Happy New Year 2011 @Wellington

Ini ialah entri tak bergambar dan sangat hombar serta bosan sebab aku barru balik dari sambutan New Year dekat Oriental Habour Wellington City, New Zealand.

Takde fireworks

Takde konsert, tapi ada buskers dengan entertainers. At least ade la

Takde majlis doa selamat, of course.

Takde countdown.

Tapi ada orang mabuk, of course.

Dekat Malaysia? Aku tak tahu...

Kepada mat-mat rempit di luar sana, sempena Tahun Baru ni hentikanlah merempit.

Hentikan jadi minah rempit

Hentikan seks bebas, jangan buat anak lepastu tak reti bertanggungjawab

Apapepun, selamat Tahun Baru 2011 New Zealand, Malaysia ada lagi 4 jam masa aku tulis ni.

Goodnight, peace y'all.

5 Fakta Tentang Hari Krismas

Sekarang jam New Zealand (GMT+8) telah pun menunjukkan 12.57 am yakni hari ini ialah Hari Krismas 25 Disember 2010 di New Zealand. Masa aku menaip ni orang Malaysia harus menunggu lebih kurang 3 jam lebih lagi sebelum rumah-rumah mereka dicerobohi oleh Santa Clause yang menunggang kereta rusa terbang.

Photo dari Santa Parade Wellington [klik]
Sebelum entri ini diteruskan haruslah diingatkan bahawa saya secara jujurnya tidak berniat untuk mencetuskan sentimen perkauman mahupun keagamaan disini. Hanya mahu berkongsi maklumat. Peace 1Malaysia. Oh ya, please check IC anda kalau anda dah melepasi umur 16 tahun untuk memahami justifikasi dalam entri serius hari ini. Here goes...

#1: UMAT ISLAM DILARANG MENYAMBUT XMAS
Okay ini paling ramai orang buat sebab kita kan dalam 1 negara Malaysia yang 'aman' damai dan penuh toleransi ni semua benda kita nak sambut tanpa usul periksa. Walaupun kebebasan beragama tu ada dalam peruntukan perlembagaan Malaysia, tapi ia tidaklah pulak mewajibkan umat Islam agar mengucapkan 'Merry Xmas' kepada rakan taulan mereka sebab kita sebagai umat Islam adalah dilarang untuk menyambut perayaan keagamaan lain-lain. Benda ni disebut dalam khutbah Jumaat siang tadi dekat Masjid Kilbirnie, Wellington, New Zealand. Adalah dikhuatiri perkara ni boleh menyebabkan syirik. Yo, bukan aku saja-saja reka ini benda. Imam yang cakap.

#2: SAMBUTAN KRISMAS BERASAL DARI PAGANISM 
Simbol paganism
 Orang Kristian jangan marah aku tapi inlah kebenarannya. Korang ingat lagi Supernatural Season 4 ke Season 5 entah aku tak ingat yang ada kisah pasal Winchester Bros ni memburu Pagan Gods yang makan manusia waktu Krismas disebabkan diorang lapar? Dulunya manusia sembah diorang tapi lepas Nabi Isa (Jesus; dalam Bible) muncul, dia pulak dapat nama. Fakta sebenarnya, Catholic Encyclopedia, 1911 edition yang diterbitkan oleh Roman Catholic Church menyatakan bahawa "Christmas was NOT among the earliest festivals on the Church...the first evidence of the feast is from Egypt." "Pagan customs centering around the January calendars gravitated to Christmas.".

Dan Krismas tidak disambut sebagai perayaan rasmi Kristian sehingga kurun ke 5. Hanya selepas tu barulah Riman Church mengarahkan agar perayaan ni jadi perayaan mereka. Umat Islam hati-hati baca point kedua ni...

