Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Masuk bakul angkat sendiri

Aku cukup malas nak update blog (dan blogwalking) disebabkan terlalu busy melayan hidup yang banyak benda baru ni. Itu tidaklah termasuk jadual yang dah meningkat ke 15 jam seminggu ditambah pulak dengan assignment yang masih belum bersentuh. Tapi takpe, aku update jugak blog sebab benci pulak tengok seminggu kosong aje kalendar kat tepi tu.

Okay kali ni kita nak tinjau pendapat korang dekat bahagian komen tentang beberapa usul yang aku rasa agak cool kalau facebook buat. Antaranya:

PERBAHARUI NEWS FEED DI HOMEPAGE FACEBOOK
Aku cukup suka kalau facebook publish ayat macam ni
dimana ia menunjukkan yang aku upload gambar aku sendiri, lepastu aku like dekat gambar sendiri, dan like tu disertakan dengan komen-komen yang memuji diri sendiri hensem etc wadafak. Kalau ade orang lain yang turut komen dan puji takpe jugak. Ni aku sorang je yang buat, nampak sangatlah macam desperate nak suruh orang puji gambar tu kan?

BUTANG LIKE I CARE?
Yang ni paling best kalau ada kat facebook. Buat apa letak butang like? Aku tak rasa macam ada banyak kegunaan pun kalau letak butang LIKE dekat photo dan lebih-lebih lagi dekat komen. Kadang-kadang aku like pun sebab as an act of courtesy je. Lebih baik lagi kalau ada butang LIKE I CARE? atau bahasa Malaysianya, ADA AKU KISAH? Sebab status-status dekat Facebook ni kadang-kadang menyampah jugak kita membacanye ye tak? Status aku tak terkecuali juga. Kalaulah butang LIKE I CARE tu ada, mesti akan jadi macamni.
Haha sungguh senang hati aku kalau Facebook buat macam ni. Barulah ada kick bila main facebook. Selain butang LIKE I CARE, butang tu boleh jugak diberi nama seperti butang  I don't give a damn, I loathe you, Noob!, dan macam-macam lagilah

Terima kasih kepada cik Athirah Ibrahim METCAM METCAM kerana sudi menjadi fan tetap saya. Kalau aku post apape pasal Paramore ke, The Hush Sound ke, ape-ape jelah, mesti dia yang like dulu :)
Ok nak buat assignment. Bye.






Kenapa saya bayar NZD14 untuk tidur

Kadang-kadang aku pelik kenapa orang bayar untuk sesuatu yang sangat diorang tak perlukan dalam hidup ni. Masa kecik-kecik dulu aku yakin kita sebagai budak-budak yang jahil dan kurang berilmu ni sentiasa tertarik nak beli kotak mainan macam DingDang, Tora, takpun JoJo especially kat pasar malam.


Bodohnya aku zaman budak-budak dulu sampaikan sanggup melalak kat pasar malam suruh mak belikan. Kadang-kadang terpaksa la mak belikan jugak walaupun niat asalnya hanya nak beli apam balik dan jagung bakar.

Tidur secara logiknya ialah keperluan manusia yang asas. Kalau tak tidur, maka kau ialah seorang robot (betul ke penjodoh bilangan tu?). Tapi malam sabtu yang lepas, entah datang dari mana idea ni, aku pergi ke Reading Cinema sekali lagi untuk tengok satu cerita yang aku sendiri pun tak percaya aku pergi tengok.

Kalau tak tahu ni movie apa sila bunuh diri sekarang juga. kalau nak tahu harga tiket menatang alah ni ialah NZD15, dimana hampir bersamaan RM30. 30 minit cerita bermula aku dah mula rasa mengantuk, terhuyung-hayang dan jugak rasa nak tercirit. Disebabkan tak tahan azab sakit perut dan jugak aroma bom yang dilepaskan dalam panggung tu, cepat-cepat aku berhijrah ke dalam tandas. Duduk lama-lama pun bukan ade faedah.

