Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Celaka Punya Amilia

Harini handphone aku dikejutkan oleh satu SMS dari pengirim yang takde dalam rekod phonebook. SMS tersebut berbunyi:

Can u come to Skype?
Aku dengan penuh peliknya reply la SMS tu kot-kot budak kelas aku ke nak tanya soalan. Nak on Skype pun malas sebab time tu aku bukan dekat rumah. So, laptop tinggal dekat rumah sekali lah. So, aku tanya "Who's this?"
 Dia jawab:
Amilia

Eh celah mana pulak aku ada kawan nama Amilia? Mungkin budak kelas aku yang berbangsa New Zealand kot yang hantar. Tapi peliklah jugak sebab celah mana pulak dia dapat nombor fon aku? Adakah no fon aku telah di'stalk' oleh para gadis New Zealand Oh, berasa hot seketika. Tapi aku balaslah jugak "Do I know you?" Dan dia reply:
Amilia
Rasa tak sedap hati dah ni. Ni manusia ke atau hantu? Sesampai aja kat rumah, aku terus check nombor fon yang hantar SMS tadi dekat fon lama. Tiada rekod. Dan masa tu baru perasan yang nombor fon tersebut ialah +9471303XXXX padahal nombor fon standard New Zealand bermula dengan +64XXXXXXXXX. Dengan penuh rasa ingin tahu aku check online.

dan ternyata Amilia ialah hantu. Hantu punya Amilia. Habis tinggal $6 je kredit vodafone aku. Dahla tengah takde duit ni. Benda ni kira lebih kurangla dengan spam ym yang ajak tengok video bogel kat website tu. Terkena dah aku. Cis






Benda - benda pelik lewat malam

Sebelum anda membaca post kali ni, adalah dinasihatkan kepada ibu-ibu mengandung agar tidak membaca dan terus sahaj mengklik butang pangkah di atas kanan browser. Syarat sama dikenakan kepada mereka yang penakut melampau dan suka membayangkan benda bukan-bukan serta bagi mereka yang mempercayai kewujudan hantu.

Situasi: Bayangkan anda tengah study di tengah malam ataupun buat assignment pada pukul 2 atau 3 pagi. Dan anda sedang keseorangan, apa benda yang tak best boleh jadi?

#1: Muncul badut tiba-tiba dari bawah meja
Mesti best kalau tiba-tiba kaki dekat bawah meja tu terasa dipegang oleh sepasang tangan, lepastu keluar pulak badut dengan muka macam kat atas tu. tak tau rasa nak gelak ataupun nak rasa takut. Kebanyakan orang rasa takut kot?

#2 Nenek ketuk tingkap nak jual karipap/nasi lemak
Ni cerita biasa dekat asrama. tengah-tengah study kat tingkat lapan, tiba-tiba ada nenek ketuk tingkap sebab dia nak jual karipap/kuih/nasi lemak padahal tingkat 8 punya tingkap mana ada tempat laluan pejalan kaki

#3 Lampu berkelip-kelip diikuti dengan salakan anjing
Orang kata kalau pukul 2-3 pagi tu memang waktu kemuncak hantu setan keluar nak-nak pulak kalau ada lampu kejap on/off dengan anjing menyalak. Ada juga orang kata yang anjing menyalak sebab nampak hantu. Nampaknya posmen Malaysia memang hantu sebab anjing selalu menyalak bila nampak diorang.

Tapi, yang paling menakutkan ialah:
#4: Assignment/study tak siap padahal esok due
Boleh menyebabkan anda fail course. Kesimpulannya, manusia lagi hebat berbanding hantu/ benda-benda tahyul merepek. Sekian.






Photoshoot Cikgu Math, Physics dan Psychology VUW

In case ada lagi yang masih tertanya-tanya, VUW ialah Victoria university of Wellington dan kami ialah bakal guru-guru yang sedang menuntut disini.



Ini ialah tradisi baru yang dipelopori oleh Encik Khairil atau nama manjanya Kay. Dan Insya-Allah kami akan meneruskan tradisi comel ni walaupun takdak sapa-sapa yang suruh kami pergi uni pakai sut dan tangkap gambar beramai-ramai.

