Sebelum entri yang panjang ni akan diteruskan eloklah korang mengetahui beberapa fakta tentang Mood Disorders.
Manic State (translate: keadaan gila): Ialah satu tahap di mana mood anda tiba-tiba terangsang dengan melampaunya. Biasanya orang dalam keadaan ni akan berasa gembira yang terlampau, mempercayai dia ada kebolehan ajaib, mempunyai pemikiran yang merapu-rapu dan banyak, mengalami ketidakseimbangan dalam percakapan, kurang keperluan untuk tidur, dan senang untuk fokusnya meluru kelaut. Selain itu, yang penting ialah, mempunyai kecenderungan melampau untuk melakukan aktiviti yang meningkatkan keseronokan, walaupun aktiviti itu memudaratkan.
Hypomania : Keadaan lebih kurang sama dengan Manic, tapi kurang berbahaya daripadanya. Kalau dalam Manic ada orang beranggapan bahawa dia ialah seorang pesuruh Tuhan, maka dalam Hypomania dia akan beranggapan bahawa dia lebih pandai daripada semua orang.
Depressive state: (trans. keadaan tertekan) Sama seperti namanya, orang yang berada dalam keadaan ni akan berasa sedih, melankolik, hilang nafsu dalam kebanyakan benda yang biasanya membuatkan orang rasa gembira (Anhedonia) , hilang motivasi (Avolition), merasa kebanyakan aktiviti biasa memerlukan tenaga dan usaha yang melampau, dan juga senang berasa sakit hati dan menyampah akan sesuatu.
***
Ceritanya bermula pada petang tadi, pukul 3pm waktu New Zealand (GMT+12)
Aku jalan kaki menuju ke salah satu cawangan universiti Victoria, iaitu Kampus Pipitea yang takdelah jauh sangat daripada rumah aku. Jalan dalam 15 minit boleh sampai dengan kelajuan seumpama siput. Sampai-sampai saja aku terus menuju ke tingkat 2 Rutherford House tu untuk berjumpa dengan Penasihat Pelajar Antarabangsa kitorang yang bernama Helen Gray.
Bila dia nampak aje aku terus dia greet dan cakap aku bagus blabla sebab datang awal (5 minit je pun!) sebab kitorang janji nak meeting pukul 3. So kitorang bincang pasal macam mana aku cope dengan gaya hidup dekat sini. Aku sihat ke dan benda-benda biasa yang seorang makcik akan bertanya kat korang walaupun korang tak kenal makcik tu. Sila andaikan makcik tu berniat baik dan tidak mau mengepau duit anda. Dan seperti yang dah diagak sebelum aku datang lagi, datanglah part yang mencucuk hati bagaikan dihiris sembilu, iaitu part bincang pasal gred sem lepas. Lepas berbincang teknik untuk naikkan gred, dan pasal keyakinan diri, dan bercerita sikit-sikit pasal kegiatan kelab yang aku join dekat sini, dia pun tanya soalan berikut:
(1) Aku cukup tidur ke tidak
(2) Ada tak rasa tertekan baru-baru ni tapi tak tahu kenapa
(3) Ade tak rasa pergi ke kelas tu ialah sangat-sangat letih dan memerlukan tenaga yang banyak
(4) Banyak lagi soalan tak ingat dah
****
Esok aku ada exam Abnormal Psychology yang di mana secara kebetulannya, bila aku habis study tadi, tiba-tiba terlintas dalam otak aku yang Macik Helen sebenarnya dia analisa diri aku ni kalau-kalau aku ada simptom Depressive State, atau lebih tepat lagi, menuju ke arah Unipolar Disorder. Sedar-sedar aje pasal tu, aku terus bukak buku teks yang berharga NZD150, dan melihat kriteria penyakit tu... dan
Holy cow
Dan seterusnya otak aku mula fikir yang macam-macam (racing thoughts ialah satu simptom Manic State).Baru-baru ni aku banyak shopping barang guna credit card (petanda Manic State) beli macam-macam. Antaranya ialah LG Flatron dalam bilik tu. Dalam banyak-banyak perkara dalam otak tu, aku ada fikir tentang apa faktor yang membolehkan aku ada simptom penyakit ni. Major Events in life dan Severe Stress ( Kejadian Penting dalam hidup dan Tekanan melampau) mungkin antara penyumbang utama. Kalau korang nak cakap yang kehidupan korang lebih sengsara daripada aku, ayat selepas ni, walaupun kurang hajar, mungkin akan memberi sedikit sebanyak gambaran pasal kehidupan lama aku.
