Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Selamat Hari Kemerdekaan ke 53 Malaysia

Tanggal 31 Ogos 1957 negara kita telah mencapai tarikh kemerdekaan atas usaha pejuang-pejuang tanah air yang dah banyak berkorban. Ada orang cakap, Happy Birthday malaysia tapi aku tak rasa itu kesnya disini sebab kalau nak diikutkan, tarikh lahir Malaysia ialah pada 16 September 1963. maka rakan-rakan sekalian, mari kita stick dengan Hari Kemerdekaan. Tidak perlu mengubah terma tersebut kepada ayat fancy yang boleh mengubah maksudnya. OK?

Pengisian lebih susah daripada Perjuangan
Setiap kali terlancarnya apa-apa yang berkaitan Merdeka, tidak terlepas ayat ini daripada pemikiran aku. Kadang-kadang memikirkan logik ayat ini, kadang-kadang memikirkan kewajaran ia dinyatakan oleh bekas Perdana Menteri kita yang aku tak ingat siapa. Mungkin ada 2 atau 3 daripada mereka yang menyebut. Perjuangan mengikut pendapat aku terbahagi kepada 2 jenis, yakni fizikal dan mental. Tahukah anda berapa ramai yang dibunuh semasa pembinaan kota A Famosa? dan tahukah anda bahan-bahan pembinaan kota terbabit? Ya, rumah-rumah penduduk asal yang telah dibakar, diroboh dan dibunuh; dan anda semua tersenyum riang di dalam gambar meriam kota A Famosa. (Wapedia)

Perjuangan dari mental pula ialah seperti rundingan Kemerdekaan yang disertai oleh Allahyarham tunku Abdul Rahman ke London pada suatu ketika dahulu. kalau ikutkan pemikiran rakyat yang malas, siapa sanggup pergi ke London semata-mata untuk kemerdekaan yang diri sendiri pun tak dapat nak nikmati untuk jangka masa yang panjang. tapi mujurlah Allahyarham tak berfikiran sebagai aku, dia berjuang demi anak bangsa, untuk kita semua.

Apa yang nak diisi?
Untuk memajukan sesebuah negara itu, pertama sekali rakyat haruslah maju dari segi minda dan perwatakannya. Kalau rakyat duduk 24 jam depan laptop tengok blue sambil hisap rokok kretek, takde majunya macam tu. Bising sana sini pasal anti yahudi dan anti Indonesia macam-macamlah tapi hakikatnya rokok tu lah yang selalu mencium bibir anda. Tapi kalau anda genius dan menghisap rokok lapan ratus batang sehari, tak taulah apa lagi yang saya, si blogger picisan lagi cetek ilmunya ni, nak cakap lagi. Internet, mestilah digunakan dengan sebaik mungkin. Seharusnya (sewajibnya) internet digunakan 100% untuk kebaikan. Apa yang anda tak mahu cakap dekat nenek anda secara depan-depan janganlah diletakkan dalam internet. Kalau kita boleh behave depan nenek kita, kenapa tak kita behave dalam alam maya?

Penguasaan Bahasa Inggeris sebagai langkah utama
Bahasa Inggeris bukanlah susah sangat untuk dipelajari. Kalau anda boleh menyanyi lagu Celine Dion tanpa tergagap-gagap, maka anda mempunyai potensi hebat untuk belajar bahasa ini. Ada beberapa pendapat mengatakan mempelajari Bahasa Inggeris merupakan suatu pengkhianatan terhadap adat dan negara. Ayat yang sesuai untuk pendapat ini ialah bodo piang. Kononnya PPSMI tak bagus untuk pencapaian akademik dan merupakan kejutan terhadap arena pendidikan. Cikgu-cikgu sekalian, kalau anda berfikiran begitu, tentulah murid anda mengikut sama. Untuk artikel tentang PPSMI, rujuk Zaidel.

Fungsi English secara kasar pada remaja
Bangsaku, lihatlah dimana-mana, dinding pejalan kaki, mahupun di dinding (wall) facebook, bagaimana bahasa Inggeris digunakan. Tanpa kita sedari, bangsa kita ni hanya bagus dalam English untuk beberapa perkataan sahaja. Antara perkataan tersebut ialah fuck, bitch, motherfucker dan lain-lain lagi. Mungkin mereka ingin buktikan kepada dunia bahawa kita juga menguasai bahasa Inggeris lalu meletakkan Malaysia sama taraf dengan Amerika. Siapa yang ajar ideologi sesat ni?

Pada zaman Empayar Melaka dulu, bahasa Melayu merupakan lingua franca. Pernah anda terfikir bagaimana pedagang Arab dan Eropah serta China mempelajari bahasa kita. Ada anda pernah membaca catatan sejarah mereka menconteng dinding istana Melaka dengan perkataan carutan Melayu pada ketika itu? Tidak kan? Dengan berkat kesungguhan mereka pada zaman itulah yang mereka begitu maju dalam perdagangan sekarang ni. Kita apa ada? Kita ada Manglish.

