Timbang Berat Blog dengan iWebTool

Mukadimah entri kali ni dimulakan dengan satu pertanyaan retorikal iaitu adakah anda tahu berapa berat blog/website anda? Berat blog diukur dari segi berapa lama masa yang diambil untuk loading page tersebut dan ini juga bergantung kepada servis internet yang anda guna. Kalau anda guna Celcom Berukband pada hari Ahad tengah hari, memang punahlah harapan nak bukak site tersebut.


Kalau blog anda ringan, orang pun suka datang blogwalking sebab tak perlukan banyak masa untuk loading page anda. Alah korang mesti tahu semua ni kan. Tapi in case lah korang tak tahu, bolehlah masukkan link di bawah ni.



Your domain(s): Enter each address on a new line (Maximum 10)




(eg. iwebtool.com)


Anda disarankan mengekalkan berat blog di bawah 100KB ye. Blog www.arcx13.com adalah seberat 80KB. Agak berat sebenarnya tapi nanti-nantilah baru aku cari template baru. Sebab template Google punya Template Designer ni raw saje dah 50KB. Kalau berat blog korang dah sampai 150KB, baik korang wartakan blog korang sebagai website kerajaan je sebab susah sangat nak masuk. Sesiapa yang pernah merasa checking result permohonan UPU ataupun PLKN pasti tahu punya azab tersebut.

Jom kita test Blog !ARC13! dengan Kementerian Pelajaran Tinggi Malaysia (MOHE)


 Nota penting: 
Size: Berapa beratkah blog anda
Load Time dan Average Speed bergantung kepada berat blog dan kelajuan internet anda.
Nampak tak apa yang aku cuba sampaikan ni? Tidur lagi bagus.
Cheerios

P/S: Cantik kan stokin aku? muahaha

Kajian Kes Facebook 20: See Friendship

Episod 18 dan 19 tidak disertakan bersama banner.
Sebelum kita bermula dengan entah apa benda lagi yang Facebook update pada kali ni marilah kita bukak kamus untuk mengetahui apa itu Friendship. Seperti yang disebut dalam Kamus Bahasa Panda Edisi Terhad,
Friend: Kawan
Ship: Kapal
Friendship: Kapal kawan
Apa kaitan friendship dengan Facebook? Jom tengok gambar di bawah. Gambar ni menunjukkan cara stalking terbaru yang diwujudkan demi menyokong Kelab Stalker Terhebat Dunia.
Wallpost Papanda ARC kepada Z@ck yang disertai oleh mattopman
Bila klik kat bahagian See Friendship anda akan nampak hubungan anda dengan pemilik profile tersebut. Contoh "hubungan" yang anda boleh nampak termasuklah seperti gambar di bawah. Pendek kata summary kepada relationship korang dengan kawan korang:
Penjelasan dibawah ni mengikut nombor
1. Gambar korang yang paling skandal
Ini hanyalah teori tapi aku rasa gambar yang ditunjukkan tu ialah gambar bersama yang paling banyak mendapat komen dan like daripada orang lain. Gambar di atas ni menunjukkan kami tengah dressing untuk Asian Night Market di Waterfront  Wellington City New Zealand. Tapi Zack ni kawan je


2. Connection dan network
Ni dia tunjuk hubungan kita. Kalau bini dia akan tulis "Wife" atau lebih kurang macam tu lah. Kalau adik dia akan tulis Sister/brother. Network pulak merujuk kepada network seperti Malaysia, New Zealand, dan sebagaimya. Benda ni menyenangkan terutamanya kalau korang ada kawan yang suka tukar nama pelik-pelik seperti Papanda Jadian. So korang boleh check siapalah mamat ni.


