Bungy Jump The Ledge Queenstown

Rasanya sangat tak best kalau aku cuba summarize satu-satu apa yang aku buat dalam seminggu cuti dan menghabiskan duit di South Island. So, baik ambik tempat-tempat terpikih aje dan cerita elok-elok. Kali ni kita cerita pasal Bungy Jump.


Sambungan alkisah berjimba di New Zealand, tempat ni letaknya dekat Queenstown, New Zealand. Alkisahnya dekat Queenstown tu ada 3 tempat bungy yang dimiliki oleh syarikat AJHackett, iaitu The Ledge (dekat sebelah city centre), Nevis Arc (dekat canyon) dan Kawarau Bridge.

Tiket mendalah ni aku dapat dengan potongan harga sebanyak 50% dari GrabOne. Harga asal ialah RM180 dan dengan menggunakan matematik darjah 2 anda kira sendirilah berapa yang aku kena bayar. Disebabkan itu tiket offer maka tak bolehlah nak memilih sangat pergi ke Nevis Arc untuk lompat yang 147m punya. So terpaksalah lompat yang pendek punya di The Ledge ni (43m)


Okay atas ni la gambar aku lompat dari platform The Ledge Bungy tu. Tinggi kan? Sama tahap dengan meja duduk dah tu hehe. Okay tipu je. gambar sebenarnya ada kat bawah ni



Aku orang kedua yang melompat dalam hari tu. orang pertama plak ialah sorang member yang datang sama-sama dengan aku. Bezanya ialah dia banyak kali lompat tapi tak jadi dan aku lompat dalam sekali lari je haha. Tu la, aku dah kata sapa menang o-som pergi dulu tapi tak nak pulak. Aku ni dah la selalu menang o-som :D. Nak tengok aku lompat? Klik butang "PLAY" dekat bawah ni.




Masa lompat tu memang mula-mula rasa kerek sikit. Tapi bila dah freefall baru la rasa cuak sikit. Sikit je tak banyak. Tapi kalau dah masa terjun tu nampak pokok dengan batu kat depan mata, nak rasa apa pulak la kan? Dah la aku tak kahwin lagi.

Apapapun, aktiviti lompat Bungy dekat The Ledge ni memang menarik walaupun bagi sesetengah orang (macam aku), adrenaline rush tu tak dapat rasa pun. Drive kereta sejauh 400km merentas gunung-ganang lagi mendebarkan kot rasanya.

Photo of The Day:

Contest berakhir tak lama lagi. Hadiah semua dah ready. Baik korang join cepat. Klik "OLDER POST" sekali untuk info tambahan.

HUBUNGI SAYA

Hubungi saya di page Facebook arc13  atau @psikoologi

Untuk soalan berbentuk email, boleh hantarkan melalui borang di bawah ini.

Untuk khidmat nasihat yang melibatkan pembacaan dan masa untuk diselesaikan, adalah dimaklumkan bahawa kami mengenakan cas RM10.00 untuk satu soalan. Sila isikan pertanyaan anda di bawah ini. Pihak kami akan menghubungi anda secepat yang mungkin. Terima kasih :)

Your Name :

Your Email: (required)

Your Message: (required)


CutiCuti NewZealand Christchurch [Day 3]

Bertemu lagi kita dalam siri Cuti-Cuti New Zealand! Hari ni kita akan bercerita pasal hari ketiga dalam perjalanan kami menikmati keindahan alam ciptaan Allah. Seperti cerita yang lepas, aku takde nak edit gambar-gambar yang bakal ditayangkan sebab laptop kecik yang smart kepunyaan Cik Ecah Panda takda Lightroom mahupun Potosopp.

Gereja pun keindahan alam juga. Masuk kandang kambing mengembek, masuk tempat orang melihat sajalah
Destinasi 1 - Akaroa
Drive sejam lebih dari pusat bandar Christchurch ke lokasi kejadian. Alkisahnya, para gadis sekalian ada tiket murah yang dibeli dari GrabOne untuk naik Akaroa Jetboat tapi malangnya tiket tersebut tak boleh digunakan sebab masa kami sampai tu, bilangan orang yang nak naik bot tak cukup kuota. Lagipun, diorang tak booking sehari awal dan para jejaka pulak tak nak spend duit untuk cukupkan kuota. Hehe.


