapur. Pukul 1am barula berjaya. Pergi dapur carik apa? Cari cinta

Tu dia stok untuk warga bujang trangtangtang. Andainya anda da kahwin tapi stok Maggi anda lebih kurang camni gak sampai 4-5 pek dalam kabinet dapur, baik anda tak payah kawin okey. Kalau bini anda hot sekalipun saya tak hingin sebab saya rajin makan. Bini harus rajin masak hatta telur goreng sekalipun.

Ingat senang ke nak masak Maggi? Kat depan pek tu tulis HANYA 2 MINIT. Ah fitnah semua tu. Kalau nak mampus awal silala masak 2 minit. Nih cara selamat sikit makan megi. STEP 1: Panaskan megi tu sampai dia terpisah-pisah. Kalau korang nak nyanyi lagu perpisahan pun boleh jugak macam zaman-zaman darjah 6 dulu.

STEP 2: BUANG AIR
Bukan buang air dalam pundi kencing tu. Buang air dalam periuk tu! Nampak tak apa dalam periuk tu? Air berbuih-buih. Buih tu ialah LILIN yang digunakan untuk melekatkan Maggi tu menjadi 4 segi. Bila korang letakkan air panas, maka lilin tu mencair. Buang air tu dan jangan sesekali mengada-ngada recycle buat siram pokok bunga. Mati kaktus mak korang kang.

STEP 3: GANTIKAN AIR BARU DAN MASUKKAN APAPE YANG PATUT
Ini part penting. Kalau korang tak masukkan air maka tak berkuah la Maggi korang nanti. Sebaik-baiknya perencah tu jangan disiramkan semua dalam periuk. Tak elok untuk kesihatan. Kalau mati awal sapa nak jaga bini aku? Eh aku takde bini.

STEP 4: MASUKKAN PERENCAH LAIN
Ni kalau korang suka pedas, masukkan la cili api/padi barang seketul dua. Takkan nak hambar je kot Maggi tu. Bapak bosannye. Cili kat dalam gambar tu walaupun ko gigit 2 ketul, tak rase kuat mane pun sebabnya cili New Zealand memang tak berapa nak pedas. Guna baja manusia agaknya. Kalau nak lagi best sila masukkan telur barang sebiji dua untuk sumber protein yang mencukupi. Kalau stokin anda ada perisa sedap boleh masukkan juga.

STEP 5: CAMWHORE
Step ini tidak wajib dan tidak menjejaskan kesihatan pun kalau korang skip. Dah tak de bende ape nak buat masa menunggu telur/perencah tadi sebati, maka buatlah apa-apa yang dirasakan perlu.

STEP 6: MAKAN LA TAKKAN BASUH BAJU?
Lepas siap, dengan tanpa membuang masa memindahkan Maggi ke dalam mangkuk, anda bawak saja periuk tu ke depan laptop sambil menketedarah hasil masakan anda dengan diiringi Jus Epal yang manis lagi sejuk. Pengalaman makan anda akan diperhebatkan lagi sekiranya anda makan sambil membaca blog ARC13 sebabnya kalau Megi anda kurang pedas, blog ini akan menambah kepedasannya.

Resipi ini dibawah oleh rakan taulan anda, Encik ARC™ dengan pesanan "Maggi memudaratkan kesihatan, tapi kalau kebulur, kesihatan belakang kira". Sekian, dah pukul 3.30am aku harus tidur.






36 comments

June 29, 2010 3:41 AM

haha.. geng lah! aku suka gak buat megi ayam campo cili padi. megi kari kureng sikit.

June 29, 2010 3:42 AM

megi kalau buh telur,sos tomato..kacau sampai sebati..sedap tak terkira..
ok aku dah lapar.

June 29, 2010 3:57 AM

lagi sedap kalo wat murtabak maggie!!! sedap gile! try2!! :D

June 29, 2010 4:08 AM

x suka megi.
kalo beli 1 pack ade 6, satu sem x hbes
hehehehe

June 29, 2010 4:11 AM

:) baru siang tadi epal telan megi perisa asam laksa.
heaven.

tapi alaa..lupa nak buang air lilin dia tu.
haish..

June 29, 2010 4:30 AM

aku masak megi aku tumis dulu bawang..

tp bru tau kena buang air. hoho..

June 29, 2010 4:54 AM

ok2 aku ngaku la aku xreti masak megi.puas ati? tang masuk air baru lepas buang air kecil tu eh..air berlilin tu..air panas ker air sejuk?

June 29, 2010 6:31 AM

apekah keistimewaan kalau kite buat step 5 tuh?hehehehe

June 29, 2010 6:34 AM

kesihatan belakang kira..haha...

haa kalau nak lagi sedap, tumis la bawang ngn cili2..baru masokkan megi ngn perencah nye..lagi marvellous. lagi2 maggi tomyam..fuh..

June 29, 2010 7:48 AM

baru aku tahu kena tukar air tu..selama ni aku makan lilin..haish..

June 29, 2010 11:07 AM

maknanya maggie goreng lagi selamat, tak ada kuah.

June 29, 2010 11:56 AM

LIN
aku makan megi ayam sebab malas nak koyakkan megi kari hehehehhehehhe

EV
erk sos tomato?aku xpnah dgr resipi tu wey...xmasam ke?

tail me
hehhe kalo rajin dah buat da la macik. telur+megi pastu goreng kan?

