Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pai bersePAI Epal

Hidup ini sentiasa didatangi dengan cabaran. Itulah yang menjadikan kita lebih maju kedepan (Asfan Arc, 2010). Quote ini bukanlah dicipta dengan saja-saja. Adapun kisah yang bakal dipaparkan ini telah membuatkan aku emo selama 2 jam di dapur.

Disebalik tangan kacak yang berbulu tu, tersemat satu perasaan rasa nak mengamuk disebabkan apa yang cuba dibuat tidak menjadi. Sebelum kita sambung cerita, marilah ramai-ramai play lagu dibawah ni. Wajib untuk mendapatkan feeling.



Oh, sedih sungguh lagu itu. Sedih lagi hati aku yang menanggung ni. Tadi aku cuba buat pai epal, tapi almaklumlah mamalia yang tak reti memasak macam aku ni, buat lain mesti jadik lain. Taktaula mana silapnya, mungkin resipi tu kot yang silap sebab suruh buat adunan letak telur?
Tapi ape pun, inti dia agak sedap la. Cara buat pun senang. Masukkan 3 sudu besar dengan setengah cawan butter dan masak sampai larut. kalau guna kaki pun boleh buat.
dan lepas tu masukkan epal (siap dipotong) yang telah digaul dengan serbuk kayu manis. Kacau sampailaaa epal tu lembut. Kalo keras nak jadik inti hapekejadah? Beberapa feedback mengatakan rasanya seperti pai epal Mekdol (McD). Walau bagaimanapun ye, kalau inti aje sedap, tak boleh jugak mek oi. Part keraknya kena la sedap jugak. Tapi kalau dah kerak dia rupa macam kat bawah ni,
Hmph, tension gila aku tadi. Emo sebentar untuk lapan belas minit. Disebabkan aku tak berani mencuba (takut keracunan), dan tidak ada kucing-kucing liar untuk dibuat eksperimen, maka aku bagi jiran depan rumah dekat New Zealand ni untuk rasa.
"Hepi Besdey Tu Yuu, hepi besdeyy tu yuu" telah dinyanyikan walaupun takde birthday sesiapa pada malam ni. Maka pai yang diberi nama "Pai bersePAI Epal" tu telah dibelah-belah dan dirasakan oleh cik jiran kita tu. Syukur, beliau tak meninggal di tempat kejadian dan beberapa komen membina telah pun diberi. Tapi yang peliknya kami jumpa 'sisik' dalam pai tu. Maaf, saya bukan ikan jadi itu bukan sisik saya.
Selepas kedua-dua subjek eksperimen dikesan selamat memakan pai epal tersebut, maka pengarang blog merangkap tukang masak merasa pai sePAI tersebut dengan lidah beliau sendiri. Sungguh sayu hidup disini makan pai buatan sendiri yang tak bape nak menjadik.

Kalau orang tanya kenapa buat pai, saya akan menjawab: Aku nak bagi bini aku makan masa dia berpantang lepas kami kawin nanti. Amacam, sweet tak?






Tips Membezakan Komen Penulis Blog dengan Orang lain.

Jadi, sekali lagi diriku yang haramjadah tak tahu apa-apa pasal coding ni berjalan-jalan di alam maya, dan terserempak pula dengan blog tempat bertandang suatu ketika dahulu . Dalam Entry ini akan mengajar anda bagaimana, og bagaimanakah, hendak jadikan komen pada blog anda jadi macam gambau di bawah.

jadi atas ni ialah ruangan komen aku. Apa bezanya dengan ruangan komen biasa? Well, bezanya hanya komen aku yang berwarna pink! amacam sweet kan? Nak buat tak? Meh ikut step di bawah


Step 1: Sama macam tute sebelum ni, masok Dashboard > Edit layout > Edit Template > Click Butang "Expand Template Widget"


Step 2: Tekan CTRL + F (Find) dan cari kod di bawah ini ya sayang
<p><data:comment.body/></p>


Step 3: Gantikan kod yang berjaya dicarik itu dengan kod ini ya
<!--http://www.arcx13.com --> 
<b:if cond='data:comment.author == data:post.author'> 
<p style='color: #000000 ; font-weight:bold;'><data:comment.body/></p> 
<b:else/> 
<p><data:comment.body/></p> 
</b:if> 
<!--author comments highlight end-->


Step 3: SAVE ( Sabar, belum habis lagi )


Sampai aja di step ni ya sayang, korang kena pastikan yang kod pertama itu DIGANTIKAN, bukan paste dibawah ke, atas ke ape ke. Maksudnya, awak copy code kedua, highlightkan kod pertama, dan terus tekan CTRL+V.


