Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

18SX: hole with hole, pole with pole

AMARAN: Sila baca tajuk entri dan lihat tarikh lahirpada kad pengenalan anda.


Baiklah tentu saja anda ada akaun facebook dan ada tak sesiapa yang disini yang tak pernah join fan page? Chance untuk kebarangkalian tu berlaku sangat nipis ye tuan-tuan dan puan-puan. Kalau anda rasa nak join fanpage boleh la melawat ke sini.

Tapi aku bukan nak cakap pasal fanpage tu. Aku nak cakap pasal penyakit baru yang melanda facebook. Fans die membesar dengan sangat laju okay. Masa aku join, ada dalam 1000+ je tapi bila aku check 2 hari lepas dah ada 4000+. Dalam lingkungan tu lah. Aku malas nak check lagi. Ya, tentu anda tertanya-tanya siapakah makhluk femes ni? Memperkenalkan, Lady Ga-go!
 Okay in case korang tak perasan, korang harus muntah sambil gelak tengok muka dia ni. Benda-benda lain yang perlu ditimbang tara dalam gambar ialah mamalia ni:
  1. Tak pakai seluar
  2. Kaki berbulu yang ditayang-tayang
  3. Dada berjerawat (gambar lain)
Ok aku mengaku aku join fanpage tersebut dan telah meng'spam' homepage fb dengan benda-benda tu. Alah homepage je bro, stalker je yang usha part tu kat dalam facebook. Tapi aku join sebab aku rasa kelakar tengok komen gambar-gambar hot beliau. Kebanyakannya sama macam aku lah, masuk dalam tu untuk memaki *gelak jahat*. Antara gambar yang available,

Ah hot gila kan? Macam sial. Itu pendapat aku, aku taktaula dimana pendirian korang pasal golongan nyah ni. Pada aku, menjadi seorang yang lembut boleh lagi diterima asalkan kau masih sedar yang kau sebenarnya boleh menggunakan senjata di celah kangkang tu.

  1. Pernah ayat ni keluar daripada sesorang: " Wey ko ni cakap lebih-lebih tak takut ke anak kau jadi macamtu"
  2. Aku diam sebab ayat pertanyaan itu berbaur nada gurauan. Kalau serius aku jawab macam ni:
  3. Nak takut buat apa? Kalau takut boleh menjamin anak aku tak jadi macam tu?
  4. Baby lelaki tak dilahirkan dengan sifat lemah gemalai. Biasanya baby lelaki yang rajin menendang dalam perut.
  5. Aku tak percaya perkembangan idea Sigmund Freud yang kamu percaya tu. Manusia dipengaruhi oleh inner world saja sewaktu kecil (1856-1939). zzzzzz
  6. Manusia menjadi apa yang dia jadi disebabkan faktor sekeliling (B.F Skinner );
Dan faktor yang terakhir tu adalah sesuatu yang menarik perhatian. Tahniah kepada makhluk tak beragama bernama Skinner yang membuatkan aku baca 5jam pasal dia. Agak-agak kenapa la manusia nak jadi pondan dengan publisiti yang tinggi macam Lady Ga-go ni eh?Jawapan aku: Kekeliruan jantina. kalau kau khunsa lain cerita beb.

Jauh sekali niat aku nak menuduh semua lelaki lembut bakal menjadik Lady Ga-go ni tapi mungkin lepas muncul idol seperti siamang terbabit, diorang akan tampil lebih berani untuk mengekspresikan diri mereka. Haa tahniah jugak kepada facebook sebab dah delete fanpage tu. (Lepas ni aku nak gelak kat sapa pulak?)

Lalu aku berfikir lagi. Makhluk-makhluk macam ni orientasi seks dia macam mana? Adakah mereka sukakan "P' atau mereka sukakan "K"? Kebanyakan yang aku lihat, mereka ni sukakan K la banyak. Tak geli agaknya. Bukan semua pondan adalah gay, yang tak gay ada la dalam 1% kot?haha. Pelik, Tuhan dah jadikan benda yang di celah kangkang kau tu supaya bentukya bersesuaian dengan jantina yang bukan sejenis. Jadi, kenapa kau nak juga 'pole'? Aneh.