3. Overview
Menunjukkan semua berkaitan fungsi facebook yang melibatkan korang berdua seperti Wall Post,  dan Likes. Misal kata aku dengan Zack ada 8 persamaan dari segi likes. Tak tahulah pages apa yang kami like. Penat nak usha. Kelebihan fungsi ini: Entah macam takde je


4. Events attended
Menunjukkan acara-acara yang korang dah pergi bersama. Bersama ye bukan sama-sama. Kelebihan fungsi ni ialah seperti dialog di bawah:
ARC: Zack, haritu apa nama event yang kita pergi ada badut datang tu eh?
Zack: Entah aku tak ingat. Kau checklah "Friendship" dekat facebook
ARC: Oh ni dia dah jumpa. Open House Hari raya lah
(Dialog rekaan)
5. Mutual Friends
Kawan korang yang telah di add oleh kedua-dua pihak. Kelebihannya boleh dilihat kalau anda pening-pening lalat nak tahu si dia ni dah add si polan ke belum ke. Kenal ke tak kenal ke. Amat bagus untuk kaki stalker profile orang.


6. Photos
Ini menunjukkan gambar yang telah di tag bersama. kalau korang kene tag dekat gambar selipar ke kad raya ke, gambar tu akan turut keluar di page "Friendship" ni.

7. Stalkerama Function
Haa ni korang kene cari sendiri sebab aku tak letak dalam gambar di atas. Benda ni tool paling hebat untuk stalker. Kita bukan je boleh check connection dengan kawan kita yang sorang ni tapi dengan kawan dia pun boleh. Bahaya tak? Bahaya tak? Gadis- gadis di luar sana jangan tulis semua maklumat peribadi di facebook mahupun di blog okay?
"Friendship" Facebook Function:
Friendship meter: 30%
Stalker meter: 70%
Okay itu sahaja kali ni. Agak panjang kan? Dah 12.40 malam. Mari kita tidur sebab besok nak pergi pasar beli sayur dengan Mak Temah. Cheerios

Rina Salleh Juara Gadis Melayu

Tak tahulah korang tengok ke tak rancangan ni. TV9 kan? Kat sini manela ada TV9 macam mana aku nak tengok aksi kawan aku sorang ni. Dipendekkan cerita, salah seorang blogger yang aku kenal, iaitu RinaSalleh telah pun memenangi pertandingan Gadis Melayu. Tapi beliau tak patut menang ah, beliau patut menang Anugerah Gadis Melayu Ayu. Ececeh.

Gambar hasil rompakan di profail beliau

Usahawan RinaSalleh.com dan juga penulis blog ni aku pernah jumpa sekali je masa gathering dengan MelRomeo dulu. Lepastu aku berhijrah (?) ke New Zealand macam mana nak jumpa diorang lagi ye tak? Apapun, memang tak dinafikan yang beliau ni memang cun. Penulis blog terkenal ZackZukhairi pun puji beliau cantik. Malas la aku nak screenshot bukti nanti skandal la pulak.

Antara gambar kami bersama. Entiti lain termasuklah Ynaa, Melz, dan Pn Aina (kehkehkeh). Gambar rompakan dari sini
Dari pandangan individu, aku rasa dia ni bukan je cantik tapi berilmu dan jugak pandai bercakap. Entahlah tu pandangan peribadi je (pujian ikhlas dan platonic) tak tahulah pendapat orang lain. Manusia ni kan subjektif. Okaylah bagi mereka yang nak shopping barang-barang bolehlah melawat online shop beliau dengan mengklik gambar dibawah ni.

P/S: Dah kipas Rina kuat-kuat ni kenalah belanja makan kan? Hadiah RM160000 tu haha