Peringatan, kod yang ditanda berwarna merah di atas boleh ditukar mengikut kesesuaian anda

Contohnya:
bold boleh ditukar menjadi stail italic
#000000 ialah kod warna HTML. Anda bebas untuk menukarkan kepada warna apa pun. Macam aku guna warna pink ( kod #ff0099 ). Senarainya disini . pastikan anda tukar kod tu ke huruf kecil ya sayang.
Thanks kepada Jejaktrend sebab bagi tutorial lama ni. Aku menyampaikan pada korang je

Sila sayang daku banyak-banyak dengan klik LIKE






Butang Like Facebook untuk Setiap Entri

ENTRI BARU BUTANG LIKE DISINI!KLIK CEPAT!
So, aku ada cuba satu tips yang diambil dari Some High Tech Tips berkenaan macam mana nak letak butang 'like' facebook di blog yang menggunakan platform blogger . Kelebihan butang ni ialah ia akan publish di facebook anda, kalau anda like entri tersebut. Dan kawan-kawan fb lain akan teruja lah nak tengok apa yang anda like tu kan? So, traffic meningkat.

Okay, macam mana nak buat ni?


Step 1: Masuk dashboard > layout > Edit HTML dan download template anda dulu untuk backup


Step 2: Tick dekat butang 'Expand Widget Templates'


Step 3: Pada keyboard anda, tekan aje CTRL+F dan cari code ini
<data:post.body/>

Step 4: Masukkan code ini selepas code di atas
<iframe allowTransparency='true' expr:src='"http://www.facebook.com/plugins/like.php?href=" + data:post.url + "&amp;layout=standard&amp;show-faces=true&amp;width=530&amp;height=60&amp;action=like&amp;colorscheme=light"' frameborder='0' scrolling='no' style='border:none; overflow:hidden; width:530px; height:60px'/>

Pastikan code anda kelihatan macam ni wey
Dan lepas tu klik preview. Tentunya tak de error kan? Klik save dan anda akan dapat butang yang sama macam kat bawah ni.


update: Credits utk apiih untuk source tutorial ini untuk pengguna platform wordpress. Klik sini untuk tutorial tersebut.Credits utk Ynn for the HTML code refining hehe.


update 2: Boleh jugak letak butang ni di atas posting blog anda, cari kod 
<div class='post-body entry-content'>
dan letakkan kod panjang tu diATAS kod di atas
Haa klik la ramai-ramai






Hindustan Idolamu

Tengah-tengah sejuk ni teringat pulak kari. Kari yang super pedas kalau dimakan time sejuk-sejuk ni memang masyukk lah. Silap haribulan boleh gemuk mendadak jadinya. Baru autumn ye belum lagi Winter.
Dan bila cakap pasal kari, akan teringat pada India, Cakap pasal India, teringat Bollywood, dan akhirnye sampai ke topik hari ni; Hindustan. Siapa kat sini suka tengok hindustan, suka lagu Hindustan? Lame gile la weh sebab kalau korang obses Hindustan pada 10 tahun yang lepas, memang normal. Sekarang ni orang layan Korea. Ape-apepun, aku tak pernah fanatik pada kedua-dua benda tu.

Apa yang ada pada hero Hindustan? Badan though? Hidung paruh burung? Rambut lebat Sarok Khan? Salah. Dengar sini remaja sekalian yang masih mencari identiti sendiri. Korang ni makhluk yang terikut-ikut, paham? Korang bukan minat sangat pun, ikut kawan je tu. Pegi sekolah, borak benda yang sama, Korea lah Hindustanlah. Bangga lah kan kalau dapat cakap sepatah dua bahasa Hindustan dan Korea kan? Walhal Sastera Melayu kat sekolah dulu harammm nak baca.

