Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Entri selingan: Oriental Harbour Wellington

Setelah sekian lama aku menyepikan diri dalam dunia blog, korang ingat aku pergi kemana hah?mati ka?haha tak baik ohh nanti mulut tu aku kasi kaki mau? Kalau naktau aku sekarang dimana dan sedang buat apa, cari sendiri dalam entri terdahulu. Entri ni diiringi dengan lagu yang ditujukan khas untuk rakan-rakan blogger yang kacak dan jelita sekalian.


Lama betul tak update bukan apa, aku ada masalah sikit dengan penempatan dan juga internet. Ni pun baru aje dapat masuk internet (tumpang rumah member) jadi bagi memenuhi kehendak korang semua, aku akan ceritakan sedikit apa yang menarik di New Zealand ni. Ataupun lebih tepat, di Bandar Wellington.
Beberapa hari yang lepas kami pergi jalan-jalan cari pemandangan dekat Waterfront, Wellington City. Sebenarnya dari hari pertama lagi ada seorang pakcik ni yang kami kenal dalam penerbangan dari Auckland ke Wellington. 
Pakcik ni memberikan gambaran yang orang New Zealand adalah peramah dan juga baik-baik belaka. Alah tapi biasalah dalam setandan pisang tak semuanya buruk. Dan dah tentulah kan, dalam setandan pisang juga tak semuanya cantik. Tolong faham parody peribahasa tersebut.


Wellington ni sebenarnya ibu Negara New Zealand dan yang menariknya, ada tempat bernama Waterfront kat sini. Tempat ni, dan sekitar Wellington City, walaupun sesak dengan umat manusia yang ramainya macam semut, tapi yang menariknya, tiada asap. Diulangi, tiada asap. Jadi kalau korang tak biasa dengan asap macam aku, korang akan rasa tempat ni sangat best.
 Dari jauh lagi kami berjalan dah Nampak sesuatu yang sangat menarik iaitu arca (yeke?aku tak tau nak bahasakan benda bulat tu apa) yang tergantung di antara 2 bangunan tu. Ukiran yang ada pada bebola tu ialah daun yang juga menjadi symbol kepada New Zealand. Tak tau daun apa? Sila google sendiri haha.

Sebelum berjalan dengan lebih jauh, aku nak cerita sikit yang merpati kat Wellington sangat banyak Cuma bezanya dengan merpati dekat Malaysia, yang disini sangat berani dan tak takut pada manusia. Takutla jugak..petik lebih je ayat tadi tu koh3
 Aku rasa diorang pun suka dekat-dekat dengan  manusia sebab manusia kiwi (orang NZ) suka bagi diorang makan. Mungkin itu menjelaskan kenapa merpati disini jarang-jarang aku Nampak diorang terbang. Badan dah besar sangat jadi malas nak terbang. Kalau tengok, memang diorang ni gemuk-gemuk! Rasa nak goreng
Ada satu kawasan ni pulak, burung merpati kat situ sangat-sangat lah happy gamaknye, sampaikan dia boleh lambung-lambung lagi makanan yang dia tengah patuk tu. Berlagak gila! Disebabkan geram tengok burung-burung yang berlagak gila tu, maka kawan-kawan aku pun naik gila juga pergi kejar burung-burung terbabit di tempat kejadian.
Lepas tu, dengan melawan ribut yang amat laju, ceh takdela ribut. Cuma angina saje tapi angina dia makdatuk memang kuat habis! Oh ada tak aku bagitau korang yang sekarang ni tengah musim panas di Wellington? Tapi musim panas dia kau kena juga bawak sweater sebab suhu dia dalam 17-22C. Sejuk nak mati! Tapi aku dah boleh biasakan diri sikit.
Dekat kawasan ni ada satu bangunan yan nampaknye sangat retro tapi entahlah cuba korang nilai sendiri warna kat dinding dia.
Jalan lagi kedepan, ada fountain yang memang takkan jumpa di Malaysia sebab sebagai rakyat Malaysia yang prihatin, aku rasa, memang patutlah fountain seumpamanya tak dibina. Membazir air! Tapi jangan risau, New Zealand banyak air hohohoho.
Sebenarnya ada satu konsert kat situ masa tu tapi aku tak pergi sebab dah terang-terang tulis kat situ “Nokia Indie”. Jadi sebagai manusia normal kacak yang pelik lagi jelik melihat trend pakai baju “Saya hati kosong” aku tak jadilah nak pergi. Eh, taka da kaitan pun. Indie Malaysia je macamtu. Lagu yang diorang nyanyi agak sedap tapi aku dengar daripada luar tapak je sebab ada kaum hawa yang join trip jadi macam tak selamat bagi aku untuk mereka masuk ke kawasan tu. Baik kami tengok pemandangan sambil menukarkan rambut menjadi wolverine. Angin laju gila kot.
Lepas mengusha apa yang patut diusha, kami pun bertolak balik dan pada masa tu lah kami Nampak ada 1 kumpulan ni diorang mabuk, da nada  lelaki yang berdiri atas tebing laut tu dengan hanya berseluar dalam. Dia nak terjun dalam lautlah! Aku pun dengan pantasnya keluarkan fon aku untuk rekod video tapi malangnya kawan aku dan-dannnn aje tepon time tu. Maka secara automatiknya, tak dapatlah korang tengok orang mabuk yang terjun kedalam laut lepas menanggalkan seluar dalamnye.
Okay itu aje laporan buat kali ini daripada Wellington, New Zealand. Internet belum masuk lagi ye. Ni pun aku tumpan rumah member. Sekian
Oh ye, banyak lagi sebenarnya gambar di fanpage. Silalah lihat.












