Bezanya website kerajaan/ badan keIslaman/ portal rasmi dengan blog (walaupun dotcom), nota facebook dll ialah yang rasmi lebih reliable dan mempunyai sumber rujukan. Selain tu, ia juga dipantau oleh badan-badan tertentu dan bukan ditulis ikut sedap rasa ataupun diambil daripada email strings. Email string ialah dalam erti kata lainnya, surat berantai yang ditulis oleh Pak Mat mana ntah. Contohnya nota dibawah. Sila klik untuk pembacaan yang sihat.
Berkenaan Isu halal haram ni aku rasa aku dah baca tahun lepas. Terima kasih lah dekat YahooMail sebab spam protection dia tahap tenuk. Kalau tenuk reti buat sistem email, aku rasa lagi bagus dari ni.
Disebabkan memang sifat sejati aku penuh dengan keraguan, maka aku mesej pemilik nota tersebut untuk mengesahkan perkara terbabit. Pergh ayat macam berita dah. Dan perbualan 4 string messages berlaku seperti dibawah.
Disebabkan mesej sudah lama tak berbalas, dan jam aku menunjukkan 7.33am waktu Wellington New Zealand, maka aku berpendapat dia tak boleh jawab soalan tu. Kesangsian melampau menyebabkan aku terjah website JAKIM: Portal Halal untuk mensahihkan nota tu. Ataupun bagi mereka yang kenal aku; untuk membuktikan nota tu email strings sebagai tujuan utama. Dalam nota ada disebut sesuatu pasal Burger King dan inilah maklumat diperoleh dari portal JAKIM: Halal je beb, makanlah. Tapi ada sesetengahnya yang memang betul seperti Madam Kwan dan Auntie Anne's Pretzel. Yang tu tiada dalam senarai halal. Cumanya, McDonald pun sama tiada dalam senarai sedangkan ianya halal. Wallahualam. Kalau korang ada kemusykilan nak check halal haram bolehlah usha portal JAKIM yang aku bagi kat atas sane tu.
Portal JAKIM:
Pro: Ada senarai hadis harian, Al-Quran online beserta terjemahan
Con: Dibawah pilihan "Hubungi Kami" tiada link/email untuk bertanyakan soalan hatta di bahagian FAQ sekalipun. Maka susah untuk kami bertanya soalan. Diharap pihak berkuasa boleh update elok-elok.
Moralnya, kalau takde bukti kukuh jangan menggedik share sana sini. Sekian, terbantut entry fencing aku grr.

.jpg)




15 comments
hahahaha..mesti org tu terkulat-kulat nak jawab.hahaha
to see is to believe! kahkahkah
bukan to research is to believe
tipikal kan orang yang pantang baca sikit dah percaya bulat2..aduhh..macam mana nak ada kereta terapung dalam wawasan 2020 nanti ni?
lagi 10 tahun je tinggal
Haar actually mcd ni halal ke haram erk..fening tul o__o
agaknye ternganga-nganga nak jawab.hahaha
pasal mcd aku dh lama xmkn sbb ragu2..
org kata, bila dh ragu2 baik jgn buat trus.heee...
pasal hukum hakam ni, bglah yg pakar menentukannya. kita plak, jgn percaya bulat2...=]
tp kdg2 persoalan yg mcm ni buat kita tak tau kebenaran dan nak kongsi kebenaran
(:
Sesumpah
adakah wajar dipanggil kebenaran kalau ada kemusykilan?
aku benci gila kat email berantai. merepek je banyak. kalau ada yang bagi mesej kat facebook and soh sampaikan kat orang lain, ko tulis je camni 'email berantai ini berakhir di sini. tq'
dulu aku rajin buat cmtu tp skang ni aku mark as spam je tros..xkisahla member ke x member
kalo nak ikutkn bnyak sgt isu halal dan haram ni..
yang kau cakap email tu pun aku ade gak terbaca depan bilik lecturer aku...
It sound macam ala2 urban legend je..buat fakta sesuka hati tanpa buat research terlebih dahulu.. kalo nak tgk cop halal JAKIM kat mane2 restoran pun mmg susah la. lagi2 kalo kat shopping complex lagi la payah nk jumpa..Bila x jmpa, mula la rasa ragu-ragu dan timbullah shubhat...bila dah shubhat hukumnya pun haram..
P/s:sori panjang
hmm aku rasa kalau kat foodcourt tu kalau xyakin boleh tanya. Macam kami kat sini, sah2 la kedai dia takda logo halal. Tapi mcm McD setakat nak makan fillet o fish xde hal la kan~ tp kene yakin
bile ade notes mcm ni kite akan ragu2 dan timbul syubhat. kalau xde note kite xde ragu ye dak? tapi kalau keraguan berasas, Alhamdulillah terima kasih sebab mengingatkan. kalau urban legend, kasihanlah pada saudara kita yang bekerja di premis berkenaan
Tu kes orang sejuk bontot la tu tak tahu nak wat apa. Selalu kalau dapat email jenis foward2 ni delete terus je. malas nak baca2
ada org lebih percaye kt email berantai ni semua. yg paling xleh blah kan, bila ada poster tulis lbh kurang mcm ni:
semua jenis syampoo, mandian yang dibuat oleh syarikan bukan islam adalah haram kerana mempunyai babi.
pakaian, kosmetik semua jadi mangsa,
pastu kan, kat bawah dia, belilah brangan syarikat islam.
the thing is, perlu ke memfitnah barangan lain ada babi untuk jual product sendiri?
@Fiffy
Islam x ajar penganutnya memfitnah....
old town macam mana? takde dalam portal tu pon tapi kat kedai ada pulak tanda halal =.=
Post a Comment
Komen yang nak diletakkan lepas 14 hari selepas entri tu diterbitkan, akan diletakkan dalam mod pengesahan terlebih dahulu untuk mengelakkan spamming