Okay cukup setakat tu untuk Identiti Remaja. Malas nak borak panjang. Jom tengok apa yang ada kat Hindustan ni?
Hero tak pernah kalah. Ada beberapa hero kalah, tapi in the end, hero tu akan ade anak, yang akan balas dendam untuk dia. Kalau hero kalah tak jadik cerita Hindustan lah. Akan jadi cerita Melayu pulak.
Hero kuat tahap tak logik. Zaman dulu time rakyat malaysia masih gila hindustan, aku join tengok sekaki tapi hanyalah untuk menggelakkan makhluk-makhluk simple-minded yang amat terpengaruh dengan adegan berlawan cerita Hindustan. Dalam kes ini, kita bercakap tentang budak lelaki. Tengok gambar atas tu, ade ke patut tumbuk manusia sampai pecah tanah?
Hero harus ada gayaa. Bagi mereka, setakat sarung kot tu dah dikira cool habis dah. Lepastu masa sarung kot mesti ada sound effect yang melampau macamlah kot tu beratnya macam gajah. Padahal prop beli tepi jalan jugak. Oh ye, kot akan dipakai lepas hero berjaya tibai musuh. Kalau fail, takdenye die nak sarung kot tu.
Hero kebal dan mahir segala martial arts yang tak logik, dan tidak boleh diterima akal manusia yang waras. Mungkinkah kekuatan mereka hanya datang lepas awek diorang diculik? Gambar atas menujukkan hero berjaya menangkap pisau dengan hanya menggunakan gigi. Logik kah? Aku tanya sekali lagi; logik kah? Baik aku tengok ThunderCats lagi best.
Orang jahat yang asalnya macho dan gagah akan terkejut beruk bila tengok kekuatan hero yang melampau tahap kelogikan manusia. Fenomena ni kalau terjadi kat korang pun mesti korang akan buat muka yang sama tahap terkejut beruk. Kalau Albert Einstein masih hidup, pasti dia akan cuba relate Relativity Theory dia dengan kelajuan menangkap pisau guna gigi Hindustan.
Kekreatifan melampau, sampai membolehkan orang mencarut menonton ceritanya. Tolonglah, ini paling tak boleh terima sekali. Setakat berguling-guling tepi bukit, nyanyi-nyanyi dan tukar baju sekelip mata tu aku boleh terima lagi, fine. Tapi, kalau dah hero tu tengah tunggang kuda, dan depannya ada trelar tengah melintas..
Boleh pulak dia buat drift bawah trelar tu dengan kuda. kalau betul boleh buat macamtu memang hebat ah. Masalahnya tipu kot. haiya. Tipu gila! Tengoklah video ketidaklogikan hindustan kat bawah ni.

Okaylah aku nak buat assignment. Bye.






Kek Batik d'New Zealand

Okaylah dalam sesi kali ni kita akan belajar cara membuat kek yang paling senang dalam dunia ni iaitu Kek Batik yang boleh dibuat oleh sesiapa saja termasuklah orang gila. Cuma mahu atau tidak je masalahnya.

Adapun kek batik ni bukanlah diperbuat daripada kain batik, mahupun ular batik dan kedua-dua bahan tersebut langsung tiada kena mengena dengan kek batik yang saye nak ajar korang buat ni, Caranya memang serius senang tapi korang kenala pastikan bahan-bahannya ada.

Bahan-bahan:
3/4 cawan serbuk koko. Bukan koko harimau belaan saya.
1 cawan gula pasir
1/2 cawan Milo. Mungkin anda boleh cuba guna Horlicks
1/2 buku mentega
350g biskut Marie. Sila jangan gunakan biskut Hup Seng segi empat tu.
2 biji telur (thnx Syaza sebab ingatkan)

Cara-cara:
  • Masukkan serbuk koko, Milo, gula dan air dalam periuk dan panaskan dalam keadaan api yang sederhana. Kacau sehingga larut
  • Okeh lepastu, sila la kecikkan api tersebut dan campak setengah buku mentega yang anda beli dari kedai mamak tu. Kacau lagi sampai abis larut sumenye. Melainkan kalau anda sanggup makan kek yang mempunyai mentega berketul-ketul.
  • Selepas siap, masukkan telur pula dan kacau selama 30 saat sehingga larutan menjadi pekat.
  • Masukkan biskut Marie yang telah dipatahkan ke dalam larutan, dan gaul sampai rata semuanya. Tutup api pada waktu ni.
  • Ambik bekas, isikan campuran anda ke dalam bekas yang anda suka. Senang potong, senang makan. Ye tak? Tapi disebabkan campuran tu masih lembek dan tak boleh dimakan, sila la masukkan ke dalam peti sejuk agar dia keras sikit.
Dan inilah hasilnya:
walaupun tak berapa cantik, tapi okeylah untuk percubaan pertama. Sedap! Cubalah! Benda alah ni limited edition so ade beberapa orang je yang dah rasa haha. Ini 1st attempt, akan ada versi yang lain nanti

Mengantuk. mahu tidur.






