Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Muka yang Berubah

Gambar di atas diambil pada tahun lepas sebelum keberangkatan ke New Zealand. Aku pun tak ingat masa ni dah habis belajar ke belum. Tapi since aku pakai lagi jaket tu, nampaknya gambar ni diambil masa belum habis belajar. Perhatikan betul-betul muka skema tu. Macam muka Huda Luna pun ada jugak (kot?)

Gambar ni pulak diambil kurang dari sebulan daripada harini 29 June 2010 masa sukaneka. Orang kata muka aku ni macam sesumpah. Suka sangat berubah-ubah. Apa kau orang ingat aku control ke perubahan tu? Kalau tang rambut panjang tu maybe bole kata aku yang control tapi part bentuk muka yang membulat tu, den tak tau la pulak kan.

Mungkin ini jawapannya:
Damn. Aku rasa scale tu dengki ngan aku. Aku mana ada berat camtu. Tipu tipu

Teka-teki: Orang kata muka aku macam bukan orang Melayu. Ye, aku mix. Half Melayu. Half lagi apa? Ada sesiapa yang hebat nak cuba nasib?
Update: Contest ditutup!!! Pemenangnya ialah Suaidah dengan jawapan: Melayu


Jangan marah ye kawan-kawan yang lain






Gangguan Seksual Yahoo! Messenger Episod Akhir

Entri episod 1 dan episod 2 hanya berkisar tentang apa yang terjadi tanpa sempat aku buat ulasan tersendiri pasal kes Diyana ni. Habistu nak buat macam mana. Aku memang takde bakat nak buat entry pendek. Kalau dapat menaip, memang sekali harung akan menjangkau 500 patah perkataan.



Kita semua ialah manusia. Kalau dah namanya manusia memanglah satu benda yang tak dapat dielakkan kalau kita membuat silap. Kalau harini kita tak buat silap, esok kita akan buat silap. Kamonla, siapa yang tak pernah buat silap? Siapa yang tak pernah buat dosa dalam kalangan kita manusia biasa ni? Aku tak sempurna, Diyana tak sempurna, korang pun tak sempurna. Sesiapa rasa dia sempurna sila contact aku sebab nak buat calon awek.

Kita selalu pandang serong dekat orang dari 1 segi. Kita jarang sekali nak pandang orang dari sudut lain. Ada orang percaya bahawa manusia ni sebenarnya asal usulnya suci bersih. Ada teori mengatakan bahawa semua manusia tu baik cuma terdapat segelintir yang didorong ke lembah gelap. Mungkin ada kemalangan dekat Diana yang menyebabkan dia berperangai macamtu? Mungkin dia ada family yang berpecah-belah lantas dia buat random YM calls untuk mendapatkan secangkir kasih sayang? Mungkin, tiada apa yang mustahil dalam dunia ni.

Siapalah kita nak menjatuhkan hukuman terhadap seorang manusia yang lain. Ya aku tau dialog itu geli-geli, malah aku sendiri merasa geli. Tapi tak ke korang rasa manusia macam ni yang perlu kita bimbing ke arah yang benar? Nasib baiklah dia YM call dengan aku yang duduk jauh ni. Kalau dia call pakcik-pakcik pertengahan umur yang dahagakan kasih sayang macam mana? Daripada geli-geli seorang diri, akan menjadi geli-geli berduet. Lagi teruk kalau jadi pesta geli-geli berkumpulan. Wahai pembaca sekalian, kalau anda ada kawan macam ni, sila jangan pulaukan dia, cuba tanya apa masalah dia. Jadikan diri anda sebagai tempat sandaran walau sesusah mana pun pertolongan yang mungkin diperlukan. Itulah gunanya kawan-kawan. Pilihlah anda nak jadi kawan yang semanis gula kastard, ataupun nak jadi kawan yang bastard.

Dalam hidup ni, akan ada 1 titik di mana manusia membuat kesilapan besar. Walaupun mungkin tak besar pada masyarakat, tapi besar dalam hati masing-masing. Episod 1 dan 2 memaparkan kesilapan Diana yang mungkin tak sedar bahawa perlakuan dia tu dah melangkah norma dan tataluhur orang Melayu. Gadis Melayu. Aku tau dia baca episod 1 dan 2 dan aku harap dia baca episod terakhir ni agar dia sedar di mana kesilapan dia. Aku tak nak blog ni menjadi sekadar tempat orang memaki hamun dan mencerca kesilapan manusia yang lain. minta maaf dari hujung rambut ke hujung kaki, lain kali jangan buat lagi. Mana yang betul kita buat teladan, yang tak betul kita jadikan sempadan.