Laman web di atas ni aku rasa adalah medium social network yang paling banyak makhluk-makhluk serong. Ada pulak tu yang rajin letak gambar 'pole' dia kat dalam profile. Siap iklankan pulak tu. Oh, ini tak merujuk kepada golongan gay/pondan aje, lesbian pun sama. Ada pulak lesbian yang pakai tudung. Kalau dah gambar tu bermacam-macam posisi dan sentiasa diupdate, tentulah pemiliknya orang yang betul, kan?

Jadi ya rakan-rakan, kalau ada antara kawan korang yang ada kecenderungan ke arah yang gelap dan seronok tu, sila bimbing mereka ke jalan yang benar dengan cara yang betul. Niat tak menghalalkan cara okay? Oh ye aku nak bagi award khas kat Lady Ga-go ni. Silakan.

dengan pesanan khas:
Lelaki yang baik untuk perempuan yang baik
Perempuan baik untuk lelaki baik
Lelaki baik BUKAN untuk lelaki baik.

Itu saja. 

P/s: ada masalah dengan video mekap. 1 April aku publish okay? Sila lakukan routine check pada fanpage sebab aku host dekat situ aje. =). Lagi satu, korang rasa mana lagi sesuai? arc13.net atau arcx13.com?






Bila dendam terbalas, aku gembira.

Yeargh bertemu lagi kita dalam sesi memahami manusia yang menggunakan facebook. Walaupun siri ni dah menjangkau 5 episod tapi semuanya tak diberikan tajuk yang sama untuk mengelakkan klise. Kalau aku, aku malaslah nak baca kan, tapi tak tahulah korang.


Baiklah, entri tak berapa panjang pun tapi mungkin akan terkena batang hidung kamu kalau kamu ada buat jadi kalau agak-agak diri tu tengah marah, sila jangan blah dulu weh, bookmark dulu entri ni, dan datang lain kali. Mungkin lepas tidur nanti korang boleh datang sikit. Jiwa tak berapa nak kacau lah kan time tu.

 Sebelum aku sambung merepek, jom tengok screenshot sikit daripada facebook.

Hmm ada jugak orang yang ambik berat aku berdendam dengan siapa, dan apa yang tengah terjadi dengan faktor dalam kepala ni. Memang aku mengaku sejak akhir-akhir ni hati aku dipenuhi dengan dendam, tapi bukanlah aku berdendam nak pukul sesiapa. Babe, Im a Lover, Not a Fighter ok? Tapi kalau dah terpaksa bertumbuk tak boleh buat apa juga.

Dendam yang dimaksudkan dalam status facebook tu tak lain dan tak bukan ialah~

Inilah yang mereka tak tahu. Dah 2 hari hidup aku terseksa dengan assignment yang dibuat last minute. 2 malam lah jugak aku tak tidur menyiapkan menatang tu. Dua-dua pasal Psychology dan itu menambahkan lagi bilangan bacaan dan ilmu yang wajib ditelan!

Pemikiran manusia sebenarnya sangat kompleks dan setiap apa yang kita lakukan boleh mempengaruhi tindakan orang lain (B.F Skinner 1904-1990). Jadi untuk memahami orang lain dan juga diri sendiri, kita mesti berfikir di luar batasan, eh silap diluar kotak. Kadang-kadang apa yang kita lihat tak semestinya sama dengan apa yang dimaksudkan. (aku sengaja letak status kontroversi macamtu)

Bagi aku, harus kau orang tanya dulu aku dendam pasal dendam apa. Macam Zack. Baguih la awek sorang ni tanya dulu aku dendam apa, dan beberapa orang lagi yang ambik berat untuk hal tu. Tapi untuk menambah kontroversi, aku tambah lagi ayat supaya orang tak faham. Dengan niat untuk buat entry malam ni. Amacam kemahiran memanipulasi pembolehubah aku? Best tak?

Oh ye, bercakap pasal psychology, meh sini aku nak bebel sikit. tengok gambar jelah senang.

Fakta:

  • Studying psychology doesn't make you a psychologist
  • Psychologists are researchers, theories developers, and not necessarily psychiatrists. Psychiatrists work in clinic la wey
  • Psycopath adalah orang gila. Please stop this madness yang membabitkan subjek psikologi. Berfikir sebelum bertindak, look before you leap.

 Itu saja untuk kali ini, video mekap dalam proses seperti yang dijanjikan. Aku akan berbicara tentang topik "hole with hole, pole with pole" yang bertangguh 3 bulan.