Kesimpulannya, marilah kita semua meninggalkan amalan buruk yang hampir bersebati dengan diri kita ni. Tak kemana pun amalan buruk tu nak bawak kita. Sempena bulan ramadhan ni jugaklah peluang kita untuk memperbaiki diri dan juga berpesan-pesan kepada kebenaran dan berpesan-pesan kepada kesabaran (Al-Asr)






Halal ka Haram ka? Chut Hei.

Pagi-pagi lepas sahur bukak facebook sebagai rutin harian. Tapi memanglah tak patutnya facebook bukak hari-hari kalau 'The Holy Book' Quran tak pernah nak bukak sekali sehari. Sesungguhnya bukak Quran sekali sehari, aku rasa pahalanya lebih banyak daripada korang bukak facebook dan baca nota-nota dan link bajet Islami - sebab bukan semuanya betul. Banyak di antaranya daif dan tiada bukti kukuh serta at least, link yang boleh dibuat rujukan. Link disini bukanlah bermaksud link blog, tapi something macam website kerajaan atau seumpama dengannya.

Bezanya website kerajaan/ badan keIslaman/ portal rasmi dengan blog (walaupun dotcom), nota facebook dll ialah yang rasmi lebih reliable dan mempunyai sumber rujukan. Selain tu, ia juga dipantau oleh badan-badan tertentu dan bukan ditulis ikut sedap rasa ataupun diambil daripada email strings.  Email string ialah dalam erti kata lainnya, surat berantai yang ditulis oleh Pak Mat mana ntah. Contohnya nota dibawah. Sila klik untuk pembacaan yang sihat.

Berkenaan Isu halal haram ni aku rasa aku dah baca tahun lepas. Terima kasih lah dekat YahooMail sebab spam protection dia tahap tenuk. Kalau tenuk reti buat sistem email, aku rasa lagi bagus dari ni.
Disebabkan memang sifat sejati aku penuh dengan keraguan, maka aku mesej pemilik nota tersebut untuk mengesahkan perkara terbabit. Pergh ayat macam berita dah. Dan perbualan 4 string messages berlaku seperti dibawah.

Disebabkan mesej sudah lama tak berbalas, dan jam aku menunjukkan 7.33am waktu Wellington New Zealand, maka aku berpendapat dia tak boleh jawab soalan tu. Kesangsian melampau menyebabkan aku terjah website JAKIM: Portal Halal untuk mensahihkan nota tu. Ataupun bagi mereka yang kenal aku; untuk membuktikan nota tu email strings sebagai tujuan utama. Dalam nota ada disebut sesuatu pasal Burger King dan inilah maklumat diperoleh dari portal JAKIM: Halal je beb, makanlah. Tapi ada sesetengahnya yang memang betul seperti Madam Kwan dan Auntie Anne's Pretzel. Yang tu tiada dalam senarai halal. Cumanya, McDonald pun sama tiada dalam senarai sedangkan ianya halal. Wallahualam. Kalau korang ada kemusykilan nak check halal haram bolehlah usha portal JAKIM yang aku bagi kat atas sane tu.

Portal JAKIM:
Pro: Ada senarai hadis harian, Al-Quran online beserta terjemahan
Con: Dibawah pilihan "Hubungi Kami" tiada link/email untuk bertanyakan soalan hatta di bahagian FAQ sekalipun. Maka susah untuk kami bertanya soalan. Diharap pihak berkuasa boleh update elok-elok.

Moralnya, kalau takde bukti kukuh jangan menggedik share sana sini. Sekian, terbantut entry fencing aku grr.






Bulan Puasa Tersebarnya Kemerepekan

Tiadalah topik lain kalau aku rajin update blog. Mesti ada kaitan dengan Kajian Facebook. Untuk mereka yang tak pernah baca episod 1 sampai 13, pandai-pandai mau carilah ye sebab kalau aku bagipun bukan korang baca sampai habis. Sebelum start merepek, masih tak terlewat rasanya nak ucapkan Selamat Berpuasa kepada seluruh umat Islam di dunia; yang agama lain kalau anda berpuasa, selamat berpuasa juga ya. Setiap agama ada amalan masing-masing.

Bulan Ramadhan ni seharusnya kita dekatkan diri dengan Allah, buat amalan pahala tu semua manala tau kot-kot esok lusa kita mampus, takpun kejap lagi tiba-tiba Monitor komputer meletup ke kan, sapelah tahu ketentuan Allah. Wallahualam. Tapi, walaupun dalam bulan mulia ni kita dituntut menyebarkan amalan, ramai gila kot menyebarkan benda pelik. Dari segi positifnya, orang kata menyampaikan apa yang pat Tapi dari segi buruknya (kalau ada) bodo piang main post aje. Eh berdosala kate orang bodoh, bukan bodoh bermaksud kurang cerdik, bodo ni bermaksud kurang cermat. Sebab apa kurang cermat? Sebab semua link yang member bagi, dia nak share kononnya dapat membangkitkan kesedaran dalam kalangan umat Islam.