Bawang Puteh Bawang Merah

Kisah ini berkaitan dengan makhluk yang hidup tetapi baru saja mati tadi.


Pada zaman dahulu, terdapat dua beradik yang tinggal di hujung kampung. Adapun kampung tersebut bukanlah kampung Baru yang terletak di Kuala Lumpur. Kewujudannya juga tidak dinyatakan di dalam google maps, hatta di atas Google Earth sekalipun.

Adapun si Bawang Putih berasa sangat sunyi disebabkan sudah lama dia tidak melihat kakak tirinya si bawang merah yang selalu digasaknya bersama ibu tersayang. Kadang-kadang kalau kain lap kaki di dapur tiada, rambut si Bawang Merah lah yang menjadi mangsa lap kaki si Bawang Putih yang kakinya berbau cagu itu. Tetapi peliklah juga dia disebabkan Bawang Merah sudah sebulan menghilang.

Pada suatu malam yang sunyi, di dalam mimpi si bawang Putih, muncullah Bawang Merah.
"Haii manusia..haii si Bawang Putehhh, janganlah dikau mencarik aku lagi sebabnya aku sedang bahagia mandi air panas disini. Aku bahagia bersama rakan-rakan disini kalau nak dibandingkan duduk dengan korang sekeluarga yang busuk ketiak tu". Bawang Puteh terkedu tak tahu nak cakap apa. Seluarnya dirasakan basah. " Woi kencing malam la pulak. Nasib baik aku takde kat rumah tu kalau tak mesti aku yang kena cuci kan? Wokeyla ciao dulu. Kalau nak join mandi mehla datang Kampung Peyuk.

Maka besok paginya pergilah Puteh ke arah kampung yang dinyatakan tu. Tapi hairanlah dia sebab Kampung tersebut sangat panas. Tiba-tiba badannya ditolak lalu jatuh ke dalam periuk yang sangat besar dan super panas. Maka matilah beliau didalam tu. Identiti makhluk yang menolaknya masih berada dalam siasatan.
Dalam tu, sebelum mati, dia berjumpa Encik Kentang, Encik Ayam, dan Cik Serbuk Rempah Sekawan. Matilah mereka dalam periuk tersebut menjadi sup ayam yang sedap giler. Slurp slurp.


Moral: Jangan percaya sangat kat mimpi. Nanti diri sendiri binasa






Cara AutoPing Paling Berkesan Facebook

Buat julung-julung kalinya aku nak bagi tips pasal ping entri blog ke facebook dengan amat mudah. Cara ni bukan saja mudah, malah ringan dan tidak membebankan segala jenis ammalia yang mau masuk dalam blog korang. bagi yang tak tahu, ping blog tu maksudnya kau orang publish entry di blog, lepas tu secara automatik Feed dia akan muncul di (facebook).


 Baiklah, mari kita bercakap dulu pasal NetworkedBlogs facebook. Siapa yang tak tau benda ni? Rata-rata orang tahu punyalah. Tapi walaupun dia popular, dan buleh follow-mollow bagai, tak bermakna dia bagus ya. Sebabnya kenapa? Mari kita cuba klik pada salah satu entry.
Seperti yang anda dapat lihat, link yang NetworkedBlogs bagi tu masih akan direct kita pergi ke link tujuan tapi masalahnya, akan ada sidebar atas yang huduh lagi buduh tu yang memaksa kita untuk like, share, tweet, dan comment entry tersebut melainkan anda klik tanda pangkah di hujung popup tersebut. Dan yang paling tak best, benda ni membuatkan kelajuan internet anda berkurangan ketika blogwalking. Kalau korang nak kata internet speed aku memang rendah, sila fikir dahulu. Tengok gambar bawah.
Okey, enough pasal NetworkedBlogs, mari kita cakap pasal cara terbaikk untuk ping entry blog ke facebook ye tuan-tuan. Memperkenalkan, RSS GRAFFITI . Jum belajar macam mana nak guna. Bila dia tanya nak authorize ke ape, just say YES.
Step 1: Isi URL blog anda. Contohnya: http://www.arcx13.com . Yang bestnya, anda boleh juge tolong ping blog kawan anda. takde masalahlah. Dan bilangan yang boleh ping pulak tidak terhad langsung.

