Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Konsert paramore New Zealand 7 Oct 2010

Sejak tahun 2007 lagi aku dah memang teringin sangat nak pergi tengok konsert Paramore tapi sayangnya masa tu hajat tak kesampaian disebabkan banyak faktor. Apapun, malam tadi salah satu hajat terbaik aku dah disempurnakan; aku pergi konsert Paramore dekat TSB Arena, Wellington New Zealand. Yes, take that Auckland, we got them first haha


In case ada orang gatal-gatal nak kata gambar atas ni menunjukkan Paramore fans sikit, fikir dua tiga ratus kali dulu. Ini dah lepas nak mampus beratur panjang-panjang barula dapat masuk. Yang menariknya orang New Zealand ni sangat supportive dan protective in the same time. Ada yang datang dengan family, dan ada bapak-bapak yang temankan anak sampai ke pintu masuk tu.


Paramore tak keluar sampailah pukul 9pm tapi ada 1 band buat show dulu - Relient K. Boleh tahan la lagu diorang agak catchy dan menarik tapi penonton kurang psyched masa tu sebab kami datang nak tengok Paramore la. Anyways, good job guys.

Dan pada pukul 9pm, tiba-tiba lampu ditutup. TSB Arena jadi gelap dan semua yang ada dalam tempat tu dah agak yang band favourite diorang akan keluar. Aku yang duduk atas pun dah fikir dua-tiga kali dah nak turun ke tak. One in a lifetime opportunity, siapa tak nak? Dan, ini dia Hayley Williams of the Paramore!


Kalau korang tengok opening dia memang sangat awesome. Pernah tengok cover album The Brand New Eyes? Dekat dinding tu ada projecktor gambar rama-rama baik punya besar. Konsert dimulakan dengan "Ignorance", "Feeling Sorry", dan diikuti dengan lagu favourite at all times, yang hitview di Youtube mencecah 10 juta, "That's what you get". Setiap patah lagu ni aku hafal kot dulu. Sekarang ni hafal lagi, cuma perlu refresh sikit memory hehe. Apa-apa pun, lagu tu membuatkan aku lesap dari kerusi atas dan muncul di floor.

Dalam crowd atas floor ni (aku ada la kat celah-celah bedah tu tak payah cari), ada dua kategori manusia yang boleh dikelaskan berdasarkan pemerhatian selama beberapa jam. Kategori pertama: Peminat muzik, atau lebih spesifik, peminat Paramore tak kisahlah hardcore atau light ones; dan kategori kedua ialah manusia yang kerjanya beromen tak kira tempat (lelaki). Tapi apapun dua kategori tu tetap menjerit dan menyahut bila Hayley cakap:
"Tell your friends that they will regret for not being here tonight"
"Thanks for supporting us, supporting music and being part of our family. 
"This is sick, Wellington!"
"We love you so much Wellington" 
and so, we do love you too Paramore, always.  My first concert was too awesome to forget. Tips untuk selamat dekat floor ialah sentiasa gerakkan badan dan kepala kalau tak confirm anda akan pengsan sebab speaker yang sebesar gajah tu boleh buatkan anda mampus sebentar di tempat kejadian. So, benda yang aku tak pernah-pernah buat, headbanging (mild) dalam konsert. Ada sampai satu part, semua orang atas pentas hilang, dan muncul balik dengan "Boring By Boring Brick"




Video opening pun ada dengan lagu-lagu lain tapi mintak maaf, takkan upload pada hari ni sebab bandwith internet tak mengizinkan dan jugak aku ada benda yang lagi penting nak dibuat. Ada satu part ni, diorang perkenalkan band members. Pftt, macamlah kami tak kenal. Kalau tak kenal buat apa kami datang tengok konsert? haha. Tapi rupanya ada intro la sikit-sikit dand ari situ aku tahu yang Josh Farro (lead guitarist) rupanya dah berkahwin dengan Jenna Rice.

Itu bukan semburan darah. Ini bukan konsert Black Metal minum darah kambing merepek-repek tu. Ini konsert Rock! Alternative Rock. Bayangkan seorang manusia excited mengeluarkan suara menjerit yang boleh pecahkan gelas, dan cuba bayangkan kuantiti yang sama bila semua dalam arena tu menjerit sama-sama. Padahal cebisan kertas je haha. Kalau duit yang bertaburan memang suka sangatla aku.