Contact Me - Pengiklanan/ Advertisements

Selamat datang ke page Hubungi Panda. Page ini didirikan supaya mereka yang berhajat untuk meletakkan iklan apa-apa saja pada harga masih promosi RM10/bulan. Harga tersebut ialah untuk banner saiz 125x125 yang akan diletakkan pada sidebar kanan blog ini. Kalau berminat minta tolong isi borang di bawa ini ya.

Blog ini tiada iklan lain termasuklah Nuffnang. Yang ada hanyalah iklan di kotak tepi itu. Jadi bergantung kepada kreativiti banner masing-masing, tentunya mereka akan nampak iklan tersebut dengan ketiadaan iklan Nuffnang.

Kalau nak letakkan banner bersaiz lain, boleh dirunding melalui email juga. Sila isikan borang di bawah ini. Sekian, terima kasih. Segala hasil blog akan digunakan untuk kebaikan termasuklah membiayai majlis perkahwinan yang tak tahu bila hahahaha


Name *



Email *



Subject *



Message *








Kau bukan memikat aku, kau memikat perogol

Kengkadang aku pelik dengan segelintir wanita dan sebilangan kecil lelaki yang berpakaian tapi suka mendedahkan apa-apa yang bakal menyebabkan mereka diliwat dengan ganas sekali. Mungkin mereka boleh berkata itulah fesyen, itulah trend dan itulah gaya masa kini untuk berpakaian dengan lebih sedikit kain.

Walaupun dengan kain yang hanya sebesar sapu tangan yang digunakan untuk menutup puting susu, namun mereka berbangga kerana ianya Gucci, Prada, Gorgio Armani dan sebagainya.Play lagu seksi ini.



Kalau nak dibandingkan punggung aku dengan punggung kau memanglah aku mengaku punggung kau lebih cantik. Dan bila aku tegur, kau keluarkan pula ayat ni.
"Bodoh punya manusia primitif tak reti fesyen ke?Jagalah sikit k**ek tu jangan bagi setim je tiap kali tengok orang seksi"
Dan aku menegur kamu kerana kamu tu sebangsa denganku wahai awek-awek yang berpunggung montok. dan berdada montok. Dan mungkin juga kamu tu bakal bini aku nanti, siapa tahu?


