Kita semua ialah manusia. Kalau dah namanya manusia memanglah satu benda yang tak dapat dielakkan kalau kita membuat silap. Kalau harini kita tak buat silap, esok kita akan buat silap. Kamonla, siapa yang tak pernah buat silap? Siapa yang tak pernah buat dosa dalam kalangan kita manusia biasa ni? Aku tak sempurna, Diyana tak sempurna, korang pun tak sempurna. Sesiapa rasa dia sempurna sila contact aku sebab nak buat calon awek.
Kita selalu pandang serong dekat orang dari 1 segi. Kita jarang sekali nak pandang orang dari sudut lain. Ada orang percaya bahawa manusia ni sebenarnya asal usulnya suci bersih. Ada teori mengatakan bahawa semua manusia tu baik cuma terdapat segelintir yang didorong ke lembah gelap. Mungkin ada kemalangan dekat Diana yang menyebabkan dia berperangai macamtu? Mungkin dia ada family yang berpecah-belah lantas dia buat random YM calls untuk mendapatkan secangkir kasih sayang? Mungkin, tiada apa yang mustahil dalam dunia ni.
Siapalah kita nak menjatuhkan hukuman terhadap seorang manusia yang lain. Ya aku tau dialog itu geli-geli, malah aku sendiri merasa geli. Tapi tak ke korang rasa manusia macam ni yang perlu kita bimbing ke arah yang benar? Nasib baiklah dia YM call dengan aku yang duduk jauh ni. Kalau dia call pakcik-pakcik pertengahan umur yang dahagakan kasih sayang macam mana? Daripada geli-geli seorang diri, akan menjadi geli-geli berduet. Lagi teruk kalau jadi pesta geli-geli berkumpulan. Wahai pembaca sekalian, kalau anda ada kawan macam ni, sila jangan pulaukan dia, cuba tanya apa masalah dia. Jadikan diri anda sebagai tempat sandaran walau sesusah mana pun pertolongan yang mungkin diperlukan. Itulah gunanya kawan-kawan. Pilihlah anda nak jadi kawan yang semanis gula kastard, ataupun nak jadi kawan yang bastard.
Dalam hidup ni, akan ada 1 titik di mana manusia membuat kesilapan besar. Walaupun mungkin tak besar pada masyarakat, tapi besar dalam hati masing-masing. Episod 1 dan 2 memaparkan kesilapan Diana yang mungkin tak sedar bahawa perlakuan dia tu dah melangkah norma dan tataluhur orang Melayu. Gadis Melayu. Aku tau dia baca episod 1 dan 2 dan aku harap dia baca episod terakhir ni agar dia sedar di mana kesilapan dia. Aku tak nak blog ni menjadi sekadar tempat orang memaki hamun dan mencerca kesilapan manusia yang lain. minta maaf dari hujung rambut ke hujung kaki, lain kali jangan buat lagi. Mana yang betul kita buat teladan, yang tak betul kita jadikan sempadan.
Kepada pembaca sekalian, dunia online ni penuh dengan benda yang kadang-kadang kita sendiri pun tak de nak duga. Tapi setiap kali sebelum anda menekan papan kekunci dan buat benda tak senonoh, ingatlah siapa anda tu. Mak bapak awak taknak awak pegi geli-geli online dengan manusia yang entah siapa, mak bapak awak taknak awak taknak awak mencarut keluar benda dalam kain semua dalam blog. Mak bapak awak takde nak suruh awak on side dengan blogger yang suka memburukkan blog orang lain siap maki-maki dan gunakan kata kesat, dan saya yakin mak awak takkan pernah nak suruh awak komen blog orang dengan meletakkan ayat separa lucah seperti coli saiz apa etc.
Jaga adab anda, kita orang Malaysia. Orang pandang kita dengan adat ketimuran yang sopan tapi jangan disebabkan satu kesilapan lampau, orang cop kita macam-macam. Selagi jari aku sihat, aku akan terus blogging. Kalau aku ada silap di mana-mana, kawan-kawan tolong tegur. Kalau selalu menyokong, bukan kawan yang baik juga
Habis dah entri serius. Ingat ye semua tu
Kalau korang tensen baca entry ni, sila tengok link ni untuk ceria-ceria sikit
Sekian, salam sayang untuk semua
ARC™






29 comments
wah, da baek lak ?
diyana oi, ko tau aku boleh check IP ko kan?
oyeahhhhh!! :)
Allah melihat apa yang kita buat. agar kelak kat akhirat akan ditunjukkan semua apa yang kita buat. semua aib2 akan dibuka satu persatu.
jangan merasa diri suci dan menganggap org lain hina. kita sama2 manusia. tetap adalah hamba allah. menjadi khalifah yg terbaik dimuka bumi.
menyebarkan agama allah. menjadi pelapis Nabi muhammad untuk membentuk ummah yg berguna kelak untuk dunia dan akhirat.