Dengan tersenyum lebar dalam jamban tu, aku merasa lega. Lepastu aku merayau-rayau ke cinema set lain kot-kot ada cerita best tengah tayang bolela layan sekaki. Bukan ade orang jaga pun. Tapi aku terlupa barang-barang aku tertinggal kat Twilight tadi so terpaksa balik. Duduk je dekat seat, aku dah start tersengguk-sengguk balik. Maka tangan kanan letak bawah dagu, kaki pulak angkat naik atas seat depan, maka tidurlah aku.

Tiba-tiba dengar bunyik berdentum. Aku pun bangunlah lepastu nampak Vampire random yang mane ntah kena gigit dengan random Wolf. Buat apa aku ambik kisah? Bukan dapat duit pun. Agak seronok part lawan dia sebab ada adegan gigit menggigit dan libas-melibas. Lagi best kalau ada pistol laser dan Kamehameha.

Lepas part lawan tu tiba-tiba dunia aku gelap balik. Sedar-sedar je Bella dengan Edward tengah duduk kat taman sekodeng celah bedah mane ntah, tengah merepek-repek dan aku tertido balik. Tapi tak sempat nak tido, cerita tu dah habis. Member aku cakap, semua ending twilight memang macamtu dan aku pun "Ohhh".
Balik dari wayang, aku bukak facebook dan ....

Dalam facebook aku, ada senarai Hall of Fame dan Hall of Lame. So, agak-agak Eclipse masuk mane?
BTW, kesimpulannya ialah, aku bayar NZD14 hanya untuk tidur masa movie tu. Best gila Eclipse!!






Tindakan tanpa tujuan

Lama sudah tak memaki hamun dalam blog dan agak terasa rindu nak berbuat demikian. tapi kalau ada satu benda yang aku belajar daripada blog orang lain ialah, kalau kau mencarut-carut dalam blog atau dimana-mana saja dengan apa-apa tujuan, nampak sangat  tiada adab yang diajar sejak kecil.

Pernah satu ketika aku terima friend request facebook daripada seorang Hamba Allah yang takde letak profile photo (dia letak kartun), takde mutual friends, dan jugak tiada intro whatsoever. Aku tak tahulah kalau korang ni jenis main approve je tapi bagi aku, mengetahui siapa yang add ialah satu kewajipan sebab aku tak mahu page aku dipenuhi dengan link-link Multilevel Marketing yang bodoh lagi menyesatkan.

Maka dengan penuh bermurah hati aku akan biasanya send message kat orang tu atas sebab apakah dia add aku. Kita pernah kenal ke etc ataupun dia seorang blogger yang ingin menambah jaringan blog ape-apelah. Tapi kalau dah jawapannya: "Ala bro, saje-saje add buat tambah kenalan takkann tak boleh?" Maka dengan itu, friend request tersebut akan menerima Ignore dari aku yang kera sumbang ni. Tentunya budak yang add aku tu ada akaun friendster dan myspace kan?

Lantaklah orang nak kata aku sombong ke ape tapi buat apa add orang kalau tak kenal, dan lagi teruk, kalau tiada niat pun untuk mengenali orang yang kita add tu. Add orang hanya sekadar nak tunjuk dia banyak kawan. Kononlah kan banyak kawan padahal bersua pun tak pernah. So, sesiapa yang buat kerja amcamni, hentikanlah sebab takde faedah pun.

P/S: Amat busy sehinggakan aku terpaksa curi-curi masa untuk blog.






Soalan yang kalau orang tanya, aku nak bagi penerajang

Semua orang ada soalan yang tak suka kalau orang tanya. Most probably berkaitan dengan peribadi tapi soalan yang aku tak suka orang tanya ialah bersifat separa peribadi. Tapi kalau setakat tanya aje mungkin aku akan menjawab dengan baik serta berhemah, melainkan kalau orang tu gelak, atau buat senyuman sinis, memang ringanlah kaki untuk bagi penerajang barang sedas dua

Soalannya berbunyi:
"arc ko ade lesen kete kan? Hah, apsal takdee?
Wahai manusia, andainya aku tengah depress time tu, maka dengan tanpa syak wasangka anda akan dihadiahi penerajang percuma satu.

