Obsessive Compulsive Disorder Axis I

Obsessive Compulsive Disorder (OCD) yang berada dalam Axis I DSM-IV-TR adalah satu gangguan jiwa yang sangat berbahaya kepada pesakitnya. Penyakit ini tergolong dalam kumpulan Anxiety Disorders dan kalau nak dibandingkan dengan Obsessive-Compulsive Personality Disorder, yang ini secara umumnya lebih bahaya dan boleh membawa maut bergantung kepada kes. Dibawah ialah satu contoh kes OCD yang diceritakan oleh ibu kepada pesakit yang bernama Abang Sidi
Anak makcik ni tak tahulah sejak bila dia jadi macamtu. Dia dari remaja lagi memang takut dengan kekotoran, boleh mati katanya. Makin dia besar, makin menjadi-jadi dia punya takut dengan kuman dekat tangan. Katanya tangan manusia ni memang banyak kuman jadi dia akan basuh tangan dia dengan sabun sebanyak lebih kurang 700 kali. Macam-macam sabun dah dia guna cuma Nokia 'Sabun' je dia tak pernah guna. Kami terpaksalah belikan dia sabun sebab kalau dia tak dapat basuh tangan sampai 700 kali, dia akan rasa takut yang amat sangat sampaikan nak keluar rumah pun dia takut apatah lagi nak sentuh tombol pintu rumah kami. Makcik ni bukannya anak astronaut..tak mampu nak pasang pintu automatik dekat rumah jadi makcik belikan sabun je lah...

OCD ialah gangguan yang melibatkan pemikiran/bayangan berbahaya yang berulang-ulang (Obsessive) dan diikuti oleh perbuatan berulang-ulang (Compulsive) yang dibuat bertujuan untuk mengurangkan pemikiran/bayangan tersebut. Dalam kes di atas, Abang Sidi ada bayangan yang tangannya kotor/berkuman dan mungkin boleh membawa maut (Obsessive thinking) dan perbuatan mencuci tangan secara berulang-ulang (Compulsive behaviour) dilakukan untuk menghilangkan fikiran bahawa tangannya berkuman.

Biasanya Obsessive Thinking melibatkan rangsangan seperti kekotoran, kekasaran, kesakitan, seks, agama dan sesetengah perlakuan. Perasaan mereka akan sering terganggu sekiranya perbuatan yang boleh mengurangkan fikiran yang mengganggu tu tidak dilakukan. Sesetengah kes membawa kepada bunuh diri disebabkan tekanan perasaan tapi itu hanyalah dalam kes serius.

Beza OCD (Axis I) dengan OCPD (Axis II)

Perbezaan
OCD
OCPD
DSM-IV-TR
Axis I
Axis II
Simptom
Fikiran takutkan sesuatu dan perlakuan berulangan untuk menghilangkan perasaan takut
Tegas pada jadual dan terlalu terikat pada rutin dan juga terlalu pentingkan kerja dan susunan
Umur
Awal dewasa 20-25 tahun
13-15 tahun lelaki, 20-24 perempuan

Sila perhatikan perbezaan besar pada simptom walaupun namanya bermula dengan perkataan yang hampir-hampir sama. Walau bagaimanapun, kalau anda ada beberapa simptom tersebut tapi tidak menganggu fungsi sosial dan kehidupan normal anda, maka anda bukanlah pesakit OCD ataupun OCPD. Sila berjumpa pakar psikiatri berhampiran, terapi kaunseling ataupun doktor untuk maklumat lanjut. Kalau anda pelajar institusi pendidikan tinggi ataupun menengah, sila berjumpa kaunselor anda dan jangan biarkan beliau makan gaji buta. Hargai kebolehan mereka.

Maka dengan ini terjawablah sudah persoalan Cik Oren. Selepas ni akan bercakap pasal tekanan hidup dan kegilaan dan kaitan antara keduanya tang ditanya oleh Dr Ann Farhanah yang kiut-miut.

12 ulasan: Leave Your Comments

  1. omg..aku rasa this one yg aku cari..mmg sesuai dgn condition..
    jumpa ngan pakar psikiatri???:(((

    BalasPadam
  2. ye sebab mereka pakar dalam bidang ni. kalau ko jumpa kaunselor, he/she could help but might not be the help you are seeking for, and also dependent to his/her capability and willingness to help :)

    kalau ko xkisah boleh je ceritakan kat aku dulu pasal benda ni :). Msg fb pun okay kalau taknak jadi tatapan umum :)

    BalasPadam
  3. oh! rupanya tu nama penyakit ni ea? tengs fer d sharing.
    pst: kalo aku tak betulakn aritu, mesti nama aku yang capub dalam entry kali ni kan?hahaha peace

    BalasPadam
  4. jap aku terkejut tgk dah 28 likes. Oh sayang korang semua :)

    sama2 cik tponk. Ko pun sama thanks for sharing kt facebook :)
    hahahha seb baek aku dah betulkan. Nak capub gak ke? Pegi google mana2 mental disorder annti aku terangkan hahahah

    BalasPadam
  5. am one of the victim (victim kah?!). kengkdg mmg penyakit nih mengganggu tp as muslim kita kena bnyk berserah pada Allah... doa & baca quran bnyk² (^_^)

    BalasPadam
  6. Thanks for the info

    BalasPadam
  7. Looking for exclusive and limited scarf design?Do visit here :
    http://pinkkouture.blogspot.com/

    Tq,
    Pink Kouture

    BalasPadam
  8. Salam arc.:)

    erm..ade je kawan2 sakit ni. huhu

    BalasPadam
  9. ishh x sangka ada gak org berpenyakit mcm ni ek

    BalasPadam
  10. apa kata dia pakai sanitizer.. oke gak tu.. sabun banyak2 kering kot kulit.. hehehehe

    BalasPadam
  11. Dah skodeng ni dengan entry 1 lagi pasal osipidi. Yay!

    BalasPadam

Komen yang nak diletakkan lepas 14 hari selepas entri tu diterbitkan, akan diletakkan dalam mod pengesahan terlebih dahulu untuk mengelakkan spamming

More

SEARCH

MESEJ RINGKAS

Creative Commons License
This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International License.
Based on a work at http://www.arcx13.com.
Permissions beyond the scope of this license may be available at https://www.facebook.com/arcx13?ref=bookmarks. Dalam BM, korang tak boleh copy langsung melainkan ada kebenaran