#3: SIAPA LAHIR PADA 25 DISEMBER?BUKAN NABI ISA A.S
This is totally not Jesus. We are gonna cover this in jiffy...
Selepas beberapa kajian aku baca, diulangi, baca dan bukan percaya atau beriman dengan bahan bacaan tersebut,  bahawa Jesus tidak dilahirkan pada musim winter pun disebabkan ayat ni "there were in the same country shepherds ABIDING in the field, keeping watch over their flock by night" (Luke 2:8, Bible). Sebab apa? Sebabnya sebelum Oktober 15, para penternak kambing sekalian di Judaea dah pun simpan kambing-kambing diorang dalam kandang so annti takdelah kambing diorang mati menggelupur kesejukan. jadi berdasarkan Luke 2:8 tadi, Bible sendiri cakap Jesus tak lahir musim winter. Catholic Encyclopedia menyokong benda ni orait. Habislah Anonymous serang blog aku nanti...

Mana aku tahu pasal musim-musim ni? Song of Solomon 2:11 and Ezra 10:9, 13 cakap, winter ialah musim hujan yang tak sesuai untuk dibiarkan kambing biri-biri bergembira di luar kandang. Nanti kena pneumonia tak pun hypothermia...

#4: KALUNGAN HOLY WREATH

Nampak benda atas ni? Ada di kebanyakan pintu bagi mereka yang menyambut Krismas. Gambar Google je. Takdelah pulak aku nak merayau dalam city memalam ni pergi tangkap gambar dalam Wellington. Benda atas ni dipanggil Holy Wreath. Kalau kita rujuk Supernatural..okay aku dah ingat, Supernatural Season 3 Episode 8; benda ni digantung kat pintu untuk menyeru Pagan Gods supaya datang makan kat rumah diorang...

The use of Christmas wreaths is believed by authorities to be TRACEABLE TO THE PAGAN CUSTOMS of decorating building and places of worship at the feast which took place at the same time as Christmas. The CHRISTMAS TREE IS FROM EGYPT, and its origin dates from a period long anterior to the Christian Era (Haskins, 1872-1944)

#5: APA KAITAN SANTA CLAUSE?
Now we are here at this topic. At last!
Pakcik gemuk yang boleh memuatkan diri dalam serombong asap rumah-rumah yang menggantungkan stoking besar ni sebenarnya pada sejarah awal dikaitkan dengan St. Nicholas of Myra yang merupakan seorang Bishop. Dia ni femes  dengan aktiviti bagi-bagi hadiah sekitar 300 A.D (Latin, anno domini) dan jugak dikatakan telah memberi hantaran untuk 3 anak perempuan seorang penganut Kristian yang taat so diorang tak payah jadi pelacur. Ah, ignore this. Korang tak minat sejarah..aku tau..

Of course, tak wujud cerita pasal orang kerdil dan jugak rusa berhidung mentol yang boleh terbang di angkasa sambil mengeluarkan bunyi loceng...

 Sources: Saint Nicholas | The Plain Truth | Library Thing | Answerbag
I took 1 hour and 10 minutes to read everything and compile it in a post. Show your support by clicking the Facebook Like Button. Gracias :)

Well Done Abba (2010)

Dah tertulis dalam gambar dekat album Hall of Fame aku yang aku ni bukan jenis yang tengok cerita Hindi. Sebaliknya, aku maha benci dekat filem- filem Bollywood yang ada di pasaran sekarang ni. Tapi lepas beberapa das tembakan daripada movie Hindi yang tersenarai dalam IMDB (Internet Movie Database), maybe pendapat aku perlu disemak balik.

IMDB rating 7.7/10
Disebabkan movie ni best maka aku taknak la letak sinopsis movie ni kat sini tapi cukuplah kalau korang tau yang cerita ni pasal golongan-golongan yang tertindas dekat India tu. Dahla tak cukup duit keperluan seharian, disusahkan pulak dengan pegawai-pegawai kerajaan yang hobinya makan rasuah. Pendek kata, cerita ni banyak bagi pengajaran moral dekat penonton. Dan lawak dia pun menjadi.


Kenal pakcik bermuka sengal ni? Boman Irani ni dia bawak watak Dean Virus dalam cerita 3 Idiots (aku andaikan korang tau). Dalam movie ni kiranya dia watak utama lah. Sebab apa cerita ni best?