Dalam gambar-gambar ni ada 4 range umur. First year,2nd,3rd, dan paling atas sekali, Honors year. Ok tak banyak pun nak cerita. tengok gambar je lah~

Tribute to Barney Stinson (How i Met Your Mother)
Dan photo of the day untuk kali ini ialah....
LOL
P/S: Blogger comment form has been disabled for this post. Just click "like' if you like this post :P






Mari Berkenalan Dengan Akak Gemuk.

Disebabkan saya tak tahu macam mana nak translate Psychopathology dalam BM, maka kita panggil sahaja benda-benda yang akan disampaikan ni sebagai penyakit mental. Sebenarnya benda ni dari sekolah lagi kita belajar tapi mungkin data yang ada kurang lengkap, dan juga ada tersalah tafsir pada beberapa terma yang akan saya terangkan sebentar lagi. (Papanda, 2010)

Tapi jom kita berkenalan dengan akak-akak dibawah ni dulu. Jom kita ke sesi suai kenal bersama akak-akak yang kurus ramping jelitawan.

#1: Cik Siti Anorexia Nervosa berkata:
Eh apa ni dik tangkap gambar akak, segan la ai sebab ai ni tak cukup ramping macam mayat lagi. Apa? body weight kena lebih daripada 85% daripada berat jangkaan? Ish tak maulah akak nanti tak de orang nak pandang akak tau. Akak takut bebenar kalau akak naik berat badan, jatuhlah saham akak nanti dik oi. Hari-hari akak tengok depan cermin tu, lemak bersepah- sepah macam sup ayam warung Wak Karman tu ha. Eleh setakat tak datang bulan sebab jadi kurus (Amenorrhea) , akak tak kisah der. jimat belanjawan negara nak beli tampons.

Adik ingat pempuan je ke nak jadi kurus macam ni? Laki pun ada tau tapi 0.3% dari populasi lelaki aje yang ada, tapi perempuan 0.9% lagi ramai. Orang laki buat ape kurus mayat macam akak? Tak hot berdesup ah. Kalau adik nak tahu, kami ni ada 2 group tau. Bukan group facebook ye...
a) Group restricting Sdn Bhd. - kawan kawan akak semua tak makan lebih dari 500 kalori sehari walhal perempuan kena ambik 1400-1600 kalori sehari tau
b) Group Muntah (purgatory) Sayap Kiri - Ni orthodox sikit dik. Untuk kekalkan badan zombie kami, kena muntah tau. Tapi muntah tu kalau bagi Badang makan, dia tak jadi kuat. Kadang-kadang susah guna jari, kami guna laxatives  dan juga enema (cucuk bahan kimia masuk ikut buntut)

Adik jangan banyak bunyi boleh tak? Karang akak cakar guna.. eh, nak cakar macam mana. Kuku rapuh, rambut rapuh, semua rapuh. Adik ada ubat tak? Kekadang akak rasa sejuk aje kat luar ni padahal 27C. haritu dokter akak cakap, tekanan darah akak rendah tapi takpe, demi kurus, akak rela!

#2: Wan Bulimia Nervosa
Buweghh buweghhh~~~!!! Eh kejap la dik non, akak nak buat 'ritual' lepas makan ni. Tadi akak makan banyak sangat, suku pinggan! Harini takde mood la, tapi kadang-kadang akak ade makan bayak gilos, berpinggan-pinggan tapi of course la ritual menyembah jamban menyusul lepas tu kan. Dik tak faham dik, orang gemuk cam akak je faham; Isk, syahdulah pulak. Oh, akak dengan Siti Aneroxia share beli laxatives dengan enema sebab kalau beli barang secara pukal, dapat murah...Tapi ko janganla samakan akak dengan si Aneroxia tu. Dia tu mayat jembalang tanah mana entah. Cuba ko tengok gambar akak kat atas tu. Nampak biasa aje kan? haa itulah ajaibnya. orang tak perasan dik..Orang kata golongan kami ni 0.5% lelaki dan 1.5% perempuan. Tak tahulah, akak tak study psychology sebelum kamu