Tapi takpe, kami masih naik bot tapi bot Flinstones jelah yang kena guna kaki untuk mengayuh 'enjin' ke tengah teluk tu. Dapatlah jugak naik bot kan? Daripada takda langsung.

Dua tiga kucing berlari mana nak sama si kucing belang, Di mana DSLR berlari gambar mereka takkan menghilang
 Destinasi 2 - Sugarloaf Scenic Reserve
Srcara jujurnya aku cakap, ini kali pertama aku drive kereta naik gunung dekat tempat yang tak familliar sambil bawak anak orang. Bagi sesiapa yang berminat untuk datang sini, 1 benda je anda perlukan, iaitu kamera sebab naik atas ni percuma sahaja dan kami pun jumpa secara kebetulan atas er..GPS


Destinasi 3 - Top of Mount Vermont 
Okay, korang tengok pun dah tahu pemandangan dari kawasan tinggi memang cantik kan? Tapi kami tak bolehla nak buat solat sunat disitu sebabnya untuk ke puncak tu kami telah pun menceroboh ladang kambing biru-biru..eh tak, biri-biri yang sangat gebu dan comel nak-nak pulak musim raya Aidiladha ni. Rasa nak culik satu bawak pegi dapur backackers.

Lompat Si Panda lompat toink toink
Sebagai seorang Panda yang gagah perkasa lagi berani maka haruslah beliau melompat akibat tahap excited yang melampau tanpa bantuan kokain mahupun Kafein. Amaran keras kepada pengunjung blog ialah jangan lakukan ini tanpa pemantauan daripada orang dewasa sebab sekeliling tu banyak batu; kalau tertomoih kat dahi alamatnya anda mampus di tempat kejadian. Amaran seterusnya, disitu banyak tahi kambing biri-biri; kalau tertomoih masuk mulut, alamatnya berpuasalah anda seminggu.


Destinasi 4 - New Brighton Harbour
Sini yang menariknya hanyalah jambatan magik yang bokleh bertukar warna banyak-banyak kali tu. Andainya anda nak berendek di sini, ini ialah tempat yang terbaik tapi pastikan dah nikah. Lepas nikah korang buatlah apape yang korang nak kat tepi pantai tu. Lepas habis berjimba jari keempat, maka pulanglah ke PointBreak Backpackers untuk berketiduran.

Photo Of  The Day
Terbanglah wahai si burung. Kalau kau tak terbang tentu aku dah sembelih kau


..

CutiCuti NewZealand Christchurch Day 2

Sambungan kisah hari pertama. Malam pertama diakhiri dengan kami semua membuta di Point Break Backpackers, New Brighton, Christchurch New Zealand. Tapi tempat ni agak jauhlah daripada city center Christchurch so kalau nak ke city kena ambil bas no 84 ataupun no 5 dengan harga NZD4.50. Nak lagi senang, sewa je kereta kat sini dengan harga serendah NZD25 untuk sehari. Kitorang sewa seminggu. Dah beratus kilometer dah kami drive sampai ke harini


Destinasi 1 - Christchurch Botanic Garden
Kat sini banyak gila bunga lily, tulip, lavender dan ape entah bunga lagi. Kami datang sini lepas ambik kereta yang kami sewa dengan harga NZD29 per day. Kat sini kalau korang bermurah hati bawaklah roti sikit untuk itik-itik dan burung makan. Kebulur sangat dah tengok diorang.


Destinasi 2 - Christchurch Art Museum tapi kitorang stop hanya untuk ke tandas dan bukannya nak masuk dalam tu haha.


Destinasi 3 - Muzium ape entah.
Last- last masuklah jugak muzium tengok barang- barang budaya Maori dan sebagainya. Barang-barang dalam ni memang cantik dan sesetengahnya menyeramkan macam gambar kat atas ni


Destinasi 4 - Christchurch Cathedral
Kitorang masuk dalam gereja yang besau gila. First time kot aku masuk gereja tapi takdela kitorang masuk stu untuk sembahyang pulak. Tangkap gambar aje. Ade jugak time tu ade upacara apa entah so kitorang diam je lah. Tak salah pun masuk tempat tourism untuk tangkap gambar. Kan? Kan?