Sebagai seorang manusia yang normal, aku mengdambakan seorang perempuan untuk dipeluk tiap-tiap waktu aku kesepian tapi tak bermakna aku mahu tarah buntut kamu yang lawa itu. Bila aku memberikan statistik rogol di Malaysia, kau beri pula alasan perempuan bertudung juga dirogol dengan kejam. Perempuan bertudung juga melahirkan anak di luar nikah, dan ayat yang paling popular, "Jangan ingat kami seksi ni kami tak solat dan taat pada Tuhan ya, yang pakai tudung tu pun belum tentu sembahyangnya cukup"


dan


"Yang pakai jubah labuh itu lagi senang mahu menyorok anak dalam perut; orang tak nampak!"
Ah sudahlah dengan drama debatan kamu dengan aku. Siapalah aku untuk berdebat. Dulu pun aku hanyalah pengerusi Persatuan Sejarah, Geografi dan Warisan dan tidak satu pun daripada elemen tersebut yang boleh membantu aku berdebat dengan kamu. Aku juga bukan alim ulamak yang mempunyai seribu macam hadis untuk menyangkal tohmahan kamu. Tidak apa, aku biarkan. Tugas aku sudah selesai sebagai saudara kamu. Selainnya adalah urusan kamu dengan Yang Maha Pencipta.


Tapi aku ingin bertanya 1 perkara disini. Untuk apakah kamu menayangkan buah-buah betik ranum, dan kadang-kadang ada yang lebih kecil dari bola pingpong itu?Untuk apa?Mari aku berikan 2 pilihan:
1. Kepuasan diri
2. Memikat lelaki


dan sayang-sayangku sekalian, kalau yang kedua itu adalah tujuan kamu, maka kamu gagal. Kamu gagal memikat lelaki tapi kamu sukses memikat jantan yang dahagakan hubungan intim, dahagakan gigitan di leher, di pinggang, dan dahagakan elusan halus kulit salun kamu itu.
Dan ketahuilah bahawasanya yang menaip artikel ini adalah seorang lelaki normal, bukan gay, ada teman wanita, dan kadang-kadang berasa nafsu serakahnya perlu dipenuhi. Tapi apakan daya, aku masih bujang dan aku takut akan dosa besar itu. Mungkin juga dosa yang aku semburkan itu nanti akan membesar menjadi zigot. Tanyalah mana-mana lelaki yang waras, perempuan seksi hanya untuk dibawa 'bermain', bini tentulah mahu jenis yang bijak mengawal diri. Jika tidak, bagaimana mahu tentukan anak dalam kandungan itu milik siapa?


Tidak perlulah kalau kamu berpakaian kurang untuk menarik minat lelaki seperti aku. Tidak perlu kau tayangkan lurah dendam punggungmu untuk menarikku kerana jika aku terlihat, aku takkan kerdipkan mata selama 3saat, lepas itu aku belah. Tapi, jika kamu masih mahu memikat aku, pastikan kamu ada kriteria-kriteria dibawah ini.


1. Miliki mata yang cantik dan suci. Muka tanpa mekap lebih diutamakan
Oh yatie, aku sangat dambakan matamu, aku impikan sinaran matamu yang besar itu, dan aku rindui mukamu yang tiada calitan kepura-puraan mekap itu.


2. Miliki mulut yang bergerak hanya bila diperlukan
Pemilik gambar ini tidak kukenal dan tidak pula kufaham akan tingkah lakumu. Aku hanya tertarik dengan bibirmu yang kelihatan cantik dan sedap itu. Kelihatan neutral juga.

3. Berperangai baik dan bukan berperangai beruk
Aku yang lelaki ini rokok pun tidak aku sentuh sejak umur 5tahun, kamu pula yang mahu berlebihan. Kuasa wanita?Girls will Rule?Ayuh, tunjukkan semua.

4. dan pastikan kamu berpakaian sopan. Gambar dibawah ini contoh terbaik yang berpakaian sangat sopan tetapi masih sentiasa memukau mata aku.
Tapi aku faham, tiada siapa pun yang mahukan aku, jauh sekali memikat aku untuk dijadikan teman lelaki. Tapi aku pasti dalam banyak-banyak ayat di atas kamu dapat mesejnya bukan?

