Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Plagiarism? Apa tu? Boleh makan tak?

the unauthorized use or close imitation of the language and thoughts of another author and the representation of themes as one's own original work (Dictionary.com, 2010)
Maksud plagiarism ialah meniru kerja orang lain dan menjadikannya sebahagian daripada kerja sendiri. Mereka yang mengamalkan aktiviti ni bolehlah dipanggil tenuk, cipan, tapir yang good for nothing.

Mari kita teliti kes dibawah, saya tak pasti bagi anda cerita ini panjang atau tak. tapi takpe, anda tak bosan kot sebab ini cerita benar, tiada tokok tambahan seperti cerita dongeng Sang Kelembai ataupun Si Kancil yang kononnya bijak dan boleh berkata-kata.

Kisah lalu
'A' ialah seorang pelajar di Victoria University of Wellington, New Zealand. Semester 1 beliau tak berapa baik jadi beliau memasang motivasi untuk jadi lebih baik pada semester 2 lebih-lebih lagi dalam membuat assignment. Sebab assignmentlah purata gred beliau pada semester 1 hanya B. Assignments dalam semester 2 beliau dilakukan dengan bersungguh-sungguh sejak dari draf final report lagi sebab beliau sedar yang markah draf diambil kira dalam pemarkahan final.
Photo Abang "A" di taman bunga. (Qaseh, 2010)
Draf dan final report telah pun dihantar. Ujian pun dah habis separuh dan beliau rasa beliau nak pergi enjoy lah kejap tengok konsert. Tapi malang itu memang tak berbau, balik aje konsert, ada email yang seperti di bawah ni:

Menggeletarlah 1 badan Abang "A" kita sebab email tu sangatlah hodoh bunyiknya, dan datang pulak bukan dari calang-calang orang, dari seorang professor dengan kelayakan MA(Hons), PhD, DipClinPsyc, MAPS, MNZCCP, MATSA, MCFP. Mula-mula ingatkan nak dapat award ke ape ke tapi ternyata sangkaan beliau meleset.


Maka arahan dari surat tersebut yang seterusnya ialah:


tapi Abang "A" ada test la pulak hari Selasa. Macam mana nak pergi? Maka meeting tersebut diawalkan kepada hari Isnin, 11 Oktober 2010. Bila tu?


Cerita Hari Ini
Sekarang jam menunjukkan 3pm. Meeting tadi mengambil masa tak sampai pun 5 minit. Kalau korang tengok muka abang 'A' tadi memang konfiden habis sebab dia tahu siapa yang tiru assignment dia. Sebab dia hanya ada bagi pinjam draf assignment kepada seorang saje, iaitu seorang pelajar berbangsa Arab.


Maka selepas diterangkan alkisahnya, Head of School dan Corrdinator pun kata okay, dan kalau cerita Abang 'A' bertepatan dengan apa yang Pak Arab tu cerita esok pukul 2, maka assignment Abang 'A' kita akan selamat. Assignment yang memakan masa puluhan jam untuk disiapkan, yang telah menyebabkan Abang 'A' tak cukup tidur, sampai bertukar menjadi Panda.

Moralnya disini: Jangan bagi pinjam assignment anda dekat orang yang kurang dikenali sebab mereka berpotensi menjadi tapir jadian. Seharusnya tapir-tapir ini ditembak dengan senapang gajah biar mampus.






22 comments

October 11, 2010 3:49 PM

agak2 la klu nak meniru pon ubah2 la sikit...kalau dah sebijik sebulat tiru mmg nahas la...

October 11, 2010 4:05 PM

aku tahu contoh tu sepatutnya bukan itu kan.. hahahah! kau sabar ok :D ciplak lg2 kat dunia blog ni memang banyak. dah pulak ngaku dia yg punya... aishhhhh~ T__T

October 11, 2010 4:23 PM

ouh mennn...

bab2 esemen, jangan caye sangat student arab beb... aku kat sini pun ramai kawan2 dah terkena...

nak pinjam esemen dorang punya la kedekut nak mati... tapi bila dorang pinjam esemen kita sebijik2 depa tiru...

gudluck la kat abang A... pasal student2 dari situ pandai cakap beb... fakta pun bleh berputar 360 darjah...kalo lect tu bijak pegi tanya method satu2 ke apa mungkin bleh selamat kot sebab peniru mana tau kita buat apa ye tak??

huhu...