Kepada pembaca sekalian, dunia online ni penuh dengan benda yang kadang-kadang kita sendiri pun tak de nak duga. Tapi setiap kali sebelum anda menekan papan kekunci dan buat benda tak senonoh, ingatlah siapa anda tu. Mak bapak awak taknak awak pegi geli-geli online dengan manusia yang entah siapa, mak bapak awak taknak awak taknak awak mencarut keluar benda dalam kain semua dalam blog. Mak bapak awak takde nak suruh awak on side dengan blogger yang suka memburukkan blog orang lain siap maki-maki dan gunakan kata kesat, dan saya yakin mak awak takkan pernah nak suruh awak komen blog orang dengan meletakkan ayat separa lucah seperti coli saiz apa etc.

Jaga adab anda, kita orang Malaysia. Orang pandang kita dengan adat ketimuran yang sopan tapi jangan disebabkan satu kesilapan lampau, orang cop kita macam-macam. Selagi jari aku sihat, aku akan terus blogging. Kalau aku ada silap di mana-mana, kawan-kawan tolong tegur. Kalau selalu menyokong, bukan kawan yang baik juga

Habis dah entri serius. Ingat ye semua tu
Kalau korang tensen baca entry ni, sila tengok link ni untuk ceria-ceria sikit

Sekian, salam sayang untuk semua
ARC™






6 Langkah Mengatasi Kebuluran Lewat Malam

Dey tambi, kalau bagi orang gila jawab soalan ni pun, tutup mata dia boleh jawabla. Kalau kebulur mestila makan takkanla nak basuh baju pulak. Sejak pukul 11pm tadi lagi aku kebulur tapi masih belum berjaya mengangkat bontot yang seberat 66kg tu ke dapur. Pukul 1am barula berjaya. Pergi dapur carik apa? Cari cinta

Tu dia stok untuk warga bujang trangtangtang. Andainya anda da kahwin tapi stok Maggi anda lebih kurang camni gak sampai 4-5 pek dalam kabinet dapur, baik anda tak payah kawin okey. Kalau bini anda hot sekalipun saya tak hingin sebab saya rajin makan. Bini harus rajin masak hatta telur goreng sekalipun.

Ingat senang ke nak masak Maggi? Kat depan pek tu tulis HANYA 2 MINIT. Ah fitnah semua tu. Kalau nak mampus awal silala masak 2 minit. Nih cara selamat sikit makan megi. STEP 1: Panaskan megi tu sampai dia terpisah-pisah. Kalau korang nak nyanyi lagu perpisahan pun boleh jugak macam zaman-zaman darjah 6 dulu.

STEP 2: BUANG AIR
Bukan buang air dalam pundi kencing tu. Buang air dalam periuk tu! Nampak tak apa dalam periuk tu? Air berbuih-buih. Buih tu ialah LILIN yang digunakan untuk melekatkan Maggi tu menjadi 4 segi. Bila korang letakkan air panas, maka lilin tu mencair. Buang air tu dan jangan sesekali mengada-ngada recycle buat siram pokok bunga. Mati kaktus mak korang kang.

STEP 3: GANTIKAN AIR BARU DAN MASUKKAN APAPE YANG PATUT
Ini part penting. Kalau korang tak masukkan air maka tak berkuah la Maggi korang nanti. Sebaik-baiknya perencah tu jangan disiramkan semua dalam periuk. Tak elok untuk kesihatan. Kalau mati awal sapa nak jaga bini aku? Eh aku takde bini.

STEP 4: MASUKKAN PERENCAH LAIN
Ni kalau korang suka pedas, masukkan la cili api/padi barang seketul dua. Takkan nak hambar je kot Maggi tu. Bapak bosannye. Cili kat dalam gambar tu walaupun ko gigit 2 ketul, tak rase kuat mane pun sebabnya cili New Zealand memang tak berapa nak pedas. Guna baja manusia agaknya. Kalau nak lagi best sila masukkan telur barang sebiji dua untuk sumber protein yang mencukupi. Kalau stokin anda ada perisa sedap boleh masukkan juga.

STEP 5: CAMWHORE
Step ini tidak wajib dan tidak menjejaskan kesihatan pun kalau korang skip. Dah tak de bende ape nak buat masa menunggu telur/perencah tadi sebati, maka buatlah apa-apa yang dirasakan perlu.