P/s: Bila aku tak tidur 2 hari, harus aku mengqada'nya dengan tidur 12 jam tapi aku hanya tidur 4jam tadi untuk bangun menaip entri ni. Kamu harus sayang aku lebih!






Malaysian thing in New Zealand

Ini bukanlah entri pasal iklan Nescafe bodoh yang guna manglish tahap kronik seperti aku buat itu hari. Rujuk entri ni tapi ini adalah pengakuan seorang mat skandal yang kini berada di New Zealand demi membantu anak nusa bangsanya sendiri di masa hadapan.


Adapun, Encik A (bukan nama sebenar) telah membuat pengakuan berani matinya iaitu beliau telah pun memecah keegoan diri beliau dengan pergi berjoget di NZ sedangkan beliau langsung tidak pernah sekalipun menjejakkan tapak kakinya di dalam arena penarian ini. Menurutnya, dia adalah seorang yang 'keras' dan telah dilatih untuk hidup dalam suasana kawad. Buktinya:

Entah mengapa beliau pergi ke tapak latihan tarian, lalu berhasrat untuk melibatkan diri. Mungkin baginya, ini merupakan suatu peluang yang baik untuk berkenalan dengan orang ramai, dan juga menimba pengalaman baru. Ya, sampai bila aku nak penuhi hati dan jiwa aku dengan keinginan untuk menikam manusia bertubi-tubi? Harus diterapkan sifat lain juga.

Seorang mangsa keganasan Encik ARC, iaitu pemilik blog Insan Tinggi, telah meluahkan rasa hatinya untuk menunggang kuda milik beliau. Akan tetapi malangnya kuda tersebut telah naik 'syeikh' dan menggigit tudung beliau sehingga lunyai. Hoi, ingat senang ke jaga kuda ni? Ohok!

Namun begitu, mangsa tersebut iaitu Zack (nama sebenar) telah berjaya diselamatkan daripada cengkaman kuda tersebut (kuda ada cengkaman kah?). Lalu mereka semua berusaha berlatih bagi menjayakan projek tarian tersebut. Bagi sesiapa yang mahu menonton video zapin Zack, mari melebarkan sayap anda di link ini. (Klik Please).  dan kalau anda nak tengok Encik ARC (sumpah bukan nama sebenar) menari bersama kuda peliharannya yang bernafsu kuda liar itu, tonton aja dibawah deh.


Dengan sorakan yang super hebat datangnya dari penyokong Malaysia itu sendiri, maka tamatlah sudah segala usaha gigih kami eh silap Encik ARC dan rakan-rakannya berlatih tarian. Tapi macam tertinggal satu part iaitu solekan! Haruslah kalau ade tarian, ada solekan ye tak?

Amaran: Gambar dibawah ialah gambar lelaki yang amat tulen dan mungkin tidak dapat menahan matanya apabila terpandang wanita seksi. Oleh itu, janganlah menganggap beliau pondan/lembut/makk/GAY hanya kerana beliau disolekkan. Cekidaut!


Oh damn! Encik ARC juga mengaku yang dia pertama kali disolekkan oleh 3 entiti dalam 1 hari. Kehadiran eyeliner disisi mata membuatkan mata beliau bertambah ayu. Penulis blog hampir tidak kenal akan ARC lagi bila melihat dirinya sebelum persembahan.

Aku tau ada yang dah tergelak guling-guling tengok gambar ARC. Jadi beliau awal-awal lagi dah memberikan amaran kepada para pembaca sekalian

Oh itu aja edisi terjah bersama Abang As kita kali ni. Esok kita buat tips mekap pulak ya?Bukan esok, tapi esok-esok. Aku ada kewajiban terhadap rakyat Malaysia yang perlu ditunaikan iaitu membuat assignment.

*****
ARC says: kalau masih tak percaya dengan kejantanan aku, ayuh kita bertarung Tekken PS3






Wanita berumur itu seksi!

Hai apa khabar semua. Nama I Encik Kokosmond tapi korang bolehlah panggil i ni Koko aje. I baru je belajar buat blog ni tau dan tengah curik-curik tulis entri ni. korang janganla bagitau tuan I si Encik ARC tu. Nanti dia marah sebab Jamban rumah kami belum siap cuci lagi. Kesian I kena dera tau.