Tutorial Butang Like Facebook Baru Ver2 - Cara Senang


1. Pertama sekali masukkan nilai-nilai yang anda suka ke dalam kotak di bawah ni. Kalau anda tak masukkan memang sampai kiamat pun takkan jadi tips ni (Secara ajaibnya kod yang anda perlukan akan di-update secara automatik)
Width of the Like Box                     (Enter the appropriate width of the FB like box) Facebook Fan Page / Profile URL
2. Kemudian Pak Mat dan Cik Bedah bolehlah login masuk blogger dan pergi ke Dashboard. Masuk Design > Edit HTML dan tick pada “Expand Widget Templates” 3. Cari  ]]></b:skin> guna CTRL+F pada dalam template anda dan di ATAS nya sila paste kod dibawah ni
.fb_like_box {
margin-top:10px;
-moz-border-radius:10px 10px 10px 10px;
border-radius:10px;
background-color:#3B5999;
border:3px solid #2B2B2B;
margin-bottom:10px;
padding:10px 7px;
width:540px;
}
.fb_like_top {
overflow:visible;
padding:0;margin:0 0 5px;
width:349px;
height:24px;
background:url("http://lh5.ggpht.com/_u4gySN2ZgqE/TJ3dpjy9PaI/AAAAAAAABr0/PTUXIS8ykps/fblogo%5B3%5D.jpg") no-repeat scroll left top transparent;
}

.fb_like_button_holder {
-moz-border-radius:10px 10px 10px 10px;
border-radius:10px;
background:none repeat scroll 0 0 #FFFFFF;
padding:12px 12px 0 12px;
width:515px;
height:42px;
}
4. Sekarang cari kod ni pulak <data:post.body/>pun guna CTRL+F jugak dan di BAWAH nya anda paste kod ini
<b:if cond='data:blog.pageType == &quot;item&quot;'>
<div class='fb_like_box'>

<div class='fb_like_top'></div>
<div class='fb_like_button_holder'>
<iframe allowTransparency='true' expr:src='&quot;http://www.facebook.com/plugins/like.php?href=&quot; + data:post.url + &quot;&amp;layout=standard&amp;show_faces=false&amp;width=100&amp;action=like&amp;font=arial&amp;colorscheme=light&quot;' frameborder='0' scrolling='no' style='border:none; overflow:hidden; width:450px;height:30px;'/>
</div> </div> </b:if>
5. Now Save your template and you will see a Facebook Like Box on your post pages.

Filem seram tahap jamban

Anugerah filem seram tahap jamban pada hari ni jatuh kepada filem tempatan. Cerita ini hanya seram dan sangat menakutkan jika anda mematuhi syarat-syarat di bawah:
  1. Penakut tahap cipan
  2. Memiliki pundi kencing yang lemah
  3. Lepas tengok muvi, terasa nak ke tandas
  4. Tandas jenis kampung, terletak di luar rumah
Senang cerita, kita list kan jelah Pro dengan Con untuk cerita ni ye. Aku baru je tengok haritu walaupun dah lama keluar. Tapi bertepatan dengan sangkaan, memang mengecewakan.

Kelemahan cerita ini ialah:
  1. Pelakon utama wanita Putri Mardiana berlakon macam kayu. Kalau beliau memegang watak sebagai pokok jati mesti dapat anugerah pelakon terbaik
  2. Jalan cerita senang gila. Dari awal konfem dah tau siapa jahat, dan siapa yang mati di akhir cerita
  3. Cara halau hantu ialah dengan membaca Surah Al-Fil (Alam Tarakai). Nice. Penulis skrip mungkin pernah mendengar Ayat Kursi (paling basic menghindari diri dari gangguan syaitan)?
Yang bagusnya cerita ni: 
  1. Boleh buat gelak bersama kawan-kawan  
Kesimpulannya sangat tak digalakkan tengok cerita ni sebab konfem anda akan rasa hampa gila-gila. Tapi kalau nak download jugak untuk buat koleksi, sila klik link di bawah

Okay tu je. Cheerios!!

