Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Filem Malayalam Chandramukhi (2005)

Haritu layan cerita Hindustan, hari ni kita layan cerita Tamil walaupun banyak lagi cerita best yang boleh tengok kat dalam Hard Disk ni. Cerita ni aku tengok sebab teringat dulu masa muda remaja aku pernah layan cerita ni dengan famili dekat depan TV (Ahad) sambil masing-masing bergelimpangan atas lantai macam ikan paus terdampar di persisiran pantai..


Sebelum entri ni diteruskan, tolong jawab undian dekat bawah ni please. Saje untuk tambahkan keseronokan membaca..




INI FILEM AKSI KAH?
Dah vote ke belum? Meh kita sambung cerita pasal movie ni. Aku sebenarnya nak tengok cerita ni sebab teringin jugak nak tengok balik filem-filem seram yang aku pernah tengok dulu. Tapi bila start aje cerita, muncul scene ni..

Ape la yang kacaknya muncul sambil kunyah chewing gum. Ada daun kering lak tu
Ok, 3 orang jahat datang menyerang.....
Voila, 3 orang jahat terpelanting. Hero takyah buat apapepun. Kuat gila babi okay.
Sumpah aku rasa kesian kat orang jahat tu. Diorang datang ramai gila pun tak boleh lawan hero sorang yang ada kuasa raksasa ni. Kalau dalam game DotA, kita bolehlah cakap mamat hero ni "owning". Tapi tengok scene ni aku pelik dah sebab aku rasa aku download cerita hantu...mana hantunya? Ini cerita hero yang berkuasa hantu...

INI FILEM CINTA KAH?
Kalau cerita cinta aku takkan download beb. Buang masa je tengok orang berjoget-joget dekat pinggir gunung lepas tu tiba-tiba muncul dekat celah-celah lembu. Baju pon boleh tukar secara tiba-tiba. Dan muncul pulak penari latar yang datang entah dari mana. Dalam cerita ni ade ke tak entah..

Wadefak, ade jugak!!
Tapi disebabkan cerita ni aku tengok dekat komputer dan bukannya dekat TV, maka aku mempunyai kuasa veto untuk skip bahagian-bahagian yang membuatkan usus senak ni...

INI FILEM KOMEDI KAH?
Kadang-kadang kalau tengok cerita Tamil memang lawak. Bukan sebab kita faham lawak dia sangat tapi disebabkan muka pelakon-pelakon dia yang memang secara semulajadi dilahirkan lawak. Diorang tak payah pun nak buat aksi tangan bodoh macam ni..


Tahu kan aksi tangan ape ni? Okay aku tak nak cerita pasal benda tu. Aku nak cerita pasal lawak Tamil ni. Berbalik kepada topik muka lawak;

Okay muka dia lawak. Bukan huduh, tapi lawak
INI FILEM SERAM KAH?
Klau kita tengok dekat IMDB (Internet Movie Database) cerita ni memang tersenarai dalam kumpulan cerita horror. Akhirnya aku jumpa jugak dengan cerita yang betul walaupun semua elemen cerita lain ada dalam movie ni. Cerita ni kira okay la. Terhibur jugak bila tengok sorang-sorang walaupun ada part yang membuatkan aku kurang terhibur. Macam part ni...

Inilah hantu yang bernama Chandramukhi tu..
Haramjadah sungguh scene ni. Walaupun mekap hantu dia simple je setakat guna celak, contact lens, rambut serabai dengan efek mata bercahaya yang sangat simple, mood seram tu ada la jugak sikit-sikit. Nak-nak pulak kalau tengok pukul 1 pagi sorang-sorang dalam bilik.

Part tarian dengan lagu klasik memang terbaik
Hantu ni sebenarnya berasal daripada seorang penari yang dibunuh dalam Istana Vettayapuram tu. Tapi kalau korang tengok part dia menari (diiringi lagu klasik), memang stail gila. Nampak macam senang je.

Jawapan untuk undian di atas: Filem ni ada semua elemen tapi sebenarnya ini filem seram. Kalau korang nak download, bolehlah klik butang dekat bawah ni. Adios. Panjang sangat dah pulak review kali ni
DOWNLOAD MOVIE
DOWNLOAD SUBTITLE 






40 comments

December 27, 2010 2:52 PM

wakakakakak.
layan gak Ranjini Khan. LOL

December 27, 2010 3:13 PM

ahaha..rajin gila ko review eh..aku sorang je vote movie ni lawak berdasarkan die punye poster..sebab poster tu lgsg tak menunjukkan seram..ok?

December 27, 2010 3:24 PM

lagi best yg versi hindustan punya.. cari la pulak lpas ni bhool bulaiya.. akshay kumar terbaik!

-peminat hindustan lagi-

December 27, 2010 3:44 PM

seram? betoi ka?
ha3..sy tak lyn pulok tamil ne..hihi
tp hero dia sy kenal la..

December 27, 2010 3:51 PM

hehehe..takmo la donlod citer ni...

December 27, 2010 5:45 PM

macam pernah tgk je cerita ni. cerita lama kn?

December 27, 2010 6:05 PM

nak download tp kuar iklan annoying gitu grrr

December 27, 2010 6:32 PM

filem Tamil memang best, bagi sy lebih best dr Hindustan, lawak sangat, especially ayat2 yg dorg guna.. sy suka cerita Tamil yg ala2 kampung, sbb dorg btul2 tunjuk reality kehidupan dorg, tp klu ala2 bandar x best sbb dh mcm hindustan

p/s: rsnya dh 10x sy tgk cite chandramukhi nie.. hehe..