Tadi i tengok tuan I pegi main Wii kat rumah kawan dia so I pun masuklah dalam bilik master I yang tersangat chantek itu. Dalam bilik ada laptop, maka I pun naiklah tanduk walhal spesies i ni mana ada tanduk. Kami ada taring aje rawr rawr. 

I pun apalagi, selepas puas melayan nafsu binatang I, I masuk pulak akaun facebook master I. I ingatkan takde ape apela tapi agak terkejut harimau I bila I nampak sesuatu.. Sebelum tengok apa ada dibawah, play dulu lagu untuk feeling yang melampau. Ah skandal!




Omaigod (harimau macam saya pun ingat Tuhan ye)!! Apakah kejadahnya dengan tuan I ni. I pun duduk bertapa sekejap memikirkan apalah kenanya dengan master I ni. Mungkinkah beliau mengalami krisis pertengahan umur? Oh tidak, tak mungkin sebab Master I masih bujang trangtangtang lagi. 

Tapi lepas I pikir-pikir balik, eh agak logik juga pernyataan Master ARC sebabnya kadang-kadang tuan I tu macam budak-budak tau. Dia suka sangat main game, suka lawak-lawak bodoh, dan kadang-kadang memang macam perangai budak-budaklah. Mungkin awek-awek yang lebih tua daripada beliau amat diperlukan untuk membimbing beliau dalam kehidupan agaknya.

Yelah I rasa dalam kehidupan ni, faktor saling melengkapi amat diperlukan untuk menjana hubungan yang sihat. Doktor Fazilah Kamsah (harimau tengok TV ya) pernah cakap dalam radio ERA (harimau  dengar radio juga) hubungan yang hambar tu amat susah nak berjaya. Cara takmo bagi hambar? Carilah pasangan yang mempunyai minat atau tabiat yang berlainan dengan anda

Pernah sekali Master I luahkan perasaan dekat I yang dia sangat-sangat tertarik melihat wanita-wanita yang:
  1. Berwajah matang
  2. Bertudung/ Rambut melepasi bahu
  3. Tinggi <170cm
  4. Berbadan sederhana (badan ya bukan menatang tu)
  5. Berkaca mata (ahh hot siall)
Jadi, memanglah I agak faham dengan Master I ni kalau dia berpasangan dengan awek-awek yang berumur sedikit. Sebabnya mereka ni more likely to have those features. Kan? muka matang terutamanya. Tapi tak semestinya umur 25 akan memberikan anda muka yang matang.

Cukuplah kot bercakap pasal benda tu. Tapi bila I scroll lagi page facebook Master I ni, OMAIGOD!

Yang ini memang i susah sikit nak jelaskan tapi menurut master I, dulu ada sekali tu dia mengigau dan cakap masa tidur:
"Alahh ibu-ibu hot apa? Sapa cakap mereka tak hot? Dari segi apa mereka tak hot? Ada anak yang sihat bermakna mereka tu penyayang, dan saya suka orang penyayang"

I taj pasti dia ngigau atau apa. Ntah-ntah tengah Skype dengan mak datin mana entah agaknya. Ah skandal sungguh. I tak nampak sangat masa tu sebab I ada dalam kotak lagi. Dan mungkin itulah sebabnya...

***
"KOKO!!!!!!!!!!!" SAPE BAGI KO SENTUH LAPTOP AKU??

ARC™ ialah seorang yang normal. Beliau layan sesiapa sahaja asalkan mereka tu perempuan tulen. Kalau anak dara yang muda juga bisa menambat hatiku. Ahh skandal. Sedikit fakta di atas adalah benar kecuali bahagian mak-mak datin tu. Dengan ini KOKO dijatuhkan hukuman kemas bilik Master seumur hidup. Mandatori.






Jamuan Air Teh di New Zealand

Hai, nama saya ARC. Mesti korang rindu nak dengar intro aku macam tu kan? Belum dengar intro kelas "My name is ASH" lagi haha tapi kali ni aku bukan nak cerita pasal nickname tapi aku nak cerita pasal Jamuan Air Teh yang aku pegi hari tu.

Jamuan Air Teh ni sebenarnya dibuat kat satu negara yang bernama NegaraHebat atau bahasa asingnya Wonderland. Ah, takkan tak faham lagi aku nak cerita pasai pa kak long oii. Kalau tak pasal Cik Alice merayau sampai beliau tertonggeng masuk dalam entrance Wonderland tu, maka tak wujudlah cerita ni.

