Pada suatu pagi yang sejuk dan bersuhu 10C tahap membunuh, disertakan pulak dengan hujan separa lebat, berkumpullah sekumpulan orang dewasa dalam Dewan Student Union Victoria University of Wellington, New Zealand.
Ada yang datang untuk bersuka-ria, dan ada yang datang hanya untuk menketedarah disebabkan lapar yang melampau-lampau di musim Winter ni. Namun apa yang pasti, mereka datang dengan tema yang sama iaitu mahu bersukaneka; iaitu bersukan yang beraneka. In case korang buta warna, atas ni ialah ahli rumah kuning (dan oren)
Acara 1: Lari kakitiga (tidak disponsor oleh minyak angin cap 3 kaki)
Acara ni dimenangi oleh kumpulan kuning (dan oren). Walaupun ada yang tergolek, dan sampai ulang 2 kali, namun kami tetap juga menang dengan selisih masa yang besau. Penulis blog telah di pasangkan dengan brader yang besau tu so lari tadi ada sikit mau terjingkit-jingkit la sebab dia tinggi sangat
Acara 2: Sesi memutihkan muka dengan bedak cap tepung budget
Bila muka dah puas jadik putih, kena la pulak gigit gula-gula tu bawak pegi dekat tempat kumpul. Syukur hari ni semua orang nampak putih dan berseri-seri mukanya selepas menggunakan produk kecantikan WMSO. taYang ajaibnya dalam "bedak" ni ada gula-gula Kopiko yang boleh dimakan. Orang lain tak makan kot tapi aku pedulik hapaa. Makan itu wajib. Kang bazir dosa pulak.
Acara 3: Kepit-mengepit
Bukan kepit baju, bukan kepit ketam. Ini kepit manusiaa punya. Walaupun team kami didahulukan dengan budak berusia bawah 10tahun, tapi kami tetap berjaya dapat tempat kedua dalam pertandingan kepit-kepit
bola auww auww ni. Team merah menang, yang lain semua consider no 2 :P
Acara 4: Pertandingan rebut kerusi dengan belas kasihan
Budak baju kuning tu banyak kali dibagi tempat duduk dalam permainan 'music chair' ni. Kesian la weh bebudak lagi bagila dia merasa erti kemenangan tu. After all, dia kumpulan kuning. hahahhaha. Dan, kumpulan kuning menang acara yang ni jugak.
Acara seterusnya: Makan sepuas hati
Hoh banyak sungguh la makanan yang ada semalam sampai tak larat den nak perabih sume. Tapi malangnye gamba makanan tak ade so tak dapat nak menunjukkan gamba chips, wedges, dan jugak roti jala yang tak dijalakan.
Acara kemudiannya:
Balik umah main DotA padahal event masih berlangsung. Mulia sungguh perangai aku ni. Silap besar la buat makan-makan kat tengah hahahaha. Event terakhir ialah galah panjang, di mana still rumah kuning yang menang. Aooo Aooo Aooo.
Thanks untuk event yang best ni kepada pihak BERSAMA 2010. Untuk tengok rating event ni sila rujuk pada gambar di bawah
Okeh aku baru balik daripada tengok cte ni di Reading Cinema, Wellington New Zealand dan ini merupakan premiere screening di mana dalam bahasa senangnya ialah tayangan pertama untuk orang yang takde kerja dan takde kelas.
Out of 5, aku bagi bilangan bintang seperti yang korang nampak dalam poster tu. Sebabnya? Cerita ni tak menjangkau expectation bagi seorang yang memberikan harapan tinggi terhadap filem ni.
Tapi ada juga part yang best dan part yang best tu cuma dalam bahagian berlawan lah. Wajibla ada lawan kan? Kalau tak bukan Prince of Persia la namenye
Hoh ni antara part yang cun melecun dalam cerita tu. Mamat ni activate power dagger tu dan adela special effect macam api yang boleh membalikkan masa. Sesuai dengan tajuk cerita ni: The Sands of Time.
hah lagi satu benda yang smart dalam movie ni, awek dia cun melecun. Kalau jadik bini seriously sayang ke akhir hayat hahahahha. Awek ni pun satu la banyak sangat rahsia beliau dalam cerita ni. Awal-awal macam alim tapi last cerita macam desperado.
