Widget followers kat tepi tu makin lama makin berisi. Aku ingat lagi bila mula je cuti semester untuk tahun pertama dekat VUW, followers aku ada 600+ dan itu ialah pada bulan lepas.
Trend blogging zaman sekarang, mengamalkan sistem "I'm following you, Please Follow Me Back" ataupun secara singkatnya aku bagi nama sistem "MBACK" dalam dunia blogging ni. Cara sistem ni bekerja ialah apabila korang pergi menerjah ke sesuatu blog ataupun website dengan perasaan yang sangat tak ikhlas dan follow laman tersebut lalu pergi spam chatbox pemiliknya untuk bagitahu yang korang nak dia follow balik. Benda ni tak wujud pada 3 tahun dulu masa aku mula-mula blogging October 2008 dengan alamat arc13.blogspot.com . Time tu aku terasa nak blogging bila tengok cerita-cerita dari Marina Mahathir, Frank Z Sinatra, dengan Cleffairy.
Time tu mana ada ramai blogger macam sekarang ni? Dan time tu sumpah tak signifikan pun blogger yang suka camwhore untuk jadi popular.
Ada terkena batang hidung sendiri tak? Yang lagi kurang ajar ialah bila dia dah follow dan beberapa hari kemudian dia unfollow balik. Ini ialah taktik paling keji sekali dan dibuat oleh blogger yang gila popular ataupun dalam konteks bahasa masa aku sekolah-sekolah dulu, "mencapub". Tapi apa aku kisah?
Bagi aku, lantaklah korang nak follow ke taknak ke bukannya aku dapat duit kalau orang follow blog aku. Masalahnya, kalau dah folow terlalu banyak blog, ada ke kemungkinan latest entry akan muncul dekat Dashboard? Kalau follow sampai 2000 blog, akan baca ke semua updates dekat dashboard? Korang takde study/family untuk dijaga ke? Setau aku, satu-satunya gerakan yang mementingkan banyak followers ialah gerakan ajaran sesat dan jugak MLM. Makin banyak ahli makin kuatla organisasi tu. Tapi blog punya kekuatan adalah ditentukan daripada trafik dan jugak Google/Alexa PR.
Aku benci orang cerita pasal awek dan balak diorang dekat blog seolah-olah konfem la akan kahwin dan hidup sampai mamfus;. Tapi disebabkan gadis yang follow blog ni ialah follower yang ke-1000 dan juga merupakan awek aku yang tak konfem lagi akan jadi bini, tapi niat tu ada , maka tu jelah pasal dia yang aku nak cakap. Bukan korang kenal pun kalau aku cerita. Yo, umur macam aku ni memang patutla dah ada planning untuk berkeluarga. Tapi kalau macam BUDAK NI, memang la tak patut.
Just so you know, I'm not a cult leader to be so desperate to have many followers.
Coming up next: E-book Panda on how to be a famous blogger in 30 minutes




38 comments
Setuju,follow blog yang kita suka tanpa PAKSAAN.
sokong 101%.. :)
ngeh.agak la weh, kadang kadang cerita pasal kapel x pe la.tp slalu sgt geli eh. ha, pasal follow u back tu, ngeh.haramnye aku nak follow org tu balek. only nonly if belog die best kaw-kaw-kaw. Siap aku linkkan die lepas tu lg senang aku update die.ngeh
wweyyyy..terase lahh..camwhore! wahahahaha...tp jgn salah paham, bukan nk carik glemer pon..just ske camwore..huuuu..kejam statement ko nih! tp aku pn xkesah kalau aku follow org tu, org tu x follow balik pon xpe..tp kdg2 cam terpakse je follow blog org..hukhuk
betoi,myampah jugak yg mtak follow balik,kita tak paksa pon depa follow kita..tak patot betoi.
tp,ada jugak kes menipu,kata follow dah,pdhal tak pon,teros tak lyn penipu cm tuh..
follow tapi tak baca entry umpama berak tak basuh...
sy folow blog anda tanpa paksaan n sy xpaksa anda follow blog saya ;p
yeah!!!
watever forever n ever pn, ARC bes...
kah3..
citer ikan hangus pun ade weh haha
ayat kau menusuk kalbu. =,="
yg camwhore tu aku rase sebagai pelaris je,
kalau orang dah muak nak tengok, dah x dtg la blog die kalau penulisan ntah pape.
pehh ayat ko .
terbaik la doe . jgn pilih klcc !