Sesetengah manusia memang bersifat macam tu. Macam budak-budak dalam teori BF Skinner, egocentric. Korang taulah perangai budak-budak macam mana. Bersifat egosentrik bermakna seseorang tu menganggap semua orang pernah mengalami benda yang diorang lalui, dan ada apa yang mereka ada.

Tepat seminggu aku habis SPM, aku kerja di hotel sebagai receptionist. Bukan seperti majoriti mamalia lain yang hanya tahu menketedarah duit mak bapak diorang. Masa tu aku kalau nak tengok wayang, memang guna duit gaji sendiri, walaupun aku tengok wayang sorang-sorang akibat ketiadaan teman yang bisa digelar aweks. Even henset kat tangan aku ni pun aku guna duit gaji kerja aku. Korang apa tau? Mak bapak korang kaya lain la cerita. Mak bapak aku kurang kaya tapi kami selalu je makan roti kaya.

Tapi soalan berbangkit akan muncul seperti:
Hari cuti kan boleh buat lesen? Kate kerja so mesti duit kau cukup.
SPM umur 17. Sekarang umur kau 21. Takkan takde masa free langsung nak buat lesen?
Sekali lagi, egosentrik. Juvenile. Aku ni dulu kerja syif malam.Setiap hari kerja 12jam (overtime) dan kalau hari cuti tu, kiranya macam tak cuti je lah sebab yang cutinya waktu malam. Lepas SPM kerja, then masuk Kolej, then kerja, then Preparation Program, then kerja, dan akhir sekali, di New Zealand sekarang ni.

Dan ketahuilah wahai manusia bahawa sesungguhnya aku diberitahu yang JPJ hanya boleh buat test pada hari tertentu je dalam seminggu. Tak ke merepek tu? Patutnya buat la weekend barula manusia busy macam aku ni berpeluang ada lesen memandu dan tak lagi dipandang sinis oleh makhluk-makhluk yang ada lesen P tu.

Eleh duit lesen sedut duit mak bapak bole la nak berlagak dengan aku. At least aku ada la jugak motor full dengan L kereta. Masa je tak mengizinkan. Moralnya cerita ni jangan berperangai macam budak-budak.






Ini ialah jadual sekolah saya

Ini ialah jadual untuk semester 2 yang bakal berakhir bulan 11 ni. Ini baru jadual kuliah dengan tutorial dan tidak termasuk help session untuk Statistic , dan Discrete Logic Mathematics sebab 2 tu ialah kelas tutorial yang optional. Yang berwarna merah dalam gambar di atas ialah wajib.

Dan belum lagi aku komplen kat korang yang PSYC122 dan PSYC235 aku akan ada 3 assignments dan 3 exams. STAT193 dan MAT161 pulak ialah subjek dari School of Math dimana wajiblah ada weekly assignments yang wajib dihantar supaya pass subjek tersebut. Dua-dua tu ada 3 exam juge.

So, pointnya disini, semua dalam jadual aku tu ialah subjek Sains. Ada sesiapa boleh bagi hujah bernas kenapa 1 subjek sains aku bersamaan hanya 15 points? Kenapa ada subjek lain yang boleh dapat 20 points?
Ni kalau aku tak update blog korang faham-faham la ye.






Paedophilia - Lelaki Ramai Buat, Perempuan Ramai Sokong

Beberapa hari lepas aku post dekat facebook something pasal paedophilia dan ada antara pembaca status tersebut yang tak tahu apakah itu paedophilia. Entry kali ni akan cerita serba sedikit tentang paedophilia dan kebenaran bahawa ramai wanita menyokong gerakan tersebut.


