Lama sangat tak update blog. Kalau tak pegi kerja, mesti busy tengok kartun dalam bilik berjam-jam, layan facebook dan macam-macam lagilah. Sempena bulan puasa ni marilah kita menyambung episod 4
Kita sebagai hamba Allah yang tak terlepas dari melakukan dosa ni, memang selalu sangat membuat kesilapan kalau orang takde nasihat kita. Sebagai umat Islam, kita tahu yang menutup aurat tu memang satu kewajipan, baik lelaki mahupun perempuan. Bagi mereka yang tak tahu, aurat lelaki ialah dari pusat ke lutut, tapi janganlah tutup pusat dan lutut saje, yang tengah tu jangan ditayang pulak.
Aurat perempuan pulak ialah semua anggotanya kecuali muka dan tapak tangan. Maka pesanannya disini, tudung Bienda tu memang sah-sah lah tak menepati sebab selain ketat, dia tayang leher dan telinga. Samalah dengan orang lelaki, kalau menutup pusat ke lutut sekalipun, janganlah pakai tights sebab nanti terbonjollah apa-apa yang tak patut dilihat. Perkara sama diaplikasikan kepada pemakaian legging oleh kaum wanita.
Harini, bukak facebook, tengok-tengok gambar ada yang gambar budak tak tutup aurat. Gambar kita yang sekarang memanglah tutup aurat. Tapi gambar profail dipamerkan pulak gambar masa kecik dulu, maka tahulah sekalian alam bahawa rambut anda rupanya macam mana, berapa tahik lalat anda ada. Tapi, berdosakah benda tu? Adakah sama hukumnya dengan membuka aurat? Kita tahu, masa kecik dulu dosa suma mak pak tanggung (maaf kalau silap) tapi kalau dah besar ni kita 'bukak' balik dosa yang lalu, siapa nak tanggung?
Satu soalan lagi, kalau kita tayang video orang tengah buat projek, dengan caption "Apalah nak jadi bebudak zaman sekarang ni" adakah kita mendapat dosa sama dengan orang yang sebarkan video blue?
Ada sesiapa boleh tolong jawabkan? Tolong.
P/S: Jangan suruh orang 'tepuk dada tanya iman'. kalau dah iman orang tu tak hebat mana, agak-agak hebat ke keputusan yang diambil? Ntah ape2 la korang ni


7 comments
sgt setuju!!!ngee~ direfer gak kepada diri, btw ak x pnh pakai 2dung bienda tu..kekek~ tp xla nak tnjuk baik gak, stiap org ada kekurangannya..wee~
selamat mymbut kmerdekaan!!
hoho...panas!!!
aku baru nak pos muka aku masa kecik2...aduyaiii
tepuk tut tanya nafsu
tntang video, kita sebarkan aib orang, itu kan berdosa..
Pendapat anda?
Awak, boleh pakai purdah tak?
indeed..
ape yng awk ckp tu semuanya betul..
i still recall the date u correct me in how i wearing tudung..and sumpah..i sgt2 terfikir2 kn psl tu n i thot..ape gunanye pkai tdung kalau sekadar kain..yess..learn from mistake..i do rite now..
bout the video tu..mana2 manusia pon dlm dunia i xboleh mnyebarkn aib org..kite buat mcm tu..seolah olah kite spread kn aib die..n sah2 berdose..kesannya sgt hebat..kesan terhadap masyarakat n si pelaku itu sendiri.klu die dh insaf..tp kite dah tersalah sebarkn video die in reason nk bg pengajaran..camne?bile kite nk mintak maaf ngn die kn?
i totally against those yang suke buat mcm tu..it is very bad...
stay giving advice yer:)
salam..slmt berpuasa..nice blog.do visit my blog n be my follower k..saje nak tambah kwn n berkongsi2 ilmu..tq :)
http://betkidzs.blogspot.com
betul3.. sekarang ni orang sibuk dok tayang gambar mse kecik2 kat fb.. padahal, sekarang ni kanmain tudung litup,.. maybe diorang xtaw gmba kecik2 pon mana boleh tayang, sbb gmba tula sebenarnya menggambarkan kita skrg,.. bukannya bnyk beza sgt pon time kecik n besar..hmm..
Post a Comment
Komen yang nak diletakkan lepas 14 hari selepas entri tu diterbitkan, akan diletakkan dalam mod pengesahan terlebih dahulu untuk mengelakkan spamming