#1: TAKDE LAGU-LAGUDAN TARIAN  MEREPEK
Korang pun boleh faham sendiri kan amcam mana filem Hindi tipikal yang kita semua pernah tengok ataupun pernah TERsipi-sipi tengok. Tengah-tengah jalan dekat padang, tiba-tiba ada lelaki lalu lepas tu tiba-tiba datanglah segerombolan penari latar yang tak ada kena mengena dengan cerita muncul entah dari mana. Lepas tu tiba-tiba pulak diorang boleh tukar baju lain-lain..

#2: BUDAYA INDIA DIKEKALKAN
Latar agama: Islam dan Hindu yang duduk dalam 1 komuniti
Budaya kahwin
Sebab apa orang suka tengok filem Hindi? Sebab budaya. Tadi aku browse lagi internet kot-kot ada filem Comedy Hindi yang hebat macam ni lagi dan dah download 1 cerita nama Salaam Namaste. Hindustan yang dah hilang nilai budaya Hindi.

In case korang lupa apa aku cakap tadi, aku bukan kaki filem hindustan. Aku benci sebenarnya tapi kalau filem tu bagus macam ni, maka dia dapat pengecualian lah.

Dan awek ni comel. Sesekali usha awek Hindustan ape salahnye :P
DOWNLOAD HERE

Anugerah 3 Haiwan Paling Ganas di Dunia

Anugerah ini ialah anugerah yang diberi secara suka-suka ataupun bahasa masa KOMSAS dulu, cacamarba, disebabkan 3 haiwan ni mempunyai sifat yang hebat ataupun senang kata, pelik kalau nak dibandingkan dengan binatang-binatang lain di muka bumi ni.
#3: WOLVERINE


Sesiapa yang tak pernah dengar nama Wolverine ni besar kemungkinan tak pernah tengok X-Men sebab watak Wolverine dalam cerita tu memang diambil bersempenakan sifat menatang ni yang berbulu, dan bertaring serta bercakar. Sebab utama nama watak tersebut dipilih ialah atas sebab 1 persamaan: Dua-dua Wolverine sangat ganas tahap haram punya ganas.

Kalau anda fikir gambar atas ni comel....


Ini ialah seekor haiwan Psychopath. Dia takde rasa takut, takde empathy. Dia ni jenis main hentam je semua binatang dan yang menariknya, binatang yang dia hentam ni dia tak peduli pun saiz dia macam mana. Dari tikus ke sampailah ke beruang. Semua dia boleh pukul. Otai gila.

Kalau ikan paus hidup dekat-dekat menatang ni aku rasa lunyai jugak ikan paus tu dikerjakan dengan taring ngan kuku tajam tu. Tapi kuku menatang ni tak dibuat dari Adamantium ye...

#2: TASMANIAN DEVIL


Nak tahu kenapa binatang ni ada dalam Warner Bros punya kartun. Ala jangan la nak tipu pulak cakap tak pernah nama dengar Tasmanian Devil, Bugs Bunny, Donald Duck semua tu. Dah terang lagi bersuluh dia jadi kartun disebabkan haiwan ni sangat comel dan kerjanya tidur aje 24 jam. Dan yang menariknya, dia jugak vegetarian....

Dia ni bukan vegetarian. Kalau korang tak percaya bolehlah cari sekor menatang ni dan hulur tangan korang kat dia. Dia takkan gigit tangan korang saja. Dia akan gigit dan kunyah 1 badan korang, dengan beg, jam tangan Rolex, Beg Gucci, seluar jeans, pensel, dan macam-macam lagi yang dah dijumpai dalam najis menatang ni dalam 1 kajian..



Dan award tempat pertama dimenangi oleh...
#1: CANE TOAD

Sebelum tu kita kena belajar psychology dulu. Necrophilia ialah tarikan seksual terhadap mayat seperti yang telah didemonstrasikan oleh Bella yang jatuh cinta dan nak buat hubungan seks dengan Edward Cullen yang mana, secara teknikalnya, dah mati sebab dia ialah seekor vampire.