Destinasi 5 - South India Restaurant
Wan Zana cakap, kat sini harga dia murah tapi makanan sangat banyak dan mengenyangkan. So kami berusaha la jalan berjam-jam carik benda alah ni sambil tengok aftermath earthquake haritu. Jalan banyak tutup so kami susah nak carik jalan. Yang best nye, bila sampai, tempat tu tutup. Last-last makan burger je kat 1 kedai halal ni.


Dan berbaliklah ke rumah Wan Zana untuk menketedarah yang sekian kalinya. Tak tahu siapa masak tapi sedap ah dan ramai orang kat riumah dia malam tu sebab haritu Hari Raya Aidiladha. Kami beraya dengan berjalan-jalan tanpa melihat lembu disembelih depan mata haha.

Photo Of The Day
Bercengkerama dengan Botanic Garden Goddess :P

Gambar adalah ditangkap dengan DSLR Sony a-290 untuk beginner cikaicikaipoda yang tak mampu beli kamera mahal. Cheerios!!

CutiCuti NewZealand Wellington-Christchurch

Dengan internet dan masa yang amat limited ni pun aku berusaha untuk update blog sementara menunggu kengkawan lain bangun dan bersiap-siap. Okay harini dah hari ke5 travelling di South Island New Zealand dan juga merupakan hari pertama aku dekat Queenstown ni. So kita start dengan cerita hari pertama


Ada cerita kelakar dan legend di sebalik penerbangan kitorang dari Wellington ke Christchurch ni. Tak tau ke Christchurch dekat mana? Ala, tempat yang kena gempa bumi haritu yang kecoh sampai ke Malaysia tu. Okay, alkisahnya kami ni nak guna tiket kapalterbang orang lain untuk ke tempat tu tapi malangnya terkantoi di kaunter sebab kiosk tak boleh digunakan atas sebab-sebab tertentu. Rayu punya rayu sambil buat muka comel, maka berjayalah naik flight tersebut. Korang ingat murah ke tiket walaupun domestic flight je? mahal kot. NZD139


Muka lega selepas berjaya dapatkan tiket flight. Menurut sumber yang bolehla dipercayai, kitorang ni lagenda pertama yang buat kes macam ni. Ni kalau kena tangkap dekat airport memag kena soalsiasat pasal hal berkaitan terrorism la kot. Lagi haru.


Sampai di lapangan terbang Christchurch kami dijemput oleh member Lily (awek baju pink) yang jugak merupakan ex-senior aku dekat KUSESS dulu. Lily plak yang 2 dari kanan tu. Kitorang lepak situ makan-makan. Aku kalau bab makan free ni memang ko hidangla apape, harus aku bantai sampai habis nak nak pulak kalau sedap macam Wan Zana masak. (bodek).

Disebabkan laptiop ni bukan aku punya, dan internet sangat mahal dan limited dekat tempat kitorang tidur ni, maka gambar tak boleh nak edit dan tak boleh nak online lama-lama. Gambar travel kitorang mungkin akan di-upload lepas habis bercuti iaitu pada minggu hadapan.

Photo Of The Day:

Seminggu Menghilang Berjimba-Jimba

Akhir-akhir ni aku suka pulak dengan ayat pelik yang berbunyi pelik ni. Aku pun tak confirm sangat lah ape benda maksudnya tapi mungkina ada kaitan dengan bersuka-ria dan berjoli-joli. Entahlah, tanyalah Cik QinQin kalau dia sudi jawab haha.


Gambar ni aku saje try nak upload untuk dicaci-maki oleh anonymous. tengok ada tak yang berani nak maki kakaka. Gambar ni diambik dengan EOS400D member aku punya. Alaa member yang dalam Entri November Bulan Perpisahan tu. Muka atas ni diambik sebelum 2 kali tergolek dengan roller blade dalam posisi paling memalukan sluruh hayat

Berbalik kepada topik berjimba-jimba, aku sebenarnya nak away dari blog ni selama seminggu sebab nak berjimba kat Christchurch di New Zealand ni. Lagipun aku dah beli kamera cikaicikaipoda semata-mata nak pergi berjimba. Kot murah takpe, boleh bayar sewa rumah  2 bulan kot. Kalau nak tengok gambar noob yang aku dah upload so far, boleh tengok dengan klik gambar-gambar dibawah untuk directed ke album facebook. Klik gambar 1 untuk ke Album Farewell Party dan Gambar kedua untuk Album Santa Parade.