STEP 6: MAKAN LA TAKKAN BASUH BAJU?
Lepas siap, dengan tanpa membuang masa memindahkan Maggi ke dalam mangkuk, anda bawak saja periuk tu ke depan laptop sambil menketedarah hasil masakan anda dengan diiringi Jus Epal yang manis lagi sejuk. Pengalaman makan anda akan diperhebatkan lagi sekiranya anda makan sambil membaca blog ARC13 sebabnya kalau Megi anda kurang pedas, blog ini akan menambah kepedasannya.

Resipi ini dibawah oleh rakan taulan anda, Encik ARC™ dengan pesanan "Maggi memudaratkan kesihatan, tapi kalau kebulur, kesihatan belakang kira". Sekian, dah pukul 3.30am aku harus tidur.






[18SX] Gangguan Seksual Yahoo! Messenger Ep2: Explicit

Ini ialah sambungan daripada episod 1 siri bercakap dengan jin yang kononnya nak publish semalam. Tapi terpaksa ditangguhkan sebab semalam dengan tiba-tibanya takde internet dan tuan bilik yang pegang router tu takde pulak. Maka seharian aku takde internet.

Dialog ini telah diedit sedikit sebanyak untuk menjaga maklumat peribadi dan juga kesesuaian untuk meletakkannya dalam blog. Walau bagaimanapun, benda ni masih dirasakan tidak sesuai untuk pembaca dibawah umur, ibu-ibu mengandung, ibu-ibu mithali, dan jugak cik gadis yang comel tu. Tujuan audio ini dibuat ialah supaya gadis-gadis kesunyian di luar sana tidak lagi membuat random call menerusi YM untuk memuaskan nafsu pelik mereka. Kalau sampai ke tangan blogger macam aku ni memang masaklah. Sila klik butang dibawah untuk mendengar. 




Sorryla Cik Dyana, saye tak minat kat awak ni. Kalau betul-betul saya layan, saya takkan dedahkan awak kat awam, dan jugak takkan ajak member saya voice call dengan awak lagi sambil memikirkan soalan-soalan yang nak ditanya. Saya dah block awak dah pun dari YM. Report as spam. hakhakhak

Lagipun saya tak sanggup nak mengkhianat cik E ni.

Update; Cik Dyana tu budak Setapak, umur 20, dan juga merupakan pembaca blog aku ni. Aku suspek dia ada dalam friendlist facebook jugak

Adios. Aku nak pegi basuh baju. Lagi baguih dok ada dari melayan Jin "Notty" tu.






[18SX] Gangguan Seksual Yahoo! Messenger

Entri ni agak lucah. Sila hentikan membaca kalau anda tak boleh terimanya. Hari ni aku mempunyai bukti dan screenshot yang memang benar lelaki macam aku ni pun kena gangguan seksual dengan wanita. Aku yakin perempuan tu bukan maknyah sebab suara perempuan asli. Suara remaja gersang, dalam bahasa kasarnya.

Tadi masa aku tengah seronok owning main Dota, tiba-tiba YM aku yang memang tak kenal erti 'offline' tu berdering. Akuingatkan mak aku yang call untuk mendengar suara anak teruna dia yang di perantauan ni tapi tidak, ia merupakan voice call daripada pengguna YM yang bernama d********ss. Kalau aku dedahkan nama tu mestilah lelaki-lelaki gersang yang bertandang kat blog aku ni akan add.

Lepas aku angkat call  tu terus aku dengar bunyik manusia mendengus. Kalau bunyik lembu mendengus takpe, mungkin tokey jual lembu salah call aku kot. Punyalah innocent aku di pepagi buta ni aku tanya dia kot-kot kalau minah ni sakit nak mintak tolong. Nak tolong pun macamana? Aku dekat New Zealand oi


Oh ya, dia memang sakit dan nak mintak aku tolong puaskan nafsu dia secara online. Apa barang? Betullah YM ni, You can do more than just IM. Aku ada rekod video tapi mintak maaflah ye, lepas fikir dua tiga empat kali, tak dapatlah aku nak siarkan kat sini. Lagipun aku tak sempat nak rekod suara gersang dia. Suara aku je banyak soal siasat minah tu. Sorry Diana sayang, walaupun suara you seksi tapi nanti awek I marah apa I nak jawab?

P/S: Kalau korang nak aku akan buat episod 2 untuk bagi korang dengar suara dia. Tapi nak buat apa pun? Baik korang pergi dengar zikir-zikir harian. Pahala pun dapat.
Ok, nak pergi main frisbee. Bye






Nama Saya Ash Yoong, Mau Lumba?