Step 2: Klik aje preview tu untuk pastikan URL anda valid atau tidak. Manala tau tetiba tertaip URL pornsite ke.

Step 3: haa yang ni korang pilih, samada korang nak update ping tersebut sebagai link-sharing ataupun nak update status facebook korang. Bagi aku, aku pilih yang pertama tu.
Bahagian ni korang akan jumpa kemudiannya dan suka hati korang nak setting macam mane pun. Aku set semua as soon as possible hehe. Pedulik hapa kalau orang kata aku semak homepage? Bukan aku hantar notifications beratus-ratus kat diorang pun. Home wall tu kan kegunaan semua?

Step 4: Klik SAVE. Dan anda dah pun siap. Selepas tu, setiap kali anda update blog, secara automatiknye bende tu akan di post ke facebook profile korang. Tamat ke? Belum lagiii. Masih ada benda tambahan!!
Katakan korang ada fanpage ataupun group, korang boleh je setkan untuk page tersebut publish ping korang macam yang aku buat!
Sepertimana yang korang nampak, bukan fanpage aje, GROUP application pun boleh. Sangat senang kan? Cuba la

Selamat berblogging. Antara blogger yg telah menerima ilmu ni ialah Aus gay. Aku dapat tau benda ni lepas tengok Faiz Syahmi guna
P/S: Link exchange masih available lagi banyak space. Cepat isi disini! Pastikan korang link aku gak kat blog korang






Jalan-jalan Easter Break New Zealand Ep4

Setelah selesai main Woof Woof kami pun bertolaklah balik. Dan sekali lagi, aku balik dengan menaiki motosikal. Kalau amalkan hari-hari boleh kerja kat strip bar la. Menonggekkan punggung.

Selepas hampir sejam kami ber vroom vroom, sampailah ke destinasi terakhir percutian kami iaitu Eastbourne. Disini, haruslah kau orang dengki lagi buat sekelian kalinya. Makan time!! Apa yang kami makan eh?
Okeh kengkawan, menatang atas ni nama dia Mussel tau. Kriteria dia sama je dengan kerang/kepah/lala (bivalve family -biology) iaitu mempunyai cengkerang dan isinya boleh dimakan. Benda ni kami kutip banyak gilaaa sampai penuh chiller dengan 3 bekas ijo tu. Tu pun rasa nak kutip lagi sebab banyak sangat dan besar-besar. Sedap gile oi. Kalau nak kutip, dia hidup kat celah-celah batu dan kawasan yang ade rumpai terapung.
Dalam perjalanan membawa hasil tangkapan kami ke medan bersantap, ternampak pulak makhluk tuhan paling seksi ni. Maka tak perlu tanyalah, kami dengan rakusnya bergilir-gilir menggomoli beliau. Besar tuu. Macam salem kucing Sabrina The Teenage Witch pun ada. Ya udah, jum memasak!
Cara-cara memasak Mussels.
Bahan-bahan: 
  1. Mussels (wajib adela kalo x camne?)
  2. Beberapa titik air minum. Jangan letak air sirap.
  3. Sos yang umphh. Aku suka sos Life Thai.
Cara penyediaan:
  1. Masukkan air dengan sangat sedikit ke dalam periuk
  2. Sumbat seberapa banyak mussels yang boleh
  3. Kukus sehingga semua cengkerang terbuka. Kalau ketat lagi mussels tu maka dia masih hidup. Korang nak makan haiwan hidup-hidup ke?
Dan selepas itu  bolehlah anda bersuka ria makan dengan kawan-kawan memakan haiwan tersebut. Rasanya sangat-sangat sedap bila dicicah dengan sos dan mayonis. Boleh terliur dibuatnya. Air liur tu pulak boleh membentuk sungai. Okay merepek lagi.
Pose di atas diambil demi tujuan menayang bulu kaki yang boleh dibuat karpet cap Pakistan. nasib baik kurang jelas. Sesiapa yang nak tempah karpet bulu bolehlah menghubungi saya di fanpage. Setiap satu dijual dengan harga 7000NZD. Ingat senang nak tumbuh balik?