1. Ngauman Dajal Malam Semalam
Apekehalnye la dajal nak mengaum bulan Ramadhan ni Kak Kiah oii. Email tu dari 2 tahun lepas lagi aku dah baca tapi takde la pulak TV3 keluarkan berita pasal gempa bumi kat Pahang? Lagi satu, apekes la saintis Rusia nak bagi korang maklumat tu? Daripada pelik ngan ngauman Dajal tu baik korang beli tiket 5 hengget, masuk zoo negara, dengar ghimau mengaum. Dapat jugak membantu industri negara.

2. Video Malaikat Turun
First time aku tengok video ni aku kata dalam hati "orang giloss aje yang percaya" sebabnya video tu dah sah-sah banyak angle. Tadi aku cuba buat guna Sony Vegas Pro 9.0 gila senang. Malaikat tu kan termasuk dalam perkara ghaib dan hanya boleh dilihat oleh orang tertentu yang dipilih oleh Allah (betulkan kalau salah), kenapalah berjuta-juta nampak video tu? Berjuta-jutalah yang terpilih ye tak?


3. Pokemon
Ni benda dari zaman aku kecik lagi ntah pak sapa la cakap Pokemon tu maksudnya Saya Yahudi dan macam-macam lagi. Aku tak tahulah kalau ada yang percaya benda ni. Pokemon tu kan singkatan kepada Pocket Monster, yang korang menggedik tukar-tukar nama jadi menghina Islam tu buat apa? Perkataan 'pocket' dengan 'monster' tu kan dah lama ada dalam kamus. Tiba-tiba digabung jadi maksud lain pulak? Pelik-pelik je lah bebudak ni.

4. Video romen
Yang ni memang betul-betul kasi kurang pahala puasa baekk punya. Tadi baru je aku tertengok video pengkid comolot kat sungai. Kalau anak aku macam tu memang aku dah pijak-pijak dulu, nasihat belakang kiralah. Tapi kalau pun korang nak share pendapat korang yang kurang senang hati dengan insiden tu, tak perlu lah share kot. Beberapa hari lepas aku pun dah tershare video budak sekolah mengepam awek dia. Apalah nak jadi budak sekarang ni. Berani betul ye tapi suruh duduk dalam hutan sorang-sorang takut la pulak.

Misi Gereja Vatican
Nih sama la dengan kes Dajal tu. Pikir dengan lutut pun boleh agak la cite ni kencing semata-mata. Paderi tu kan pangkat tinggi dan tahu semua rahsia Kristian, apekejadahnye die nak cerita semua tu kat jiran dia. kalau la makhluk tu jenis mulut tempayan, takdenye orang lantik dia jadi paderi besar. Dah la bagi details gila. Macam ni la, kalau korang boss syarikat KFC, ade ke korang nak cerita dekat jiran korang pasal modus operandi dan resipi korang? Mesti tak kan?

Ada otak fikirlah, jangan main share je benda ni semua. Korang jangan lah salah faham. Aku bukanlah tentera gereja ke ataupun aprentis Lady Gaga yang berunsurkan kegelapan. Aku menaip berdasarkan apa yang aku nampak dekat facebook. Kalau korang nak tau, yang ramai post benda-benda merepek ni ialah blogger. So, kalau korang terbaca entry ni, sila hentikan kegiatan merapu ni eh.






Bermadah mudah, Berbuat 'ketat'

Lama sangat tak update blog. Kalau tak pegi kerja, mesti busy tengok kartun dalam bilik berjam-jam, layan facebook dan macam-macam lagilah. Sempena bulan puasa ni marilah kita menyambung episod 4


Kita sebagai hamba Allah yang tak terlepas dari melakukan dosa ni, memang selalu sangat membuat kesilapan kalau orang takde nasihat kita. Sebagai umat Islam, kita tahu yang menutup aurat tu memang satu kewajipan, baik lelaki mahupun perempuan. Bagi mereka yang tak tahu, aurat lelaki ialah dari pusat ke lutut, tapi janganlah tutup pusat dan lutut saje, yang tengah tu jangan ditayang pulak.

Aurat perempuan pulak ialah semua anggotanya kecuali muka dan tapak tangan. Maka pesanannya disini, tudung Bienda tu memang sah-sah lah tak menepati sebab selain ketat, dia tayang leher dan telinga. Samalah dengan orang lelaki, kalau menutup pusat ke lutut sekalipun, janganlah pakai tights sebab nanti terbonjollah apa-apa yang tak patut dilihat. Perkara sama diaplikasikan kepada pemakaian legging oleh kaum wanita.