Tengok gambar pun aku rasa korang dah tahu aku main petik je shutter tu. Langsung haram tak tahu apa Focus apa ISO, setting apa suma. Hentam ajelah labu. 

Flight dari Wellington ke Auckland petang ni so pukul 2 dah kena bertolak dah. Okaylah tu je. Entry ni diakhiri dengan serangkap pantun bongok:
Dekat kaki banyak bulu
Gua chiow dulu.

Selling Cheap Kaspersky Internet Security 2011


Yes sir, your eyes don't lie to you. this is the actual price I'm selling for 1 activation key of Kaspersky Internet Security 2011. Retailer price of this item is at NZD65 (see photo) and you can get it for less than half of the market price!! Ain't that sweet?

Why do I need KIS 2011?
*Real-time proactive protection against viruses and other malware Improved!
*Safe Surf and Kaspersky Web Toolbar for online security New!
*Best-in-class personal firewall for keeping hackers at bay
*Identity protection with Virtual Keyboard and anti-phishing Improved!
*Unique Safe Run mode for suspicious apps & sites Improved!
*Advanced Parental Control with flexible settings Improved!
*Smart anti-spam and anti-banner protection Improved!
*Computer tune-up for better performance and protection
*Rescue CD for system restoration after malware attacks Improved!
*Automatic scheduled scans and updates
Not even sellers at Trademe sells this stuff as cheap as I do. Click on the red text to see the evidence. Please note that I am just selling the activation code, and it DOES NOT come with the Installer CD. You can download the installer here (click red text) for FREE. Why do you need that CD anyway? You are just going to use it once and it will end up as technology waste. Save your money with this ORIGINAL product, as well as save the environment

How do I use this product?
  1. Download the installer
  2. Use the activation code that I will give to you once sale is completed when prompted
  3. Voila, your PC is now secured. Easy as!
Operating Systems Hardware Requirements
Microsoft Windows XP, all editions (Service Pack 2 and higher)
Intel Pentium 300 MHz or higher (or equivalent)
256 MB available RAM
Microsoft Windows Vista, all editions (32/64 bit)
Microsoft Windows 7 Home Premium (32/64 Bit)
Microsoft Windows 7 Professional (32/64 Bit)
Microsoft Windows 7 Ultimate (32/64 Bit
Intel Pentium 800 MHz 32 bit (x86) / 64 bit (x64) or higher (or equivalent)
512 MB available RAM

This product is non-returnable


November bulan perpisahan

Buat kali pertamanya dalam hidup aku, aku rasa sangat tak tahu nak taip apa malam ni. Kalau nak biarkan bersawang selama seminggu meang tak bolehlah. Bad for your Nuffnang. Harini kita cerita pasal diari aku harini je lah eh.


Alkisahnya mamat dalam gambar ni, korang ingat lagi cerita main roller blade tu? Dia ni lah insan yang ketiga tu. Cumanya masa kitorang pergi berjimba-jimba main roller blade tu, dia belum dapat lagi dia punya DSLR tu. Dia ni student architecture dekat VUW dan baru aje belah meninggalkan bumi Wellington pagi tadi. Hilanglah sorang kawan dekat New Zealand.


Alkisah mereka-mereka yang kat dalam gambar atas ni pulak, diorang ni Honours Student VUW Math, Statistics dan ape lagilah subjek yang aku tak minat haha. Diorang ni pun, dah hampir habis tempoh pengajian dekat New Zealand maka akan berangkat pulang mendidik anak bangsa dekat Malaysia pulak. Hilang lagi kengkawan New Zealand.

Koko, koko nak tinggalkan bos tak?


"Saya ada kawan baru la bos. Nama dia Tengku Ritaudeen Paktam..kira sedara mara saya la jugak ni. Boss asyik busy je boss saya carikla kawan lain"

Sampai hati kau koko.

Sitemap


Roller Blade di Oriental Harbour

WELLINGTON, 8 Nov - 3 orang pelajar berkerakyatan Malaysia telah dikesan membuat aktiviti yang diragui faedahnya kepada manusia sejagat. 3 pelajar tersebut di mana 2 daripadanya memakai kasut roda dan seorang lagi menaiki skuter kanak-kanak telah dikesan berlegar- legar di kawasan Oriental harbour sekitar jam 6 petang semalam.