Dan seperti mana yang korang boleh faham, binatang yang bernama Cane Toad ni ada nafsu seks yang sungguh luar biasa. Dia suka mengawan dengan mayat...er...bangkai. Tapi bukan tu aje perangai pelik yang haiwan ni suka buat. Dia pedulik hapa tu bangkai katak ataupun bukan. Even bangkai ular pun dia boleh syok punya humping. Ada satu laporan menyatakan katak ni pernah dilihat cuba untuk mengawan dengan seekor katak lain (betina) yang dah dilenyek dengan tayar kereta.

Umm...salamander dalam gambar ni dah mati sebenarnya
Ni bukan nafsu kuda dah ni...Nafsu katak. Mungkin lepas ni ada orang jual pil katak sebagai ganti kepada pil-pil kuda yang digunakan untuk menyesatkan muda-mudi malam kota raya.

Kalau katak ni diletakkan dekat kawasan perkuburan manusia apa jadi eh? Tapi tak payah risau kot sebab rasanya kat malaysia takde menatang ni hehe.

3 lagi Tips Blog Popular 30 Minit #2

Disebabkan sesi pembelajaran kita dalam E-book Bagaimana untuk menjadi blogger popular yang ter-famous- sekali di abad ni dalam masa 30 minit, kita sambung pula dalam sesi ini yang merupakan bahagian kedua daripada E-book tulisan Papanda ARC.

Sekarang kita berada dalam edisi kedua! Dapatkannya di akhir rancangan ni
#4: Entri Blog Wajiblah Lucah-lucah belaka
Pendekatan ini amat bagus jika diamalkan oleh para blogger wanita sebabnya sebagaimana yang kita tahu, kalau perempuan cakap lucah, lelaki akan seronok, tapi bila lelaki cakap lucah, perempuan akan cakap dia gila seks. So much of gender equality eh? Anyways, dari sudut applikasi psikologi yang dipelajari di VUW, perkara yang lucah boleh menghasilkan adrenalin (menyebabkan perasaan seronok) dan bila perasaan seronok itu didatangkan daripada blog, maka sudah tentulah orang akan rasa blog itu best dan informatif. Jadi, sila amalkan perbuatan ini ya sebab kubur kan masing-masing. Nanti kau mampus kau akan korek kubur kau sendiri kan?

#5: Wajib ada FANPAGE


Yang ini ialah faktor paling penting sekali dalam memastikan trafik blog anda sentiasa di carta teratas mengalahkan trafik website Berita Hairan dan Hairan MetroCrap. Caranya ialah, anda download video-video youtube yang kelakar, lepastu upload semula di fanpage anda, dan kemudian tag semua kawan yanga da dalam friendlist anda! Mudah kan? Dan selepas itu, kawan-kawan anda pula dengan penuh dedikasinya akan menyebarkan video tersebut yang sudah pastinya ada mengandungi link ke blog anda! Baguslah kan, anda memekak dalam blog dan facebook marah-marah orang plagiat, tapi video youtube yang anda reupload tu cerita lainlah la pulak kan?

#6: Gunakan Facebook sebaik mungkin
Kawan anda tahu anda seorang blogger, mereka juga tahu yang anda sangat aktif berblogging. Jadi tak salahlah kalau anda post link blog anda banyak-banyak dekat wall Facebook mereka seolah-olah wall tu bapa anda yang punya. Kawan-kawan anda kan suka anda post link-link blog kat wall diorang....

Okay itu sahaja untuk kali ni, kita jumpa lagi di kemudian hari. Oh sebelum terlupa, cara untuk melanggani E-book ini ialah dengan menekan butang LIKE Facebook di akhir entri dan juga memasukkan email anda di kotak bawah ni.



Enter your email address:



Ada akal sila fikir sendiri buruk dan baiknya sesuatu tindakan tu. Kalau tak faham sila rujuk Tips Blog Popular 30 Minit

Fencing: Sukan Berpedang

Bila tengok hari pertama aku bercerita psal fencing ialah pada permulaan Julai 2010, maka bila dihitung-hitung dah hampir 5 bulan aku terjebak dengan aktiviti ni. Tapi dalam 5 bulan tu berapa kali je entah aku pergi praktis. Biasalah hangat-hangat tahik ayam je tapi at least aku survive jugak sampai ke sudah walaupun tak grad untuk '1st degree'.