Harini, bukak facebook, tengok-tengok gambar ada yang gambar budak tak tutup aurat. Gambar kita yang sekarang memanglah tutup aurat. Tapi gambar profail dipamerkan pulak gambar masa kecik dulu, maka tahulah sekalian alam bahawa rambut anda rupanya macam mana, berapa tahik lalat anda ada. Tapi, berdosakah benda tu? Adakah sama hukumnya dengan membuka aurat? Kita tahu, masa kecik dulu dosa suma mak pak tanggung (maaf kalau silap) tapi kalau dah besar ni kita 'bukak' balik dosa yang lalu, siapa nak tanggung?

Satu soalan lagi, kalau kita tayang video orang tengah buat projek, dengan caption "Apalah nak jadi bebudak zaman sekarang ni" adakah kita mendapat dosa sama dengan orang yang sebarkan video blue?
Ada sesiapa boleh tolong jawabkan? Tolong.

P/S: Jangan suruh orang 'tepuk dada tanya iman'. kalau dah iman orang tu tak hebat mana, agak-agak hebat ke keputusan yang diambil? Ntah ape2 la korang ni






Bermadah mudah, Berbuat 'ketat'

Lama sangat tak update blog. Kalau tak pegi kerja, mesti busy tengok kartun dalam bilik berjam-jam, layan facebook dan macam-macam lagilah. Sempena bulan puasa ni marilah kita menyambung episod 4


Kita sebagai hamba Allah yang tak terlepas dari melakukan dosa ni, memang selalu sangat membuat kesilapan kalau orang takde nasihat kita. Sebagai umat Islam, kita tahu yang menutup aurat tu memang satu kewajipan, baik lelaki mahupun perempuan. Bagi mereka yang tak tahu, aurat lelaki ialah dari pusat ke lutut, tapi janganlah tutup pusat dan lutut saje, yang tengah tu jangan ditayang pulak.

Aurat perempuan pulak ialah semua anggotanya kecuali muka dan tapak tangan. Maka pesanannya disini, tudung Bienda tu memang sah-sah lah tak menepati sebab selain ketat, dia tayang leher dan telinga. Samalah dengan orang lelaki, kalau menutup pusat ke lutut sekalipun, janganlah pakai tights sebab nanti terbonjollah apa-apa yang tak patut dilihat. Perkara sama diaplikasikan kepada pemakaian legging oleh kaum wanita.

Harini, bukak facebook, tengok-tengok gambar ada yang gambar budak tak tutup aurat. Gambar kita yang sekarang memanglah tutup aurat. Tapi gambar profail dipamerkan pulak gambar masa kecik dulu, maka tahulah sekalian alam bahawa rambut anda rupanya macam mana, berapa tahik lalat anda ada. Tapi, berdosakah benda tu? Adakah sama hukumnya dengan membuka aurat? Kita tahu, masa kecik dulu dosa suma mak pak tanggung (maaf kalau silap) tapi kalau dah besar ni kita 'bukak' balik dosa yang lalu, siapa nak tanggung?

Satu soalan lagi, kalau kita tayang video orang tengah buat projek, dengan caption "Apalah nak jadi bebudak zaman sekarang ni" adakah kita mendapat dosa sama dengan orang yang sebarkan video blue?
Ada sesiapa boleh tolong jawabkan? Tolong.

P/S: Jangan suruh orang 'tepuk dada tanya iman'. kalau dah iman orang tu tak hebat mana, agak-agak hebat ke keputusan yang diambil? Ntah ape2 la korang ni






Misteri Kebab Sahur

Kat Wellington New Zealand ni kalau korang tengok tepi jalan tu memang takde de dia nak jual ayam percik ke, nasik goreng ke, jauh sekali kurma Yusof Taiyoob. Jadi kalau nak berbuka sedap-sedap kene le masak sendiri. Kalau malas masak sorang-sorang, kita buat majlis Iftar macam malam tadi so boleh makan kenyang-kenyang. Ape-apehal pun sila play lagu dulu
id="audioplayer1" type="application/x-shockwave-flash" width="290">
Gambar atas ni rasa meriah gila. Yang lelaki konon nak buat gaya KCB. Entah ape benda KCB tu aku tak tau so aku buat bodoh jela kat belakang tu.

Ni pulak gamba interception yang baekk punye dari Cik Neddy kite. Orang nak begambo dia tiba-tiba muncul kat depan lense. Macam magnet dah melekat depan lense haha.
Ape pun, malam tadi memang puas hati lah makan sampaikan tengah sembahyang terawih bole rasa makanan berpusing-pusing dalam perut. Walaupun kami takde ayam percik apa semua macam Malaysia, tapi kami ada 'adik-beradik'; dan jugak Nasik Paprik :)

Disebabkan tak rajin menangkap gambo makanan, tu haa ada cebisan gambar yang boleh dibuat bukti kami ada kebab malam tadi. Tapi kempunanlah aku sebabnya malam tadi tak larat dah nak sumbat daging dalam perut. Banyak kebab tu dan ramai yang dah full, so benda tu tak habis. Jadi aku pun pegi dapur ambik plastik, isi 3 popia, dengan 4 kebab untuk buat sahur

Tapi anehnya bangun pagi ni niat nak sahur makan kebab la kan. Tengok-tengok dalam plastik ada garfu je. Entah zaman celah mana ntah aku ambik garfu. Bikin panas pagi-pagi je.