Pelaku pertama (dalam gambar) telah dilihat tergolek sekali di hadapan khalayak ramai dengan posisi punggungnya mencium lantai terlebih dahulu. Adapun beliau dengan muka selambanya telah bangun sambil bersiul kecil-kecilan supaya orang lain tidak perasan.


Setelah dipujuk dan dibayar beberapa ratus dolar, maka dua daripada mereka telah bersetuju untuk bergambar di hadapan wartawan kami dengan tujuan komersial aktiviti berkasut roda di Wellington City yang juga merupakan ibu negara New Zealand, dan bukannya Auckland. Tidak seperti ibu negara Malaysia yang penuh dengan warga Nepal, Bangladesh, Indonesia, dan Myanmar yang terutamanya berpusat di Jalan Pudu, ibu negara New Zealand amat santai dan mempunyai banyak infrastruktur supaya aktiviti kekeluargaan dapat dilakukan.


Antara tarikan lain di kawasan ini ialah taman permainan yang comel khas untuk kanak-kanak dan juga orang dewasa yang keanak-anakan apabila tiada kanak-kanak di kawasan terbabit. Objek seperti ikan paus berwarna biru dan motor berwarna merah sama sekali tidak mengajar anak-anak kecil memburu ikan paus (Jepun) dan mengamalkan budaya bodoh mat rempit (Malaysia). Kekuatan alat permainan disini ialah boleh menampung sehingga 70kg muatan tetapi berat badan kedua-dua model adalah dirahsiakan.


Orang awam adalah dinasihatkan supaya tidak menghampiri kawasan air apabila berkasut roda dikhuatiri akan tergolek masuk ke laut. Keadaan menjadi lebih buruk jika anda tidak mahir berenang.

Photo | Ridhwan Ikhsan Othman

Melahirkan anak tikus akibat tuala wanita tamat tempoh

Hai yu all tengah buat tu? Rindu dekat Ahkak Fenny tak? Mesti rindu kan? Sorry tak dapat layan permintaan peminat semua sebab sejak I cerita pasal tips mekap 1 dan 2, terus I pergi jual ais kacang di Auckland. Dengan kesungguhan dan kecantikan cara bermekap ahkak la ahkak berjaya beli sebuah laptop untuk online facebook.

Tapi ahkak tension la dengan sesetengah pengguna facebook yang suka buat Teori Konspirasi tahap haramjadah. Bukan sahaja benda merepek diorang percaya, benda yang mustahil pun diorang percaya. Contohnya macam kes kita kali ni pasal nota Facebook yang ahkak terima baru-baru ni mengatakan bahawa..
Seorang pelajar cina berusia 17 tahun ... mengandung ....Beliau seorang kanak2 miskin dan bapanya pula seorang penjual TUALAWANITA.... banyak tuala wanita yang expired,si bapa telah mengagihkantuala wanita itu untuk dipakai oleh anak dan isterinya......so anak2 dgn bini dia pon pakaila TUALA WANITA tu.....lepas maybe beberapa bulan si anak mengalami muntah,loya tekak mcmorang2 mengandung tu...Dengan segera si bapa membawa anak ke hospital untuk diperiksa apepenyakit anaknya..dan doktor memberi jawapan yang mengejutkan bahawa si anak telahMENGANDUNG........Scan punya scan doktor memberitahu bahawa terdapat 20 EKOR ANAK TIKUSyang dikandungkan oleh pelajar terbabit...MUNGKIN KETIKA PERIOD TELUR2TIKUS TELAH DISENYAWAKAN KOT DAN MASUK KEDALAM OVARI PELAJARTERSEBUT..MUNGKINN.....doktor terpaksa membuat pembedahan ke atas pelajar tersebut keranadidapati anak2 tikus terbabit telah tumbuh gigi dan dikhuatiri akanmemakan kesemua organ dalaman pelajar tersebut....kesemua doktor sahaja yang berani melakukan pembedahan itu,...pelajar terbabit kini disahkan tidak boleh mengandung lg kerana merekatelah mencuci keseluruhan dalaman pelajar tersebut kerana dikhutiridijangkiti virus tikus yg kotor itu...