Rusuhan conteng dinding library

Sedangkan pantai lagi berubah, inikan pulak dinding bangunan Victoria University of Wellington yang berwarna putih tu
Tengoklah habis dinding diconteng guna spray. ni kalau buat kat rumah mau meroyan mak korang mengamuk tengok habis dinding kena graffiti. Tapi kalau mak korang berjiwa "Rap" dan selalu mendengar lagu Too Phat ataun Warren G, maka tak hairanlah kalau mak korang senyum saja time korang conteng dinding rumah

Tapi jangan risau. Walaupun habis bangunan library diconteng, kamera CCTV berjaya menangkap gambar mereka yang meninggalkan kesan-kesan durjana terbabit. Tapi pihak polis tak dapat berbuat apa-apa sebab program conteng-conteng dinding ni memang dianjurkan oleh Persatuan Pelajar Victoria University (VUWSA) dengan izin dan restu pihak universiti. Dengan syarat jangan conteng benda-benda tak baik

Nama program ni ialah Art Therapy. Cool gila Student Association boleh bawak idea macam ni nak-nak pulak dekat time exam. Memang apa yang pelajar perlukan bile tengah stress nak pulun study. Sungguh berbeza dengan Student Union di sesetengah negara lain di mana manifestonya tak habis-habis nak bermusuh dengan Hal Ehwal Pelajar yang dikatakan suka masuk campur dalam urusan pilihanraya MPP. Tiap-tiap tahun akan keluar fanpage facebook suruh sokong si polan si polan dengan janji bahawa HEP akan dimansuhkan dari mengongkong urusan pelajar.

Penat sebenarnya dengar kes macam tu. Takpe kita sambung tengok VUW Art Therapy yang cool ni lagi. Kalau aku dapat conteng Uniten macam ni, bangunan first aku target ialah *ehem*
Aku suka gambar ni sebab cun dan ironic
Tapi Art Therapy bukan pasal conteng-menconteng saja. Benda ni juga bertujuan meningkatkan self-esteem, self-worthiness, dan juga berkongsi kegembiraan dengan orang lain. Tapi tak tau la apa yang gembiranya masa musim exam ni.
Gadis tanktop ungu ialah member kelas tutorial Educational Psychology aku hohoh.
Di bawah ini ialah gambar anjing yang sangat comel. Walaupun anda menyentuhnya setiap hari, perbuatan tersebut takkan menyebabkan anda perlu menyamak tangan dengan air tanah apatah lagi membatalkan air sembahyang.

Di bawah ini pulak ialah Encik Papanda di saat lepas keluar library memerah otak study bersama rakan-rakan yang comel. Tapi dalam gambar ni hanya Encik Panda yang comel
Photos (excluding the last one) are borrowed from Victoria University of Wellington Facebook Page
Alryte itu saja update untuk kali ni setelah 3 minggu menghilang.Disebabkan final exam telah pun tamat, maka baru la ni ada masa free selama 4 bulan cuti summer. Cheerios!

Obsessive Compulsive Disorder Axis I

Obsessive Compulsive Disorder (OCD) yang berada dalam Axis I DSM-IV-TR adalah satu gangguan jiwa yang sangat berbahaya kepada pesakitnya. Penyakit ini tergolong dalam kumpulan Anxiety Disorders dan kalau nak dibandingkan dengan Obsessive-Compulsive Personality Disorder, yang ini secara umumnya lebih bahaya dan boleh membawa maut bergantung kepada kes. Dibawah ialah satu contoh kes OCD yang diceritakan oleh ibu kepada pesakit yang bernama Abang Sidi
Anak makcik ni tak tahulah sejak bila dia jadi macamtu. Dia dari remaja lagi memang takut dengan kekotoran, boleh mati katanya. Makin dia besar, makin menjadi-jadi dia punya takut dengan kuman dekat tangan. Katanya tangan manusia ni memang banyak kuman jadi dia akan basuh tangan dia dengan sabun sebanyak lebih kurang 700 kali. Macam-macam sabun dah dia guna cuma Nokia 'Sabun' je dia tak pernah guna. Kami terpaksalah belikan dia sabun sebab kalau dia tak dapat basuh tangan sampai 700 kali, dia akan rasa takut yang amat sangat sampaikan nak keluar rumah pun dia takut apatah lagi nak sentuh tombol pintu rumah kami. Makcik ni bukannya anak astronaut..tak mampu nak pasang pintu automatik dekat rumah jadi makcik belikan sabun je lah...