Gambar di atas ni menunjukkan weapon favourite aku iaitu Sabre. Sememangnya aku datang competition semalam hanya untuk main Sabre tapi dipaksa jugak main Foil. Takpe, layan je lah. Tapi, serius, Sabre sangat menyeronokkan kalau nak dibanding dengan Foil sebab boleh buat freestyle.


Gambar di atas diambil masa first round aku dalam game Foil. Opponent semangat gila acu pedang tapi aku pandang tempat lain sebab aku memang tak minat Foil. Untuk pengetahuan korang, ini ialah Electric Fencing di mana baju yang kami pakai tu (dipanggil Lame; sebut Lah-may) mengalirkan arus elektrik. Jadi kalau target berjaya disentuh oleh pedang, maka penunjuk di papan markah akan berbunyi dan mengeluarkan tanda. Menang 5-3


Jangan kata orang dewasa, budak-budak pun mampu angkat pedang fencing ni. Gambar atas untuk budak-budak U-13. Yang kiri tu pun anak gadis bawah umur. Tapi biasalah, gadis-gadis bawah umur memang cepat membesar. Sebab tu kita ada banyak kes Pedophile. Tapi tengok anak-anak kecil mencucuk sesama sendiri memang terasa comel

SEBAB APA SAYA SUKA FENCING
Basically, sukan ini ialah one-on-one basis melainkan kau main mode free-for-all yang tak rasmi. Aku ni jenis yang agresif dan menggila dan sukan ni pulak bagi aku tak memerlukan kau mengatur strategi macam American Football. Dan yang paling best, kau dapat tikam orang.

Kalau ada 50 orang like entri ni maka video mekap KakFenny akan disiapkan dalam hujung minggu ni jugak sebab bahan semua dah siap. Sila tekan LIKE dibawah ni

Hari Graduasi Victoria University of Wellington 2010

Hari ni ialah hari bagi mereka yang telah menamatkan pembelajaran dalam program ijazah, Master, Hons, dan PhD untuk naik ke pentas mengambil sijil hasil titik peluh diorang.selama bertahun-tahun di New Zealand ni. Tapi tadi aku pergi just tengok orang naik pentas je sebab aku tak layak untuk terima anugerah tu.


Program dimulakan dengan perarakan sepanjang Willis Street merangkap Lambton Quay di Wellington City ni. Aku cerita lebih-lebih pun bukannya kau orang tahu anma-nama tempat ni. Tak nak la syok sendiri pulak


Dekat Wellington, saya ada 3 orang kakak. Dari kiri Kak Ngah, Kak Long, dan sebelah dia pulak ialah Kak Cik. Diorang ni sangat hebat sebab dapat grad dalam degree Fizik, Statistik & Matematik. Tapi takde la setiap orang ambik tiga majors. Aku buat rumusan je. Tahniah kat korang sebab berjaya menempuhi 3 tahun kat sini. Diorang ni bukan hebat belajar je, masak pun hebat jugak sebab tu aku bagi pangkat kakak haha. Takdelah memain je. Tahun depan buat Honours elok-elok..


Lepas siap berarak, kami tangkap gambar di Civic Square. Adegan normal lambung-lambung topi sesama ahli keluarga Program Pelajar Cemerlang (PPC) yang melibatkan pelajar-pelajar Tahun Kepujian dengan Ijazah Sarjaza Muda. Cis ayat skema.


Lepastu kami masuk ke dalam untuk upcara penganugerahan sijil atas pentas. Macam biasa, VC kalau merepek tak setengah jam emmang tak sah. Tapi yang bestnya ialah suasana di dalam dewan yang tak ketat macam di Malaysia. Kat sini orang menjerit-jerit, bersiul-siul dan siap buat haka lagi bila ahli keluarga diorang naik pentas. Sangat supportive. Gambar atas ni gambar Awin yang terseliuh kakinya tapi masih gagah naik pentas.