Sehari Seringgit, Sebulan RM30

Janganlah tipu kalau korang tak faham ap yang aku cuba nak sampaikan ni nak-nak pulak topik ni memang kena pada bulannya. Bulan Ramdhan dimana ramai mamalia yang amat susah nak menahan aroma makanan dan minuman. itu belum lagi termasuk aroma rokok dan aroma awek-awek bimbo berperfumekan Chanelle.


Mungkin disebabkan "upah" yang mak pak kita selalu buat masa kecik-kecik ni, atau bahasa sopannya Operational Conditioning , maka anak-anak sekarang amat susah nak pose. Anak-anak dalam konteks ni tak bermaksud anak kecil ya. Dan mungkinkah juga perbuatan ni akan menyebabkan mereka cenderung makan rasuah di masa hadapan? Entah, jawabla sendiri sebab aku tak tau jawapannya. Tu sebab aku tanya

Aku tak tahu kalau mak aku ada awareness pasal benda ni atau tak, tapi sepanjang yang aku ingat, tak pernah pulak mak aku bagi RM1 sehari untuk aku puasa. Sejak umur 5 tahun, tak pernah sekali pun aku tinggal puasa. tapi puasa saja tak guna gak kalau mate tak berjaga.

Ye tak? Selamat berpuasa. Mak korang bagi bape hengget sehari? XD






Juadah berbuka 1 Ramadhan

Harini 1 Ramadhan kat New Zealand. maka kami semua berpuasa sebagaimana yang telah difardhukan ke atas umat-umat sebelum kami. Pergh tazkirah malam tadi ingat lagi. Gila takleh blah lah. Okay tak payah merepek banyak mari straight to the point.


Maka menu kita pada harini ialah ayam percik. Ceh tak berpijak di bumi nyata. Pasta Sedih la. Cara masak dia boleh fikir guna lutut sebab lebih kurng je tahapnye dengan masak megi. Cuma kalau nak kreatif sikit tambah la apa-apa yang patut.

Puasa tahun lepas boleh lagi melantak cendol, ayam percik, laksa Penang. Tahun ni tak boleh. Kalau balik Malaysia hujung tahun pun nak carik kat celah mane ayam percik? Satay adelaa. Oh bole gak layan satay. Itu hari sebelum fly dah kempunan :(
Dan tak dapat merasa telur goreng mak buat. Walaupun hanyalah telur goreng, tapi mak yang masakkan. Tak ternilai tu haha

Dah, gi terawih!!!






Harini Saya Tak Puasa. Kalau Saya Puasa Maka Saya Berdosa.

Sebagaimana yang pembaca sekalian tahu, amatlah mustahil untuk seorang lelaki mengeluarkan haid, nifas mahupun wiladah pada 1 Ramadhan 2010 ni. Adapun kalau aku makan pil estrogen dan progesteron sebanyak sepuluh ratus botol sekalipun, ianya hanya akan menyebabkan sifat menjadi lembut, dan bukanlah penyebab untuk tidak berpuasa.


Adapun diriku ini tidaklah berada di Malaysia maka bak kata pepatah orang Melayu, masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang harimau mengucap; walaupun tiada orang yang membela harimau di dalam kandang disebabkan haiwan terbabit layaknya berada di dalam sangkar demi menjaga keselamatan anak-anak manusia terutamanya para gadis sunti. New Zealand akan mula berpuasa pada esok hari itupun kalau anak bulan yang baru lahir berjaya diintai oleh para astronomer sekalian. Walaupun New Zealand berada lebih ke timur berbanding Malaysia, logiknya kami berpuasa lambat sehari adalah tidak dapat difikirkan dek akal.

Tadi selesai menangkap gambar untuk salam perantauan batch kami Program Pelajar Cemerlang 2010. Walaupun agak segan naik ke bukit dengan berpakaian baju Melayu, namun perbuatan tersebut sebenarnya best bila buat dengan kengkawan. Tangkap gambar pun rasa seronok kan? Aku rasa omputeh tak pedulik pun kita pakai baju apa, tapi diorang memang ambik pedulik kalau time kita tangkap gambar tu kita huha huha tak sedar diri haha.

نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ أَنْ أَدَاءِ فَرْضِ رَمَضَانَ هَذِهِ السَّنَةِ لِلَّهِ تَعَالَى


(bukan translation)Sahaja aku puasa penuh dari umur 5 tahun, bukan kerana untuk duit seringgit sehari dari mak
Selamat berpuasa!






Berhenti Jadi Bodoh, please.

Haish korang tengok gambar kiri ni aku rasa hampir semua orang dah kenal la dia ni sapa. aku cuba gak tahan tangan aku dari menaip pasal dia tapi bila tengok ramai sangat emo pasal makcik ni aku pun teremo sekali. Oh, aku bukan anak kelahiran johor maka tak de sebab aku nak ikot maki dia ni.

Tapi aku sungguh terasa nak memaki orang yang buat page yang penuh kebencian dekat facebook ni. Zaman aku main facebook dulu, mana ada fanpage, nak carik orang Melayu pun susah dekat Facebook tu. Tapi sekarang macam-macam ada.

Ada page benci, ade page bela, dan ade jugak page yang membenci orang yang benci Kak Azita kite ni. Kalau tengok dekat dalam page tu, semua maki hamun ada sumpah seranah. Sedangkan Nabi ampunkan umat, apatah lagi kita manusia biasa yang hina dina bodoh nak mampus ni.

Yang tak boleh blah nye, yang maki-maki tu masih gunakan ejaan rempit KEW YEW JEW. Haih la budak-budak. kalau nak memaki pun at least jangan guna bahasa alien. Akak tu pun mesti hairan bercampur sedih kenapa jadi camtu.

Kalau zaman sekolah dulu, budak-budak gaduh macam ni:

"Hah ni kepala bapak kau, ni kepala bapak aku, kalau berani pijaklah!" dan selepastu pertumbukan akan berlaku sebab kedua-duanya bodoh tahap siamang kerana apa yang mereka pijakkan tu hanyalah tin kosong Mirinda perisa Oren.

Zaman budak sekarang gaduh, semua pakat letak facebook, semua like sampailah ke 15000 orang yang like. Pelik jugak apa yang bestnya like page tu. Lepastu semuanya nak memaki mak akak tu, bapak akak tu. Konon makpak dia tak reti jaga anak. Cuba sebelum korang taip tu korang tengok depan cermin, siapakah mak bapak yang telah lahirkan anak yang suka mencarut macam korang?

Marilah kita saling bermaafan sempena bulan ramadhan yang mulia ni. Berhenti jadi bodoh dan bawak-bawakkan diri beramal ibadat. Korng maki akak tu takde de korang dapat duit. Baik beribadat macam aku ni ha buat lab report sampai ke pagi buta.

Cheerios!






Raya dimana? bila? dengan siapa?

Raya tahun 1995. Masa tu umur aku baru 5 tahun tapi bolehlah ingat sikit-sikit apa jadi masa raya haritu. Masa tu arwah atuk hidup lagi dan walaupun rumah arwah atuk masa tu dah berlobang sana sini, kami selaku anak-anak kecil yang comel lagi nakal terpaksa jugak menjalankan tanggungjawab kami berlari-lari macam pelesit atas rumah. Korang tau jelah rumah orang Perak Bagan Datoh tu macam mana. Tingi-tinggi je semua mungkin takut banjir kot.

Masa tu aku kalau balik kampung meraung sangat-sangat takmau ikut sebab kampung banyak nyamuk. Lepastu mulala buat hal main jam loceng dengan radio arwah. Kecik-kecik macam tu takde sape ajar recording guna radio tapi aku dah reti. Habis recording ceramah agama arwah aku kerjakan. Tapi arwah baik, dia lembut tak suka marah-marah. Kalau korang tengok gambar dia mesti sejuk je mana-mana organ yang terasa nak sejuk.

2002. Arwah pergi meninggalkan kami. Raya dah tak best walaupun mak sedara ada. Kalau ada pun banyak sangat perkataan Jawa. Aku tak paham. Mak aku pun kadang-kadang blur.

Raya tahun yang sama, aku umur 5 tahun, lokasi ialah Tanjung Malim ayau lebih tepat lagi Slim River. Ni atok sebelah ayah punya. Garang kemain. Pernah aku kena cubit sebab conteng-conteng whiteboard kuliah dia. Habihtu aku nak kertas die taknak bagi..dahla aku ni berjiwa artistik sikit masa tu. Tapi garang-garang pun dia sayang kami.

Arwah pergi meninggalkan kami selepas seminggu arwah sebelah mak meninggal. Masa ni aku dekat sekolah asrama langsung tak tau apa pun. Dahla baru masuk masa tu.

Raya tahun 2006~ get ready untuk SPM. Orang sibuk nak raya, calon-calon sibuk study. Calon yang tak sedar diri nak exam adalah dikecualikan ye.