"Aku benci orang cerita pasal awek dan balak diorang dekat blog seolah-olah konfem la akan kahwin dan hidup sampai mamfus"
haha..sangat2 betul..
Entri Terbaru : Ada apa dengan Facebook?
:)
wah wah wah dah 1000 follower rupanya
@IRAH HAJERAH AZMAN
beb aku ade tgk 1 blog ni 99.9999% cte pasal bf die. apekehey?haha
@Cik Nathrah
Cik Natrah, soriii hehe tp aku merindui aku yg kejam pada masa dahulu.
@AyuE SurihanyOt
apekehey nye ko punye bidalan ni hahaha
@M.D 沙美美
kalo die cun, itu cerita lain
@Att Ashburn
opssss aku tahu itu siapaaaaa haha
@fezaL Mohd
HAHAHHAHAAHA ni kalau aku xbace blog Obe konfem xtau ni
betol betol betol ..
salam arc~
hehehe... memang setuju... u follow me i follow u.. tp sy xwat mcm tu.. sy follow bila dah beberapa bulan jd silent reader ataupun memang blog tu amat2 menarik atie dan perasaan sy tuk terus menerus ikut... :)
ps : yg akhir tu mcm terkena btg idung sndiri lor.. sbbnya ada gak entry2 sy yg tercerita mngenai en abg-sy-yang-belum-tentu-jd-suami-sy
huhu sgt tajam lu punya statement...
camwhore ????
follow unfollow???
apa dpt kalau gile glemer???? ceh..
Famous la lu bro :P Hahaha, betul lah apa yang dikatakan. Dulu 600++ je sekarang da mencecah 1000+++ sebab semua entri memang bagus. panda panda panda lagi... <33
@hamzah ian
xdpt ape brooo ntahla tgk org gakla kan...sstgh org ske gmba die kene kumen..haha kumen
@Qis
mane ade bagus. Saya hanyalah insan biase hak3
hamboooi, kemain marah ni .
eh'eh lassie tak cun tapi selalu jep camwhore ?
nk sentap ker purak2 pengsan ni ??
HAHAHAHA ;P
kadang-kadang blog2 otai ni lassie tak follow .
lassie just jadi silent reader dorg jep .
cm segan jep nak follow . masuk dalam topik tak ?
ayat yg sama ko cakap kat 2nd post aku comment.
hahaha.
masih berbisa.!
sengat masih terasa.!
sebab tu aku follow ko.
tapi sayang., kita masih tak ditakdirkan berjumpa. XD
aku follow almost 400 blogs. tapi guna google reader nak baca so, sempat je baca semua takde miss punya :D
follow blog yg suka baca jer.. hehe
suke blog ni bile die bertindak memerli dan kejam..haha..;D
p/s:i'm a silent reader
s--two--ju! ^__^
canteklah...totally agree with you! haha :D
garangnya aku baca entry ko ni
hohohoho
@Ery Farieha
inila blog aku yg sbnanye ery :)
aku suka entry ni =)
weii... saya datang follow ni.. ni bukan blog MLM kan ? ajaran sesat pon bukankan? hahhaa.. godek2 bace entry lama2 jugak ... budak baru blajo.. kisah 1000 terbaik ah!
@Che Sakinahthankjs! :)
Post a Comment
Komen yang nak diletakkan lepas 14 hari selepas entri tu diterbitkan, akan diletakkan dalam mod pengesahan terlebih dahulu untuk mengelakkan spamming