Celaka Punya Amilia

Harini handphone aku dikejutkan oleh satu SMS dari pengirim yang takde dalam rekod phonebook. SMS tersebut berbunyi:

Can u come to Skype?
Aku dengan penuh peliknya reply la SMS tu kot-kot budak kelas aku ke nak tanya soalan. Nak on Skype pun malas sebab time tu aku bukan dekat rumah. So, laptop tinggal dekat rumah sekali lah. So, aku tanya "Who's this?"
 Dia jawab:
Amilia

Eh celah mana pulak aku ada kawan nama Amilia? Mungkin budak kelas aku yang berbangsa New Zealand kot yang hantar. Tapi peliklah jugak sebab celah mana pulak dia dapat nombor fon aku? Adakah no fon aku telah di'stalk' oleh para gadis New Zealand Oh, berasa hot seketika. Tapi aku balaslah jugak "Do I know you?" Dan dia reply:
Amilia
Rasa tak sedap hati dah ni. Ni manusia ke atau hantu? Sesampai aja kat rumah, aku terus check nombor fon yang hantar SMS tadi dekat fon lama. Tiada rekod. Dan masa tu baru perasan yang nombor fon tersebut ialah +9471303XXXX padahal nombor fon standard New Zealand bermula dengan +64XXXXXXXXX. Dengan penuh rasa ingin tahu aku check online.

dan ternyata Amilia ialah hantu. Hantu punya Amilia. Habis tinggal $6 je kredit vodafone aku. Dahla tengah takde duit ni. Benda ni kira lebih kurangla dengan spam ym yang ajak tengok video bogel kat website tu. Terkena dah aku. Cis

Photoshoot Cikgu Math, Physics dan Psychology VUW

In case ada lagi yang masih tertanya-tanya, VUW ialah Victoria university of Wellington dan kami ialah bakal guru-guru yang sedang menuntut disini.


Ini ialah tradisi baru yang dipelopori oleh Encik Khairil atau nama manjanya Kay. Dan Insya-Allah kami akan meneruskan tradisi comel ni walaupun takdak sapa-sapa yang suruh kami pergi uni pakai sut dan tangkap gambar beramai-ramai.

Dalam gambar-gambar ni ada 4 range umur. First year,2nd,3rd, dan paling atas sekali, Honors year. Ok tak banyak pun nak cerita. tengok gambar je lah~

Tribute to Barney Stinson (How i Met Your Mother)
Dan photo of the day untuk kali ini ialah....
LOL
P/S: Blogger comment form has been disabled for this post. Just click "like' if you like this post :P

Raya Sakura Palmerston North

Ingat lagi yang aku cerita ada kiwi cakap yang orang Malaysia naik gajah sebab kita takde kereta? Haa semalam kitorang berlapan naik gajah jenama Toyota pergi ke bahagian utara (sikit) North Island New Zealand untuk menyambut Sakura Festival yang dianjurkan di International pacific College, IPC.
Entrance IPc
Rasanya tak berapa banyak yang nak diceritakan sebab ini kali pertama aku pegi event Sakura-Sakura camni. Tapi nak jugaklah lahirkan perasaan kecewa disebabkan tak best pun. Membazir je berhutang kad kredit nak bayar duit kereta tu. Gila bosan ah pergi tengok performance yang kurang menarik, dengan cuaca yang tak berapa elok. Secara kesimpulannya, hanya pergi nak tengok dan tangkap gambar pokok sakura, dan jugak mencari awek Jepun bernama Sakura.

交流を介して、私に連絡してください。パーマストンノース桜祭りでそれらはかなり日本人の女の子に。 
So, bila dah bosan, kami pun naiklah gajah kami menuju ke Massey University New Zealand. Lepas solat zohor, masih terasa bosan. Maka bertransformlah saya menjadi itik jadian.
Quack Quack
Tapi kereta (gajah) tu hanya tak berbaloi bayar untuk ke IPC, pergi ke tempat lain memang berbaloi-baloi!Maka kami berkeputusan dah alang-alang dah drive 2 jam dari Wellington, apa salahnya jalan-jalan sikit. Dalam kereta pun sempat lg buat sesi tgkap gambar, nyanyi-nyanyi

Jalan punya jalan (naik kereta) sampai beberapa kali sesat sebab terpedaya dengan signboard yang bertulis " Blablabla Beach" walhal pantainya tidaklah berjaya dijumpai. Teorinya sama je dengan Pantai Remis. Nama je pantai tapi takde pantai hatta laut sekalipun. Banyak kali jugak temasuk kawasan-kawasan yang rumahnya sunyi sepi seolah-olah bandar tu dah ditakluk zombie.

Lepas tu singgah la kat mana-mana yang patut. Tak larat dah nak combine gambar-gambar yang banyak ni. Turun kereta aje menangkap gambar adalah suatu kewajipan yang mesti dijalankan. Menikmati keindahan ciptaan Tuhan kata orang~ sampaikan ubi keledek pun boleh dibuat telefon


Sebenarnya panjang lagi cerita tapi kalau korang nak tahu lagi apa kitorang buat semalam, sila tengok video dibawah ni sehingga habis sebab part yang betul-betul best ialah di hujung haha. Tak tengok teramatlah rugi weh. Video ni kiranya summary perjalanan kami semalam termasuklah beberapa persembahan yang dah diedit dari Sakura Festival.




