Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CutiCuti NewZealand Christchurch Day 2

Sambungan kisah hari pertama. Malam pertama diakhiri dengan kami semua membuta di Point Break Backpackers, New Brighton, Christchurch New Zealand. Tapi tempat ni agak jauhlah daripada city center Christchurch so kalau nak ke city kena ambil bas no 84 ataupun no 5 dengan harga NZD4.50. Nak lagi senang, sewa je kereta kat sini dengan harga serendah NZD25 untuk sehari. Kitorang sewa seminggu. Dah beratus kilometer dah kami drive sampai ke harini


Destinasi 1 - Christchurch Botanic Garden
Kat sini banyak gila bunga lily, tulip, lavender dan ape entah bunga lagi. Kami datang sini lepas ambik kereta yang kami sewa dengan harga NZD29 per day. Kat sini kalau korang bermurah hati bawaklah roti sikit untuk itik-itik dan burung makan. Kebulur sangat dah tengok diorang.


Destinasi 2 - Christchurch Art Museum tapi kitorang stop hanya untuk ke tandas dan bukannya nak masuk dalam tu haha.


Destinasi 3 - Muzium ape entah.
Last- last masuklah jugak muzium tengok barang- barang budaya Maori dan sebagainya. Barang-barang dalam ni memang cantik dan sesetengahnya menyeramkan macam gambar kat atas ni


Destinasi 4 - Christchurch Cathedral
Kitorang masuk dalam gereja yang besau gila. First time kot aku masuk gereja tapi takdela kitorang masuk stu untuk sembahyang pulak. Tangkap gambar aje. Ade jugak time tu ade upacara apa entah so kitorang diam je lah. Tak salah pun masuk tempat tourism untuk tangkap gambar. Kan? Kan?


Destinasi 5 - South India Restaurant
Wan Zana cakap, kat sini harga dia murah tapi makanan sangat banyak dan mengenyangkan. So kami berusaha la jalan berjam-jam carik benda alah ni sambil tengok aftermath earthquake haritu. Jalan banyak tutup so kami susah nak carik jalan. Yang best nye, bila sampai, tempat tu tutup. Last-last makan burger je kat 1 kedai halal ni.


Dan berbaliklah ke rumah Wan Zana untuk menketedarah yang sekian kalinya. Tak tahu siapa masak tapi sedap ah dan ramai orang kat riumah dia malam tu sebab haritu Hari Raya Aidiladha. Kami beraya dengan berjalan-jalan tanpa melihat lembu disembelih depan mata haha.

Photo Of The Day
Bercengkerama dengan Botanic Garden Goddess :P

Gambar adalah ditangkap dengan DSLR Sony a-290 untuk beginner cikaicikaipoda yang tak mampu beli kamera mahal. Cheerios!!






17 comments

November 20, 2010 10:29 PM

bila la dapat merasa :)

November 20, 2010 10:34 PM

comeynye bunge..omeynye..

gmbar ngn patung tu agak lucah bro..
huhu..jelesnye..jeles gilak..tgok gmbar2 tu rasa2 cam mlm ni gak nk fly g NZ..

NICE PICTURES BTW..

November 21, 2010 12:05 AM

yeahhhhhhhh!! best gilerrrr kau~

November 21, 2010 1:15 AM

patung yang x de tgn jugak dia pilih. wahahaha

November 21, 2010 1:24 AM

beshnye . cm ngidam lak nk kesane ;P

November 21, 2010 4:15 AM

aiyo~ best woo rasa macam ada pulak bercuti dgn korang. LOL =p

November 21, 2010 6:37 AM

dah melantak kekenyangan sampai salah ejaan eh..haha
"orang kat riumah dia malam"

November 21, 2010 8:21 AM

wahh bestnye cuti2 cmni T_T

November 21, 2010 12:24 PM

waktu aku gi south indian restaurant ari tu, dia elok lagi

November 21, 2010 3:30 PM

Salam..

saya just blogwalking..baru tahu pasal blog ni..

dulu adik ipar saya study kat NZ juga..katanya best..yg menganggur pun ada elaun lg....

Anyway kalau ada masa, silalah menjelajah ke blog saya.

regards,
BLADE EDGE

November 21, 2010 5:18 PM

bestnyer...tp gmbr last tu..agal..ehm...err...

November 23, 2010 2:36 AM

nice....salam aidiladha bro..

November 25, 2010 12:28 PM

tak mampu lagi nak merasaaaa p sana >.<

November 27, 2010 12:48 AM

nak bunga-bunga tu!!!!

December 28, 2010 2:39 AM

nak tanya nak drive kat sne boleh pakai lesen malaysia ke kena international??

December 28, 2010 2:46 AM

@Farah Zafirah
xpayah pakai lesen international pon xpe. gune je lesen yg sedia ade tu

February 6, 2011 3:30 PM

Assalamualaikum. At first ingat nak tnya tuan blog ja. Tp bla tgk gmbar2 di atas sinun, ingat nak mta tlg ur gurl friendz. Snang ckit bla sama jantina. Leh tak nak mtak mail salah seorang dr diorang? Nak cari info. Do PM me back if u read this. TQ very much.

Post a Comment

Komen yang nak diletakkan lepas 14 hari selepas entri tu diterbitkan, akan diletakkan dalam mod pengesahan terlebih dahulu untuk mengelakkan spamming