Bezanya dik akak dengan kak Siti ko tu, kami makan dulu sebelum ritual. Kadang-kadang makan sampai 10000 kalori untuk satu sesi. Lepas tu kami ada 2 group iaitu:
a) MuntahMuntah Enterprise - alat sama macam Kak Siti
b) Tak MahuMuntah Enterprise - ni mulia sikit, kami buat senaman tahap Spartan untuk buang balik kalori yang kami makan.
" Akak, akak tau tak dengan buat macam tu akak punya kalenjar liur akan membesar sebab selalu sangat muntah? Akak nak ke jadi macam anjing? Menjejer je air liur. Tak hot la kak. Saya tengok akak ni cukup mengancam dah. Kalah Gadis Melayu TV9. Cuba akak tengok gigi akak, habis enamel terhakis tu. Pensyarah saya bilang, jangan tunggu lama-lama, jangan tunggu lama-lama nanti diambil orang..~. Eh, dia cakap, nanti akak ada intestinal problem tau. Camna akak nak berak nanti?"
Eh ko ni banyak songeh pulak. Pegi main jauh-jauh! Tu tanya junior kitorang pulak. Tak habis - habis makan. Gua kuntau karang tahu la.

#3: Tijah Binge Eating Disorder (BED) aka Tijah Tilam
Ngap ngap ngap. Aa berapa kilo suda? Tak tahulah akak. Senaman? laxatives? buat apa semua tu? Buat sakit badan tu. Awak jangan pandang saya obesity tau, berat saya normal aje macam orang lain. Haa pelik kan kenapa korang tak pernah kenal saya? Sebab saya ni masih baru dan dalam kajian. Tapi prevalence menunjukkan 3.5% pada perempuan dan 2% pada lelaki ada gejala ni. Nampak sangat saya lagi popular dari dua mayat dengan kaki muntah yang awak temubual tadi.

Bagi awak memangla tak normal, tapi bagi saya biasa la ni, setakat kek coklat lapan biji, nasik minyak sepuluh kawah, ayam golek satu reban. Bak kata orang, small the pieces lah! Tapi saya pun tau berenti la kalau agak-agak rasa nak muntah tu saya stop. eh, awak nak pegi mana tu? Taknak gigit KFC saya ni ke? Ke awak nak berkenalan dengan adik saya si EDNOS (Eating Disorder Not Otherwise Specified) tu ?Apa, puasa? alolololo...

Info tambahan:
tahukah anda bahawasanya eating disorder ialah penyakit yang paling banyak menghasilkan kematian antara semua psychological disorder?
Cara pengubatan: paksa sumbat makanan dalam pesakit anorexia, dan beri CBT (Cognitive Behavioural Therapy) dan untuk bulimia pulak, kita bagi CBT sahaja. Tujuan treatment kita ada 2 sahaja iaitu untuk mengurangkan gejala fizikal yang tak bagus dan juga berhadapan dengan faktor sosial dan psikologi pesakit.
Tak faham boleh tanya. Esok saya ada test Abnormal Psychology pukul 9 waktu Malaysia. tolong wish all the best. Amat penting untuk score. Sekian.






Raya Sakura Palmerston North

Ingat lagi yang aku cerita ada kiwi cakap yang orang Malaysia naik gajah sebab kita takde kereta? Haa semalam kitorang berlapan naik gajah jenama Toyota pergi ke bahagian utara (sikit) North Island New Zealand untuk menyambut Sakura Festival yang dianjurkan di International pacific College, IPC.

Entrance IPc
Rasanya tak berapa banyak yang nak diceritakan sebab ini kali pertama aku pegi event Sakura-Sakura camni. Tapi nak jugaklah lahirkan perasaan kecewa disebabkan tak best pun. Membazir je berhutang kad kredit nak bayar duit kereta tu. Gila bosan ah pergi tengok performance yang kurang menarik, dengan cuaca yang tak berapa elok. Secara kesimpulannya, hanya pergi nak tengok dan tangkap gambar pokok sakura, dan jugak mencari awek Jepun bernama Sakura.

交流を介して、私に連絡してください。パーマストンノース桜祭りでそれらはかなり日本人の女の子に。 
So, bila dah bosan, kami pun naiklah gajah kami menuju ke Massey University New Zealand. Lepas solat zohor, masih terasa bosan. Maka bertransformlah saya menjadi itik jadian.
Quack Quack
Tapi kereta (gajah) tu hanya tak berbaloi bayar untuk ke IPC, pergi ke tempat lain memang berbaloi-baloi!Maka kami berkeputusan dah alang-alang dah drive 2 jam dari Wellington, apa salahnya jalan-jalan sikit. Dalam kereta pun sempat lg buat sesi tgkap gambar, nyanyi-nyanyi

Jalan punya jalan (naik kereta) sampai beberapa kali sesat sebab terpedaya dengan signboard yang bertulis " Blablabla Beach" walhal pantainya tidaklah berjaya dijumpai. Teorinya sama je dengan Pantai Remis. Nama je pantai tapi takde pantai hatta laut sekalipun. Banyak kali jugak temasuk kawasan-kawasan yang rumahnya sunyi sepi seolah-olah bandar tu dah ditakluk zombie.

