Psychopathology: Paranoid Personality Disorder

Untuk sesuatu tu dikira sebagai Psychopathology, ia mestilah sesuatu yang berlainan daripada biasa, menyebabkan efek yang tak elok (maladaptive) dan juga menyalahi norma manusia biasa. Contoh menyalahi norma manusia ialah berbogel di tengah-tengah shopping kompleks. Ingat definisi Psychopathology ni ye.
Paranoid ialah salah satu daripada 3 cabang Personality Disorder dalam kluster A Manual Statstik dan Diagnostik-IV. Paranoid bolehlah diibaratkan sebagai seorang yang sentiasa berfikiran negatif terhadap orang lain tapi untuk membezakan Paranoid dengan Paranoid Schizophrenia, Paranoid tidak mempunyai simptom Delusi dan juga Halusinasi


Jom kita berkenalan dengan Abang Noid
Eh ko nak apa ni? Mesti ko nak ambik duit aku kan? Aku takde duitlah! Pegi main jauh-jauh! Duit aku 20sen semalam pun mesti kau curi kan? Ah tak kisahlah aku hilang duit dekat mana tapi aku yakin kau yang curi kan? Kau ni sama je dengan cikgu-cikgu kat sekolah tempat aku kerja tu lah. Semua nak jatuhkan aku, semua dengki dengan aku. Diorang semua tu memang busuk hati sejak aku kerja dari situ lagi sama je dengan tempat aku kerja dulu dan sebelum tu, dan sebelum tu.....
Dari pernyataan di atas ni kita boleh rumuskan yang antara ciri Abang Noid ialah

  • Syak wasangka terhadap orang lain dan sifat cemburu
  • Salah anggap tindakan orang lain 
  • Tidak akan setuju dengan pendapat orang
  • Tuduhan melulu kononnya ada orang nak jatuhkan dia
  • Syakwasangka tanpa alasan dan bukti
Nampak macam biasa dengar je situasi Abang Noid ni kan? Haa memang padanla sebab prevalence kejadian ni memang agak tinggi iaitu sebanyak 2% daripada populasi manusia. maknanya dalam setiap 100 orang kat dunia, 2 daripada kita akan ada penyakit syak wasangka ni.

Kenapa bahaya? Tengok kes Abang Noid tu. Dia tyerlampau prasangka bukan-bukan dekat orang lain sampaikan mengganggu kehidupan dia dan juga orang lain. Orang yang bersyakwasangka melampau macam ni kerjanya tak kekal di 1 tempat sebab dia suka tuduh orang nak buat bukan-bukan kat dia. Walaupun ini ialah satu penyakit, tapi ia boleh diubati dengan berjumpa pakar psikiatri. Cuma masalahnya, orang Paranoid ni nak ke jumpa dan percaya cakap doktor?

Reference:
Barlow, David H.; Durand, V. Mark (2009). Personality Disorders. Abnormal Psychology: An Intergrative Approach (5th ed, pp 438-439)
Nota: Psychopathology ialah salah satu cabang Psychology yang melihat kepada abnormaliti pada sifat manusia. Jadi sila jangan salah guna perkataan Psychology dan Psychopathology. Sakit kepala orang yang tahu maksudnya. BTW, ini ialah satu entri pendidikan. Sila tekan like dibawah untuk share maklumat ni. Dapat pahala

27 ulasan: Leave Your Comments

  1. aku blaja banyak mende kat blog ni.tengs =)

    BalasPadam
  2. Salam. Hai encik arc. :)
    Jadi kalau org paranoid ni solution die hanya perlu jumpe pakar psikiatri je ke?

