Game ni mengamalkan sistem team battle. Kumpulan A berlawan dengan kumpulan B. Setiap kumpulan akan ada askar yang tak boleh dikawal oleh pemain (default setting), dan juga watak (Hero) yang korang boleh kawal. Hero adalah lebih kuat dari mana-mana askar, dan juga korang boleh bagi nama kat dia.
Gambar ni diambil masa aku main DotA Online. Tapi masalahnya disini, ada sorang ni dia guna nama TheGreatAllah dalam game tu. Aku tak tau dia ni pro-Islam ataupun memang saja-saja kurang hajar nak menaikkan kemarahan pemain game tu yang beragama Islam. Sebab apa nama tersebut sangat tak sesuai?
Tengok gambar dibawah ni.
Bila kita berjaya bunuh team lawan, maka dia akan tulis disitu. Contohnya: ARC just drew first blood. Cuba korang bayangkan kalau nama TheGreatAllah yang menggantikan nama aku? Takpun digantikan pada yang kena bunuh tu. Tak ke kurang ajar?
Selain nama tu, kalau korang letak nama seperti Umat Islam ke ape ke, still benda tu salah. Tak kisahlah game ape pun bukan DotA saje yang korang kena hati-hati.
Majulah game untuk kesejahteraan rohani di kala kebosanan.






10 comments
macam mana pula dengan orang yang memang nama dia macam hasbullah ke, amrullah ke. diorang just gune name diorang kan. ke x bole jugak? ke cane?
hmm.
aku xpenah maen game nie tapi aku slalu gak ahh dgr dari kwn aku yg laki tue.best sgt ker?game masak2 xde ker?haha..
aku xmen gem online...dh lme biarkan..huhuhu
Kalau nama tu nama kata khas, ataupun nama sendiri taktaula plak kam
tapi nama yang umum yang melambangkan Islam dan aspek ketuhanan sebaiknye janganla gune...nanti benda2 yg aku cakap kat atas tu jadik
ira
best weh!! kalo ko nak game utk awek2, men la Earthbound hahaha
apiih
dota ialah game separa online XD
x reti men dota..heee
tapi apadaa org 2 pki nick g2..macam xde nick len je nak guna
gg!
game ni kene add jiran tak ? macam kat pesbuk tu ?
heeee..
uncle dan adik2 ipar mmg suka main game onine..uncle dengan sudden attack manakala adik2 ipar uncle setia dengan Dota..uncle pun bolehmain dota...main watak drow ranger dengan pit lord je hahahha sampai ke map baru still main..perghh uncle rasa mmg kurang ajar lah mamat tu..guna perkataan menyiarap..dulu ada satu kes di permainan onine nama perfect World .dia guna nickname "Allah" sampai pernah keluar dalam harian metro ..akibatnya dia digantung terus darp permainan..kalau dota boleh ke sekat dia dari terus guna nama tu?
aminzack
serious xreti maen? aku nak gelak buleh x? =P
Shreko
yup gg
Lala Lulu
adoiyai add jiran mane ade....tp add buddy ade =)
uncle
pergh drow ranger do uncle..haha kuat tu..nanti aku balek malaysia bolehla layan sepam dengan uncle
Malangnye kat gg xleh kick kot sebab gg ni official ke mcm perfect world tu?ntahla xtau
lgpon user tu dari New Zealand =_=
ARC lvl 32 on Garena?
Post a Comment
Komen yang nak diletakkan lepas 14 hari selepas entri tu diterbitkan, akan diletakkan dalam mod pengesahan terlebih dahulu untuk mengelakkan spamming