OCD ialah gangguan yang melibatkan pemikiran/bayangan berbahaya yang berulang-ulang (Obsessive) dan diikuti oleh perbuatan berulang-ulang (Compulsive) yang dibuat bertujuan untuk mengurangkan pemikiran/bayangan tersebut. Dalam kes di atas, Abang Sidi ada bayangan yang tangannya kotor/berkuman dan mungkin boleh membawa maut (Obsessive thinking) dan perbuatan mencuci tangan secara berulang-ulang (Compulsive behaviour) dilakukan untuk menghilangkan fikiran bahawa tangannya berkuman.

Biasanya Obsessive Thinking melibatkan rangsangan seperti kekotoran, kekasaran, kesakitan, seks, agama dan sesetengah perlakuan. Perasaan mereka akan sering terganggu sekiranya perbuatan yang boleh mengurangkan fikiran yang mengganggu tu tidak dilakukan. Sesetengah kes membawa kepada bunuh diri disebabkan tekanan perasaan tapi itu hanyalah dalam kes serius.

Beza OCD (Axis I) dengan OCPD (Axis II)

Perbezaan
OCD
OCPD
DSM-IV-TR
Axis I
Axis II
Simptom
Fikiran takutkan sesuatu dan perlakuan berulangan untuk menghilangkan perasaan takut
Tegas pada jadual dan terlalu terikat pada rutin dan juga terlalu pentingkan kerja dan susunan
Umur
Awal dewasa 20-25 tahun
13-15 tahun lelaki, 20-24 perempuan

Sila perhatikan perbezaan besar pada simptom walaupun namanya bermula dengan perkataan yang hampir-hampir sama. Walau bagaimanapun, kalau anda ada beberapa simptom tersebut tapi tidak menganggu fungsi sosial dan kehidupan normal anda, maka anda bukanlah pesakit OCD ataupun OCPD. Sila berjumpa pakar psikiatri berhampiran, terapi kaunseling ataupun doktor untuk maklumat lanjut. Kalau anda pelajar institusi pendidikan tinggi ataupun menengah, sila berjumpa kaunselor anda dan jangan biarkan beliau makan gaji buta. Hargai kebolehan mereka.

Maka dengan ini terjawablah sudah persoalan Cik Oren. Selepas ni akan bercakap pasal tekanan hidup dan kegilaan dan kaitan antara keduanya tang ditanya oleh Dr Ann Farhanah yang kiut-miut.

Psychopathology: Paranoid Personality Disorder

Untuk sesuatu tu dikira sebagai Psychopathology, ia mestilah sesuatu yang berlainan daripada biasa, menyebabkan efek yang tak elok (maladaptive) dan juga menyalahi norma manusia biasa. Contoh menyalahi norma manusia ialah berbogel di tengah-tengah shopping kompleks. Ingat definisi Psychopathology ni ye.
Paranoid ialah salah satu daripada 3 cabang Personality Disorder dalam kluster A Manual Statstik dan Diagnostik-IV. Paranoid bolehlah diibaratkan sebagai seorang yang sentiasa berfikiran negatif terhadap orang lain tapi untuk membezakan Paranoid dengan Paranoid Schizophrenia, Paranoid tidak mempunyai simptom Delusi dan juga Halusinasi


Jom kita berkenalan dengan Abang Noid
Eh ko nak apa ni? Mesti ko nak ambik duit aku kan? Aku takde duitlah! Pegi main jauh-jauh! Duit aku 20sen semalam pun mesti kau curi kan? Ah tak kisahlah aku hilang duit dekat mana tapi aku yakin kau yang curi kan? Kau ni sama je dengan cikgu-cikgu kat sekolah tempat aku kerja tu lah. Semua nak jatuhkan aku, semua dengki dengan aku. Diorang semua tu memang busuk hati sejak aku kerja dari situ lagi sama je dengan tempat aku kerja dulu dan sebelum tu, dan sebelum tu.....
Dari pernyataan di atas ni kita boleh rumuskan yang antara ciri Abang Noid ialah