Lepas tu singgah la kat mana-mana yang patut. Tak larat dah nak combine gambar-gambar yang banyak ni. Turun kereta aje menangkap gambar adalah suatu kewajipan yang mesti dijalankan. Menikmati keindahan ciptaan Tuhan kata orang~ sampaikan ubi keledek pun boleh dibuat telefon


Sebenarnya panjang lagi cerita tapi kalau korang nak tahu lagi apa kitorang buat semalam, sila tengok video dibawah ni sehingga habis sebab part yang betul-betul best ialah di hujung haha. Tak tengok teramatlah rugi weh. Video ni kiranya summary perjalanan kami semalam termasuklah beberapa persembahan yang dah diedit dari Sakura Festival.




Okay itu saje. Oh ye terlupa pulak nak bagi korang tengok Photo of the Day untuk event semalam. Lepas tengok tolong jangan save untuk dibawak ke tok bomoh okay? Adios.
Sekadar gambar. Tidak menggambarkan sifar sebenar






Raya 3 Yang Tak Best

Victoria Uni 10pm
Sebab apa raya ketiga tak best? Sebabnya raya ketiga tu hari Ahad, dan hari Isnin pulak ada kelas dan terpaksalah budak-budak Auckland meninggalkan bumi Wellington. Eh ttibe takda mood nak menaip. Tu je kot ceritanya. Bye

Agak biadab posting kali ni haha






Sapa cakap Raya Overseas Tak Best? #2

Raya kedua dimulakan pada pukul nak dekat-dekat 1pm sebab terlajak tidur dari Subuh. Kononlah nak bangun pukul 8 nak buat projek Raya. Okay, gambar atas ni sebenarnya adalah manager kepada pusat gerakan Raya kami. Tak ingatlah nama amoi kanan sekali tu tapi yang menariknya ialah pasal boyfriend dia, Simon. Hari tu jugak dia kena kencing yang Orang Malaysia duduk atas pokok, dan guna gajah untuk bergerak ke mana-mana. Kesian dia, dahla tak boleh tahan duduk bersila haha.

Flagstaff

Stafford

Lambton Quay; Hanya bersiar-siar.
Tiada jemputan raya di tengah-tengah jalan ni

Tangga nak ke rumah aku. Macam jalan dalam gua
Almaklumlah rumah ejen rahsia. Bawah tanah pulak tu

Dalam rumah, lepas makan. Makanan orang bujang je wahaha
Menu: Rahsia

Dan, gambar pilihan untuk raya kedua; *drumroll*.
2 orang tiada dalam gambar orang - orang tua yang comel
Tapi still sweet as :)
Raya kedua pun sangat best. Raya ketiga aje yang kureng bestnya. Naktau kenapa kena tunggu esok.
P/S: Entri mengambil masa 10 minit. Tiada banyak masa untuk 'dibunuh'






Sapa cakap Raya Overseas Tak Best? #1

Cukuplah kot raya Jumaat sampai Ahad. Esok dah Isnin dah nak kena kejar balik apa yang tertinggal sepanjang minggu lepas itupun kalau niat di hati takmau balik awal ke Malaysia. Malas nak cerita panjang tengok gambar je eh (Jumaat 1 Syawal)
Tunggu bas nak pergi ke Malaysian High Commission, Brooklyn Wellington
Gambar lepas solat sunat Aidilfitri
Kenapa gambar lelaki je elok eh? haha
Bergambar PPC 1st Year depan HiCom.
Kami ada 10 orang dengan tambahan 4 daripada Auckland.
Jalan-jalan Oriental Harbour

Dan last but not least, gambar pilihan kita untuk raya pertama, iaitu gambar yang diambil semasa takbir raya seblum solat sunat Aidilfitri...

Aku terima nikahnya, jengjengjeng
Hahahahah

Siapa cakap raya dekat overseas tak best? Berikan 10 sebab






Teks Bacaan Takbir Raya

Takbir raya kalau nak harapkan pak-pak imam je tahu susah juga kan? nanti bila orang bertakbir mulut kite bergerak tapi takde bunyi yang keluar. Disebabkan nak mencari teks takbir raya amat-amatlah susah di laman carian internet dekat dunia ni, maka korang tengoklah gambar dibawah ni ye.