Hoh ini pulak untuk pembaca wanita tapi aku taktaula korang consider muka ni kacak atau tak kan? Tapi komen aku, muke mamat ni amat sesuai dengan watak utama cerita PoP ni. Rambut dia sebijik macam dalam game tu. Smart abis.
So itu je la yang best dalam cerita tu. Pertengahan cerita plot pening dan lambat gila berkembang. So aku hampir tertidur. Kesimpulannya, kalau sayang duit, janganla tengok
dan juga perhatian kepada abang-abang di luar sana. Andainya anda nak buat sesi romantik dengan bini anda dengan menggunakan lagu dan animation yang comel-comel tahap "sweet" maka bolehlah menuju ke website Labuat . Harus tunggu sekejap untuk flash loading dan akan ada lagu yang sangat best didendangkan untuk korang iaitu lagu Soytuaire.
Aku pun taktahu bahasa apa diorang guna tapi bunyiknya macamk romantik aje lagu ni.
Tapi bukan lagu je yang romantik, animation dia pun cam,best jugak. Korang boleh gerakkan mouse dan daripada cursor tu akan muncul la burung, dan objek-objek menarik lain
Hah tiba-tiba ada gambar orang keluar. Oh lupa nak cakap, yang animation ni muncul dan hilang ikut rentak lagu. Memang kreatif sape buat website ni aku bagi tabik spring 8 kali.
Cerita ini adalah rekaan dan tidak mempunyai/ingin dikaitkan dengan konsep ketuhanan. Ini ialah cerita merapu dan bergantung kepada individu untuk extract moral values daripadanya.
Pada suatu pagi yang comel, di mana burung-burung pun tak hingin nak bangun lagi disebabkan cuaca yang sangat sejuk di New Zealand ni, si Matahari comel telah pun bangun melaksanakan tugas beliau menyinari alam dan membolehkan pokok-pokok berfotosintesis.
Tiba-tiba datang sehelai piring terbang (taktau penjodoh bilangan) yang super comel lalu keluarlah 4 makhluk comel daripada piring terbang tersebut. Si Matahari yang kepelikan pun bertanya :
" Korang ni siapakah?"
Mereka pun menjawab: Kamilah Alien Gendut yang Comel!
Maka si Matahari pun malas nak melayan makhluk-makhluk gendut tu. kalau layan pun bukannya dapat duit. Maka dengan itu bebaslah alien tersebut berjoget-joget dengan aksi pelik di pelosok bumi ini. Adapun si Alien Gendut Hijau yang bernama Dipsy terjumpa satu laman web yang dinamakan..
Faceberuk
Hoh, kalau dah datang bumi, mestilah tangkap gambar-gambar yang sangat banyak ye tak? Nanti bolela tunjuk dekat kawan sesama alien yang ada akaun Faceberuk tu. Sungguhla mereka bersukaria dekat bumi tu, siap masak-memasak lagi dengan gembiranya. Tapi entah mungkin mereka tak sedar, bumi itu sebenarnya dimiliki oleh seorang lagi Alien Gendut yang bernama Gaga.
Dengan tak disangka-sangka alien lagi 4 tu, si Gaga ni bertandanglah ke bumi lalu terlihat olehnya sekumpulan alien sama species datang bertandang ke kawasan jajahan takluknya. Adapun langsung tiadalah antara alien berempat tu mahu mempelawa Gaga untuk bergembira bersama. Diam saja semuanya lalu Gaga dengan penuh faham dan erti, membelahkan dirinya daripada bumi itu, membawa hatinya yang lara.
Gembiralah kamu disana. Semoga kamu gembira-gembira selalu ya
P/S: Apa perasaan korang kalau korang ialah Gaga?
Kali ni kita akan berbicara pasal kegilaan ramai wanita zaman kini iaitu Justin Bieber yang aku sendiri tak faham kenapa ramai sangat orang minat. Masa mula-mula dengar lagu tu, aku bajet pompuan la yang nyanyi tapi rupenye budak remaja umur belasan tahun tu. Terus aku muntah hijau.