  • Syak wasangka terhadap orang lain dan sifat cemburu
  • Salah anggap tindakan orang lain 
  • Tidak akan setuju dengan pendapat orang
  • Tuduhan melulu kononnya ada orang nak jatuhkan dia
  • Syakwasangka tanpa alasan dan bukti
Nampak macam biasa dengar je situasi Abang Noid ni kan? Haa memang padanla sebab prevalence kejadian ni memang agak tinggi iaitu sebanyak 2% daripada populasi manusia. maknanya dalam setiap 100 orang kat dunia, 2 daripada kita akan ada penyakit syak wasangka ni.

Kenapa bahaya? Tengok kes Abang Noid tu. Dia tyerlampau prasangka bukan-bukan dekat orang lain sampaikan mengganggu kehidupan dia dan juga orang lain. Orang yang bersyakwasangka melampau macam ni kerjanya tak kekal di 1 tempat sebab dia suka tuduh orang nak buat bukan-bukan kat dia. Walaupun ini ialah satu penyakit, tapi ia boleh diubati dengan berjumpa pakar psikiatri. Cuma masalahnya, orang Paranoid ni nak ke jumpa dan percaya cakap doktor?

Reference:
Barlow, David H.; Durand, V. Mark (2009). Personality Disorders. Abnormal Psychology: An Intergrative Approach (5th ed, pp 438-439)
Nota: Psychopathology ialah salah satu cabang Psychology yang melihat kepada abnormaliti pada sifat manusia. Jadi sila jangan salah guna perkataan Psychology dan Psychopathology. Sakit kepala orang yang tahu maksudnya. BTW, ini ialah satu entri pendidikan. Sila tekan like dibawah untuk share maklumat ni. Dapat pahala

Keputusan Perbicaraan Kes Plagiarism

Haritu aku ada cerita pasal Plagiarism yang dialami oleh Abang A. Klik teks sebelum ni kalau nak baca. So, hari tu aku dah pergi jumpa tapi aku tak cerita pulak yang Head Of School tu walaupun pangkatnya tinggi dengan kelayakan ilmu yang banyak sampai susah nak sebut, merupakan seorang manusia yang rilek je bila bercakap. Yelah kalau tak tak gunalah dia ada Clinical Psychology punya kelayakan.
Klik gambar untuk tumbesaran sihat walafiat
Di atas ialah selitan surat dari email Head Of School yang menyatakan Abang 'A' kita tak bersalah Alhamdulillah. Maka selamatlah assignment beliau dari ditolak markah ataupun digagalkan. Tak sangka bagi pinjam assignment pun salah disisi undang-undang ye.

Goodnight. Esok ade test Psychology.

Plagiarism? Apa tu? Boleh makan tak?

the unauthorized use or close imitation of the language and thoughts of another author and the representation of themes as one's own original work (Dictionary.com, 2010)
Maksud plagiarism ialah meniru kerja orang lain dan menjadikannya sebahagian daripada kerja sendiri. Mereka yang mengamalkan aktiviti ni bolehlah dipanggil tenuk, cipan, tapir yang good for nothing.

Mari kita teliti kes dibawah, saya tak pasti bagi anda cerita ini panjang atau tak. tapi takpe, anda tak bosan kot sebab ini cerita benar, tiada tokok tambahan seperti cerita dongeng Sang Kelembai ataupun Si Kancil yang kononnya bijak dan boleh berkata-kata.