December 27, 2010 8:35 PM

ececece kan aku cakap.kalau minat filem hindustan ke tamil ke baik ko mengaku.hakhak

December 27, 2010 8:35 PM

hang ni kalau tak bagi aku gelak tak boleh ka???

December 27, 2010 8:42 PM

@♥CIK SHA♥
xpe tu ade gak org len vote tu. baru 18 org vote hahaha

December 27, 2010 8:43 PM

@rin0x_adz
takde ayat dalam entry di atas yang berbunyi: KORANG WAJIB DOWNLOAD!

takde...takde....

December 27, 2010 8:43 PM

@maiMOONyet
Mai, tajuk dia tulis nombor apa?

December 27, 2010 8:43 PM

@Miss Fireflies
zzz aku tengok sebab semalam tersembang pasal cte ni kat kedai kebab....

December 27, 2010 9:30 PM

Rajni khan best berlakon.. Cita Padaiyappa dulu popular, best gak..hehehehehe lama xsinggah cni, bz..huhuhu sekali layan tamil da..hahaha

December 27, 2010 10:45 PM

ok saya peminat citer Tamil n Rajnikanth huahuahua.. dah tengok Shivaji The Bos x?? best gak citer tu hohoho!!

December 27, 2010 11:36 PM

ohhhh!!!!!!!!!crite ni!!!!!
ko tau tak,boipren aku soh tengok kat astro dulu!
ade kat astro ritu,zee kot,sumpah ade.2 kali ak tgk.hantu simple yg menakutkan kayy.

lakalakalakalakalakalakalakalakalaka.

December 28, 2010 12:12 AM

hahaha. muncul celah2 lembu, agak ah wehh. scene yang paling top mmg golek2 kat tepi bukit.

December 28, 2010 12:37 AM

aku admire diaaaaaaaaaaaaaaaaa

eh? apsal aku tatau pasal citer ni... nak download ahhh... tengs 4 the link... heheh...

December 28, 2010 1:36 AM

pernah tengok..agak best la

December 28, 2010 2:01 AM

aku tak layan cerita seram.tp seriyes dari sedut hati yang sesuci lebaran ni aku dengan iklasnya nak kata bila tengok gambar hantu tu aku ketawa =_=". ke saraf lawak aku rosak?

December 28, 2010 2:13 AM

@Cik Agogo
no worries agogo

December 28, 2010 2:33 AM

@IRAH HAJERAH AZMAN
weh mate hantu tu seram kot
ok skang 2.33am LOL

December 28, 2010 4:25 AM

hoh padayappa hero tamil ku mase aku umur berapa-tah-tak-hingat.
Aku ingatkan cite lawak.muka comel je hantu tu =p

December 29, 2010 12:17 PM

cite hantu upenya...dlu pnah dgr tp x pnah tgk plak..hahaha...

x sangka dow ko layan cinte tamil..hahahhahahahahahhahahahah

December 29, 2010 3:07 PM

haaaa..dah tengok cite ni dulu...best gak..xrasa seram kalo tgk ngn family..huhuhu.. ;p

December 29, 2010 7:24 PM

bes uh cite ni ;D

December 29, 2010 7:41 PM

fav movie nih.. xtau dh brape kali tgk citer nih.. suka heroin dia..

December 29, 2010 9:38 PM

kakak mau gabung ama kliker iklan gak ne link nya m-society.blogspot.com ini rahasia loh

December 29, 2010 11:00 PM

@Nur
tamil kelakar doh :P

December 29, 2010 11:00 PM

@✿....rossa alina....✿
sebenarnye cte ni xseram pun hahahhaha

December 29, 2010 11:58 PM

bule thn lyn cite tamil..bagus2 ~!

December 30, 2010 6:38 AM

suka citer nih :D

January 17, 2011 6:41 AM

jhotika mmg comel... jd antu pun comei... kekekek... (peminat jhotika)

aku penah jatuh ati pada rajnikanth semasa aku berumur 12 taon... wakakakaka (x_X)

January 17, 2011 6:02 PM

@MANZARINA
hehe sori kak long. xtahu nama dia jhotika. org jatuh hati kt srk, ko kt rajni. terbaekkkkkk

February 21, 2011 7:41 PM

penat la tunggu jawapan ko arc, aku tanye kat cnie jekk..

psl filem ni, nape takleh download, dh 7 ke 8 kali aku try, tak bleh arr..

aku tak sabar nk tgk cite ni tuk kali ke-15 nie.. kehkeh

February 21, 2011 9:58 PM

@Jue

kan aku dah kate kt blog ko.....aku check link ok je xde problem

February 21, 2011 10:53 PM

@ARC™

a'ah la.. dh bleh.. ari tu aku buka kosong jekk, tq ek.. jgn marah.. kehkeh

July 3, 2011 5:49 PM

aku....aku....aku perlu tengok muvee neh!! kipas susah mati rajinikanth niiiii..haha

August 15, 2011 4:44 PM

masa part mata dia kuar tetiba tu satu family aku menjerit..mmg best lah! hahaha..

Post a Comment

Komen yang nak diletakkan lepas 14 hari selepas entri tu diterbitkan, akan diletakkan dalam mod pengesahan terlebih dahulu untuk mengelakkan spamming