Naik kereta sport macam aku bukanlah sesuatu yang mat-mat rempit tepi jalan tu boleh buat. Sekarang awek-awek mana ada pandang mat rempit dah, diorang pandang mat-mat kereta sport macam nak buat laki. Sebab tu lah aku menceburkan diri dalam sukan lumba kereta sport nih.

Bila dah sarung helmet, haruslah korang takut dengan kelajuan kereta sport aku yang diberi nama Johnny tu. Tapi tu bukan gambar Johnny, tu gambar kete sport sape ntah. Tuan kete tu pun dah takmau dekat dia sebab tuan dia dah ada kapal selam.

yang in pun bukan Johnny. Tapi kalau korang minat dengan menatang ni silalah sediakan NZD2500 ya untuk memiliknya sebab benda ni sedang dijual di tempat aku "selalu" racing. 2500NZD tu kalau beli Skyline terpakai kat sini dah dapat dah.

Haa yang ni barula gambar aku dengan Johnny mengejar dunia kelajuan. Jangan salah faham, kami tak pernah melibatkan diri dalam apa-apa agenda lumba haram, filem lumba haram yang bodoh, lagu-lagu lembek yang membosankan dan berkaitan dengan 'kelajuan', dan juga mana-mana drama murahan yang dibuat berdasarkan filem yang kononnya 'big hit'.

Sesiapa yang nak berlumba, aku tunggu dekat sini! Walaupun ni kali pertama aku naik benda alah ni kat New Zealand XD

Indoor Grand Prix, 2 Westminster Street, Kaiwharawhara, Wellington, New Zealand







Band Favourite Masa Zaman Matrikulasi

4 ekor di atas ni ialah ahli kumpulan Paramore yang diketuai oleh seorang awek hot bernama Hayley Williams. Bukan setakat suara aje hot, dengan rambut-rambut sekali hot sebab kaler dia merah. Manusia takdenye dilahirkan rambut merah camtu melainkan dia ni anak kacukan manusia dengan cili merah.

Sejak zaman matrik lagi aku memang dah minat dengan lagu diorang ni. Lagu pertama yang aku minat masa tu ialah lagu CrushCrusCrush lepastu berpindah pulak ke Misery Business dan yang terbaek sekali, That's What You Get. kalau korang nak tengok, semua lagu yang aku cakap tadi ada kat Youtube . Band ni agak tak popularlah di Malaysia sebabnya haritu diorang nak datang, tapi kerajaan tak benarkan sebab dikatakan bawa imej Punk. Punk waklu! Lagu dia cool je semua, rambut minah tu je merah. Yang Pussycat Dolls datang joget tayang buntut tu boleh pulak.

Pernah sekali terjadi insiden macam kat dialog bawah ni. Baca betul-betul:
Lelaki A : Weh, ko ni minat sangat Paramore, siapa tu?
Lelaki B : Alaa band yang nyanyi lagu Twilight tu la.
Lelaki A: Oo yeke. Ntahpape la kalau macamtu. Taknak aku dengar.
Aku: *diam*

Suka atau tidak, percayalah bahawa rata-rata lelaki memang tak gemar tengok cerita ni, termasuklah aku. Meremang segala bulu yang ada. Kalau ada member duduk sebelah, boleh terjangkit remangan tu akibat kegelian yang terlampau dan kemerepekan tahap ultimatum.

Maka, busuklah nama Paramore dalam kalangan segelintir pelajar universiti XXXXXX disebabkan mereka pernah nyanyi lagu Decode untuk Twilight. Sedangkan awek-awek pun ramai yang tak fans cerita ni, apatah lagi jejaka-jejaka asli? Tapi kalau korang setakat tengok movie, sekadar ianya hanya satu movie, itu normallah. Yang jadi peminat susah mati ni yang aneh ni.

Selain Paramore, ada satu lagi band kontemporari yang memang sangat menarik lagu dia. Itupun kalau korang boleh terima muzik macam ni la. Tapi band ni masa aku matrik dulu, lagunya tak berapa best. Cuma semalam bila aku browse Youtube, terjumpalah satu lagu yang superb. Catchy habis.


Please The Hush Sound, janganlah libatkan diri anda dengan Twilight, Hannah Montana dan lain-lain lagi






Review Tower13 TV3

In case korang tak tahu, ini ialah cerita seram dan keseraman cerita ni memang aku bagi 4 thumbs up! 2 daripada tangan dan 2 lagi datang dari ibu jari kaki. Kalau ada member duduk sebelah, bolehlah pinjam lagi ibu jari untuk diberikan pada cerita ni.