Tapi satu je yang tak best makan mende alah ni. Aku ialah salah seorang daripada beberapa makhluk yang ada alergi terhadap makanan laut. Maka dengan itu, bibir ku telah gatal-gatal lantas aku kerap menggigitnya apabila aku makan untuk round kedua pada keesokan harinya. Kalau ade minah saleh nampak, mesti dia ingat aku tengah menggoda dia. Ape-ape pun, tekak dan anggota badan itu gampang dong! Yang penting makan!!
Makanya tamatlah pengembaraan kami sepanjang 3hari 2 malam berkhemah dan bermakan-makan. Julung-julung terima kasih kepada senior yang sudi bawak kami jenjalan nih. Terharu gila sebab kami tak bersendirian di perantauan. Aww so sweeett!!

P/S: YOSHHH ASSIGNMENT!






Contest Specticular Specky

Baiklah satu lagi entri pendek untuk tatapan anda semua. Poyo gile ayat. Entri kali ni hanyalah disebabkan aku nak join contest. Oh ye tuan kontest, disebabkan saya ni typo hunter, perkataan yang sepatutnya ialah SPECTACULAR. Harap maaf.

Gambar di atas bukanlah baru-baru diambil tapi tahun lepas rasanya. Masa tu pertengahan pengajian kat UNITEN untuk kursus persediaan study kat New Zealand ni haa. Aku jaga bahagian teknikal masa ada satu majlis ni

Kontest ni dianjurkan oleh Cik Paro Tukang Bancun Milo Ais Kaww Punya. Disebabkan aku bosan mengadap assignment Psychology ni maka aku memilih jalan gelap iaitu menghupdate blog. Kan? Betul kan apa aku cakap. Waktu yang sepatutnya busylah digunakan untuk update blog etc.

Kalau korang perasan, aku punya cermin mata tu jenis tinted punya dan jugak rimless. Aku bukan saje-saje mengada-ngada pakai cermin mata tinted ye.
Yang kanan tu ialah ex aku yang sangat comel (Harap tiada pihak yang salah faham mahupun jeles). Aku tak nak cerita pasal dia, mungkin lain kali? Dia selalu cakap yang mata aku mengada-ngada sebab pakai spek tinted haha. Mempunyai mata seperti aku bukanlah sesenang yang disangkakan.

Fakta: Mempunyai kuasa cermin mata bernilai positif menunjukkan anda rabun dekat. Kuasa cermin mata aku ialah +100lebih. Biasanya yang rabun dekat ialah orang tua.
Masih boleh dikira normal tapi kadang-kadang kekeroan mate aku amat menyusahkan. Nak-nak pulak aku ni memang jenis yang rajin mengadap laptop. Selain tu, mata aku jugak silau. Tu lah, sape suruh mengadap laptop lama sangat.
(Gambar diedit dengan Paint) teringat pulak zaman kecik-kecik dulu, teringin sesangat nak pakai spek. yelah sebab masa tu teringin sangat nak jadik orang dewasa. Bagi aku, orang dewasa harus ada uban dan pakai cermin mata. barulah nampak cool haha. Padahal tak cool pun.

Daripada darjah 4 (power mengada-ngada +30), power aku dah meningkat ke 100lebih, dan silau 200+. Cermin mata pun dah upgrade ada macam-macam features. UV Protector lah, monitor screen protector lah itula inilah. Bawah ni gambar cermin mata latest, yang memakan hampir RM400. Brand ZeroX.
Tinted warna brown. Aku nak buat grey tapi huduh sangat pulak tak sesuai dengan frame. Cermin mata lama masih ada tapi memerlukan RM150 untuk buat balik cermin yang pecah. Keburukan rimless ialah kalau sebelah retak/pecah, dua-dua kena beli baru. Itulah sebabnya aku pakai half sekarang ni.

Eh dem! Kata short update. sambung buat assignment!






COK 101: Nasi Goreng Bujang

Ya haa bertemu pula kita dalam sesi baru dalam blog ni, iaitu COK 101 dimana anda boleh belajar memasak bersama saya Chef ARC yang tak reti memasak pun sebenarnya. COK 101 ialah kelas untuk makhluk bujang memasak dengan menggunakan stail orang bujang trangtangtang.

