Hai nama I Cik Kiwi tapi dalam bahasa Malaysia, bolehlah you'all panggil I Cik Ciku ataupun CC gitu. Tapi I ni bukan CC Babcock dalam cerita The Nanny tu okay? I mengajar kelas bahasa Inggeris hari ni sebab Mr Arcie tak sihat, dia demam hari ni.
Okay ya murid-murid mari kita mulakan pelajaran kita hari ni oleh CC yang masih single, 23 tahun.
Katakanlah, kalau anda terjumpa sesorang rakyat asing sedang berjalan-jalan, anda perlulah cakap:
"
Harrow, hawa yu?"
Maksudnya: Assalamualaikum, apa khabar anda? Haa menarik bukan? Ulang sekali lagi ya,
"Harrow, hawa yu?"
Hohoho jadi kalau orang lain pula yang bertanya kepada anda, bagaimana nak menjawabnya? Begini:
"Oh I'm fines, tanks yu"
Maksudnya: Ohh saya baik, terima kasih
Nah, senang bukan belajar bahasa Inggeris di Malaysia? Selepas bersembang beberapa lama mestilah lapar bukan?Jadi bolehlah anda bertanya:
"Haf yu eatening oreeddi?" atau
"Yu eat di?"
Adakah anda sudah makan?
Kalau ya, bolehlah anda tukar topik manakala kalau belum, bolehlah anda berkata:
"Ohh lai dat, wud yu like to eat together-gether?"
Ohh begitu, mahukah anda makan bersama-sama?
Jadi bolehlah anda bawak dia makan ke Nasi Lemak kampung baru ka, Popia goreng ka, ataupun makan saman saja.
Kemudian ah,
kalau anda mahu tahu pendapat dia tentang makanan Malaysia yang pelbagai ini;
"Are yu enjoice?"
Adakah anda suka?
Kalau dia kata tidak, bolehlah anda kata:
"Oh my gots, wai la lai dat?"
Astaghfirullahalazim, mengapakah begitu la? Ya, menarik sekali orang Malaysia dan 'lah' tak dapat dipisahkan. Selepas makan bolehlah anda bawa dia berjalan-jalan dan cadangkanlah 1 tempat untuk bersiar-siar
"Haf yu seen Tugu Negara oreddii?"
Maksudnya: Anda sudah pergi melawat Tugu Negara? dan kalau ternampak kambing di tepi jalan
"You see there, a Malaysian mutton eating gras"
Awak tengok di sana, ada kambing Malaya sedang makan rumput.
Okay?kini anda semua selangkah lebih maju ke arah Bahasa Inggeris Malaysia ataupun Manglish. Sebelum CC menghabiskan sesi tutorial hari ini marilah kita menyanyikan suatu lagu Manglish
What's the Malaysian thing?
We campur two faveret things
Together-gether, together-gether
*****
Anytime you want, and same-same macam mamak,
Banyak bueh!!
Semua minum at home
Dupdupdurududup.
Okaylah ya?tamat disini bagi kelas CC harini. Untuk video di atas ni bolehlah anda tengok juga di fanpage
arc13. Sebelum tu, CC nak bagi
award untuk video iklan Nescafe ni ya.