Cerita ni best sebabnya kualiti gambar yang hebat, sekali lagi pujian kepada pengarah Khabir Bhatia dan jugak Filmscape Sdn Bhd. Ini bukanlah cerita bajet seram macam Anak Cucu Cicit Betong yang ntah hape-hape tu. Cerita ni ada aura tersendiri dan persekitaran yang membuatkan dia seram. Tak ketinggalan jugak mekap hantu yang hebat; kalau jumpa sekor tengah jalan sorang-sorang, mau terkincit di tempat kejadian juga.

Yang tak bestnya cerita ni, ending sama je macam Penunggu Gunung Raya. Hampeh! Kononnya nak buat sekuel la gamaknye. Tower 14 la kot? Banyak benda yang aku tak puas hati contohnya apa jadik kat iblis yang bertanduk tu, apa yang merasuk pengurus Tower13 dan macam-macam lagi.

Apa-apa pun, cerita ni memang best kecuali pada part episod terakhir yang endingnya sangat mengecewakan tu. Kalau korang nak tengok cerita seram ni, klik link dibawah ni, tapi jangan tengok episod akhir!
http://www.tv3.com.my/Shows/EpHighlight.aspx?MasterID=718%20&ShowID=752&&MenuID=2&SubMenuID=1&TemplateID=1&EpID=32475&VideoID=40450






Membeli-belah di Pak n Sav

Disebabkan hari ni hari free yang sekian kalinya lepas habis exam, dan barang makanan pun hidup segan mati takmau je kat dapur tu, maka aku pun pergi membeli belah kejap. Kalau tak, alamatnya memang makan cereal la hari-hari. Mau tak muntah macam tu? Kalau nak ikutkan musim-musim sejuk macam sekarang ni memang malas la nak naik bas pergi pasaraya Pak n Sav tu.

Kalau korang naktau, Pak n Sav ni tahapnya sama la macam Tesco di Malaysia (agaknya) sebab aku tak pernah pun jejak masuk Tesco ngan mak aku. Selalunya kalau dia tak pergi dengan bapak aku, mesti dia pergi pasar borong Selayang je beli barang makanan. Tapi walaupun tahap-tahap Tesco, korang tengoklah harga taugeh seplastik tu je NZD 1.99 woi! Kat Malaysia RM0.50 pun tak sampai. Baik aku tanam hidroponik.

Kalau senior-senior macam cik Ayu ni, dia dah tau dah nak pegi shopping kat PaknSav mesti harus bawak luggage yang korang sumbat dalam kokpit kapal terbang tu. Senang nak sorong ke hulu ke hilir. Tapi bawak beg macam tu pon, kalau terlebih beli memang tak boleh buat apa.

Tuu dia. Sebab apa dia bawak luggage tu? Macam aku cakap tadi, memang nak bagi senang sorong dan lagi satu, New Zealand mengamalkan polisi mesra alam di mana sesiapa yang nak beg plastik diwajibkan membelinya. Harga aku tak pasti la pulak tapi agak terasa la kalau korang beli barang banyak. Baguih ah New Zealand. Patutla tersenarai antara top countries yang most livable.

Haa ni beg pasar junior first year pulak. Beg aku la ni. Habis sumbat segala yang termampu. Aku ingatkan nak beli sardin je datang pasaraya ni tadi tapi last-last keluarlah segala biskut FarmBake, Cokelat, Roti, Cendawan, mi haih banyak la lagi sampai tak ingat. Yang tak muat tu boleh simpan dalam beg galas RipCurl aku.

Tujuan asal ialah nak beli sardin yang berharga NZD1.70 1 tin, tapi akhirnya hari ni habis dalam sekitar NZD100. Kalau shopping memang tak ingat dunia dah walaupun hanya shopping barang makanan. Almaklumlah, ada orang bayarkan. Siapa bayarkan? Encik Mastercard. Haih malas betul nak bayar bil kredit kad.






Apa yang pembaca Israel buat kat blog aku?

Kalau korang tak nampak gambar tu sila la klik untuk view yang lebih sihat. Ada pembaca yang IP (Internet Protocol) adressnya datang daripada Israel. Aku tak tau la pulak apa diorang buat kat blog aku ni sebab aku pasti yang blog aku ni tak guna bahasa Hebrew. Entri kutuk Israel ada la kot.

Bila aku klik balik kat view in Real Time Feedjit untuk tengok source, maka nampaklah apa yang dia search sampai masuk ke blog ni

Statistik dari Nuffnang pulak:

Dia search "Kalau sesiapa nak belikan" dan di-direct-kan ke entry ini. Kat sini ada 2 kemungkinan yang menjelaskan apa pembaca dari Israel tu buat kat blog aku.