Sebelum kita mulakan kelas, terlebih dahulu saya ingin mengatakan gambar di atas diambil kurang 2 tahun lepas, jadi akan make sense lah sebab rambut masa tu memang stail tahap kawad punya.

Baiklah, apa yang kita nak masak hari ni? Tengok pun dah tahu kan, nasi goreng bujang. Tapi bukanlah kita nak menggoreng orang yang bernama Encik Bujang ya.
NASI GORENG BUJANG
BAHAN:

  1. Nasik. Tak kisah jenama apa. Cap rambutan pun boleh
  2. Lobak Merah
  3. Kobis Bunga
  4. Ubi kentang. Bukan gila kentang
  5. Sos tiram
  6. Sos cili
  7. Daging/Ayam Burger. Jenama Ramli pun sodapp.

CARA PENYEDIAAN

  1. Pastikan nasik dah sedia ada. Kalau tak, sila masak nasi baru. Sementara tu, panaskan minyak dalam kuali.
  2. Selepas minyak panas, masukkan daging burger yang dah dipotong dadu ke dalam kuali. Jangan daging tu buat main dam ular pulak. Selepas 2minit, masukkan bawang pula. Goreng kedua-dua bahan tersebut sehingga garing Umphh.
  3. Sila masukkan kentang, lobak dan kobis bunga yang telah dipotong halus beserta sos cili untuk bagi perisa pedas mengada-ngada. Gaul secukup rasa bersama sos tiram dan sedikit kicap.
  4. Masukkan nasik, dan gaul dengan sos cili tadi dengan sehebatnya biar rata. Sila elakkan guna sos yang pekat tu. Carik sos cair sikit baru Umphhh.
  5. Ambik pinggan pastu boleh menketedarah la banyak mana korang masak. Sil jangan lupa kemas dapur tu. Kalau tinggal lama-lama babi hutan pun boleh bersarang.

Kalau korang tanya aku, memanglah aku cakap sedap sebab aku tengah lapar gila tadi. Entah macam mana ter rajin lebih maka buatla aktiviti memasak. Perasan tak kalau time-time busy buat assignment macam ni la baru rajin memasak dan mengemas?

Bercakap pasal memasak, semalam rumah aku terbakar. Oh taklah terbakar mane, hanya bahagian kuali yang terbakar tapi apinya betul-betul menjulang ke atas.
Atas ni ialah kawasan kejadian kes. Masa api menjulang tu, aku dengan bijaknya pegang kuali terbabit dan letakkan bawah air paip. Apa yang terjadik?

Fakta: Air juga dipanggil H20, 2 atom hidrogen dan 1 atom oksigen. Kedua-duanya membantu pembakaran dengan hebatnya.
Lepas tu aku pun bukaklah tingkap dan biarkan asap keluar. Sementara tu boleh la pulak masuk bilik dan makan sebab memang kebulur gila. Padahal telur yang aku goreng tu hangus sebelah. Minyak tu dah tak sesuai nak buat goreng dah.... Tiba-tiba

"TIITTTT TIITTT!!" Aku dah hangin dah. Sapa punya henset la ringtone bingit sangat ni? Pekak ke ape? Dan bila aku keluar bilik, baru aku perasan yang rumah aku diselubungi asap. Ya, asap berbau telur hangus. Maka housemate aku pun bukak semua tingkap bagi asap keluar dan reset balik penggera asap tu.
Nasib baik penggera ni bukan yang sistem sekuriti berpusat punya. Kalau tak dah sahla rumah aku kena serbu dengan bomba. Lepas tu kena bayar pulak. Adeh.

Episod 4 Cuti-cuti Easter Break akan disambung lain hari. Sekian.






Jalan-jalan Easter Break New Zealand Ep3

Maka dengan itu tamatlah sudah sesi berjalan-jalan di kawasan penggambaran LOTR kami walaupun tak jumpa Encik Legolas.