Show ditamatkan selepas lagu "Misery Business" kalau tak silap aku. Best gila diorang ni walaupun tour album Brand New Eyes, lagu dari album lain pun masuk. Antara lagu bukan dari album Brand New Eyes yanga da semalam ialah "That's What You Get", "Pressure", "Misery Business", dan lagu yang membuatkan aku tangkap cintan dekat Paramore "Crush Crush Crush".

Goodbye Hayley, we will always love you and the whole Paramore. Keep up the good work. Datang lagi ke Wellington tahun depan please please. Itupun kalau aku ada lagi dekat sini atas sebab yang akn diceritakan kemudian...(akan bersambung dengan tajuk lain)

Photos courtesy of NadiahZainal. Thanks, the photos are beautiful.






22 comments

October 8, 2010 9:07 AM

hahahaha.... mmg kejam...!!

October 8, 2010 10:02 AM

damn!

aku nak pergi sangat2~

=__+

October 8, 2010 1:28 PM

big fan paramore juga~! paramore dtg malaysia 19 Okt nanti! lepas baca entri ni, rasa x sabar lak nk tengok diorg...

October 8, 2010 2:26 PM

kakak rambut merahhhh~


T___T

October 8, 2010 2:29 PM

waw. gempak cool. brapa bajet masuk ea, waw

October 8, 2010 2:42 PM

kakak hayley datang hari selasa. saya pulak sudah beekrjaya :((

October 8, 2010 3:15 PM

paling best ayat "speaker yang sebesar gajah tu boleh buatkan anda mampus sebentar di tempat kejadian". tak tau kenapa menarik sangat bunyinya. hahahah.

October 8, 2010 3:37 PM

awesome!

October 8, 2010 5:39 PM

salam arc~

wah........... sgt meriah.... terasa nak gak g tgk konsert dorg....... :)

October 8, 2010 9:24 PM

aku tak pernah pegi konsert..dan takkan pergi kot...


malas nak berhimpit2..ye la aku kan pompuan kang berlaga habih sapa nak jawab...

October 9, 2010 1:07 PM

Dayah/Nurul
77NZD, sila convert sendiri dalam Ringgit Malaysia huhu. Tiket Malaysia murah lg kot kalau nak bandingkan

Anis Amirah
apekah? xmenarik langsung haha tp mmg betul boleh rasa pengsan. bouncer dalam video tu banyak tarik org keluar dr crowd

LP Lum
waalaikumsalam...anda tak digalakkan sebenarnya :D

Ayue
Bagusla kalau ko tak pegi. Oh eh ko pompuan haha.

October 9, 2010 3:49 PM

OMG, jeloussssnya . nasib baik dorang nak dtg M'sia. kejar mereka kat sana laaa !

October 9, 2010 7:00 PM

JEALOUS! aku tak dapat beli tiket dia dekat malaysia. argh!!!! damn!

October 9, 2010 9:35 PM

sold out ke mai?

October 16, 2010 2:52 AM

sgt jeles. =.="

aku hairan, yg goyang tu video ke atau kepala aku? ^.^

October 16, 2010 6:46 AM

video ler
I went there for the concert. not for the video so kalo ter banging tu paham2 la haha

November 7, 2010 5:13 AM

agk lambat komen but
aku pergiiii weyhh!! konsert kat malaysia. :D :D :D

super duper awesome kan paramore??

and yeayh,
dr dulu lagi yer anda takkan lupa crushcrushcrush. lol

November 7, 2010 1:26 PM

@Cik Daryll Raihana
sbb dr dulu lg aku xsuke lagu slow...tp paramore mmg exception ah...walaupon ade certain lagu slow, tp ttp awesome

November 25, 2010 8:17 AM

wah....cambest jer nih...

November 26, 2010 7:13 AM

@Mikaielle
best giler!

March 28, 2011 7:54 PM

konsert pertama ?? pergh.. memang best tu..
tak po lah..insyaAllah lain kali :D (menyedapkan hati)

June 16, 2011 7:32 PM

sumpah jeles, aku jumpa paramore yg tiruan pny, kau jmp paramore yg ori punya.:(.jeles maa......

Post a Comment

Komen yang nak diletakkan lepas 14 hari selepas entri tu diterbitkan, akan diletakkan dalam mod pengesahan terlebih dahulu untuk mengelakkan spamming