Searching...
27 Okt 2010

Rusuhan conteng dinding library

Sedangkan pantai lagi berubah, inikan pulak dinding bangunan Victoria University of Wellington yang berwarna putih tu
Tengoklah habis dinding diconteng guna spray. ni kalau buat kat rumah mau meroyan mak korang mengamuk tengok habis dinding kena graffiti. Tapi kalau mak korang berjiwa "Rap" dan selalu mendengar lagu Too Phat ataun Warren G, maka tak hairanlah kalau mak korang senyum saja time korang conteng dinding rumah

Tapi jangan risau. Walaupun habis bangunan library diconteng, kamera CCTV berjaya menangkap gambar mereka yang meninggalkan kesan-kesan durjana terbabit. Tapi pihak polis tak dapat berbuat apa-apa sebab program conteng-conteng dinding ni memang dianjurkan oleh Persatuan Pelajar Victoria University (VUWSA) dengan izin dan restu pihak universiti. Dengan syarat jangan conteng benda-benda tak baik

Nama program ni ialah Art Therapy. Cool gila Student Association boleh bawak idea macam ni nak-nak pulak dekat time exam. Memang apa yang pelajar perlukan bile tengah stress nak pulun study. Sungguh berbeza dengan Student Union di sesetengah negara lain di mana manifestonya tak habis-habis nak bermusuh dengan Hal Ehwal Pelajar yang dikatakan suka masuk campur dalam urusan pilihanraya MPP. Tiap-tiap tahun akan keluar fanpage facebook suruh sokong si polan si polan dengan janji bahawa HEP akan dimansuhkan dari mengongkong urusan pelajar.

Penat sebenarnya dengar kes macam tu. Takpe kita sambung tengok VUW Art Therapy yang cool ni lagi. Kalau aku dapat conteng Uniten macam ni, bangunan first aku target ialah *ehem*
Aku suka gambar ni sebab cun dan ironic
Tapi Art Therapy bukan pasal conteng-menconteng saja. Benda ni juga bertujuan meningkatkan self-esteem, self-worthiness, dan juga berkongsi kegembiraan dengan orang lain. Tapi tak tau la apa yang gembiranya masa musim exam ni.
Gadis tanktop ungu ialah member kelas tutorial Educational Psychology aku hohoh.
Di bawah ini ialah gambar anjing yang sangat comel. Walaupun anda menyentuhnya setiap hari, perbuatan tersebut takkan menyebabkan anda perlu menyamak tangan dengan air tanah apatah lagi membatalkan air sembahyang.

Di bawah ini pulak ialah Encik Papanda di saat lepas keluar library memerah otak study bersama rakan-rakan yang comel. Tapi dalam gambar ni hanya Encik Panda yang comel
Photos (excluding the last one) are borrowed from Victoria University of Wellington Facebook Page
Alryte itu saja update untuk kali ni setelah 3 minggu menghilang.Disebabkan final exam telah pun tamat, maka baru la ni ada masa free selama 4 bulan cuti summer. Cheerios!

18 KOMEN DISINI:

  1. kahkah.. ttbe kau kata kau comel sorang kan~ hekk!!

    BalasPadam
  2. yang mural tu kat mana weyh? apasal tak ketahuan pun...

    BalasPadam
  3. yg comel tu adalah bear yg tlh dilukis. harap maklom. haha. uih cuti lama gilaaaa. 4 bulan. :D

    BalasPadam
  4. zue
    thanks! ahahahhaha

    Z@ck
    sbnanye tadi aku usha blog ko tp xde pon tgk ko update pasal ni. Nampak sgt xjejak situ kannn
    Mural tu kat lebri ah. Bape banyak kali da aku taip dalam blog tu

    Nad
    Aish xnak comply lak. Heheh cuti summer......

    BalasPadam
  5. bestnya dapat conteng merata2 kat dinding... hahahaa...

    BalasPadam
  6. tp aku xconteng...org len yg contenggg :P

    BalasPadam
  7. best nyaa kalau buat gitu kat malaysia ni!!

    BalasPadam
  8. wahh memang cooool la.. kreatif n menarik.. cam nak pegang gmbar anjing tu huhu

    BalasPadam
  9. takpe sekali skala perasan comel..hahaha..

    cool gile idea dorang eh..suke gak tengok lukisan grafiti yang cantik2..kalau p KL suke tengok dinding kat longkang besar masa on the way nak p jalan mesjid india kot..kat situ kadang2 ade lukisan grafiti yang cantik2..hehe..

    BalasPadam
  10. cool gila ! conteng conteng dan conteng lagi ! haha

    arc comey? pk banyak kali jap.haha

    BalasPadam
  11. haha comelnya cakap diri sendiri comel!cuti 4 bulan apa aktivitii?

    BalasPadam
  12. staill..!
    nak ajak ko conteng dinding rumah aku la.!

    BalasPadam
  13. Suka aaa tengok gambarnya !

    BalasPadam
  14. xpe aku faham korg dengki dengan kecomelan aku lol

    BalasPadam

Komen yang nak diletakkan lepas 14 hari selepas entri tu diterbitkan, akan diletakkan dalam mod pengesahan terlebih dahulu untuk mengelakkan spamming

 
Back to top!