Ini ialah post yang tidak bergambar dan penuh dengan tulisan tentang apa itu MLM ataupun yang orang tak tahu nama panjangnya, Multilevel Marketing. Juga, dalam entri ini anda akan menganggap bahawa bapa ikan boleh pancing anak ikan menggunakan matakail walaupun mereka spesis yang sama.
Nama English sistem perniagaan ni ialah Multilevel Marketing, dan nama Melayunya ialah Makhluk Lebat Mengumpan. Seperti namanya, hanya makhluk-makhluk yang suka mengumpan orang yang akan terjebak dalam kancah kegilaan perniagaan ini. Sebab apa aku bahasakan benda ni mengumpan? Sebabnya, kau dapat jadi ahli, dan kau kena carik lagi 3 ahli untuk dapat untung. 3 ahli dibawah kau pulak kena carik lagi 3 ahli, dan keuntungan yang diorang dapat sebahagiannya akan dapat dekat kau.
So, siapa pandai mengumpan dapatlah duit, kan?
Takde beza pun dengan sistem piramid dan lebih baik lagi kalau korang main kutu berbanding join MLM ni. Itu nasihat terpimpin dari aku tapi terpulang dekat korang
Dulu aku ada join mymode iaitu servis jual topup dengan cara sms. Benda tu pun mengamalkan sistem MLM jugak. Siapa kenyang? Orang ataslah. Dan kalau anak-anak ikan yang berjaya dipancing itu dapat 'memancing' ikan-ikan lain, maka dapatla dia untung yang banyak dan jugak naik pangkat jadi orang atas ataupun 'bapak ikan'.
Kalau semua anak ikan jadi bapak ikan, siapa pulak yang nak jadi anak ikan ikan baru? Ya, tak lain dan tak bukan ialah telur ikan yakni lepasan sekolah, lepasan maktab, ataupun pelajar universiti yang memang sentiasa mencari wang lebih untuk menjadi "Ikan mahal" di pasaran.
MLM ni yang buat aku hangin, satu je. Dia suka menyemak inbox aku walhal setiap hari aku tanda emel-emel 'matakail' tu sebagai spam sebab aku taknak jadi anak ikan - at least, NOT AGAIN. Tapi disebabkan Yahoo! punya email tersangat bodoh tahap cipan, maka terpaksalah menanda 'matakail-matakail' tersebut sebagai spam setiap kali aku check email. Nasib baik Gmail ada spam protection yang mantap! Kurang beban aku setiap hari.
Untuk MLM lebih berjaya, anda perlukan 2 akaun, yakni akaun bank dan juga yang paling penting akaun facebook. Contoh penyebaran dakyah-dakyah sesat sedunia ialah login Facebook hari-hari dapat RM100. Hari-hari kepala hekk!! Ketahuilah wahai manusia, dalam dunia ni mana ada duit senang? Nak berak pun kena keluar at least 20sen tau. Kalau berak kat Central Market, 50 sen, kalau berak dekat Menara KL lagi dasat, RM2. Kesimpulannya,
"There is no such thing as free money"
If the money itself is free, hilangla value duit tu. Habis nak beli aiskrim guna apa? Bulu hidung? ke bulu kaki? Kalau macamtu kesianla budak-budak yang belum baligh.
Taking this conclusion, there is also
"No such thing as login facebook dapat RM100"
Hoi cacat gila. Fikir guna otak sikit jangan guna lubang hidung. Itu ialah matakail yang dah berkarat dan hanya anak ikan hilang punca akan merentapnya. Login facebook dapat RM100, hmm mari kita pecahkan kepada 2 bahagian ayat ni. Login facebook dan dapat Rm100 hanya ada 1 penerangan iaitu dengan login facebook, bapa ikan akan dapat memancing anak ikan, dan dapatlah RM100!! Simple kan?
Kalau hidup sesenang ni, takkan ada manusia homeless di dunia ni. Takkan ada peperangan bertujuan mengaut keuntungan. Tapi, macam aku cakap tadi, if money is that easy, hilanglah nilai dia.
Ok, kesimpulan terakhir, mari bekerja keras untuk dapat duit. No pain no gain. Untuk pelajar seperti aku, mari bekerja keras demi menyiapkan assignment dan juga exam.
Majulah kerajinan demi kesejahteraan manusia
P/S: Bukan nak menutup periuk nasik tapi menipu tu kan berdosa? Tujuan perniagaan pun ambiguous. Korang ni bapak ikan atau anak ikan?