Lagu ni dah berbulan lamanya aku dengar tapi arula akhir-akhir ni kegelian di status facebook bermula. Ramai sangat yang obses terhadap mamat sekor ni. Apakah sebabnya? Jadi, aku membandingkan pengalaman hidup lama dan pengalaman baru ni lalu merumuskan bahawa:
Artis yang berwajah wanita lebih digemari oleh wanita
Sebelum ada ulat yang melenting, aku akan tegaskan bahawa bukan semua wanita terlibat dalam hipotesis tu, hanya pada mereka yang menjadi fans Justin Bieber. Sebab apa hipotesis tu muncul? Sebabnya pada zaman aku sekolah rendah dulu, Westlife, BackStreetBoys, dan bermacam lagi boybands yang berwajah wanita digila-gilakan di seluruh dunia. Tidakkah itu sangat jelas?
Dan daripada hipotesis di atas, muncul satu lagi hipotesis liar dan tidak berasas. Rujuk gambar
Akun dah agak dah mesti ada yang komen sebabnya status facebook aku melibatkan 2 perkara yang sensitif bagi kaum wanita iaitu JANTINA dan JUSTIN BIEBER. Tapi bukan lah aku nak kata yang mengomen tu fanatik JB, tidak.
Oh nampaknya Megan Fox telah dikritik bagi mensasarkan tujuan topik kita iaitu Justin Bieber. Maka dengan ini saya membidas,
The degree of which the artist's face is becoming the opposite sex is greater in Justin Bieber than Megan Fox
Atau bahasa senangnye, kalau nak dibandingkan muka JB dengan MF, muka JB tu sangat-sangat kewanitaan jika nak dibandingkan dengan muka MF menyerupai lelaki. Ada orang kata MF tu transexual dan sebenarnya ialah lelaki. Huk aloh, bukti please. Kalau setakat media punya cakap, itu tak boleh dikira sebagai bukti yang rigid.
Bidasan kedua daripada pihak pembangkang, mengatakan Nicole Scherzinger tu sape2 yang minat dia ialah gay. Huk aloh, sama ada MF atau NS, kedua-duanya aku tak minat. Kalau ada depan mata, tengok. Kalau takde takpayah mengada-ngada bukak google carik gambar seksi diorang.
Lagi satu, korang pernah tengok Justin Bieber di luar video clip lagu dia? Hari tu aku tengok dekat TV New Zealand ni, perghh geli gila. Meremang segala bulu yang ada.
Ini bukan video yang aku maksudkan tu. Credits to Aien for the link
P/S: Ini entry main-main saja. Jangan maraaa. Tapi kalau sesiapa nak marah, sila isikan pendapat anda di bahagian komen. Terima kasih kepada penyumbang komen di facebook
Minggu lepas kami ada buat satu aktiviti yang cambest iaitu aktiviti merosakkan rambut dengan hebatnya. Disebabkan rambut masing-masing dah macam siamang, maka kami pun upgrade status kepada siamang kacak.
Barang-barang yang diperlukan ialah:
Ni nama dia seterika rambut. Benda ni sila jangan carik pasal dengan memegang bahagian besi yang panas nak mampus tu melainkan tangan korang tu diperbuat daripada penebat haba yang sangat hebat.
Dan lihat hasilnya:
Mula-mula rasa seronokla rambut lurus tapi bila aku nak publish entry ni aku pikir gak 2-3 kali sebab geli tengok gambar sendiri. Ada orang kata comel, ada yang kata tidak. Apa korang komen, itu hak korang aku tak ambik kisah sangat
Aku akan cuba sedaya upaya untuk tak potong rambut sampai lah habis study kat sini. (3tahun minimum). Nak tengok boleh sampai ke pinggang tak rambut tu? kohkohkoh
Balik Malaysia kang takboleh bela rambut dah. Mana ada cikgu rambut panjang-panjang?
Hari ni tanggal 16Mei menunjukkan bermualah sambutan Hari Guru untuk semua manusia yang masih ingat kat guru dia. Walaupun "ingatan" yang ada tu tak semuanya indah, dan masih tidak indah, namun itulah apa yang menjadikan kita yang pada hari ini.