Kisah lalu
'A' ialah seorang pelajar di Victoria University of Wellington, New Zealand. Semester 1 beliau tak berapa baik jadi beliau memasang motivasi untuk jadi lebih baik pada semester 2 lebih-lebih lagi dalam membuat assignment. Sebab assignmentlah purata gred beliau pada semester 1 hanya B. Assignments dalam semester 2 beliau dilakukan dengan bersungguh-sungguh sejak dari draf final report lagi sebab beliau sedar yang markah draf diambil kira dalam pemarkahan final.
Photo Abang "A" di taman bunga. (Qaseh, 2010)
Draf dan final report telah pun dihantar. Ujian pun dah habis separuh dan beliau rasa beliau nak pergi enjoy lah kejap tengok konsert. Tapi malang itu memang tak berbau, balik aje konsert, ada email yang seperti di bawah ni:

Menggeletarlah 1 badan Abang "A" kita sebab email tu sangatlah hodoh bunyiknya, dan datang pulak bukan dari calang-calang orang, dari seorang professor dengan kelayakan MA(Hons), PhD, DipClinPsyc, MAPS, MNZCCP, MATSA, MCFP. Mula-mula ingatkan nak dapat award ke ape ke tapi ternyata sangkaan beliau meleset.


Maka arahan dari surat tersebut yang seterusnya ialah:


tapi Abang "A" ada test la pulak hari Selasa. Macam mana nak pergi? Maka meeting tersebut diawalkan kepada hari Isnin, 11 Oktober 2010. Bila tu?


Cerita Hari Ini
Sekarang jam menunjukkan 3pm. Meeting tadi mengambil masa tak sampai pun 5 minit. Kalau korang tengok muka abang 'A' tadi memang konfiden habis sebab dia tahu siapa yang tiru assignment dia. Sebab dia hanya ada bagi pinjam draf assignment kepada seorang saje, iaitu seorang pelajar berbangsa Arab.


Maka selepas diterangkan alkisahnya, Head of School dan Corrdinator pun kata okay, dan kalau cerita Abang 'A' bertepatan dengan apa yang Pak Arab tu cerita esok pukul 2, maka assignment Abang 'A' kita akan selamat. Assignment yang memakan masa puluhan jam untuk disiapkan, yang telah menyebabkan Abang 'A' tak cukup tidur, sampai bertukar menjadi Panda.

Moralnya disini: Jangan bagi pinjam assignment anda dekat orang yang kurang dikenali sebab mereka berpotensi menjadi tapir jadian. Seharusnya tapir-tapir ini ditembak dengan senapang gajah biar mampus.

Konsert paramore New Zealand 7 Oct 2010

Sejak tahun 2007 lagi aku dah memang teringin sangat nak pergi tengok konsert Paramore tapi sayangnya masa tu hajat tak kesampaian disebabkan banyak faktor. Apapun, malam tadi salah satu hajat terbaik aku dah disempurnakan; aku pergi konsert Paramore dekat TSB Arena, Wellington New Zealand. Yes, take that Auckland, we got them first haha

In case ada orang gatal-gatal nak kata gambar atas ni menunjukkan Paramore fans sikit, fikir dua tiga ratus kali dulu. Ini dah lepas nak mampus beratur panjang-panjang barula dapat masuk. Yang menariknya orang New Zealand ni sangat supportive dan protective in the same time. Ada yang datang dengan family, dan ada bapak-bapak yang temankan anak sampai ke pintu masuk tu.


Paramore tak keluar sampailah pukul 9pm tapi ada 1 band buat show dulu - Relient K. Boleh tahan la lagu diorang agak catchy dan menarik tapi penonton kurang psyched masa tu sebab kami datang nak tengok Paramore la. Anyways, good job guys.

Dan pada pukul 9pm, tiba-tiba lampu ditutup. TSB Arena jadi gelap dan semua yang ada dalam tempat tu dah agak yang band favourite diorang akan keluar. Aku yang duduk atas pun dah fikir dua-tiga kali dah nak turun ke tak. One in a lifetime opportunity, siapa tak nak? Dan, ini dia Hayley Williams of the Paramore!