October 11, 2010 5:14 PM

terok gile.

kalo ayu pon, ayu amek point sikit sikit je, yang laen sume buat sendiri, tade la nmpk macam kite ni tau na bergantung pada orang lain je.

apela student arab tu. ish ish ish

October 11, 2010 6:01 PM

woahhh! siyes, mmg strict gila tol! abg 'A" tu sape? ehem3..bgslah esaimen abg tu slmt ea..kalo x mmg x balik msia..ohoohoho~

October 11, 2010 6:48 PM

kalo aku la kan, nak pinjam pon takdelaa copy bulat2.at least tukar ayat ke ape ke...

pak arab ni xsmart btol la. meniru membabi buta.haisy

October 11, 2010 7:03 PM

kene smapaui cm tu skli ye.
hati2 lain kali.
buat baik berpada- pada kan.
so, lepas tak dr accusation tu?

October 11, 2010 8:50 PM

plagiarism is actually a good way in nurturing independence among university students and not to mention to prevent any mistreating among the students themselves.

it's so lucky of you of not being expelled.

October 11, 2010 10:17 PM

yeayy!moga2 selesai semua dgn jayanya.yg benar tetap akan benar.

October 11, 2010 11:27 PM

mak aii!!
kejam gila pak arab tu..
sebiji-sebiji ke dia copy paste?

October 11, 2010 11:53 PM

takpe. berani kerana benar. doa banyak2

October 12, 2010 12:30 AM

cian ko fan..... sbr yerk.... the truth will come out eventually.....

October 12, 2010 2:22 AM

Pernah gak terjadi macam nih, serik nak bagi pinjam. INgat nak buat reference jer, tapi siap dia copy paste lagi! Hampeh!

Love,
PojiePooh Abdullah

October 15, 2010 6:41 AM

Thanks sume sebab bagi sokongan. Kes ni dah setel dah pun :)

Dayana
Apekah? Da tgk definisi plagiarism lom. ape kaitannye dengan independence nurturing...

October 15, 2010 5:02 PM

haih. mcm ni maksud saya, isu plagiat ni or plagiarism bagus sbb ia akan menghalang para penuntut/pelajar mengambil tindakan sambil lewa terhadap tugasan mereka. cube bayangkan, jika takdenye isu plagiarism, ataupun tak wujud pun perkataan ni dalam kamus hidup manusia, mesti dunia pendidikan ni penuh dengan copycats and mereka semua terlepas mcm tu saja. at least with this plagiarism thing, boleh la pelajar-pelajar lebih berdaya saing, ada krekreatifan dalam menyelesaikan assignment or homework mereka.

October 15, 2010 5:37 PM

err tindakan terhadap aktiviti plagiarism itu bagus tapi plagiarism SAHAJA x bagus
- lari maksudnye karang....

November 5, 2010 3:55 AM

same case here...abg 'a' pnya asement tu mcm mn? sy dpt sebiji telur utk asement yang d copy...langsung x dtanya...apa x nangis mcm tu...

November 5, 2010 6:17 AM

@Syaidahtul Badriyah Aziz
nasib baik vuw sangat diplomatik. depa kaji dlu ujung pangkal

March 30, 2011 10:41 PM

okey freaky, kalau kat sekolah setakat tiru2 tadehal..kat U kau menakutkan

April 10, 2011 5:31 AM

mcm crita kwn ak.
di plagiat folio.
skali lecturer bantai dy kaw-kaw..

ayat gilar Dr tuh : awak x jujur dan beretika!!

~kesian ar kwn ak plak..

April 10, 2011 10:36 AM

@nabiha hamzah

tapi kawan aku yg plagiat aku.... :(

April 17, 2011 3:35 PM

hehehe...gi piat telinga die..ske2 je plagiat keje org kn..last2 tuan badan lak kne tuduh plagiat keje org len

Post a Comment

Komen yang nak diletakkan lepas 14 hari selepas entri tu diterbitkan, akan diletakkan dalam mod pengesahan terlebih dahulu untuk mengelakkan spamming