Source: !ARC13! Tumblr





Malaysia confirm raya esok kan? Kami dekat New Zealand ni baru nak intai-intai anak bulan. Mintak-mintak mak bulan terberanak hari Sabtu sebab Jumaat ada kelas. Lab Psychology pulak tu. Haih. Apa-apa pun, Selamat Hari Raya kepada seluruh umat Islam di dunia!

Notakaki: Ada sesiapa tahu kat mana nak cari doa selepas takbir raya? Doa tu wujud ke tak eh?






5 Sheitan Dalam Bilik

Study dan membuat assignment tu ialah suatu bentuk ibadah. Dengan berbuat ibadah, kita mendapat pahala. Dengan dapat pahala, kita akan masuk syurga. Salah!! Apa yang saya faham ialah kita melakukan ibadah kerana Allah Taala bukan kerana kita nak masuk syurga ya adik-adik semua. Tapi itu sukar didapati dalam buku teks sekolah. Apa-apa pun dalam bulan yang masih ramadhan ni, jom tengok syaitan apa ada dalam bilik saya.
Setan paling otai sekali. Laptop Lenovo yang difungsikan sebagai CPU sebab ku tak mampu beli CPU. Diiringi oleh bininya Monitor LG Flatron 24 Inch yang mempunyai fungsi FullHD

Setan #3 Sloth: Penyepah kemain. Nak study camana kalau bersepah bilik
Setan #4 DiBalikPintu: Terdiri daripada kotak-kotak pizza dan botol-botol menyimpan tok nenek setan


Setan #5 Penanggal : Kalau korang naktahu mana asal beliau, Sila layari sini. Jenis yang jinak dan tidak menghisap darah

Ini bukan setan. Ini makanan sahur aku karang


Moralnya, kalau bilik anda tak ubah macam kandang tapir, sila la kemas cepat-cepat. Satu hapa pun kerja tak boleh nak buat kalau environment tak tenang. padahal assignment due esok ni. Grr.
Akhir kata,

Ada ubi ada batas
Ada babi ada lipas
Buat assignment saya malas
Buka facebook saya pantas






Illuminatus! Illuminatus!

Ceh sape tak tahu pasal Illuminati sekarang ni nak-nak pulak lepas TV3 siarkan (dan tarik balik) iklan Aidilfitri 2010 yang penuh dengan kontroversi tu. Alaa, iklan yang ada pakcik Santa berkopiah tu, takkan tak tahu. Dan semestinya perkara macam tu menimbulkan keresahan rakyat Malaysia, nak-nak pulak yang tak cukup iman; semuanya nak dikaitkan dengan Illuminati lah apa lah. korang cari sendiri blog/facebook notes yang menerangkan (konon) pasal iklan tu ye sebab entri tidak menerangkan pasal iklan tu. 

Antara berikut ialah point-point yang diletakkan dalam nota yang telah tersebar luas tu:

Scene 1 - Budak Lelaki Melayu sedang menilik-nilik sebuah buku bergambar di malam yang gelap dalam sebuah pondok buruk beratapkan rumbia dengan bertemankan sebiji mentol. Terdapat sebuah sangkar burung yang tergantung di sebelah kanan tingkap yang terbuka.
Penerangan orang-orang kejutan iklan: buku tu ialah Bible, rumah miskin mewakili rumah orang Islam Melayu and so on so on. Macam takde golongan muallaf je kat Malaysia ni. Malam yang gelap menggambarkan Islam yang mundur? Habis kenapa Allah jadikan malam tu gelap? 
Korang tengok gambar dibawah ni pulak

Oh, baca buku. Buku tu melambangkan Bible
'Bible' tu senget, ILLUMINATUS!
Bibir pink (tanpa edit) la bro, I like. ILLUMINATUS!
Alamak beg Ripcurl yang bapak mahal tu ada tanda seolah-olah salib. Lepas ni sila haramkan penggunaan huruf 'T' kecil pada keyboard anda. Gantikan dengan huruf rekaan sendiri. yang pastinya bukan o sebab menyerupai bentuk mata
Model lahir pada 13 Mei! ILLUMINATUS!! + rusuhan kaum 

Tak cukup lagi? Banyak benda dalam rumah aku yang berkaitan Illuminati dan Freemasonry ni kalau korang nak tengok lagi. Aku takde nak segan silu share. 