Okay akak rasa nak tergelak baca nota tahap cipan ni. Ahkak rasa orang yang sebarkan nota ni mungkin terkena kenan cipan agaknya sebab tu dia malas masuk kelas Sains masa sekolah dulu.Ahkak ni selalu je pakai tuala wanita yang dah expired sebabnya tuala wanita mana ada tarikh luput! Ok meh sini ahkak tunjuk apa yang salah dengan nota cipan tu
  1. Tuala wanita ada expiry date kah?
  2. DNA manusia dan tikus tak compatible menyebabkan mustahilnya lahir separuh manusia dan separuh tikus
  3. Dan paling cipan sekali, tikus apa yang bertelur? Tikus mamalia lah ngek maka dia beranak
Tapi, kalau betullah apa yang dicakapkan dalam nota ni;


Okay Ahkak nak pergi sambung jual ais kacang dekat Auckland. Tata.
Sumber| Nota Cipan

Love,
Ahkak Fenny

Wellington Fireworks Festival 2010

That is not the most beautiful photo there is from the event but I guess it will just do fine as to tell you what happened today at the Oriental Harbour - a fireworks show of which I didn't really aware of except until yesterday's evening.

 So, let's not rambling much here, just click "Play" button down there and enjoy the 12 minutes video I made with my SONY DCR-SX40E. The video was edited with Windows LIVE Moviemaker 2011. But don't set your expectation high; I'm just a noob.




Now, I can absolutely make another video (a shorten version of this one) if any of you keen to watch this current video but has failed to load it due to slow connection. Just let me know through my facebook friendpage. 

That's all for today. Cheerios!!

Teori Konspirasi Upin dan Ipin

Nak gelak atau nak marah? Itu persoalan utama, tapi apa yang membimbangkan ialah bukannya perasaan kita si pembaca, tapi perbuatan segelintir pihak yang otaknya mungkin dah dibekukan dengan mempercayai semua Teori Konspirasi. Dikaitkan dengan yahudi la pulak. Apa kata orang pasal Upin & Ipin?
Gambar tu aku saja-saja edit korang janganlah percaya pulak. Tadi aku ternampak sorang kawan ni dia post pasal kisah Upin Ipin yang mempunyai unsur Illuminati ke Yahudi ke entah atas sebab yang berikut:
1)Sebutlah Uffin bukan Upin
Upin dalam bahasa Aramaic bermaksud "Aku benci Rasul." Sebutlah Ariffin bukan Ipin
Ipin dalam bahasa Syriac bermaksud " Aku suka Israel
Penulis teori ni mungkin terlalu banyak menghidu kentut unta. Apakejadah bahasa menjadi pengertian kepada sesuatu yang kita sendiri pun tak tahu? Dulu aku pernah cerita pasal Bahasa Maori New Zealand . Dari situ kita boleh faham bahawa apa yang kita maksudkan, tidak sama dengan apa yang difahami oleh orang yang berlainan latar budaya. Contohnya, TAHI dalam Bahasa Malaysia bermaksud NAJIS manakala dalam bahasa Maori bermaksud 'SATU'
Ini diburukkan lagi oleh penggunaan huruf "U" pada baju Upin dan "I" pada baju Ipin."U" bermaksud " USA ""I" bermaksud " Israel "
Dengan jujukan di dalam kotak oren, maka batallah sudah akidah semua umat Islam yang berbahasa Inggeris sambil berbalas SMS. Contoh:
Aizat: Yuyu, you (u) nak g manew nanti?
Yuyu: Ala u, I nak pergi kedai mamak beli tong gas

Dan juga maaf ya rakan-rakan yang sedang belajar di USA, akidah anda sudah terbatal dengan menjejakkan kaki ke sana hatta untuk mencari ilmu sekalipun


Okay paling epik sekali:
Baru-baru ini Syarikat Apple telah melancarkan iPhone 4g. Diharap ikhwah danakhawat semua dapat sama2 memboikot iPhone 4g kerana ia sebenarnya adalahagenda yahudi. ' i ' pada perkataan iPhone sebenarnya merujuk kepada ' Israel ' .4g pula bermaksud "god, gold, glory and girl". kalu kamu benar2 cintakanAllah dan rasul, sila sebarkan kepada semua umat Islam kalau tidak solatkamu tidak sah selama 40 hari 40 malam.
"I" pada ikan juga merujuk kepada Israel. Maka janganlah makan ikan. "I" juga merujuk kepada Ibu, maka bunuhlah ibu kamu sebab Ibu kamu Israel. "I " juga merujuk kepada Itik, iaitu lambang kesyaitanan yang tak cukup syaitan kalau dibandingkan dengan kambing hitam.