1. Dia nak cari orang belikan bom
Nanti senang la dia nak bom Malaysia. Tak payah import dari Israel, dia terus serang negara Malaysia dari dalam

2. Tu bukan orang Israel
Maybe orang Malaysia sebab dia guna Bahasa Melayu. IP tu boleh ditukar kot guna cara2 tertentu? Sengaja nak bagi orang terpegun sikit.

Korang rasa yang mana menjelaskan aktiviti pembaca blog Israel tu? Dulu masa aku pergi BTN, ada sorang fasi ni dia ingatkan kitorg yang orang Israel memang sentiasa mencari kelemahan Malaysia dan sentiasa memerhatikan kita. Kiranya Malaysia memang dalam watchlist dia la. Mungkinkah?






Kenapa kita jangan pro-Islam dalam game online

Korang tau game DotA (Defence of the Ancients) tu tak. Biasanya lelaki yang suka main benda alah ni tapi perempuan pun ramai. Masa aku belajar kat Kolej Matrikulasi Melaka dulu, ade sorang member perempuan ni dia yang suggest aku main game ni. Mula-mula memangla malas tapi sekali terjebak, pasti nak lagi sebab game ni best.

Game ni mengamalkan sistem team battle. Kumpulan A berlawan dengan kumpulan B. Setiap kumpulan akan ada askar yang tak boleh dikawal oleh pemain (default setting), dan juga watak (Hero) yang korang boleh kawal. Hero adalah lebih kuat dari mana-mana askar, dan juga korang boleh bagi nama kat dia.
Gambar ni diambil masa aku main DotA Online. Tapi masalahnya disini, ada sorang ni dia guna nama TheGreatAllah dalam game tu. Aku tak tau dia ni pro-Islam ataupun memang saja-saja kurang hajar nak menaikkan kemarahan pemain game tu yang beragama Islam. Sebab apa nama tersebut sangat tak sesuai?
Tengok gambar dibawah ni.
Bila kita berjaya bunuh team lawan, maka dia akan tulis disitu. Contohnya: ARC just drew first blood. Cuba korang bayangkan kalau nama TheGreatAllah yang menggantikan nama aku? Takpun digantikan pada yang kena bunuh tu. Tak ke kurang ajar?

Selain nama tu, kalau korang letak nama seperti Umat Islam ke ape ke, still benda tu salah. Tak kisahlah game ape pun bukan DotA saje yang korang kena hati-hati.

Majulah game untuk kesejahteraan rohani di kala kebosanan.






Sesi mekap-mekap bersama Kak Fenny Ep2

Kak Fenny rasa, time yu all baca entry ni, Kak dah ada kat Auckland ikot dedi pegi buat bisnes ais kacang. Musim-musim sejuk di New Zealand ni jangan sangka takde orang makan ais kacang ye. Ais kacang sentiasa jadi hotstuff disini.

Kalau semalam ai cerita pasal dailymakeover.com, makanya harini ai nak sambung cerita pasal satu lagi salon yang ai suka pergi. Salon ni lagi best sebenarnya sebab kalau nak dibandingkan dengan salon semalam, salon yang ni lagi ringan, dia tak memerlukan internet yang maha laju. Ai rasa orang yang guna Celcom Berukband di Malaysia tu pun buleh guna. Salon tersebut ialah Taaz.com. Sila klik
Korang janganla jeles tengok muka ai. Ai taula ai vogue hari-hari mekap gi salon. Tapi masih tak dapat pikat sedara ai si ARC tu. Sebabnya dia tak berapa berkenan dengan orang yang mekap tebal-tebal ni. Ai mekap tebal ke yu all? Ai rasa tak la. Alah biasala orang laki-laki ni dia memang lagi suka kalau kecantikan tu semulajadi.

Oh ye, lupa nak cakap, ini mungkin merupakan kali terakhir ai muncul dalam blog ni sebabnya ai sibuk dengan urusan bisnes ais kacang di Auckland. Almaklumlah ai ni dah makin tua, kenala cari duit lebih nak sara diri. Inipun ai tumpang bisnes dedi ai. Kalau yu all nak tolong ai secara kewangan, klik la Nuffnang tu banyak-banyak tapi ai tak paksa. Okaylah babai!