Okay itu saje. Oh ye terlupa pulak nak bagi korang tengok Photo of the Day untuk event semalam. Lepas tengok tolong jangan save untuk dibawak ke tok bomoh okay? Adios.
Sekadar gambar. Tidak menggambarkan sifar sebenar

Raya 3 Yang Tak Best

Victoria Uni 10pm
Sebab apa raya ketiga tak best? Sebabnya raya ketiga tu hari Ahad, dan hari Isnin pulak ada kelas dan terpaksalah budak-budak Auckland meninggalkan bumi Wellington. Eh ttibe takda mood nak menaip. Tu je kot ceritanya. Bye

Agak biadab posting kali ni haha

Sapa cakap Raya Overseas Tak Best? #2

Raya kedua dimulakan pada pukul nak dekat-dekat 1pm sebab terlajak tidur dari Subuh. Kononlah nak bangun pukul 8 nak buat projek Raya. Okay, gambar atas ni sebenarnya adalah manager kepada pusat gerakan Raya kami. Tak ingatlah nama amoi kanan sekali tu tapi yang menariknya ialah pasal boyfriend dia, Simon. Hari tu jugak dia kena kencing yang Orang Malaysia duduk atas pokok, dan guna gajah untuk bergerak ke mana-mana. Kesian dia, dahla tak boleh tahan duduk bersila haha.

Flagstaff

Stafford

Lambton Quay; Hanya bersiar-siar.
Tiada jemputan raya di tengah-tengah jalan ni

Tangga nak ke rumah aku. Macam jalan dalam gua
Almaklumlah rumah ejen rahsia. Bawah tanah pulak tu

Dalam rumah, lepas makan. Makanan orang bujang je wahaha
Menu: Rahsia

Dan, gambar pilihan untuk raya kedua; *drumroll*.
2 orang tiada dalam gambar orang - orang tua yang comel
Tapi still sweet as :)
Raya kedua pun sangat best. Raya ketiga aje yang kureng bestnya. Naktau kenapa kena tunggu esok.
P/S: Entri mengambil masa 10 minit. Tiada banyak masa untuk 'dibunuh'

Sapa cakap Raya Overseas Tak Best? #1

Cukuplah kot raya Jumaat sampai Ahad. Esok dah Isnin dah nak kena kejar balik apa yang tertinggal sepanjang minggu lepas itupun kalau niat di hati takmau balik awal ke Malaysia. Malas nak cerita panjang tengok gambar je eh (Jumaat 1 Syawal)
Tunggu bas nak pergi ke Malaysian High Commission, Brooklyn Wellington
Gambar lepas solat sunat Aidilfitri
Kenapa gambar lelaki je elok eh? haha
Bergambar PPC 1st Year depan HiCom.
Kami ada 10 orang dengan tambahan 4 daripada Auckland.
Jalan-jalan Oriental Harbour

Dan last but not least, gambar pilihan kita untuk raya pertama, iaitu gambar yang diambil semasa takbir raya seblum solat sunat Aidilfitri...

Aku terima nikahnya, jengjengjeng
Hahahahah

Siapa cakap raya dekat overseas tak best? Berikan 10 sebab

Bumi New Zealand Bergempa

1 dunia dikejutkan dengan berita New Zealand, tanah aku tengah belajar ni yang dilanda gempa bumi berukuran 7.1 skala Richter semalam. Walaupun pada asalnya diukur pada skala 7.4 magnitud, tapi kiraan tu dipolakan semula. Gegaran berlaku kira-kira pada jam 4.30am waktu New Zealand di mana pada waktu tu aku sedang tension buat assignment yang tak siap lagi. Tapi tak ambik port sangat pun sebab aku tau yang New Zealand ni emmang dalam kawasan Lingkaran Api pasifik.

Gegaran paling teruk dirasakan pada bahagian Christchurch dimana gegaran berlaku pada magnitud 7.4 skala Richter. Tengok gambar tu korang boleh agak betapa teruknya keadaan bandar diorang. Walaubagaimanapun, kami yang berada di Wellington ni selamat walafiat walaupun ada yang mengalami keterkejutan pada malam semalam sampai penuh wall homepage facebook akibat kerisauan terhadap rakan taulan.

Menurut sumber akhbar Wellington, CBD (Central Business District) Christchurch ditutup pada hari ni dan perintah berkurung telah dikeluarkan daripada 7pm ke 7am waktu New Zealand (GMT+12) untuk menyenangkan aktiviti kemanusiaan mengambil tempat bagi menyelamatkan mangsa kejadian. Sesiapa yang merayau tak tentu hala bakal ditangkap. Kerugian yang ditanggung dianggarkan bernilai beberapa ribu Billion dollar. Apa-apa pun kami mendoakan yang terbaik untuk rakyat Malaysia yang menuntut/berada di Christchurch, semoga korang selamat dan tidak mengalami kecederaan.

Sumber: http://www.stuff.co.nz/dominion-post/4094986/Weather-the-next-threat-after-earthquake

More

SEARCH

MESEJ RINGKAS

Creative Commons License
This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International License.
Based on a work at http://www.arcx13.com.
Permissions beyond the scope of this license may be available at https://www.facebook.com/arcx13?ref=bookmarks. Dalam BM, korang tak boleh copy langsung melainkan ada kebenaran