Jadi dalam entry ni aku nak cerita sikit pasal beberapa cikgu yang menjadik faveret aku kat sekolah dulu. Kalau tak tahu aku sekolah mana dulu sila rujuk entry-entry lama menggunakan search bar yang dah disediakan.
Haa in case korang tak kenal, ni nama dia Cikgu Uyun. Sedap nama dia dan sebab utama kenapa aku jatuh cinta kat biologi masa sekolah menengah dulu. Dia ni kalau korang perasan ada je muka dia kat belakang buku teks biologi Tingkatan 5 (taktahu version baru ade ke tak) dan jugak merupakan guru cemerlang Biologi. Cara dia mengajar biologi cukup best dan rasanya aku tak pernah pun tertido dalam kelas dia. Kot?
Haa ni dia cikgu Azian cikgu sejarah terbest terdebabom sekali dalam dunia ni. Korang tengok senyuman dia tu, tahu dah dia ni jenis suka gelak. Kalau dok lepak dengan dia memang cukup best, konfem gelak. Dia ni berjiwa pelajar dan kami pelajar-pelajar selalu je lepak kongsi masalah dengan dia. Hohoh rindu cikgu comel ni.
Haa ni pulak ade memori best pasal Ustazah Sabibah ni. Pernah sekali tu, aku study dalam kelas. Konon je la study walhal tengah bercengkerama dengan sang kekasih time tu. Dengan secara tiba-tiba ustazah ni muncul dan mengantoikan aku. Nasib baiklah tak de apa-apa tindakan, hanya amaran. Anak-anak di luar dinasihatkan tak payah bercinta monyet ye. Bercinta dengan monyet takpe.
Haa ni dia Miss Ayu. Jangan salah faham beliau ni sangat nice ye tak garang pun. Boleh kata tetiap kali aku pegi camping, dia akan ada. Die ni cikgu kadet polis dulu tapi aku tak pernah pun join kadet polis. Cuma beliau ni memang sangat-sangat aktif dalam aktiviti ko-kurikulum.
Terbayang pulak macam mana satu hari nanti aku jugak akan bergelar seorang guru. Adakah memori tak best? Ataupun memori best? Tunguuu...
Selamat Hari Guru kepada sesiapa saja yang memegang tugas pendidik!
P/S: Sesiapa nak mintak tolong hal-hal essay English bolehlah hantar esei anda disini .
P/S: Saya sangat busy dengan exam dan assignment. Jadi, kalau lambat reply apape, maaflah.
Hari ni aku ponteng banyak kelas sebab nak siapkan assignment yang sepatutnya due pukul 3 petang tadi. Dahlah dah 2 malam tak cukup tidur disebabkan nak siapkan lab report Psychology, ni nak kena hantar assignment Mathematics pulak. So ada soalan taktau buat, kenala menuntut dengan Abe Kay student honors Math.
Tengah-tengah buat assignment kat Cotton Building (gambar) ni, tiba-tiba loceng kecemasan berbunyi. " Attention to everyone, please evacuate the bulding". Maksudnya " Woi korang, cepat berambus keluar dari bangunan ni". Sebabnya? Nak buat latihan kebakaran. Latihan abah dia. Last-last haramjadah assignment yang separuh siap je aku hantar.
Balik-balik aje 'rumah kedua' aku, terus bukak laptop, main DotA. Tak larat dah nak main rugby sebab dah 2 malam tdo melayan assignment. Tengah-tengah main dota, tiba-tiba ada sekumpulan manusia jelita sampai rumah. Dan....(play lagu please)
Haa ni diaa. Surprise Party dari abang-abang dan kakak-kakak di New Zealand. Sedap kot kek ni. Buat sendiri punyaa. Bukan beli ye. Siap ada gambar topi aku lagi haha. Terkejut kot time tu. Tak sangka-sangka dapat kek.
Jom tengok jap sapela ahkak-ahkak jelita ni yang rajin benor memberi makan pada insan yang memerlukan haha. Eh ahbang pun ada bukan kakak aje ye.