Fakta penting:
  • Kawan-kawan saya yang ada Iphone simpan kompas kiblat dan Alqur'an elektronik di dalamnya. Saya takda Iphone
  • Gold untuk Iphone 4 apekejadahnya? Kita yang berhabis duit untuk beli adalaaaa
  • Girl - apa kaitan dengan Iphone 4? Nak kaitkan dengan sejarah Portugis Melaka pun agak-agaklah bai
  • Dalam AlQur'an tiada menyebut Allah dan rasul menyuruh umat Islam menyebarkan fitnah
Siapa percaya teori makhluk tak cukup kasih sayang ni sila telan air perahan stokin banyak-banyak. Moga-moga kebuduhan anda dapat diubati.
Cheerios!!
Insan comel sharing-sharing| IrahHajerah

Cara memilih warna HTML Hex Code blog bersesuaian


Kali ni kita akan tengok pulak pasal cara memilih warna yang bersesuaian dengan blog ataupun website kita supaya tak kelihatan seperti sarkas ataupun baju badut yang terlalu berwarna warni. Warna yang anda perlu ubah termasuklah di bahagian tabs header, sidebar, post background, dan main background.


Blog ini bukanlah contoh yang baik dari segi pemilihan warna sebab aku masih belum ada banyak masa untuk edit itu dan ini. Padahal tak perlukan banyak masa pun haha. Okaylah, cara memilih kaler.

#1. Pilih warna utama anda
Hanya gerakkan mouse anda ke jadual dibawah dan anda akan dapat hex code untuk warna kesukaan anda





#2. Copy hex code tersebut (CTRL+C) dan paste (CTRL+V)pada borang bawah ni
Sila pastikan bahawa hastag (#) anda tidak di-copy-kan bersama takut nanti tak jadi pulak



Okay seharusnya bila korang dah masukkan hex code terbabit dan tekan "Enter" maka akan keluarlah warna-warna yang compatible untuk blog korang. Lepastu bolehlah edit blog masing-masing dengan warna yang bersesuaian!

Itu je. Cheerios!!

Tips FBML untuk Fanpage Facebook


Sebelum anda semua sambung membaca haruslah anda ketahui bahawa entry kali ni dispesifikkan kepada para blogger atau sesiapa sahaja yang memiliki page facebook sendiri tidak kisahlah fanpage, writer page, artist page, malah page alumni sekolah pun boleh

Kita tengok perbezaan
Gambar di atas ialah gambar fanpage yang biasa, yang takda kick. kalau orang masuk pun orang akan menguap sambil makan kuaci. Sila bandingkan dengan page dibawah pula.
Dan ini ialah fanpage yang lebih comel daripada biasa. Ada borang email, dan ada introduction untuk mengalu-alukan kedatangan pelawat anda yang comel-comel belaka.

Step 1: Cari page Static FBML di facebook dan klik Add to My page

Step 2: Pilih page yang anda mahu edit. Jangan tamak, buat satu-satu dulu sebab lepas ni nak main coding

Step 3: Masuk profile fanpage anda, klik Edit Page > Application

Step 4: Antara senarai applikasi yang ada sila cari FBML dan klik "Go To Application"

Step 5: Masukkan code yang anda mahu muncul di page tersebut


Step 6: Save Changes

Step 7: Masuk fanpage anda, dan susun tabs yang ada mengikut kesukaan

Step 8: Klik "Setting" pada bawah kanan tabs dan set default landing page kepada "Selamat Datang" yang anda baru buat tadi. Jadi semua pelawat akan singgah di mukasurat tu dulu. Siap!
  • Fakta Ekspress
  • Tak boleh buat pada profile peribadi
  • Boleh guna semua kod HTML
  • Tak boleh guna animated photo
  • Static FBML pages boleh buat banyak-banyak

More

SEARCH

MESEJ RINGKAS

Creative Commons License
This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International License.
Based on a work at http://www.arcx13.com.
Permissions beyond the scope of this license may be available at https://www.facebook.com/arcx13?ref=bookmarks. Dalam BM, korang tak boleh copy langsung melainkan ada kebenaran