Menurut auntie wiki, paedophilia ialah suatu psychiatric disorder pada orang dewasa ataupun yang hujung-hujung remaja tu, yang mempunyai minat seksual terhadap budak-budak. Ia juga merupakan 1 fakta di mana kebanyakan pedophiles ialah lelaki, tapi kenapa ramai perempuan yang menyokong aktiviti tak sihat ni?

Allahyarham Mikail Jackson pernah dikaitkan dengan spekulasi pasal benda ni. Mesti korang pernah dengar pasal gosip seks tak sihat MJ kan? Lainlah kalau korang duduk dalam gua memang haruslah tak pernah dengar berita tersebut. Tapi, sah-sah lah benda ni tak sihat, kenapa ramai wanita sokong?

Inilah sebabnya. Korang kalau tak tahu novel yang dibawak menjadi movie ni pasal apa, ianya ialah berkenaan cinta dan kasih sayang romantis-romantis antara vampire yang berumur ribuan tahun dengan sorang student berumur belasan tahun. Dah tu, siap tukar awek tu jadi vampire la pulak kan. Tak payah pergi sekolah dah lepas tu. Hidup dalam cinta aje. Cukup ke?

Kalau dapat anak (katakan namanya John), dan anak tu pergi sekolah, dialog ni mesti terjadik:
Cikgu: John, mak bapak awak kerja apa?
John: Mak bapak saya vampire, cikgu
Dan satu kelas akan gelakkan budak tu dan dia akan jadi low self -esteem sampailah ke tua. Eh dia vampire, mane boleh tua?

Walaupun Datuk K yang tua tu kahwin dengan Siti Nurhaliza yang cun melecun, bergetah solid wow mow dan beza umur diorang agak ketara (ke?) tapi itu bukanlah pedophilia. Sebab beza umur diorang tak menunjukkan minat seorang pakcik terhadap budak bawah umur pun.

Tapi kalau bab Robert Pattison yang berumur 1000+ ni dengan cik awek dia yang berumur belasan tahun, memanglah merepek. Nak aku buatkan math untuk korang? 1000-17= 983 tahun bezanya umur diorang, at least. Ini ialah ibarat korang pergi bercinta dengan Alexander Graham Bell (kalau hidup lagi), malah lebih teruk.

Dalam majalah Salient, majalah weekly VUW yang free, ada soalan ni dia tanya kat student. " Twilight, ialah tarikan seksual terhadap mayat, ataupun cerita romantis sebenar?"
Answer: I'll plead that the main issue in this story is pedophilia
-Naomi, 18









Hari pertama sekolah

Semalam merupakan hari pertama bermulanya semester 2 untuk pelajar Victoria University of Wellington, New Zealand. Walaupun ramai yang cakap dekat facebook takmo g klas etc, tapi syukur semua datang walaupun ada antaranya hangat-hangat tahik ayam

So secara keseluruhannya semalam ialah hari bereksperimen dengan courses yang ditawarkan, untuk tengok mana yang boleh bawak dan mana yang agak-agak pening tahap dewa. STAT193 (statistic) ialah satu subjek yang boleh membuatkan pelajarnye tido sambil berdengkur pada tahap yang menjengkelkan.

Habis aje kelas, dalam pukul 5pm macamtu, pegi pulak kedai buku. Tau buku teks kat atas ni berapa harga dia? NZD154.50 dan benda ni ialah mandatory textbook, walaupun takkan guna banyak. Dalam duit Malaysia, harganya 350.73, cukup  untuk beli PS2.

So, semester 2 ni aku akan ambik subjek STAT193,PSYC122 (Intro to Psychology 2), MAT161 (Discrete Mathematics and Logic), dan PSYC235 (Abnormal Psychology) . Disebabkan semua tu subjek sains, maka setiap 1 subjek hanya dapat 15 credit hour.

Hidup ni sangat tak adil. Sains weh, kenapa 15 point je? Apa yang membuatkan subjek lain tu dapat 20 point? Bukannya sains ni senang pun.