Ishishish penulis blog ni memanglah berjiwa Illuminati. Periuk nasik yang tak hidup tu tiba-tiba mengeluarkan 1 cahaya merah! ILLUMINATUS! Periuk Breville tu kami guna untuk makan nasik hari-hari, maka termakanlah oleh kami nasi perisa Illuminati. Enak dimakan ketika masih panas.

Kiri: Webcam bermata satu yang merujuk kepada "The All Seeing Eye" Illuminati. Webcam tersebut berupaya menagkap gambar pada resolusi 1920X1680 8MP. ILLUMINATUS!
Kanan: Berhala dalam bilik. Digunakan sebagai teman bercakap dikala stress dan kebosanan. Merujuk kepada aktiviti paganism.

Cukup dah? ke belum lagi? Okaylah aku nak bagi lagi 3 benda yang obvious sangat berzaman-zaman dah lamanya kot-kot ade orang terfikir nak buat kaitan dengan Illuminati kan? Nih ambik 'bukti' Illuminati dah lama bertapak dan menyebarkan dakyah di Malaysia.
Korang pun sedia maklum yang logo kilat ialah salah satu logo illuminati kan? So, pegi la buat group facebook kami benci TNB sebab logo Illuminati. Penat-penat diorang bagi servis untuk kita, kita nak anti pulak kan? Ha boikot la boikot. Aku nak tengok 1 Malaysia bergelap. mungkin nanti ada pakcik santa 'bagi cahaya' macam yang telah 'diterangkan' dalam beberapa blog?
Tu lambang dekat dada TheFlash tu logo Illuminati jugak tu. Teringat masa kecik-kecik dulu aku gila respek dekat theflash sebab walaupun beliau lembek tapi beliau amat laju. Amat sesuai untuk profesion seorang budak pengahantar Pizza
Gambar tengah tu ialah gambar Thomas Edison, pencipta mentol. Mentol tu kan mengeluarkan cahaya (Illumination)
Hah semuanya ILLUMINATUS!

Macam biasa, setiap kali ada isu, maka wujudlah page facebook, dan adalah kononnya mereka yang aware pasal Islamic thingy and so on padahal dekat ruangan komen mencarut hapa bagai. Macam dapat pahala je mencarut-carut tu kan.
Semuanya salah Illuminati kan? Tu yang korang jahanamkan anak gadis orang, buang anak, hisap dadah semua tu pun salah Illuminati kan? Semua salah orang lain kan? Diri sendiri jugak yang betul. 

Solat cukup tak amalan semua tu kot-kot nak mati esok? Kalau cukup amalan dan asas semua aku rasa takdelah nak terpengaruh dengan benda halus (if any) macam tu. Illuminati ni ibarat hantu moden. Kita sering dimomok-momokkan dengan benda-benda yang entah datang dari mana. Zaman momok milenia. Zaman momok dulu berkait dengan polong, sundel bolong, toyol.


Update: untuk mengelakkan salahfaham maka saya nyatakan pendapat saya bahawa sentimen anti penggabungan keagamaan tu memang ada, tapi untuk mengaitkan segalanya dengan freemason adalah mengarut. Benda kalau kita tak cari, kita takkan jumpa.
Saya akhiri entri kali ini dengan serangkap pantun. Sekian, wassalam.

Sorong papan tarik papan

Buah keranji dalam perahu

Iklan TV3 korang carutkan

Tapi solat 5 waktu tak mahu







Bumi New Zealand Bergempa

1 dunia dikejutkan dengan berita New Zealand, tanah aku tengah belajar ni yang dilanda gempa bumi berukuran 7.1 skala Richter semalam. Walaupun pada asalnya diukur pada skala 7.4 magnitud, tapi kiraan tu dipolakan semula. Gegaran berlaku kira-kira pada jam 4.30am waktu New Zealand di mana pada waktu tu aku sedang tension buat assignment yang tak siap lagi. Tapi tak ambik port sangat pun sebab aku tau yang New Zealand ni emmang dalam kawasan Lingkaran Api pasifik.

Gegaran paling teruk dirasakan pada bahagian Christchurch dimana gegaran berlaku pada magnitud 7.4 skala Richter. Tengok gambar tu korang boleh agak betapa teruknya keadaan bandar diorang. Walaubagaimanapun, kami yang berada di Wellington ni selamat walafiat walaupun ada yang mengalami keterkejutan pada malam semalam sampai penuh wall homepage facebook akibat kerisauan terhadap rakan taulan.