Tengok diorang tadi, aku dah buat janji dekat diri sendiri yang One day, I will get onto that stage and get my own degree certificate in Bsc Psychology and BA Educational Psychology. 2 years to go. Dan lepastu sambung Hons. dan naik pentas lagi sekali

Pencapaian ialah sesuatu yang subjektif tapi kehendak ialah perkara objektif. You have only 2 choices; do it or blow it.

DOWNLOAD ALBUM HERE

Solat di Tepi Gereja New Zealand

Solat pun nak kena ada tutorial la kan? orang harus bersyukur sebab tepi jalan di Malaysia ada aje surau dan masjid. Cuma orangnya yang takda nak mengisi. Kalau ada pun ialah pak imam yang singgah sekejap. Lepastu nanti dia keluar sambil melihat kengkawannya menghembuskan asap Dunhill berkepul-kepul.


Ini ialah rentetan cerita Queenstown haritu. Semalam aku bukak Formspring yang dah bersepah dengan soalan yang beratus-ratus tak berjawab, dan ternampak soalan bertanyakan aku dekat New Zealand pernah ke solat di tempat pelik-pelik macam celah bangunan ke, tepi longkang ke...
FUNFACT#1, kau nak solat dekat mana-mana pun boleh asalkan tempat itu suci daripada najis dan kau masih menyembah Allah Yang Esa. Macam kami, pernah solat di celah bangunan restoran, dan baru je haritu solat di Tasik Tekapo yang bermotifkan gereja.


Kalau ada gereja di belakang biarkanlah. Bukannya terbatal iman korang kalau solat di kawasan berhampiran. Nikmati keindahan alam dengan bunga-bunga lavender beserta bau alam semulajadi yang mengancam. Problem ambik wuduk?
FUNFACT#2: Air tasik dan air pili jamban tergolong dalam kumpulan air mutlak yang memang digunakan untuk mengambil wuduk serta mandi junub.  Orang putih faham yang air tasik takkan kering kalau orang Islam guna untuk ambik wuduk
 Tapi masalahnya kita ni kadang-kadang suka mencipta masalah yang menyebabkan kita ralat nak mengerjakan solat. Kalau mengerjakan benda lain laju je.


Bagi mereka yang berjantina lelaki secara genetik, kalau mak korang tengah mencari calon menantu, kita ada 3 calon terbaik. Gambar tu agak blur sebab aku bukan nak tayang muka diorang solat. Aku nak tunjuk warna warni persekitaran.
FUNFACT#3: Aurat wanita secara asasnya ialah seluruh anggota badan selain muka dan tapak tangan
FUNFACT#4: Wanita kalau nak solat tak pakai telekung pun takpa. Kaler apa pun takpa
Untuk fakta keempat, korang janganla mengada-ngada pakai kain kembang-kembang macam langsir bawak pergi kenduri tahlil pulak. Mau kena halau balik rumah lepas tu. Lagipun, kalau ada telekung putih, pakailah, lebih afdhal. Afdhal bukan nama orang ye.


Bagi mereka yang berjantina wanita secara genetik, kalau nak carik abang sayang buat kahwin, cari yang macam abang kat atas tu. Identiti beliau harus dirahsiakan demi melindunginya daripada ejen pencari jodoh.
FUNFACT#5: Solat di tengah-tengah kawasan berbunga sangat seronok.
Dimana ada kemahuan disitu ada jalan. Kalau sebelum ni asyik miss solat fardhu, sempena Maal Hijrah ni marilah berubah beramai-ramai ke arah kebaikan. Boleh jamak takdim, jamak takhir tapi korang jangan buat jamak takyah pulak.

P/S: Video shawl and make-up tutorial in the making. Tapi bukan aku yang berlakon...Kak Fenny punya periuk nasik tu. Aku takmau kacau. So kita biarkan Kak Fenny yang buat tutorial tu.

More

SEARCH

MESEJ RINGKAS

Creative Commons License
This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International License.
Based on a work at http://www.arcx13.com.
Permissions beyond the scope of this license may be available at https://www.facebook.com/arcx13?ref=bookmarks. Dalam BM, korang tak boleh copy langsung melainkan ada kebenaran