BERSATU Auckland 2010: Rewind

Perjalanan ke Auckland kalau naik kereta ialah dalam 10jam, kalau naik bas dari Wellington pulak 12jam. Walaupun perjalanan tu agak menyeksakan lebih-lebih lagi kalau 'tangki' cecair dan pepejal korang penuh dan mintak dikosongkan, tapi ada hikmahnya: Dapat tengok view yang cantik seperti Mt. Ruapehu ni.

Cantik kan? Kalau nak maen ski kat situ la tempatnya. Aku sepatutnya hari ni nak pegi main ski tapi tiba-tiba terasa malas pulak. Duit pun dah habis beratus-ratus pergi Auckland, lagi mau main ski ka?

Ni pulak ialah gambar dinner malam terakhir kami kat sana. Pakai jelah apa yang ada john. Tu pun buat cukup syarat je. Kalau ikut kepala memang aku pakai t-shirt oren WMSO je. Disebabkan cerita terlalu panjang maka aku buat daripada latest to oldest je la ye. Itula sebab kenapa start dengan closing dinner.

Mula-mula kami duduk memang seronok tengok Ferrero Rocher dua das atas meja dengan air oren yang walaupun tak fresh, bolehla buat minum. Bila time makan, kena pulak stail buffet, memang panas je la hati menunggu sebab meja kami lambat gila dapat turn ambik makanan. Orang lain dah habis makan barula kami terkedek-kedek nak ambik makanan.

Bila bosan tahap cipan, mulala berperangai macam cipan sikit. Gigit garfu, laga-lagakan garfu dengan pisau, isi jus oren ke dalam kotak guna straw, dan lain-lain lagi termasuklah mencaci MC yang bercita-cita nak masuk Raja Lawak.
Bila dapat makanan pulak, bolehla tahan sebab kami memang aasimpan perut untuk menjadi kebulur di malam hari. Tapi kalau letak KFC dengan dinner malam tu, aku akan ambik KFC.

Yang paling tak leh blah, dessert lemon+cheesecake. Aku rasa sekali je terus trauma takmau sentuh dah menatang tu. Rasa macam gigit selipar. Overall dinner tu just nice la. Persembahan tu aku rase takde pun takde pun takpe, dan MC cari orang yang betul-betul boleh bawak majlis dan tak bercita-cita untuk masuk Raja Lawak.

Sekian, laporan dari Wellington untuk hari ke4






Aroha Nui Te Whanga-nui-a-Tara, Kia Ora Auckland

Bos, saya amat-amat sedih la bos buat saya camni. Sampai hati bos ye. Kalau dulu tiap-tiap kali nak tido bos peluk saya, cubit-cubit saya tapi sekarang ni nak tengok muka bos kat rumah pun susah. Saya taula bos ni memang tak rajin balik ke rumah. Itupun seminggu sekali je balik basuh baju. Tapi yang paling saya sedih, bos tak ajak pun saya pergi Auckland untuk game BERSATU 2010.

Saya fahamla bos, game BERSATU tu untuk student Malaysia yang belajar kat New Zealand je yang boleh join. Saya sedarla saya ni harimau je tak sehebat manusia macam bos. Tapi saya yakinla kalau saya main ragbi, sah-sah semua orang kalah dengan saya. Cuba bos bayangkan harimau main ragbi. Tapi bos lagi suka main frisbee kan? Semoga berjaya bos.

Tadi saya dah cuba nyuruk dalam beg luggage bos tapi bos jumpa la pulak. Spoil la bos ni. Saya nak ikut la bos! Ingat best ke duduk sorang-sorang? Boring tau tak boring!! Bos cakap taun depan bos bawak saya tapi haritu masa bos pergi kem, bos cakap macam ni jugak. Tercalar la hati saya. Takpela bos, sebagai seekor harimau saya fahamla kereta yang nak drive sepanjang 10jam ke Auckland dari Wellington tu memang tak muat.