Diorang ni 3rd year students kat sini. Ada yang ambik course Fizik, dan ada yang ambik course Maths terutamanya ahbang Nico ..|.. tu. Diorang ni dan-dan je datang time aku lapor. Almaklumlah aku lagi suka lepak kat rumah kedua ni. Cuma barang-barang je tertinggal kat rumah pertama terutamanya makanan.
Dibawah ni korang tengokla aksi-aksi membuka hadiah pulak.
Dan Yay! Dapat hadiah snowcap. Memang aku idup kat New Zealand ni hari-hari pakai snowcap. Sebabnya korang tengok gambar pun dah taula yang rambut aku ni panjang dan semak samun. Takkan nak tayang 24 jam kat orang kot. Rambut tu kalau nyamuk masuk alamatnya memang tak jumpa jalan keluar.
Haish bukan itu aje. Tak lengkaplah kan kalau birthday tanpa birthday card? Nah tengok gambar kad ucapan dari insan-insan yang sweet
Gambar besar tu kad dari ahkak-ahkak jelitawan dan dalam petak pulak kad birthday yang dibagi pada aku waktu semalam oleh ahbang-ahbang. Sweet gila diorang ni.
Oh ye, tak ketinggalan juga rakan-rakan bloggers dan facebook sekalian yang mengucapkan Selamat hari Jadi pada aku. Kalau ada yang terlepas pandang, mintak maap ye sebab total semua wishes tu kalau nak selak balik satu-satu, kena tekan "Read More" sebanyak 10-11 kali.
Walaupun mak ayah, along angah ngan adik takde kat New Zealand untuk sambut hari kelahiran aku (kat Malaysia pun bukannye sambut haha), tapi aku sangat-sangat bersyukur sebab aku ada 'family' lagi satu yang membuatkan hari-hari mendung diiringi senyuman.
Bila bercakap pasal 13 Mei, semua orang akan teringatkan kisah pertumpahan darah yang berlaku di sekitar kawasan Lembah Klang puluhan tahun yang lalu. In case korang tak tahu kenapa tumpahnya darah tu, sebab sifat perkauman yang menebal lah. Last-last siapa menang? Takde sapa
Budak atas dalam gambar ni, beliau dilahirkan di Kuala Lumpur tapi mak bapaknya orang Perak. Semenjak dia lahir, no 13 tu bukanlah satu nombor yang suwey bagi dia sebabnya dia merasakan nombor tu seolah-olah membawa tuah bagi dia. Dah biasa sangatlah no 13 dikaitkan dengan kemalangan. Apa yang suwey entah korang ni suka sangat percaya benda bukan-bukan.
Andainya betul no 13 tu membawa malang ataupun suwey, kenapa Tuhan menciptakan nombor itu? Adakah Dia mahu kita hidup dalam kesuweyan pada hari tersebut? TIDAK SAMA SEKALI. Semua itu hanya kebetulan, jadi janganlah korang semua merepek mengatakan no 13 tu suwey
Disebalik peristiwa 13Mei yang tak best tu, sebenarnya banyak je hikmah lain yang ada pada tarikh tersebut. Contohnya birthday budak dalam gambar tu haha. Dari gambar tu nampak macam mangsa keganasan la pulak
Haa apa lagi? Cepatla wish budak tu Happy Birthday XD. Yang ke-11 ye sebab saya muda lagi. ohok
Gambar atas ni ahli keluarga mengucapkan epi bsdey melalui Skype.
P/S: This week is a damn busy one. Please bear with me my loves.
Jangan salah faham, ini bukan cerita pasal orang bernama Rahim yang menjadi hantu mahupun insan bernama Pak Cik Rahim yang membela hantu. Tak de faedah pun bela hantu. Baik bela arnab, boleh jugak sembelih buat daging burger.
Poster memangla nampak best ala-ala Ju-On gitu tapi cerita dia haramjadah bosan nak mampus. Hantu tak cukup sifat, mekap pun macam sapu lumpur kat kat muka je. Punyala bosan cerita ni sampai aku tertidur tengok. Daripada 4 orang yang tengok, sorang aje yang berjaya habiskan sampai ke akhir
Aku ialah seorang manusia yang cukup suka tengok cerita hantu terutamanya yang datang dari negara Pan-Asian. Meamnglah terbaik cerita diorang tapi yang membuatkan aku tension tu, cerita ni tak seram langsung. Kecewa aku penat-penat download. Walaupun internet laju, tapi kena bayar. Tu yang tak puas hati tu.