19 comments
wah!! setuju2...
pelik betul cara diorg tu..haish
mujur aku xjadi mana2 ikan.. sama ada bapak, anak atau telur ikan..
tapi kat fb tu asyik masuk dalam inbox aku ttg dapat 100 login fb.. naik sesak tgk..
aku setuju dgn entri yg ni..
salam~
hehehe... sejak dlu smpai skang.. isu MLM nie xpenahnya ilang ataupun luput.. dulu sibuk pasal mydinar.. ada mber snggup berhutang tuk mmbeli mydinar nie.. skang apa kes?? malu sudah...
kekdg kesian gak tgk kes2 mcm nie.. kebykkannya adalah bangsa kita.. awat ar bangsa kita nie suka kena tipu?? cuba ar pikir dan tanam dlm otak yang "tak akan rezeki datang bergolek kalo tak ada usaha" awat ar payah sgt nak elak bnda2 mcm nie??
ps : sorry ar terbebel jap... :p
wah2... marilah melebatkan bulu kaki..
MLM ni memang satu hal lah menipu. dan orang yang tamak pun tertipu.
memang aku setuju sangat ayat kau yang ni : "...there is also
"No such thing as login facebook dapat RM100" Hoi cacat gila. Fikir guna otak sikit jangan guna lubang hidung"
bgs ko pny en3...ak skang ni pn tgh dok marah yg dk bt mlm nie, kat fb tiap2 hr ade iklan nie. bodoh btl. hari tu ade org ajk ak join benda bodoh tue p2 ak sound direct kt wall fb ak..pdan muke. bangang btlla dorang nie..benci ak....
ofismate ak pn ade bt gk benda nie(login fb dpt rm100)...ak xtpengaruh tp yg ak benci & sedeynye bile kuar ayt nie kt mulut dia "pergh..hr nie dpt lg 1orang ..ayt2 sket gk cair r"....klu korang tau korang kena c2 cane? mesti rse bodohkn...sbb taktik dorang tu ak da tau cane...bknnye ats dasar pniagaan ke ape tp sistem piramid. e-books tu sbg bahan je...
kalau berak kat klcc tandas mahal tu RM2 jugak kan? hahaha
entry bagus ni. aku memang berpegang kepada prinsip no pain no gain. nak duit hasil blogging pon pain jugak, pain in the punggung =P
ni lepas geram update pjg2 ni?
kalo FB 100??MLM yang maen ribu-ribu lak camner??
Lagi sakit hati kan??
Aku pernah terkecimpung n duit hangus begitu jerk..
Sangat-sangat menyesal n now jd pengajaran..
Perit beb bile rase diri ni kene tipu..
And lagi satu, b4 korg dgr talk budak2 MLM ni korg doa banyak2 supaya x khayal ngn omongan2 dorg tuh..korg leh jd mcm org kene pukau beb..
Lagi satu, b4 nak wat satu keputusan jgn on the spot..Lepak lu, cap kok lu..
Dptkan nasihat dr mem2 korg yg pakar-pakar..
Pikir dulu b4 bertindak jgn jd nasi yg dh jd bubur cam aku ni..
Haa..betul tu..bila tak nak join emo!
derrr
sokong sgt2!..lagi2 bab yg laogin fesbuk dpt duit.cam ntah pape..sah2 lah tipu..adoi..teruk betul..hahaha
You're not only an expert on economics, but on social problems as well. I must admit that you make connections I have trouble following. I understand downsizing, but don't see how I'm doing myself a favor by taking a good look at it. I don't think those who are downsized or outsourced will be paralyzed by skepticism, though I can understand why they would fear the future, especially if they are older.
can u pls stop commenting my site because it comes to nonsense when relating ur comment to my post entries.
xlayan ngan MLM2 nih..hahahahaha...
hahahaha....suke gile kat entry ni weh!
ei..xder citer lain ke arc..baca blog org tu citer pasal mlm..baca blog org ni pon pasal mlm..blog ko pon mlm jugak? ei meluat betol la mlm ni..dia jd lebih glamer dr aku..aku marah la cm ni..
Benda yang berunsurkan gharar ialah haram. Sekian
Kesian aq tgk kawan2 aq yg join
Ntah duit tu derg buat makan minum, jadi darah daging. Kesiannnn kesiiaann
Haaa baru aku ingat istilahnye...gharar..
mekaseh cik daryll
Post a Comment
Komen yang nak diletakkan lepas 14 hari selepas entri tu diterbitkan, akan diletakkan dalam mod pengesahan terlebih dahulu untuk mengelakkan spamming