P/s: Lelaki yang baik untuk perempuan yang baik, dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, 
bukannya
Lelaki yang baik untuk perempuan jahat
dan bukan juga
Lelaki yang baik adalah untuk lelaki yang baik.


Oh ya, lagu di atas ialah Holly Vallance- Kiss kiss kiss dan lagu entry sebelum ni ialah Camille- Le festin






Hujan Emas di Negeri orang part1

Cheh tajuk kononnya macamlah aku ni pergi bermigrasi ke negara orang untuk kerja. Padahal nak datang belajar je pun. Haha. So seperti yang dijanjikan, aku akan cerita perjalanan aku sikit-sikitlah daripada KLIA.

Dekat KLIA, waktu berlepas kami ialah 9.30pm waktu tempatan dengan menaiki kapalterbang MH131. Perpisahan macamtu memang tak lengkaplah kan kalau tak ada tangis menangis ni. So, sebagai seorang lelaki tulen, aku cuba sekuat mungkin untuk menahan air mata tu dari keluar. Mata aku time tu ibarat empangan terlebih muatan je hak3. Tapi tak meleleh okay.

Disebabkan dalam group PPC (Program Pelajar Cemerlang) tu aku seorang je lelaki maka aku telah diamanatkan oleh mak ayah bbudak perempuan ni untuk menjaga diorang. Nampaknya dia orang yang jaga aku kot sebab kunci hotel aku hilang ni hahaha.
Naik kematu buntut aku dok 10jam

Maka selepas 10jam naik kapal terbang, sampailah kami ke Auckland dan kami berpindah pulak ke lapangan terbang domestik Auckland untuk menuju ke Wellington. Memang penat gila dan aku ada tips untuk flight yang lama cam gini. tapi tak la lama sangat pun 10jam. Tips-tips tu lain kali lah ye aku cerita? Tunggu masuk rumah dan ada internet access dulu kot. Ni pun lepak cc je haa.
Kehkehkeh tercamwhore. mintak mahap ye

Aku tau korang rindu dengan aku. Samala aku rindu jugak dengan korang hak3 geli pulak ketiak aku taip benda ni. Nasib baik mat saleh kat belakang aku tak paham bahasa Malaysia. Apa-apa pun, kami selamat sampai dan telah pun merayau-rayau sekitar Wellington dan kawasan terdekat ni lah. Cantik gila tempat ni, dan orang-orang dia pun sopan gila.
Itu aje kot ntuk kali ni. Oh ye 1 lagi benda penting..terima kasih untuk senior-senior yang kacak dan ayu semuanya sebab tolong kitorang dalam semua aspek. kalau dia orang takde alamatnya memang tak hidup la kami kat sini. So, terima lah pantun 2 kerat daripada aku,

Terima kasih daun keladi,
Ada duit belanja makan lagi

That's all mates, cya!






Ini bukan janji Melayu, ini janji pizza.

Semalam bila tertengok twit2 dari YnaaOhYnaa pasal pizza, aku teringat sesuatu iaitu kerja. Mestilah kerja pasal pembuat pizza kan? Dulu masa aku habis SPM, iaitu sebelum kes aku difitnah tu, aku carik kerja sebab duduk rumah sangatlah membosankan dn rumah aku pulak belum ada internet. Masa tu akaun blogger pun aku belum ada lagi.


Jadi dalam beberapa pilihan yang korang boleh fikir, salah satunya ialah bekerja di Domino's Pizza sebagai trainee dalam arena pembuatan pizza ni. Pelik jugak yelah aku ni goreng telur pun nak kena guna penutup periuk sebagai perisai percikan minyak, inikan pulak nak masak pizza. Tapi apapun, tak salah belajar benda baru kan?Play lagu untuk mood santai tutorial kehidupan
Jadi aku pun bergeraklah ke Giant Batu Caves untuk latihan hari pertama. Pada hari pertama aku diberi katalog pasal jenis-jenis pizza Domino's. Ada Chicken Pepperoni dan sebagainya. Bukan tu aje kena hafal, sukatan bawang dan hapekejadah bahan perasa sekali kena hapal. Tapi yang nak dijadikan cerita ni, pasal pesanan akak manager tu kat aku. Katanya:

Kat Domino's Pizza ni kita memang biasa ambik orang bekerja yelah nak bantu orang Melayu kita tapi kita sendiri yang tak mau berusaha. Datang sehari dua, pastu diam aje tak datang-datang.