Raya tahun 2009~ Orang sibuk raya, kami sibuk pikir IELTS

Raya tahun 2010~ Orang Malaysia dapat cuti raya. Kalau hari raya jatuh pada hari Jumaat, maka aku akan beraya dalam lab Psychology selama 2 jam. Tak ketinggalan jugak kuliah Abnormal Psychology selama sejam. Terbaik ah.






En Guarde!!

Antara cara terbaik melepaskan tension ialah mengamuk. Baru je tadi aku menghancurkan 1 wireless keyboard beserta mouse dan menyimpan alat jahanam terbabit di dalam tong sampah. Tapi sila jangan amalkan benda ni sebab ia bukan cara yang sihat untuk melepaskan tekanan dalam jiwa. Apa-apa pun, aku kena beli keyboard yang lebih efisyen, bukan daripada Firstin.co.nz yang gampang tu, dan jugak bukan barangan Microsoft. Kalau dah produk lama tu discontinue je la, apsal bangang sangat nak jual lagi?

 Okay, cukup pasal cara tak sihat melepaskan tekanan. Cara yang sihat ialah dengan join aktiviti kelab. Kalau aktiviti kelab tu memenatkan dan memaksa anda membuat benda yang anda tak suka, lebih baiklah jangan buat sebab secara logiknya tekanan akan bertambah. Macam aku, aku join kelab Fencing disini.

Kalau banyak tenaga untuk lepaskan amarah, mungkin lebih elok disalurkan dekat aktiviti macam ni. Lantaklah korang nak cakap membazir ke apa ke, tapi ini ialah alat utama aku lepaskan tension. Kalau nak mengharapkan laptop, setiap kali bukak je skrin akan tunjuk assignment dan test yang banyak beserta tarikh-tarikhnya. Siapa yang tak gila macam ni?

Dalam Fencing, ada 3 jenis pedang: iaitu dari atas sekali ialah foils, yang tengah tu ialah Sabre, dan yang di bawah sekali kita ada Epee. Sabre tu bolehlah korang bayangkan penggunaanya sebagai pedang dalam cerita Pirates of The Carribean; dia boleh libas-libas orang tapi untuk foils, hanya boleh buat pergerakan mencucuk. Epee pulak tak confirmlah pakcik sebab aku tak ambik kelas Epee.

Target pun ada beza jugak. Foils hanya boleh cucuk bahagian torso (badan), Sabre hanya boleh serang bahagian atas pinggang, tapi Epee boleh serang mana-mana bahagian. Tapi Epee ialah pedang yang bapak berat, 750g. Memang tak berat mana pun tapi kalau dah dok mengayun benda tu 2 jam dengan sebelah tangan, agak-agak lenguh tak?

Paling best bila fencing ialah time ko dapat free fight. Lepas belajar dan praktis sikit, of course la nak tikam orang kan? So kami dapat opportunity tu dan hari Rabu haritu kitorg buat free fight and flag capture. Main libas je la sape-sape yang terkena dan berusaha untuk rampas bendera pihak lawan. Oh lupa nak cakap rules fencing: Wajib pakai mask, jaket, dan glove, jangan abuse senjata, dan jangan halakan mata pedang ke arah orang yang tak pakai mask.

Ni gambar knight zaman bila entah. Satu benda bila rambut anda berjela -jela, lembut tapi tidak terurus, ialah bila pakai mask tu, rambut-rambut sekalian akan asyik mencucuk mata anda. Mungkin diorang pun nak fencing kot. Maka dengan itu, mereka dicantas dengan kejam oleh makcik barber beberapa hari lepas. Aku tak tahulah kalau ada orang baca barber tu sebagai Justin Bieber. dan juga, tamatlah cabaran 3 tahun tak potong rambut.

So, disebabkan hari ni aku distress sangat sebab tak boleh nak buat assignment, maka esok aku akan libas opponent aku sekuat-kuat yang boleh. En Guarde!






Saya menghidap Penyakit. Maafkan Saya.

Sebelum entri yang panjang ni akan diteruskan eloklah korang mengetahui beberapa fakta tentang Mood Disorders.

Manic State (translate: keadaan gila): Ialah satu tahap di mana mood anda tiba-tiba terangsang dengan melampaunya. Biasanya orang dalam keadaan ni akan berasa gembira yang terlampau, mempercayai dia ada kebolehan ajaib, mempunyai pemikiran yang merapu-rapu dan banyak, mengalami ketidakseimbangan dalam percakapan, kurang keperluan untuk tidur, dan senang untuk fokusnya meluru kelaut. Selain itu, yang penting ialah, mempunyai kecenderungan melampau untuk melakukan aktiviti yang meningkatkan keseronokan, walaupun aktiviti itu memudaratkan.

Hypomania : Keadaan lebih kurang sama dengan Manic, tapi kurang berbahaya daripadanya. Kalau dalam Manic ada orang beranggapan bahawa dia ialah seorang pesuruh Tuhan, maka dalam Hypomania dia akan beranggapan bahawa dia lebih pandai daripada semua orang.

