Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kawanku Bernama Syazwan Bali

dAdapun hikayat ini telah lama disimpan dalam benak hati dan tak mampu lagi mahu ditahan-tahan dan disimpan dalam hati. Cerita fiksyen semata-mata. Segala kaitan mungkin diwujudkan sendiri oleh ilusi pembaca yang terlalu rajin berimginasi di alam internet...

Amaran terakhir: Ini ialah cerita fiksyen yang tak pernah diterbitkan dalam buku teks KOMSAS Tingkatan 1 sehingga 5 Sekolah Menengah Kebangsaan di Malaysia disebabkan mengandungi unsur seks yang tidak keterlaluan
Dulu saya ada seorang kawan. Nama dia Syazwan dan disebabkan dia ni dulunya pernah tinggal di Bali, maka kami panggil dia Syazwan Bali. Walaupun nama dia serupa dengan entah-siapa-itu, tapi ini ialah cerita tentang kawan saya, Syazwan Bali. Dia bercita-cita memiliki sebuah motor Harley dan suka buah Barli.


Sebenarnya tang motor dan buah tu saya reka sahaja tapi itulah dia Azwan, eh Syazwan Bali yang pernah tinggal di Bali. Nak dijadikan kisah, kawan saya ni tak lah boleh dikatakan normal sebab saya rasakan rakan saya si Syazwan Bali ni gemar mengumpat. Mungkin sekali dia pernah menghadiri sidang mesyuarat di pinggir tangga rumah sambil mengunyah karipap 20sen Mak Pah maka muncullah bakat beliau yang beliau amat dibanggakan itu. Amatlah tidak normal kalau lelaki mengumpat dan soksek sini sana..

Orang ramai berkata (bukan saya kata) yang kawan saya si Syazwan Bali ni mungkin terkena kenan laser. Sebab itu mulutnya laser. Bukan sahaja mulut laser, malah otak dan mulutnya sekali berbisa baik di kaca television mahupun di blog. Apa? Oh tidak, ini cerita pasal kawan saya Syazwan Bali. Berhenti berimaginasi rakan semua...

Desas-desus orang mengatakan kawan saya Syazwan Bali ni seorang yang bengkok nafsu seks nya. Dia tak minat perempuan. Macam saya tentulah saya akan terangsang melihat gadis-gadis memakai bikini di pantai sambil berlari berkejaran menangkap frisbee. Tapi kawan saya Syazwan Bali tu dia terangsang sebab dia yang mahu memakai bikini. Tapi itu orang cakaplah, bukan saya cakap. itulah kawan saya Syazwan Bali yang bermulut puaka..

Gambo cilok Google
Kisah kawan saya Syazwan Bali ni disambungkan lagi apabila dia mengambil keputusan untuk mengerjakan Haji. Saya pada ketika ini "wow". itulah yang saya fikirkan. Bukan wow apa, semasa di lapangan terbang, banyak nasihat dan promosi twitter serta blog yang dibuat melalui video amatur rakannya yang seorang lagi. Bukan saya ya. Dan kononnya Allah berada di pihaknya. Itulah kawan saya Syazwan Bali...
Iklan Celcom sekejap. Boleh klik gambar di atas
Dulu, masa sebelum pergi Haji, hanya mulutnya yang bangang. Tapi selepas balik Haji, otaknya sama-sama dengan mulutnya bangang sekali dengan secara terangan mewartakan bahawa dia gay. Ketentuan Allah? Takdir? Berusaha? Sama macam memberikan Fatwa Kaum Beruk (tulisan Hamka: Kereta Mayat). Haram tetap haram. Kau bagi alasan apa pun ia tetap haram wahai kawanku. Jangan bagi ajaran sesat pulak dekat sini bahawa Allah mahu kau jadi gay. Suka hati je bawak masuk bab agama dalam pewartaan kesilapan diri ye?

Itulah dia, Syazwan Bali, kawan saya yang bermulut puaka, yang tak wujud pun di mana-mana bahagian di dunia yang fana ni. Sekarang hampir Subuh di New Zealand, mari kita berwuduk..






16 comments

December 26, 2010 3:59 AM

nama saya syazwana
saya straight
saya tak suka makan barli
tiba.
xD

December 26, 2010 4:01 AM

saya straight, saya ok.


nyiahahaha

December 26, 2010 4:23 AM

nama memang nak sama dengan adik aku yang sebut party liner. =p
oh aku still normal.twink! =p

December 26, 2010 4:50 AM

at first aku xkenal syazwan bali..wakakka..siyes ingatkan kawan ko betul2..lepas prtengahan entry baru aku detect ko cakap pasal sape.hampeh aku! hahahaa

December 26, 2010 4:58 AM

heu.tak sempat nak follow cerita psl LELAKI ITU tapi tau kewujudannya dan kontroversi yg dicetuskan tp masih boleh dapat tangkap :p hahahahahahahahahahahaha. pedassssss!

December 26, 2010 5:19 AM

bila dia pi haji weh??agak ketinggalan rupanya aku ni...

December 26, 2010 6:17 AM

zassss, tak wujud tapi macam dapat rasa jea kewujudan dia

December 26, 2010 6:50 AM

ko perli si Azwan engineer bongek tu eh??

Eh?betul ke die engineer ek?LUpe lak aku die kerja ape..Kerja hebat kemain..tapi tapi tapi..ahhh..malas nak cakap..sekian..

Anonymous
December 26, 2010 7:28 AM

sama sama lah kita berwuduk ye (:

-Salina (tamau ltak link tumblr!.haha)

December 26, 2010 9:12 AM

ahaaaa..aku kenal sape die...kih3x..siot r ko arc..sempat ag nak merapu suboh2 sane..aq dah malam neh..aq nak p tidoQ....esok de kelas..tp kan wey, aq tetrgelak mendengar pengakuan angan nye itoo..hahahaha

December 26, 2010 11:03 AM

terbae plak cerita kan..pandai betull perli dalam tak diam..hahaahaah...dah2 p smayang suboh..amboi2

December 26, 2010 3:46 PM

SAya ROY
Saya Lesbian
muahahahahhahaa
http://www.sisiberbeza.com/

December 27, 2010 4:30 AM

oh yang kes gay tuh eyh..

hanya Allah yg bisa membalasnya.

December 27, 2010 5:52 AM

hello there ^_^

December 27, 2010 12:25 PM

@AyuE SurihanyOtlama sudahhhhhhh...sblom aku fly lg

Anonymous
January 23, 2011 6:12 PM

ske ayat terakhir..

Post a Comment

Komen yang nak diletakkan lepas 14 hari selepas entri tu diterbitkan, akan diletakkan dalam mod pengesahan terlebih dahulu untuk mengelakkan spamming