selawat untuk baginda SAW. :)
arc....
apasal entah aku terasa dgn entry ko ni....
benci ahh cam ni...hari ni saja dah 3 blog aku terasa...sengal betol...
lagi satu...ko mmg boleh taw ke klu anon komen????
aku buta it sket...hehe
Suaidah
aku ni nak masukkan ayat-ayat suci n dalil termampu le sbb ilmu aku xde sgt part tu. Thanks ingatkan
ayue
memang aku tuju kt ko pun XD
heheh bole, kalo ko stalking tepat pd masenye
cis...haaa cuba teka sapa aku???
honestly, xtau. aku xnak buat peluru sesat
hehe..ingatkan boleh detect..hakhak
macam mana bole terlepas part 2 pulak nih..hahah..
tapi memang kesian kat dak diana tu..moga dia kembali ke pangkal jalan..aminn..
kalau detect IP tu familiar n same, juz tau dtg dr mane
pastu compare la ngan friendlist sape dok area tu
heheh skill stalking ni dibawa oleh ARC13
detect IP bole, detect nama xleh. kelebihannya kita bole narrow down suspek
Fina
aih ko terlepas ke?aku xprasan pon ko terlepas XD. Amin
ohh boleh thu eh..cmne ek
he
mentioned above
Sokong! =)
entri serius.bagus2.weh,aku nak gak belajar check ip.aku selalu tengok kat csi.
apasal aku terasa erk ?
aku setuju!
selalu sangat ah begitu~
(sedang kipas sate untuk kau)
weh, tak baik ah cakap camtuh kat diana tibe tibe. dah la bold ko punye comment.
patut nye berscript begini
cik adik yang baik, anda kantoi dengan ip anda no matter how anon you are. LOL
weh, aku rase link ko kasi macam lagu pokemon gameboy dulu2 doh
kesempurnaan bukan milik kita..
good one! =)
terus terang aku sebenarnya sebelum ni agak benci tulisan kau, mengaibkan orang. Kau tak minta izin mendedahkan suara diana, sedangkan kau tahu suara perempuan itu aurat baginya. Tapi salah diana jugak. siapa suruh buat suara macam tu.
aku minta maaf, terbenci kau. aku TER. tak sengaja.
kau pun kata semua orang tak sempurna.
Tapi entri kau ni, aku rasa bagus sangat. Tukar habis-habisan persepsi aku terhadap kau.Ntah lah, aku baca macam jujur sangat. Orang kata, never judge a book by its cover. Betul lah tu. teruskan menulis , kau ada potensi bawa orang ke arah kebaikan. dengan cara macam ni. Kau mampu mengubahnya. teehehehee. Insya Allah.
aku sokong arc.
kepada diana, tolonglah berubah. sementara blm terlambat.
kepada arc, thanks reveal benda camni. it sounds crazy to me. sbb tak pnah sangka it happens in our society.
cikkotak
thanks
EV
hhohooh kalau dah ade feedjit dan traffic monitor hapekejadah sume tu, senang je ko nak buat...aku xde sape aja pon
touya
harusla terasa. Barangsiapa yang follow dan side ke pihak blog hellioz yg ske maki2 org tu akan terasa dengan entry aku ni.
Lord Zara
Sate Kijang ye. Kijang Dara
psenk
komen aku mmg autobold :P
hahhaa ko xrase lawak ke gmba tu?punyela nikmat mke die dpt ayam goreng'
HANA
thanks
syafiqahjasmin
kalau xsuke cakap je cuma jgn jadi anon. Aku suka kalau orang sound aku tp dgn bernas la kan~
aku sedar benda ni pun lepas aku chatting dengan sorg budak ni
thanks for your comment. You are 1 full reader
abbyshah
sama2 babe. Banyak lagi benda yang tak disangka berlaku dalam masyarakat kita. Aku taktau dimana silapnya
klu di ganggu lelaki lagila...
huhu
zzzzzz
diri aku pun tak tertegur. Ini kan nak menengur orang yang jauh lebih bagus dari aku. aish kau ni. haha. thank you, aku terharu sikit.
hahha sape lg bagus dr ko? merepek gile...xperlu tgk status diri kalau nak tegur org. benda baik elok dibawak berbincang
betul jugak aper yg kau kater tu
hmm,gmbar gigi kat atas tuh putihla
thanks :)
gambar gigi aku tu. harusla putih bersih dan kacak :P
My parents may have been joking when I was 5 or 6, but they set the mindset for me. My dads joke was if a guy kissed me I was supposed to hit him with a brick. When I was a teen a clear threat stopped guys in their tracks at a look or a whistle.
My last sentence should have read, Why didn't he have sex with women whom he did not employ if this was not taking advantage of his position??????
Post a Comment
Komen yang nak diletakkan lepas 14 hari selepas entri tu diterbitkan, akan diletakkan dalam mod pengesahan terlebih dahulu untuk mengelakkan spamming