Dan ternyata sumpahan orang Melayu tersebut berlaku. Aku datang 2 hari aje lepas diamm membisu haha tapi setidak-tidaknya aku sms akak tu cakap aku dah nak sambung belajar tawaran tu keluar awal. Takde masalah, cuma ayat dia yang dah cakap sebelum tu terngiang-ngiang kat dalam kepala hotak ni haha.

Macam aku ni, ada alasan tapi still aku yang bersalah sebab buat keputusan terburu-buru dan melulu. Perkara ni gak menunjukkan pengurusan masa aku yang tak berapa nak efisyen. Dah tu nak buat macamana..aku busy hahaha

Tapi mesejnya disini terutamanya bagi pelajar lepasan SPM, rancang cuti anda dengan betul. Aku masa lepas SPM, duduk rumah seminggu aje pastu terus cari kerja. Sebenarnya bukan seminggu tapi 3 hari je sebab masa tu ketagihan aku terhadap komputer belum mula lagi. Lainlah sekarang ni. Tapi sekarang ni pun kalau ada kerja yang bagi gaji masyuk aku buat aje ape pun hahaha. Badan sihat, poket pun tebal weh. Baru syiok shopping!

Antara cadangan kerja yang bagus untuk pelajar lepasan SPM. Ambik tips ni wey! Serius penting untuk majikan korang tengok masa korang nak interview kerja.


  1. Operator telefon
  2. Pembantu di syarikat guaman/syarikat biasa pun bley (peon)
  3. Awek/abang restoran makanan segera
  4. Penyambut tetamu hotel
Antara empat carta di atas tu, aku ambik yang no 4 lepas Dominos Pizza sebab benda tu dirasakan sangat-sangat mencabar bagi aku. Yelah, English command kena bagus..bila lagi nak praktis?Sekarang ni la time bekerja. Emosi kena pandai kawal dan muka kena sentiasa senyum. Kalau tak nanti pelanggan lari. Jiwa kena sentiasa tenang sebab kerja hotel ni banyak dugaan. Tu aku cerita kemudian hari.

Seperti yang aku dah cakap tadi, orang yang akan interview kita lepas kita graduasi nanti akan tengok skill-skill yang ada pada kita dan interviewer, mereka tak tengok sijil ko dapat pointer berapa. Mereka tak tengok sangat semua tu. mereka lihat pada recommendation letter dsb.

Kalau mereka nak tengok CGPA, berlambak orang kat Malaysia ni yang cemerlang. Apa yang penting?Soft skill. Anda perlu mempunyai minda yang kreatif dan berupaya memberi respon yang bernas pada situasi tertentu.

Eh aku cakap banyak lak padahal aku belum kerja lagi (tetap). Apa-apa pun, pesanan aku untuk mereka yang banyak masa terluang, carilah kerja sambilan. Insya-Allah membantu di kemudian hari.






Tips cari arahtuju Google Maps

Ok step 1: Wajib masuk rumah pakcik Google dan mintak izin dia untuk ke GoogleMaps. Kalau nengok gambo dibawah ni, (anak panah warna merah) tu la University PakLang saya nanti. So kita search la Victoria University of wellington disitu (VUW) ok? Tapi kalau korang nak search pasar ramadhan ke, pasaraya OngTaikim ke sukahatilah.