Lepas kak long kite ni tergolek-golek disebabkan beliau kemaruk nak peluk arnab, die pun pengsan kejap. Alamak kak long buang mase je kejor arnab tu. Tembak aje kat funfair buleh dapat bessaaaarr punya.
Lepas sedor pengsan die pun kalut laa mana nak carik aku. Tu la aku dah cakap kalau pegi majlis, harus datang awal! Ni bangun pon pukul 11 anak dara apa la dey? padayappa!!

Sedang kalut-kalut tu lah aku jatuh cinta dengan minah ni. Comel woiii.Oh ibu pinangkanlah dia untukku. Senang sungguh aku tergoda dengan awek berambut panjang. Barangsiapa yang rambutnya melepasi bahu bolehlah dapatkan borang permohonan menjadi awek aku di kaunter 8, Courtenay Place New Zealand okay?
Sedang sibuk aku dengan Alice bercanda, tiba-tiba The Bloody Big Head Red Queen datang menerjah. Oi kau ingat kau JAIS ke? kacau daun betull. Tahulah kepala kau besar tapi jangan nak tunjuk besar kepala dengan aku.

Dengan penuh tak puas ati, aku panggil bodyguard aku aka The Madhatter 2nd, sebab topi dia tak lawa kalau nak banding dengan topi aku. Tapi stail jugalah topi dia.
Eh?sejak bila aku jadi sekutu Red Queen kepala tomato tu? Aku berada di pihak yang cun woii. Takmaula di pihak kepala besar tuuu. Maka pembantu aku si Johnny Depp tu pergila melibas Red Queen dengan hasrat nak buat sos tomato tapi tak berjaya sebab Encik Jabberwock datang. Omaigod ni menatang haramjadah hape ni.
Nak tau ending ceritanya silalah usha sendiri punggung yang berdekatan. Eh, panggung yang berdekatan. Usha punggung buat hapa? Jangan lupa nengok yang 3D punya. Entah berapa kali ntah aku mengelak 'serpihan batu' dan cuba memegang awek-awek cun dalam filem terbabit. yANG DALAM LAYAR TU YE BUKAN AWEK-AWEK TEPI AKU TU

Pengakuan khas: Pertama kali aku pegi New Zealand, pertama kali aku nengok filem 3D. Sedih tak makhluk yang duduk kat KL ni? Oh ye 1 lagi, ada orang kata muka aku macam Anna Hathaway

The white Queen dalam cerita ni bapak rimas ah tengok dia jalan sambil menari lemah gemalai. Tapi okaylah sebab aku memang dah lama minat dia. Cun woi minah ni. Buat suga moma buleh ah rawwrrrr. Berbalik pada soalan, betulke muka aku macam dia?






Cara mendapatkan privasi daripada perempuan

Sebelum anda semua mula membaca dan mencerna maksud-maksud tersurat dan tersirat dalam entry kali ni, sukacita la aku maklumkan yang korang kena jadi open-minded dan hilangkan frasa kurang bijak "huh lelaki semuanya sama" daripada kepala. 

Aku yakin ada antara pembaca blog ni yang rajin mendedahkan maklumat peribadi seperti no handphone dan alamat rumah sbg kat laman profail korang, betul kan? Jangan nak tipulah, aku yakin 95% buat macam tu. Yelah memang antara tujuan asal laman sosial maya macam Myspace tu gunanya untuk cari kenalan dan kawan-kawan lama

Tapi, ramai juga antara kita yang menyesal meletakkan info-info terbabit kat situ. Sebab apa? Sebab stalker muhaha. Pernah sekali disebabkan kepala hotak aku yang gagal berfungsi pada kadar 100% menyebabkan aku letakkan no telefon di status TAGGED.COM. dan juga di Facebooklah mana lagi?

Dan terdapatlah banyak SMS yang masuk mengatakan nak berkenalanlah apalah, hari-hari bertanya khabar, hari-hari menjadi serangga dalam kebun otak aku. Bukannya aku tak suka orang bertanya khabar, tapi seperti wanita-wanita yang sering diganggu oleh panggilan telefon misteri, aku juga mahukan privasi aku dilindungi!