Love,
Qaseh Fentastika
23 tahun, bujang






Sesi mekap-mekap bersama Kak Fenny

Hai yu oll. Bertemu kita dalam sesi bermekap-mekap dengan kak Fenny. Yeah right, nama ai Fenny tau tapi nama betul ialah Qaseh Fentastika. I ni watak baru dalam blog ni sekalilah dengan abang ARC dengan koko semua tu. Harini ai nak ajar korang semua gaya mekap terhebat supaya korang nampak vogue macam ai. Sesiapa degil tak ikut cakap nanti ai sula dia dengan penyapu.

STEP 1
Yu all kena daftar akaun mekap-mekap dulu ya. Klik [sini]

STEP 2
Yu all kena upload gambar sendiri la pulak dalam website tu. Jangan upload gambar kucing ya, nanti kucing yang dapat sesi mekap-mekap dengan ai. Kalau ada gambar passport lagi bagus sebab gambar tu close-up muka.

STEP 3: MEKAP DIRI SENDIRI!!
Haa dalam ni banyak benda korang boleh buat. Boleh letak blusher, eye concealer, dan juga tak ketinggalan, jengjengjeng ubah stail rambut!!
 Amacam vogue kan? Yang first tu rambut Rihanna, yang 2nd tu rambut Zooey Deschannel aka Summer dalam cerita 500 days of summer.

KELEBIHAN WEBSITE NI

Sebelum anda gi salon, anda boleh try stail rambut yang berlainan dan padankan dengan muka tanpa perlu mengeluarkan 1 sen pun duit. Boleh try maskara, lipstik, lipgloss

KEBURUKAN WEBSITE NI
Untuk lelaki takde stail rambutnye, maka terciptalah si Qaseh Fentastika dalam blog ni. Sesiapa yang nak berkenalan dengan ai bolehlah sain borang disini ye [klik]






"GoodLuck" atau "All the Best"?

Maka pagi tadi tamatlah penyeksaan hidup yang terakhir untuk semester pertama di Victoria University of Wellington dengan tamatnya kertas terakhir yang aku ambil iaitu MATH132. Waktu yang diperuntukkan 3 jam tapi siapnya kurang sejam. Antara sebab yang membolehkan aku siap awal dengan yakinnya tu ialah:

1. Soalan lagi senang daripada SPM
Haha mane taknya, soalan pasal arith metic sequence, differentiation, binomial expression semua tu. Sape yang tak ambik kertas ni memang la kerugian sebabnya dapat markah free. Penting weh markah free untuk cover markah kertas lain.

2. Adanya ucapan GoodLuck dari rakan-rakan

Info ni diambil daripada sumber yang boleh dipercayai, dimana menunjukkan yang luck tu maksudnya nasib. Jadi persoalannya disini, adakah wajar kita mengucapkan "Goodluck" kepada rakan-rakan yang dah berhempas pulas membanting tulang, memerah otak, dan bertangisan dalam study semata-mata untuk menghadapi exam?

Hati comel aku mengatakan tidak.

Ya, aku tahu ada saja manusia yang tidak mengucapkan kata-kata tersebut dengan tujuan supaya si penerima mendapat "nasib" yang bagus dalam peperiksaan. Mungkin ayat sama tapi maksud lain, seperti yang diterangkan dalam entri Psikologi Bahasa: Signified dan Signifier. Tapi undang-undang tu tak boleh diamalkan sebabnya perkataan tersebut dah terang-terang bermaksud "nasib". Ibarat korang cakap dekat kawan korang

" Kalau kau nasib baik, dapatlah kau score tak kiralah study macam mana pun"

Kesianla dekat member tu. Penat dia study. Kalau betullah ayat goodluck tu betul-betul memberikan kesan, maka marilah kita ramai-ramai jangan study tak kira lah exam apa yang muncul sekalipun. Apa yang kita perlu buat hanyalah suruh kengkawan lain ucapkan "goodluck" dekat kita. Kalau kawan facebook seramai 2000 orang tu semua wish goodluck, tak ke tinggi 'luck' kita nanti. Ceh mengarut.

Alternatif untuk perkataan tersebut ialah "All the best". Ayat tu lebih bermaksud kepada "do your best", di samping dapat memberikan galakan motivasi kepada member kita yang mungkin dah penat study tu. Marilah kita amalkan perkataan "all the best" ni instead of "goodluck". Apa-apa pun, terima kasih kepada mereka yang telah mengucapkan goodluck untuk aku. Amat dihargai. Jangan marah ye.