Depressive state: (trans. keadaan tertekan) Sama seperti namanya, orang yang berada dalam keadaan ni akan berasa sedih, melankolik, hilang nafsu dalam kebanyakan benda yang biasanya membuatkan orang rasa gembira (Anhedonia) , hilang motivasi (Avolition), merasa kebanyakan aktiviti biasa memerlukan tenaga dan usaha yang melampau, dan juga senang berasa sakit hati dan menyampah akan sesuatu.

***
Ceritanya bermula pada petang tadi, pukul 3pm waktu New Zealand (GMT+12)

Aku jalan kaki menuju ke salah satu cawangan universiti Victoria, iaitu Kampus Pipitea yang takdelah jauh sangat daripada rumah aku. Jalan dalam 15 minit boleh sampai dengan kelajuan seumpama siput. Sampai-sampai saja aku terus menuju ke tingkat 2 Rutherford House  tu untuk berjumpa dengan Penasihat Pelajar Antarabangsa kitorang yang bernama Helen Gray.

Bila dia nampak aje aku terus dia greet dan cakap aku bagus blabla sebab datang awal (5 minit je pun!) sebab kitorang janji nak meeting pukul 3. So kitorang bincang pasal macam mana aku cope dengan gaya hidup dekat sini. Aku sihat ke dan benda-benda biasa yang seorang makcik akan bertanya kat korang walaupun korang tak kenal makcik tu. Sila andaikan makcik tu berniat baik dan tidak mau mengepau duit anda. Dan seperti yang dah diagak sebelum aku datang lagi, datanglah part yang mencucuk hati bagaikan dihiris sembilu, iaitu part bincang pasal gred sem lepas. Lepas berbincang teknik untuk naikkan gred, dan pasal keyakinan diri, dan bercerita sikit-sikit pasal kegiatan kelab yang aku join dekat sini, dia pun tanya soalan berikut:

(1) Aku cukup tidur ke tidak
(2) Ada tak rasa tertekan baru-baru ni tapi tak tahu kenapa
(3) Ade tak rasa pergi ke kelas tu ialah sangat-sangat letih dan memerlukan tenaga yang banyak
(4) Banyak lagi soalan tak ingat dah

****
Esok aku ada exam Abnormal Psychology yang di mana secara kebetulannya, bila aku habis study tadi, tiba-tiba terlintas dalam otak aku yang Macik Helen sebenarnya dia analisa diri aku ni kalau-kalau aku ada simptom Depressive State, atau lebih tepat lagi, menuju ke arah Unipolar Disorder. Sedar-sedar aje pasal tu, aku terus bukak buku teks yang berharga NZD150, dan melihat kriteria penyakit tu... dan

Holy cow

Dan seterusnya otak aku mula fikir yang macam-macam (racing thoughts ialah satu simptom Manic State).Baru-baru ni aku banyak shopping barang guna credit card (petanda Manic State) beli macam-macam. Antaranya ialah LG Flatron dalam bilik tu. Dalam banyak-banyak perkara dalam otak tu, aku ada fikir tentang apa faktor yang membolehkan aku ada simptom penyakit ni. Major Events in life dan Severe Stress ( Kejadian Penting dalam hidup dan Tekanan melampau) mungkin antara penyumbang utama. Kalau korang nak cakap yang kehidupan korang lebih sengsara daripada aku, ayat selepas ni, walaupun kurang hajar, mungkin akan memberi sedikit sebanyak gambaran pasal kehidupan lama aku.

" Sometimes I feel like it might be better if she had just died"

"She" dalam ayat di atas biarlah aku dan beberapa orang saja yang tau siapa. Dan untuk menguatkan lagi bukti ni, sesiapa yang berada dalam list facebook aku mungkin ada sedikit sebanyak gambaran pasal diri aku. Dan boleh jugak kalau korang nak kaitkan dengan fakta di atas.

Turns out, Macik Helen tu memang seorang ahli psikologi, informasi diperoleh selepas bertanya Google. Walaupun beliau bukan ahli psikiatri, tapi at least dia ada basic yang kuat dalam bidang psychology. Tadi aku baru je hantar email dekat dia mintak nasihat. Mungkin semua ni hanya perasaan aku je. Mungkin semua ni hanyalah delusi (false belief). Dan sepatutnya korang tahu bahawa setiap manusia tu takdenya yang perfect, mesti ada silap salahnya di mana-mana. Aku cadangkan dekat korang, google DSM-IV-TR dan check kalau-kalau korang mengalami apa yang dinyatakan dalam jadual. Aku ni takdelah obses sangat mengatakan yang aku sakit tapi kemungkinan tu ada, dan langkah pencegahan dah diambil.

Sambil-sambil berblog pun boleh buat revision test esok.Harap-harap aku tak sakit.
ARC| Victoria University of Wellington Central Library, 9pm

Cheerios.