Bagi peminat cerita hantu, sila jangan tengok cerita yang bakal membuatkan anda kecewa tahap sampah laut ni. Dijamin 100% anda akan tidur
Bagi mereka yang penakut, sila la tengok cerita ni untuk mengatasi sifat ketakutan anda tu. Agak berkesan sebab antara 4 yang tengok malam tu, ada sorang yang tak pandai tengok cerita hantu. Habis aje cerita terus beliau tak takut dah
P/s: Ada sesiapa tau cerita seram Siam lama-lama yang ada manusia mati lepas tu buaya gantikan kepala dia?
Bunyiknye macam best
Hari ni kami pelajar Wellington di New Zealand dengan berjayanya telah menjalankan 1 aktiviti yang best iaitu pasar malam. Sangatla terubat kerinduan kami kat makanan Malaysia. Yelah, kat mana nak carik Laksa Penang disini? Kat mane nak cari Apam balik? Mi bandung? haa
Haa tu dia Encik Bob dan kroni menjual mi bandung beliau yang tetiba tak cukup kuah di akhir bekas haha. Kerja aku hari ni ialah pegi gerai orang dan menyemak tolong jual sekali sebab geraiku dah beress. Laksa Penang dengan bubur jagung weh. Maunye tak habis?
Korang pun nampak disebalik gambar aku (kanan) dan rakan-rakan, belakang tu semua pengunjung yang lain. Ramai kot tadi. Macam-macam ada jual. Dari makanan, barang letrik terpakai, dan jugak tudung, semua ada haha. Kecuali alat permainan seperti DinDang dan Tora mmgla xde
Baju merah kiri ni ialah z@ck . Dia kejam sebab takmoh belanja aku. Blah la zack. Boo hahahah. Dan, bukan nak kata orang Malaysia je yang datang pasar malam tadi, Kiwi pun adaa..
Tuu dia. Tunjuk ibu jari menandakan makanan sedap dan beliau seronok sebab banyak makanan. Sekali lagi sejak aku datang ke NZ ni, selera makan aku menjadi sangat biadap. Haih NZD20 jugak habis tadi. Kalau convert duit Malaysia ada la nak dekat RM50.
Lepas penat berniaga, lepak-lepak pulak layan movie, gitar, dan jugak DOTA. Apeapepun, tahniah kepada WMSO Cultural Committee sebab buat pasar malam ni.
Credits photos to Kirol
Bersempena hari ibu yang menjelma ni, aku nak ceritakan reason kenapa aku tak kisah kalau orang panggil aku anak emak, bucuk-bucuk dan sebagainya. Aku yakin mak korang akan berbuat benda yang sama kalau dia dalam situasi yang akan aku ceritakan nanti.
Masa umur aku sekitar 4 tahun, aku duduk kat rumah sewa di Taman Selayang, Gombak. Nama pun rumah sewa dah menggambarkan yang kami ni bukanlah orang senang. Aku tak berapa ingat keadaan zaman tu sebab yelah aku budak umur 4 tahun.
Petang tu kilat sabung menyabung. Memang dah serupa ribut dah masa tu. Tiba-tiba zink atap tercabut dan kami semua berlari keluar ke halaman rumah, takut kot-kot ada yang terkena kepala. Masa kami berdiri kat halaman rumah tu, aku perasan yang aku tak nampak mak aku. Dengan pantasnya aku lari masuk balik ke dalam rumah sebab aku bajet mak aku ada kat dalam rumah lagi.