Step 2:  Pilih tempat spesifik yang anda nak tuju. Kalau VUW tu, ingat kecik macam KLMU ke?Besar weh. maka kita tetapkan 1 lokasi iaitu perpustakaan. Okay anda dah siap! 
Tapi!!masih ada benda yang menarik PakLang saya tunjuk tadi!!Cuba klik kat anak panah nombor 2, nanti akan keluar beberapa pilihan. Yang menariknya, pilihan "Find Direction"

Step 3:  Cari arah jalan 'kepada' atau 'daripada'. Benda ni kalau anda nak tentukan jarak dari 1 tempat ke tempat yang lain ya. Klik lah mana-mana satu bergantung. Tapi PakLang klik kepada.
Step 4:  Masukkan alamat tempat yang nak dituju
Step 5: Tadaaa jalan anda akan ditunjukkan!!Nampak tak garisan biru tu?Haa anak panah pulak menujukkan 2 destinasi PakLang saya tadi.
Kelebihan GoogleMaps ni, dia dapat bagitau sekali berapa masa anggaran kalau berjalan atau naik kereta ke satu-satu destinasi. Asalkan benda tu rasmi dan ada didaftarkan dalam talian.

Sabar dulu, masih ada benda yang best pada GoogleMaps ni. Selain pilihan untuk pejalan kaki dan kereta, anda juga boleh usha laluan-laluan bas dan trem (dan lain-lain kenderaan awam) untuk ke destinasi tersebut!!


UPDATE!!!:
Okey selain semua itu, anda juga boleh melancong ke New Zealand tanpa perlu berada disana!!Tengok langkah dibawah ni


Step1: Pilih adress tempat tu, kemudian klik MORE than pilih STREET VIEW


2nd step: Anda boleh jalan-jalan di New Zealand dah!!Pemandangan 3D ni berdasarkan gambar dan keadaan sebenar ya. Gunakan mouse anda untuk rotate, dan zoom in
Klik anak panah tu untuk bergerak ke mana-mana arah. Sila la cuba di tempat lain! Dekat Jepun ka. 


Benda ni bagus kalau anda nak tau jalan tu selmat untuk pejalan kaki atau tidak. Yelah kalau kanan kiri hutan peluang anda untuk dirogol tinggi kan?






Aku Tak Mau Hadiah Murah Tu.

Akhir-akhir ni aku jarang berblog. Kalau dulu sehari 1 entry, lepas tu kian perlahan jadi 1 entry 2 hari, sekarang ni habuk pun tarak. Sebabnya aku terlampau sibuk menguruskan sesuatu yang akan aku ceritakan kemudian dalam entry lain. Eh skemanye ayat..dah3 syoh syoh meh aku cakap cara biasa la pulak. klau aku tak busy pun, aku mesti tengah buat sesuatu. Contohnya macam main DevilMayCry4. Layan woo. Apa2hal, play lagu untuk mood tenang.



Please play lagu kalau tak nanti ada orang emo.
Berbalik pada topik kita kali ni. Aku agak hairan dengan perangai orang kita belia-belia muda yang kacak lagi jelitawan, yang cukup pemurah sejak akhir-akhir ni. Mereka rajin memberi walaupun benda tu tak dimintak walhal kalau pakcik pengemis tepi jalan tu mintak sedekah, kamu tarik muncung sedepa!. Kesian pakcik tu. Dan kesian pada aku. Sebab apa? Baca lagi..
Aku bukanlah kaya tahap Donald Trump sampaikan sanggup menolak pemberian kamu seperti TeddyBear, buah-buahan, lembu dan sebagainya. Tapi masalahnya benda tu hanyalah di alam maya. Ya betul, applikasi-applikasi 'friendly' yang bagi-bagi adiah tu lah. Teddy bear, strawberry lah, lembu Farmville lah. Pendek kata facebook Applications ni macam slogan ASTRO lah, macam-macam adaaa!!.

Korang bagi aku benda alah tu pun bukan aku boleh peluk-peluk teddy bear tu. Setakat teddy alam maya aku pon buleh buat sendiri takpayah mintak sapa-sapa bagi.
Tengok gambar Encik Teddy pun cacamarba je aku lukis. Buruk 1 hal, pewarnaan hampaih 1 hal lagi. Bukannya aku marah apa. kau orang nak main application tu mainlah tapi tolong jangan invite orang lain. Dekat option to Invite tu ada pilihan kan? Dulu aku pernah mainla jangan nak cong aku.