Hutan So Sweet ini telah menjadi saksi kepada apa yang kami dah buat kat dalam tu. Sila jangan berotak kuning sebab kami hanya main tangkap gambar je pun. Haha

Jangan ingat lepas balik trekking boleh tidur ye. Kami bukanlah beruang mahupun ular sawa yang perlu berhibernasi walaupun tak berapa nak penat. Tapi kami ialah arnab-arnab yang comel yang memerlukan belaian kasih sayang. Ah sudah merepek banyak..aku penat sebenarnya tapi takpe disebabkan korang rajin membaca, aku akan terus menaip.
Hoo chantek ah api yang kami berjaye idupkan. Asalnye api ni guna hanya nak suka-suka tapi disebabkan ada masalah dengan tempat BBQ kami, maka terpaksalah masak dekat unggun api juge. Dan dengan itu, terimalah lagu Eternal Flame.


Api malam kedua agak lebih senang nak dihidupkan berbanding malam pertama sebabnya aku duduk goyang buntut je kat tepi tu bagi sokongan moral. Kesejukan air sungai di sebelah pagi masih membuatkan aku biol sampai ke malam. Begitulah penangannya air sungai ya tuan-tuan.




Haa atas ni ialah gambar ayam yang separa sempat dimasak di tempat BBQ pakai dan buang kami. Tengok ayam kedua dari kiri, yang paling BESAAAR punya tu, tu aku punyalah sebab aku dah chop awal-awal lagi. malangnya ayam tu tak masak pun tapi takpelah, kata pun camping kan? Aku bedal je sebab memang kebulur time tu.




Selain tempat membakar ayam dan sosej yang super sedap slurp slurp, unggun api tu jugak digunakan untuk memanaskan badan, tangan, dan kaki dan apa-apa jelah yang boleh dipanaskan masa tu. tapi kalau nak panaskan hati dan otak, tak perlu guna unggun api, hanya guna assignment yang bertimbun saja. Senang. Lepas makan wajib ah tidur tapi boleh la pulak layan teka-teki sekejap. Oh ye, disebabkan ayam sangat banyak maka ada balance nye untuk dimakan pagi esoknye.

Ni teka-teki untuk korang:
"Kereta A bergerak 20km/j manakala kereta B bergerak 90km/j. Kenapa B tak boleh potong A?" Dah dah tidurr..




Pagi hari ketiga (hari terakhir). Pagi itu sekali lagi kejadian yang hampir sama dengan kehilangan kek Aww So Sweet berlaku. Beberapa ketul ayam telah didapati lesap! Mungkinkah jin yang sama yang makan ayam tersebut? Mungkin. Tapi apa yang pasti, jin tu kacak ya.

Gambar di atas menunjukkan jin tersebut mempamerkan sifat dedikasi beliau dalam aktiviti pemakanan seharian. Yelah, orang lain sibuk bergambar, dia tak ambik kisah pun, yang penting makan! Yeah! Tahniah ah jin sebab berat anda maintain 63kg.

Maka lepas habis menketedarah segala apa yang patut kami pun mulalah mengemas segala yang patut dikemas. Daripada lipat sleeping bag, cabut khemah, bersihkan unggun api, angkat baju kat ampaian kayu dan macam-macam lagi. Malangnya diri sendiri pulak lupa nak dikemaskan. Takpelah dah hari terakhir.

Tiba-tiba dalam satu kotak tu habis beras bocor, plastik berlubang bagai. Puas kami mencarik sape punya keja la yang rajin menggigit plastik-plastik berisi bahan makanan ni. Setelah puas menyoal selidik ala-ala CSI, rupa-rupanya penjenayah terbabit ada dalam kotak. Alahai comelnya tikus bulat-bulat nih.



Dan kemudiannya, makhluk yang aku bagi nama Nedo itu terlepas. Haiseh baru je ingat nak bawak balik umah bela hak3. Tapi apa pun, lepas tu tangkap gambar berdas-das untuk disimpan sebagai kenangan terindah. 

Haa gambar ni baru jelas kot nampak macam hungga hungga dah rambut aku. Takpe selagi tak cecah bahu aku takkan puas hati lantaklah huduh macam mana pun. Nanti balik Malaysia tak boleh nak bela dah sebab Malaysia panas. Sini sejuk takpe bole layan rambut panjang.

Okeh sebelum balik, boleh la pulak layan main Frisbee beberapa round. Sampai hari ni kami ketagih main benda alah ni. Seronok kot. Woof Woof.


BERSAMBUNG EPISOD 4~