Kalau korang tengok opening dia memang sangat awesome. Pernah tengok cover album The Brand New Eyes? Dekat dinding tu ada projecktor gambar rama-rama baik punya besar. Konsert dimulakan dengan "Ignorance", "Feeling Sorry", dan diikuti dengan lagu favourite at all times, yang hitview di Youtube mencecah 10 juta, "That's what you get". Setiap patah lagu ni aku hafal kot dulu. Sekarang ni hafal lagi, cuma perlu refresh sikit memory hehe. Apa-apa pun, lagu tu membuatkan aku lesap dari kerusi atas dan muncul di floor.

Dalam crowd atas floor ni (aku ada la kat celah-celah bedah tu tak payah cari), ada dua kategori manusia yang boleh dikelaskan berdasarkan pemerhatian selama beberapa jam. Kategori pertama: Peminat muzik, atau lebih spesifik, peminat Paramore tak kisahlah hardcore atau light ones; dan kategori kedua ialah manusia yang kerjanya beromen tak kira tempat (lelaki). Tapi apapun dua kategori tu tetap menjerit dan menyahut bila Hayley cakap:
"Tell your friends that they will regret for not being here tonight"
"Thanks for supporting us, supporting music and being part of our family. 
"This is sick, Wellington!"
"We love you so much Wellington" 
and so, we do love you too Paramore, always.  My first concert was too awesome to forget. Tips untuk selamat dekat floor ialah sentiasa gerakkan badan dan kepala kalau tak confirm anda akan pengsan sebab speaker yang sebesar gajah tu boleh buatkan anda mampus sebentar di tempat kejadian. So, benda yang aku tak pernah-pernah buat, headbanging (mild) dalam konsert. Ada sampai satu part, semua orang atas pentas hilang, dan muncul balik dengan "Boring By Boring Brick"




Video opening pun ada dengan lagu-lagu lain tapi mintak maaf, takkan upload pada hari ni sebab bandwith internet tak mengizinkan dan jugak aku ada benda yang lagi penting nak dibuat. Ada satu part ni, diorang perkenalkan band members. Pftt, macamlah kami tak kenal. Kalau tak kenal buat apa kami datang tengok konsert? haha. Tapi rupanya ada intro la sikit-sikit dand ari situ aku tahu yang Josh Farro (lead guitarist) rupanya dah berkahwin dengan Jenna Rice.

Itu bukan semburan darah. Ini bukan konsert Black Metal minum darah kambing merepek-repek tu. Ini konsert Rock! Alternative Rock. Bayangkan seorang manusia excited mengeluarkan suara menjerit yang boleh pecahkan gelas, dan cuba bayangkan kuantiti yang sama bila semua dalam arena tu menjerit sama-sama. Padahal cebisan kertas je haha. Kalau duit yang bertaburan memang suka sangatla aku.

Show ditamatkan selepas lagu "Misery Business" kalau tak silap aku. Best gila diorang ni walaupun tour album Brand New Eyes, lagu dari album lain pun masuk. Antara lagu bukan dari album Brand New Eyes yanga da semalam ialah "That's What You Get", "Pressure", "Misery Business", dan lagu yang membuatkan aku tangkap cintan dekat Paramore "Crush Crush Crush".

Goodbye Hayley, we will always love you and the whole Paramore. Keep up the good work. Datang lagi ke Wellington tahun depan please please. Itupun kalau aku ada lagi dekat sini atas sebab yang akn diceritakan kemudian...(akan bersambung dengan tajuk lain)

Photos courtesy of NadiahZainal. Thanks, the photos are beautiful.

More

SEARCH

MESEJ RINGKAS

Creative Commons License
This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International License.
Based on a work at http://www.arcx13.com.
Permissions beyond the scope of this license may be available at https://www.facebook.com/arcx13?ref=bookmarks. Dalam BM, korang tak boleh copy langsung melainkan ada kebenaran