Dah tu pulak, masalahnya apps ni dia hanta notifications yang melampau-lampau banyaknya. Sampaikan notifications yang penting-penting dia kaburkan. Yelah kalau dah banyak sangat noti, memang tak boleh la nak nampak semua notifications.

Dan diulangi sekali lagi, benda penting akan terlepas dari pandangan. Contohnya:

Kenapa benda tu sangat penting? Sebabnya kalau benda tu tak dibuat 32jam sebelum waktu kejadian, maka permohonan akan ditolak serta-merta. Kesianlah kawan aku nak menapak dari airport ke rumah dia. Tengok masa aku perasan. Lepas tolak-tolak, aku perasan benda tu 5jam selepas dia tanya.
Disebabkan hal ni, aku post status di facebook:
Biasanya ayat aku tak sopan camtu tapi aku sedar teguran tu akan menusuk kalbu ramai pihak jadi aku cuba sebaik mungkin tegur cara baik. tengok ayat di atas, dah habis baik dah tu. Kalau tak ayat "kurangbijak" tu aku dah ganti dengan bodoh, bahlul dan sebagainya. Tapi aku masih mampu ya.

Terima kasih kepada cik annadzirah yang turut menyokong dan menceritakan masalah beliau yang hampir sama dengan aku.

Berikut adalah atara feedback menentang, jadi aku jawab satu-satu kalau di status tadi ada yang tak faham.

1. Padam ajelah akaun kau kalau taknak semua tu. Aman 1 dunia.
Okey korang kena faham aku bukak akaun facebook sejak 5tahun lepas bukan untuk main game ye. Walaupun aku ada main tapi pernah aku post apa2 kat wall korang? lagipun facebook ni bagi aku memang medium perhubungan aku dengan kawan-kawan. Kesianlah kat mereka yang tak boleh bukak ym tu.


2. Untick sajalah kat notifications tu
umangaii tiap-tiap kali aku nak buat ke benda tu? Aku untick macam mana pun, nanti dia keluar balik. Tak caye cuba la.


3. Block application tu
Cheh kalau ada seratus application semua nak aku block la? Baguih dok ada. Internet dah la slow korang seksa jiwa raga aku camni pulak.

Aku malas nak cakap apa dah. Korang sedar sendirilah apa yang korang buat tu. Benda ni dah lama jadik tapi baru hari ni aku post. Mungkin aku dah tak tahan.

P/s: Lagu dah habis ke belum? Best kan lagu tu? Nancy Sinatra- Sugar town






Why I like it longer

Howdy everyone! My name is Zairul and like most of you bloggers, I have other thing to do besides blogging. I have to go the market for groceries, pick up my wife, and go to work. This routine cycle has been a part of my life for 5 years now and as far as I concern, for the sake of my marriage, I need that thing longer. Is it possible?
The thing is, everyday, I got back to home with a tired face while my wife is standing out there at the door waiting for me. I know it is hard for both of us, for me getting back home with bedraggled condition. Ah, how i wish that thing is longer.

Eh? What have you been thinking? The thing I wish to be longer is
Yes, our public transport. This is what I'd been wishing for it to be longer since I knew who Santa Claus is. If these things got longer, more people can get into them and more space for commuters to sit in. It saves time, and there will be no pushing, no yelling from the train station's guards and on top of that, shows the real courtesy of Malaysian.

With the current length of our LRT, the situation below has always been a scenario every time I go back home. Frustrating, but it is the truth. Now, presenting,
BUT
Once they got into the train,
People are less or more like sardines packed in a can. They push all their might to make their way into the train. If the train is bigger, this problem wont occur; at rush hour especially

and 1 more, I can never stand the 'fishy' smell emitted by some uncles who do not know what deodorants are
Ahh.. how I wish it is longer...
and how I wish I win this gorgeous phone
LG|Nuffnang