Ery
Fuiyooo respek2. Ko rajin sgt memasak kot. Aku ni bahan2 masak byk tp kerajinan tu dtg kadangkala XD

epalejau
asam laksa?fewwittt my most fave tuuuu sedap gila tp sini susah nak carik. Air lilin tu dlm step wajib buang tau

aimee
Hehe buang air dlu, pastu tumis la ape bende ko nak tumis. Tips ni aku baru tau seminggu sbnanye

ayunda maajis
air lilin tu sah2 la panas macik. sebab ko baru panaskan megi tu

apiih
step 5 tu menghilangkan kebosanan dan menambahkan perisa pada blog anda wakakakkakakka

nurhidayah isa
Sini xde megi tomyam =(

Hasrol Nizam
Sama la ngan aku. Aku baru tau seminggu sbnanye :)

syafiqahjasmin
positive!

June 29, 2010 12:10 PM

ape barang meggi ayam.. meggi kari la best..haha

June 29, 2010 12:18 PM

perghhh.. tbe2 rs maggi ni sdap.....

June 29, 2010 12:34 PM

Aini
macik, ade masenye dalam hidup ni kita perlukan kelainan. Lagipun saya ni dak kecik lg, mmgla makan megi ayam hahahhahahha

athirah
megi mmg sedap nak2 lak time kebulur hahaha. xkan tgh2 malam kol 2am tu nak kletang kletung kt dapur masak fancy2? megi sudeyyyy

June 29, 2010 1:11 PM

megi je ke... jadi la kan

June 29, 2010 1:13 PM

ha'ah

June 29, 2010 1:16 PM

TAK SUKAA MAGGI AYAM!
TAK DAK RASA.

AKU DAH BERLAMBAK TELAN LILIN.
DAH BESAR2 NIH BARU TAU. ADEHHH!

June 29, 2010 1:18 PM

nama pun meggi ayam. sah2 la rasa ayam? haha
weh aku stop masak cara biasa seminggu lepas kot. takde beza pon kite :(

June 29, 2010 3:37 PM

masyuklh plak..

lamo den tak bantai maggee nih.

June 29, 2010 3:45 PM

kau rebus maggi macam, tapi telur tu kau goreng dan carik carik.

ahhh pergi sungguh nikmat dia!

June 29, 2010 6:06 PM

bang, megi ayam tu klu tarok sos tomato sikit best wooo!
masam? jangan la tarok sampai 3suku botol!

June 29, 2010 7:28 PM

perencah tu sbnrnye aku tibai habis 1 pek
bru best
perisa ayam kan megi kt atas ni?
aku suka gak maggie
tp lebih suka ruski tom yam
kt NZ takde megi ruski kan?
kesian kesian
=p

June 29, 2010 7:45 PM

MK Kimi
huhu ko slalu bantai ape?pizza?kaye seh

ismishahril
humangaii malaihnyelaaa aku nak g goreng telur. Nak masok minyak, nak panaskan etc. Ko buatkan utk aku eh :D

sis shuhada
sumpah xpenah buat kak. lagipon sos2 mahal la kat sini (tipu)

syahira ariff
Ruski takde la. ape nak kesah...same jenis gak mi segera. tak sihat gak ahaks

June 29, 2010 7:47 PM

"belum berjaya mengangkat bontot yang seberat 66kg tu ke dapur."

ahh kauuu,menipu bontot saje dah 66 kg.hahahaha..

aku kalau time makan megi,cili api 3 bijik skali makan.penyek2 pastu makan.sure meleleh air mate.hahaha..

June 29, 2010 8:03 PM

bila duduk atas kerusi, berat ko ditumpukan ke bontot. so make sensela jugak berat bontot 66kg hahahhahahaha

kalo meleleh nak makan lg ke? geli oi. Mak aku kata kalo telan air mata bole jadik ikan duyung

June 29, 2010 8:12 PM

hahahaha..bungukss..kau telan ker air mate tue..kesat lah wei!

hahahaha.

June 29, 2010 8:12 PM

mane arrr naktau...ko ni bukn leh caye

June 29, 2010 8:18 PM

stock meggi dekat rumah aku still banyak. kalau masakan aku tak sedap, pepandai abang2 aku p makan meggi.



*mcm mne nk masak nasi goreng yang sedap erk? xD

June 29, 2010 8:27 PM

nxt time aku buat nasik goreng plak...aku xbuat arini sbb xde crushed chilli. nak turun town malas r plak heheh

June 29, 2010 9:57 PM

ceh tak remaja langsung la ko ni makan megi cap ayam...


makan la tomyam ke, kari buh telor sebijik ke, asam laksa ke...sedap la jugak...


xpe la janji kenyang ye dak??

June 29, 2010 10:10 PM

lapar la ayu...kalo ko bg kek bentuk tahi pon aku makan tau dak

December 3, 2010 4:29 AM

hah! selama ni i makan lilin? :(
eyh nak share info ni dekat blog i nnt bole?

December 4, 2010 5:30 PM

@The Nurulsilakan tp credit la ye

December 4, 2010 5:35 PM

nice 1 bro...

Tonton
December 6, 2010 1:19 AM

beshhnyeeeeeeee..
malam esk aku mesti mkn megi..

Post a Comment

Komen yang nak diletakkan lepas 14 hari selepas entri tu diterbitkan, akan diletakkan dalam mod pengesahan terlebih dahulu untuk mengelakkan spamming