P/S: Apa perkataan Bahasa Malaysia yang sesuai untuk gantikan goodluck? Selalu sangat orang Melayu guna "goodluck"






Pencinta Kepala Babi - Teri Gender Bender

Aih aku pun tak fahamla muzik zaman sekarang ni. Macam-macam yang budak-budak zaman sekarang buat untuk tarik perhatian. Walaupun peringkat remaja memang tahap untuk mencari identiti tapi janganla korang jadi macam beruk kat atas ni. Beruk ni nama dia Teri Gender Bender dari kumpulan Le Butcherettes.

Ape kes la dia ni pergi pegang kepala babi tu. Aku tengok bangkai babi tu pun aku tak larat dah apatah lagi nak ngada-ngada pegang. Dia siap boleh nak jilat pulak tu. Aiyoo baikla pergi jilat aiskrim Cornetto Tira-Miss-You barula seksi sikit. Aku yakin babi tu pun tamau diri dia dijilat.

Oh ye, kalau korang pergi profile Myspace dia, try la dengar lagu yang membolehkan dia masuk majalah yang aku scan gambar ni. Setakat ni aku dengar 3 lagu, semuanya ayat carut je yang jelas. Ape pasal ntah buat lagu haramjadah macamtu? Ramai pulak tu fans dia. haih pelik betul remaja zaman sekarang. Eh, aku? Aku baru 11 tahun belum remaja lagi kot?






Tutorial Kotak Komen Facebook di Blogger

Screenshot ni diambil dari sebuah lagi blog yang aku moderate di New Zealand. Apa yang aku nak sampaikan ialah pengunjung blog anda kini boleh meninggalkan komen dengan menggunakan akaun facebook. Caranya:

STEP 1: MASUK EDIT HTML & TICK EXPAND WIDGET BOX

Tengok betul-betul anak panah tu!! Selalunya coding korang tak jadi sebab tak tanda kotak tu. Aku sula nanti baru tahu.

STEP 2 : CARI CODE INI







<div class='post-footer'> 


STEP 3 : DIBAWAHNYA, PASTE CODE INI












<b:if cond='data:blog.url != data:blog.homepageUrl'> 
<div id='fb-root'></div> 
<script>
window.fbAsyncInit = function() {
FB.init({appId: '129009223788415', status: true, cookie: true,
xfbml: true});
};
(function() {
var e = document.createElement('script'); e.async = true;
e.src = document.location.protocol +
'//connect.facebook.net/en_US/all.js';
e.async = true;
document.getElementById('fb-root').appendChild(e);
}());
</script>
<fb:comments></fb:comments>
</b:if> 



STEP 4: KLIK SAVE LA!
Rasanya memang takde error dalam tutorial kali ni. Pastikan korang buat betul-betul!! Kalau korang buat salah aku pun tak reti nak repair tang mane sebab aku bukannye reti pasal coding moding semua ni.

---------------------------------
KELEBIHANNYA INSTALL MENATANG NI:

 Credits kepada Irrahajerah untuk testing hehe

FEED AKAN MUNCUl DI HOMEPAGE!!
Feed tersebut akan publish nama entry dan juga nama blog anda. Kalau friendlist anda ada 2000 orang, tak ke sebahagian mereka akan stalk link yang anda pamerkan tu? Bagus juga kan dalam facebook ada stalker?
Trafik naik baekkk punya

NON-BLOGGER BOLEH KOMEN
Biasanya pengunjung akan baca tapi tak komen jadi dengan adanya menatang ni, tak payahlah diorang tergedik-gedik nak create account google. Ada facebook aje dah buleh.

KEBURUKANNYA INSTALL MENATANG NI:
PRIVASI
Kalau anda ni jenis yang pentingkan privasi, maka benda ni tak sesuai untuk anda. Sebab dia akan link-kan ke page anda. Manela tau ade sex hunter add korang daripada benda ni kan? Habislah keselamatan gadis-gadis dalam facebook aku

EMAIL NOTIFICATION TAKDE
Biasanya kalau guna comment form Blogger, dia akan hantar ke email (kena set dahulu) tapi kalau guna menatang ni, tak de pun dia hantar apape. Dan bilangan komen takkan muncul di entry

Amaran: KOmen takkan muncul di homepage. Hanya di permalink
---------------------------------
Oleh yang demikian, aku letak aje dua-dua dekat blog aku ni hahaha. Tamak betul. Kalau anda nak buang comment box blogger, sila tandakan kotak hide comment box pada setting.
P/S: Sesiapa yang nak buat tutorial ni balik sila backlink betul-betul kat aku! Tutorial butang like yang lepas tu semua cedok kat sini tapi orang lain yang dapat credit. Grrr