Kalau Kak Fenny ada mesti dia main netball kan? Tapi saya tak rasa dia akan main netball pun sebab dia bizi dengan perniagaan ais kacang dia kat Auckland tu.
Bos, saya harap bos akan selamat pergi dan selamat pulang ke Wellington ni. Bukan apa bos, hidup ni malang tak berbau. Saya nak suruh bos hati-hati aje kat tempat orang nun. Saya mendoakan team bos dan WMSO dapat menang dengan hebatnya. Kalau team boss kena 'ayam', bawakla balik ayam tu untuk saya makan. Saya kan rimau.

Kalau lepas 2 minggu blog ni masih tak berupdate, bos cakap suruh buat solat jenazah ghaib untuk dia. Time tu muka bos serius gila tapi saya tak taula bos memain ke tak sebab bos ni sarkastik terlebih. Tapi saya rasa bos serius time tu. Tapi bos, kan saya rimau. Mane boleh smayang jenazah.

Saya akan tetap menunggu kepulangan bos kat atas lampu meja belajar ni sebab saya kan rimau peliharaan bos yang hensem lagi baik. Tanpa bos siapalah saya. Saya akan tetap menunggumu bos. Bos kalau ada internet kat Auckland sana tu jangan lupa update ye!!

Sekian,
Koko si Rimau Hensem

P/S: Maksud tajuk entry kali ni ialah Goodbye Wellington, Hello Auckland. Bahasa Maori tu. Te Whanga-nui-a-Tara ialah bahasa Maori untuk Wellington. Tempat ni asalnya tanah diorang tapi dijajah oleh European






Beberapa Perubahan Facebook

Hari-hari online facebook tapi korang perasan tak apa yang dia improve? Ada benda yang dia tukar dan menyakitkan hati lebih-lebih lagu untuk pengguna berukband yang superslow. Kat rumah aku di Malaysia sana tu guna Celcom Berukband. Haramjadah slow gila sampai membuatkan aku curik wi-fi jiran.


PERUBAHAN 1: LINK NAMA KELUAR GAMBAR
Cuba tengok aku hover mouse dekat muka member kat homepage, terus keluar 1 kotak kecik yang bagi besar sikit nama dia dan jugak mutual friends kami. Apa yang bagusnya entah buat benda ni aku pun tak faham. Kalau takde tak efek apapepun sebenarnya.


PERUBAHAN 2: DIRECT MP3 PLAYER
Kalau korang post apa-apa yang ada extension .mp3 kat facebook, secara automatiknya akan ada music player yang keluar dan korang boleh klik 'Play' untuk memainkan lagu tu.



PERUBAHAN 3: ANIMATED PICTURE
Ok dalam blog ni, lepas aku buat screenshot memang gambar ni xbergerak. tapi kalau tengok di wall, memang gambar tu bergerak. Dulu mane bole buat camni? Walaubagaimanapun, tadi aku try .mp4, direct video player masih belum ada.



PERUBAHAN 4: LIKE COMMENT
Haa yang ni agak best sebab korang boleh like komen-komen yang member bagi. Bukan like dekat tuan punya status/link aje, dekat pengomen pun boleh.



PERUBAHAN 5: PRIORITI HOMEPAGE
Kalau dulu, (2 bulan lepas), manala ada atas tu letak event. buat semak mata je. Gua taula jumaat ni kene naik kereta pegi Auckland. Friends request tu haa penting kot apsal letak bawah? Kang orang kata sombong pulak. Dulu ade Friend Suggestion saja, skang ade recommended pages la pulak. Semak tau tak? Semak. Dahla page kurang bijak (bahasa kasar: bodoh) yang dia letak situ. Korang dapat apa kalau jantina korang dapat capai sejuta fans? Tak kira la lelaki ke perempuan.

Itu aje yang aku teringat. Ada lagi ke? Mesti ada antara ni yang korang tak perasan kan? 7Memang susah nak perasan melainkan korang 24/7 mengadap facebook
P/S: Header comel atas tu sementara je tu. Gila girly ah. Kak Fenny yang buatkan :P