Dan aku terus berlari masuk ke dapur nak cari mak aku. Walhal beliau ada kat belakang aku, cuba nak tangkap aku bawak keluar rumah balik. Bahaya kot duduk dalam rumah tu. "Makkkkk!!" aku panggil mak aku. Dengan selambanya mak aku peluk aku dari belakang, dan aku pun ikut dia keluar rumah. Elok-elok aja kami nak sampai ke pintu,
Sebiji kelapa betul-betul jatuh depan mak aku. Kami terkejut kejap. Tapi mak aku tak terus lari. Dia peluk aku dan bawak aku keluar sambil berlari. Pada masa tu jugak ada 2-3 lagi zink atap yang terkopak. Macam reban sangat dah kot rumah tu time tu? Kalau mak aku tak tarik aku masa tu, mesti kelapa tu dah hentak kepala aku yang comel masa tu.
Selepas tu kami pun pindah sebab tuan rumah lambat gila repair rumah tu. Dan itu aje memori budak umur 4 tahun yang aku ada. Yang lain semua aku tak ingat langsung.
Terima kasih mak sebab selamatkan orang.
Sayaaang mak. Entah mak sihat ke tidak ke kat Malaysia tu. Sila sayang mak korang sekarang jugak.
Hidup di Wellington ialah ibarat kau berjalan di atas treadmill hari-hari. Tempat ni bukan seperti di Malaysia di mana kebanyakan kawasannya rata dan landai. Jalan la hari-hari pun tak penat punya kalau nak dibandingkan di New Zealand ni. Antara alat senaman percuma yang ada di New Zealand ni,
Yaa alat tersebut tak lain dan tak bukan ialah tangga-tangga caci maki hamun yang wujud di Wellington ni. Dia punya curam tahap membunuh tu. Mula-mula datang New Zealand itu hari, memang rasa betul-betul nak mampus dekat tengah-tengah tangga tu. Tapi lama-lama dah biasa, asalkan ada Ipod Touch menemani.
Ni ambik masa summer. Sekarang ni dah oren-oren dah sebab Autumn
Perghh tinggi lagi tangga tu
Omaigod!
Pergh dah penat macam itik separa nyawa barula sampai atas. Tapi kena jalan sikit lagi untuk kerumah. 10saat je pun
Yay penat dah keluar peluh, kalori pun dah terbakar dengan banyaknya terutama di bahagian bontot
Seharusnya bila naik tangga maut ni, secara automatik badan akan mengurus macam zombie tapi yang misteriusnya berat badan bertambah! Apakah? Aku tak faham betul kenapa. padahal hujung minggu rajin je pergi bersukan. Takdelah aktif sangat tapi peluh keluarlah jugak macam embun pagi.
Kenapa berat aku stay 63.5kg? Apasal tak turun-turun? Misteri sungguh. Sape-sape tolong jawabkan please.
Haha sebenarnya aku nak buat ejaan normal tang beromance tu tapi setelah dinilai dua tiga kali nilai estetikanya maka tidaklah aku berniat u...
TITAH PERINTAH TENGKU
Ini ialah blog peribadi Segala aktiviti perkongsian wajib mendapatkan kebenaran penulis terutamanya yang menyalin 100% entry dan mana-mana gambar disini. Kalau buat citation sahaja takpe.
MOST CONTENTS ARE R-16. BUDAK SEKOLAH BELUM SPM JANGAN BACA. PERGI BACA BUKU SPM!
Tolong jangan jadikan blog ini sebagai rujukan utama dari apa-apa segi pun lebih-lebih lagi agama kerana saya hanya seorang panda(?) biasa yang selalu membuat kesilapan. penulis bukan seorang ustaz mahupun imam masjid negara
and also, unlike some of you leeches yang mengketedarah reta mak pak yang sedia kaya 7 warisan keturunan tak habis tu, I have 2 degrees to finish. Kalau tak balas komen bukan pasal aku diva. Ianya sebab aku BUSY
Blogging ialah suatu hobi. Aku tak jadikan aktiviti membalas komen sebagai prioriti hidup aku, dan juga tidak menjadikan aktiviti blogwalking sebagai pedoman hidup. Banyak benda lain boleh buat. Contohnya, mengumpul setem dan mengira bulu kaki. Blog ini juga tidak mengamalkan dakyah sesat i follow you, you follow me
Dan kalau anda kenal saya, sila jangan publish nama saya ya. Saya tak suka orang Google nama saya. Sekian.