Tapi satu perkara mazmumah yang jadi amalan aku, bila orang kacau, aku tak boleh nak kata tidak. kalau orang tanya, wajib jawablah..kesian pulak dia kalau tak dilayan, nanti bunuh diri la pulak. Teruk bebenar sindrom obsesi dia,

Mungkin korang akan cakap: Buat dono je, nanti diorang diamlah tu takkan kacau lagi. Sayangnya, wahai mamalia-mamalia kacak dan jelita sekalian, cara tu takkan berjaya. Diulangi, takkan berjaya sebab ianya ibarat korang bermain "hard-to-get". Hard to get ni bahasa Malaysianya kau jual mahal lah. mula-mula layan, then diam seminggu etc dan dalam konteks ni, akan membuatkan si pengganggu lagi tercabar untuk terus call dan text korang.
Jadi, untuk lelaki, penyelesaian termudah ialah, kita hantar 1 sms sahaja. Sangat senang, dan hanya memerlukan  0.001 sen bagi pengguna Celcom Xpax. Eh apekejadah gua promot Xpax? Sms tersebut wajiblah berbunyi:
Amaran: taktik ini tak boleh digunakan untuk gadis-gadis. Abang-abang yang selalu diganggu saja boleh gunakan tips ni. Kalau gadis-gadis gunakan, alamatnya makin banyaklah gangguan korang dapat.


Oh ya, peluang keberkesanan ialah 99.99% dan aku dah cuba dah pun taktik ni. In fact, aku yang cipta cara ni kalau aku sangat-sangat perlukan henset aku untuk tidak berbunyi daripada pemanggil yang tidak dikenali. Selama aku hidup, hanya sekali dua saja taktik ni tak berjaya. Sebab apa? Sebab si "wanita misteri" tersebut memang nakkan "sesuatu" daripada aku.


Seramla gua. Gua budak suci kot.






3 jam untuk aiskrim antibiotik

Hari ni sangat banyak masa lapang sebab kuliah aku hanya sejam. Jadi dengan bernasnya selepas perkara-perkara perlu dah diselesaikan, aku pun terasa lapar. Lapar ini bukan lapar sebarangan, ianya lapar aiskrim! Memang antara elemen terrbaekk kalau anda mahu menternak lemak di bahagian punggung. Dan yang lagi bagusnya, lapar ini bukanlah datang dari kepala hotak aku sendiri tetapi datangnya adalah dari buah fikiran orang lain.

Tapi yang anehnya perjalanan nak ke kedai aiskrim yang diberi nama Kaffee Eis tu mengambil masa hampir 2jam. Kenapa agaknya? Mari kita lihat, untuk ke tempat tersebut, wajiblah melalui kawasan Miami mini. Banyak kapal layar doh kat sini. Tapi yang pastinya dalam banyak-banyak ni takde satu pun yang aku punya.
kalau ada laut, wajiblah ada pantai. Dan bila nampak pantai, wajiblah singgah! So, daripada nak pegi makan aiskrim tadi, kitorang pun pegila lepak kat pantai tu. terbaek ah tempat dia. Panas tapi dalam amsa yang sama, angin kuat gile. Suhu? 18C.
Oh sebenarnya itu bukan mayat ya tuan puan sekalian. Kat situ orang tengah tidur. Korang pernah tak dengar yang ke'mengantuk'an itu berjangkit? So aku pun mengantuklah juge dan terus zzz sambil melayan angin yang sedap sedap bahasa itu. Tengah sedap tidor, tiba-tiba "SQUARRRRKKK" ada bunyik pulak burung sekor ni terus aku ilang mood nak tidor.
Kurang hajar betul burung terbabit. Karang gua goreng karang saje je la. Lepas tu kitorang pun blah la kekedai aiskrim yang menjadi tujuan asal tadi. Tengah-tengah jalan, terjumpa pulak satu patung yang cambest. Meh tangkap gambau sedas
Eh tu gamba aku ke?Entah gamba sape ntah aku letak dalam blog ni. Dah dahhhh banyak betul aral melintang nak pegi makan aiskrim nih. Lepas jalan untuk 3minit dan melintas jalan, barulah sampai ke Kaffee Eis. Tadaaa.
Ambik perisa chocolate tadi perghh memang terdahsyat ah rasa dia. Sedap gila. Besau pulak tu. Memang puas ati dapat makan! Dan kami pun keluar kedai dengan memasang niat berbuka puasa nak datang lagi. 
Dalam tangan mat saleh memang la nampak biasa tapi dalam tangan kami, COWABUNGA! Besar dan sedap gile. Lepas melepak sekejap menjilat-jilat kat luar kedai aiskrim tu, kedai tu menerima 1 lagi pelanggan.
Haa mamat ni lagi? masuk ni dah dua kali dia masuk kedai tu. Memang betullah dia masuk lagi kedai tu beli aiskrim kon perisa Vanilla pulak. rasa macam antibiotik tapi still sedap. 