Turns out, Macik Helen tu memang seorang ahli psikologi, informasi diperoleh selepas bertanya Google. Walaupun beliau bukan ahli psikiatri, tapi at least dia ada basic yang kuat dalam bidang psychology. Tadi aku baru je hantar email dekat dia mintak nasihat. Mungkin semua ni hanya perasaan aku je. Mungkin semua ni hanyalah delusi (false belief). Dan sepatutnya korang tahu bahawa setiap manusia tu takdenya yang perfect, mesti ada silap salahnya di mana-mana. Aku cadangkan dekat korang, google DSM-IV-TR dan check kalau-kalau korang mengalami apa yang dinyatakan dalam jadual. Aku ni takdelah obses sangat mengatakan yang aku sakit tapi kemungkinan tu ada, dan langkah pencegahan dah diambil.
Sambil-sambil berblog pun boleh buat revision test esok.Harap-harap aku tak sakit.
ARC| Victoria University of Wellington Central Library, 9pm
Cheerios.


9 comments
ak dpressed gle spnjang smggu pertama kat msia. ap mknenye?
waktu aku belajar literature trimester lepas, lect tu ckp, kalau kite study psychology, jgn plak kita analisis diri. dialah cakap. aku pun tak tahu kesahihan dia. tapi aku rse macam betul?
wah. dasat ah. klw centu, aku pon salu depressed. keh keh keh. bahaya sungguh. zzzzzzz.
kau perlukan rehat yg cukup da nie
hahaha
selamat berehat!
Cubalah google tajuk BANGSA MELAYU MENGIKUT ULAMA AHLU SUNNAH WAL JAMAAH, maka akan fahamlah kita tentang hakikat bangsa ini. Dan cubalah google pula tajuk-tajuk berikut agar kita kenal musuh dalam selimut yang mencari peluang dan ruang untuk mengkhianati bangsa ini, iaitu:-
(a) http://www.mediafire.com/?ne2dmyeinzo
(b) Jaringan Wahabbi Sdn Bhd
(c) Jom Kenali Dr Maza & Co
(d) Ahlul Bait Yang Dicerca
(e) Tok Ayah Zid Kedai Lalat
(f) Kuasa Tiang Kepada Cita-cita
(g) 40 Mutiara Hikmat Serambi Mekah
FAKEH KHALIFAH SAKA
term-term ni byk menyemak kat filter aku.sakit hati juga sebab tak faham bahasa psycho..
T_T
aku rasa kau kna relax2 sket..
bawak bnyak beribadat..
Dengan mengingati Allah jiwakan menjadi tenang..=)
aku rasa perlu buku tu.
mana nak cari.?
ko tolong beli boleh tak.?
rasa2 dulu mcm ada ciri2 depressive state. sbb bila kita sdri belajar ilmu psyc, buat kita tertanya2, "eh, simptom ni ada kat ak". huhuhu. mgkin satu kebetulan kot. tapi bila fikir-fikir balik. kita sbg manusia ada cara untuk mengatasinya. mungkin ciri2 ada pada kita, cuma ia bukanlah depressive state. mgkin ada faktor lain yang menyebabkan kita ada ciri2 dep. state tu. dulu ak cuba ubah pemikiran dgn think +ve and ubah2 sket2 cara life yg mybbkan ak rasa depress melampau tu. mgkin juga cara terbaik adlh kembali semula pd ajaran islam. cara2 yg dianjurkan islam utk mengatasi perkara2 sebegini. ak dekatkan diri dgnNya, (bkn mksud dulu ak xigt tuhan) dan muhasabah diri. mgkin dlu ak pandang remeh mende2 ni.mgkin dlu ak pandang remeh mende2 cmni. insyaAllah, cuba berubah ke arah yg terbaik utk diri sdri :)
Post a Comment
Komen yang nak diletakkan lepas 14 hari selepas entri tu diterbitkan, akan diletakkan dalam mod pengesahan terlebih dahulu untuk mengelakkan spamming