    BalasPadam
  3. tidak cek mar. itu x tepat
    berjumpa pakar ialah langkah awal tapi bukan itu penyelesaiannya

    BalasPadam
  4. WOW..nmpk reference die situ..
    awesome la ARC..nmpk anda sgt memahami erti plagiarism ..hahaha..
    btw ak suke post2 yg berkaitan ngn ape korg blaja from psychology.. menarik~! keep it up ok..sharing is caring..keh3~=]

    BalasPadam
  5. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  6. wow~ sgt menarik..hehe~ x lama lg blog ni akn jd blog ilmiah, bgs2..ilmu mmg ptt dikongsi..wekk~ taw x pa tu obsessive compulsive disorder, ada kaitan ngan psych x? :(

    BalasPadam
  7. ade, aku akan kongsi nanti. :)

    BalasPadam
  8. satu suka yang buat aku suke ngn blog ni..die byak info..bagus owner blog ni:))

    BalasPadam
  9. aku nak muntah darah masa belajar subject Personality.sebaik tak kena hafal DSM iv tu.hahaha

    BalasPadam
  10. thanks nurul

    Atira
    aku kene hapal kot

    BalasPadam
  11. housemate aku sekor ade paranoid ni.

    BalasPadam
  12. sbnarnye agak susah nak diagnos orang. So, kalo stakat mild negativism xbaikla tuduh org cmtu :)

    BalasPadam
  13. seriously ko kena hapal satu DSM iv tu?tebal kot!hahahha.malang doww.kamus dewan pon tak terhapal

    BalasPadam
  14. hahahahha....asfan...u know wat...psychopatho nih payah la nk faham!!!!!!!!!!!
    currently kt psychiatry posting..kna blaja sume nih....:(

    BalasPadam
  15. ni yang buat aku nak amik master bdang psikologi ni..haha..tp boleh ke IT jump sampai psikologi eh??

    BalasPadam
  16. If you could e-mail me with a few suggestions on just how you made your blog look this excellent, I would be grateful.

    BalasPadam
  17. Terrific work! This is the type of information that should be shared around the web. Shame on the search engines for not positioning this post higher!

    BalasPadam
  18. kau tau tak cara nak solve orang yang mempunyai lebih daripada dua identiti dalam diri. bila dia brubah jadi diri 2 dia berani dan kasar. Jadi ke tiga cemburu. BIla berubah jadi diri dia asal dia tak ingat ape yang dia buat sepanjang jadi diri 1 dan dua. Aku tak tipu, ni realiti. Sekarang kawan aku tu risau. Dia bace kat web kata penyakit ni tak leh solve ......

    BalasPadam
  19. @AMIRA ATIYA MYRA_ZOE
    aku ni baru blaja dan jgnla caye tenet sgt. sume penyakit ade ubatnye

    BalasPadam
  20. @ARC™

    ooo..aku kesian gila ngan dia. Segalanya jadi tanpa sedar. kadang2 dia beli something dia pun tak tahu bila.

    BalasPadam
  21. aku... ada kawan seorang yang ada masalah abang noid. umur dah 40+., tapi masih tengah belajar.

    Sungguh., dia memang bercakap macam kes 20sen kau tu.

    pernah sekali., dia marah-marah orang yang tegur lukisan dia yang dibantu oleh lecturer.

    mungkin dia ada sejarah tak dapat diketahui.

    tapi.. betul tu.

    semua penyakit ada ubatnya., kecuali mati.

    BalasPadam
  22. @ARC™

    tak sedar ape yang dia buat bila dia jadi 'diri' dia yang lain tu. contoh buat akaun fb lain. beli selipar yang dia tak akan pakai. maki pak we dia. sesuatu yang mustahil 'diri' dia yang betul buat.

    BalasPadam
  23. c0p2.. sape2 da x foll0w blog2 yg cita pasai bntg?? vet mybe

    BalasPadam
  24. thanks for sharing.
    blaja psychiatry ni pening la. haha.
    minggu lps baru je habis exam neuropsychiatric.

    BalasPadam
  25. i do love this blog.. saya budak yg bakal ambk SPM tak lama lagi, dari blog ni saya mkin tertrik dgn bidang psychology ni.

    BalasPadam

Komen yang nak diletakkan lepas 14 hari selepas entri tu diterbitkan, akan diletakkan dalam mod pengesahan terlebih dahulu untuk mengelakkan spamming

More

SEARCH

TESTIMONI

Creative Commons License
This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International License.
Based on a work at http://www.arcx13.com.
Permissions beyond the scope of this license may be available at https://www.facebook.com/arcx13?ref=bookmarks. Dalam BM, korang tak boleh copy langsung melainkan ada kebenaran