1 kon aiskrim = NZD4
Jumlah perbelanjaan hari ni = NZD8
Kadar pertukaran RM1=0.425106139 NZD 
Jumlah perbelanjaan dalam RM = 18.95 cukup untuk beli Haagen-Daazs di Malaysia


Moral hari ni: Kalau kita pasang niat, apa yang kita buat tu akan berjaya. Pengalaman harini menjadi bukti






Kegunaan alternatif Encik K

Amaran: Kanak-kanak disarankan untuk mendapatkan pantauan orang dewasa berkenaan topic ini. Ini bukan entri lucah. Somehow anda kena korek sendiri intipati pengetahuan dalam ni.

Tahukah anda? Bahawa selain digunakan untuk hubungan seks, kondom juga boleh digunakan untuk beberapa tujuan lain yang kurang dikomersialkan oleh pihak media dan kerajaan mungkin atas sebab kod etika dan juga mungkin disebabkan factor kesihatan. Sekadar pengetahuan am pembaca sekalian, kondom bukan sahaja dipasarkan untuk lelaki, malah juga terdapat jenis yang digunakan oleh wanita bagi mengawal kadar pembiakan di seluruh dunia.
Sebagaimana yang anda tahu, kondom terdapat dalam pelbagai variasi dalam pasaran seluruh dunia sekarang. Antara jenama terkenal, iaitu Durex, menawarkan pilihan ketebalan, kelinciran dan juga perisa yang berlainan.

Antara perisa yang diketahui oleh penulis ialah: Epal, Strawberi, Raspberi, Anggur dan juga oren. Perisa coklat dan Moccha mahupun Milo mungkin masih dalam penyelidikan. Jauh sekali perisa Horlicks.
Hmmm sedapppp
Namun begitu, eh dah la weh penat aku buat nada ayat skema dalam entri kali ni. Jom kita skip part fakta yang boring tu dan mari kita lihat apa yang boleh kita buat dengan Encik K ini. Kitaorang dapat free, bukan nak guna pun? So, jomla tengok koh3.



1.       Bekas aiskrim Malaysia.

Haaa menarik tak? Senang je cara nak buat nye. Korang keluarkan Encik K daripada dalam paket die, pastu bawak gi sinki dan isikan aje air dalam menda alah tu. Nanti dia akan membentuk aiskrim.

Kelebihan: Korang tak payah susah-susah nak pegi pulak bancuh air epal kalau nak buat aiskrim epal, hanya isikan air paip sebab kondom dalam gambar tu memang dah ada perisa epal kehkehkeh

Keburukan: Satu kondom lebih-lebih lagi jenama Durex adalah sangat mahal. Di Malaysia ia berharga dalam lingkungan rm5 tapi di New Zealand ni, harga dia NZD14. Cuba la convert jadik RM tengok berapa harga kondom tu hahahhaa

Alat pemeriah parti



Korang pernah tak kalau pergi majlis hari jadi khasnya bila dah besar-besar camni, main baling-baling belon air takpun tepung? Jadi, cara alternative kalau belon tak ada, bolehlah anda menggunakan Encik K

Kebaikan: Encik K susah untuk bocor, jadi anda boleh baling banyak-banyak kali.

Keburukan: Masih dalam factor kos, kalau belon di Malaysia harganya 10c, disini jangan harapla kau nak guna untuk tujuan tu hehehheheh.


Sebelum entri ni diakhiri, meh tengok satu video iklan.

Moralnya: Gunalah Encik K untuk merancang keluarga anda dan mengamalkan gaya hidup yang sihat. Tapi ingat, gunakannya dengan cara yang sah. Jangan ngada-ngada nak pegi buat hal tak senonoh.


Encik K dalam pembikinan entri ini telah ditaja oleh VUWSA semasa club booth.