Menurut sumber akhbar Wellington, CBD (Central Business District) Christchurch ditutup pada hari ni dan perintah berkurung telah dikeluarkan daripada 7pm ke 7am waktu New Zealand (GMT+12) untuk menyenangkan aktiviti kemanusiaan mengambil tempat bagi menyelamatkan mangsa kejadian. Sesiapa yang merayau tak tentu hala bakal ditangkap. Kerugian yang ditanggung dianggarkan bernilai beberapa ribu Billion dollar. Apa-apa pun kami mendoakan yang terbaik untuk rakyat Malaysia yang menuntut/berada di Christchurch, semoga korang selamat dan tidak mengalami kecederaan.

Sumber: http://www.stuff.co.nz/dominion-post/4094986/Weather-the-next-threat-after-earthquake






Konsert Paramore Malaysia

Hari tu aku pernah letak dekat facebook pasal konsert Paramore kan? Ada aku cakap dia datang malaysia kan? Ha selepas merujuk paramore.net dan Berita Harian, maka kabar tersebut dikatakan benar la. Paramore akan datang ke Malaysia pada 19 Oktober bersamaan hari Selasa beberapa minggu dari sekarang. So, kepada pekerja umum, swasta, dan juga pelajar sekolah tak payah kot pegi?

Tiket boleh didapati pada harga paling murah pun RM98. Make sure kalau awak pergi konsert tu, balik nanti dermakan RM2 untuk masjid ye. Tiket mahal-mahal beli tengok konsert takkan RM2 seciput pun berkira ye tak. Tiket yang aku beli dekat New Zealand ni lagi mahal kot tapi dah beli nak buat macam mana kan? Kami punya show awal lagi, 7 OCtober.

Ok, pesanan aku, kalau pergi konsert tu jangan lupa solat. Bye.






Babi tu bukan babi, kau yang babi

"Hari-hari duduk menghadap facebook entah apa yang dikaji" sesetengah orang mungkin berpendapat macam tu nak-nak pulak kalau yang berkata tu jenis yang benci facebook. Sebelum kita benci facebook, rasanya kita perlu benci pada orang yang guna facebook sebab mereka yang buat tempat orang berhubung ni sebagai 'jamban'.

Adalah satu keperluan untuk korang membaca entri berkaitan bahasa  . Recap: Bahasa brings the same word with different meanings across cultures. Contohnya dalam bahasa Maori, tahi bermaksud satu, dan bukanlah najis. Ketidakmatangan, dan kebodohan diri sendiri membawa kepada kekurang upayaan diri sendiri untuk menilai mana yang baik dan buruk. Ini akan anda faham setelah saya paparkan persoalan kes kita pada kali ini.

Secara jujurnya boleh kata 100% orang Melayu dan malaysia yang membaca frasa di atas akan terbayangkan haiwan gemuk, pendek, ekor berpintal-pintal dan mengeluarkan bunyi yang seksi. Tapi dalam bahasa Itali, Babi maksudnya lain. Entahla aku tak tahu maksudnya tapi bukan khinzir la. Walaupun tahu pemilik fanpage tersebut ialah seorang artis yang tak tahu Bahasa Malaysia, dan tak suruh pun korang like page dia, tapi ramai sungguh rakyat Malaysia kita yang terlebih prihatin dan mengutuk nama beliau, hanya kerana beliau menggunakan nama Babi. Korang boleh tengok sendiri dekat fanpage facebook, yang betapa ramainya rakyat kita mengutuk nama perempuan tu terang-terangan. Kesian la kat dia.

Amboi bela babi pulak kau sekarang
Kita semua manusia berakal kan? Kita tahu kita tengah bercakap pasal manusia, bukannya bercakap pasal sampah tepi jalan. Mak korang pun bagi nama baik-baik kat korang sebab diorang nak korang jadi terbaik. Kalau nama korang Fauzi, parents  korang nak korang jadi orang yang berjaya, bukan berjaya mencaci nama orang dekat Facebook. Saya bersikap optimistik disini dengan mengandaikan mak awak tak ajar benda-benda tu semua. Kalau ya pun mak awak join sekaki, saya andaikan nenek awak tak join sekaki. Kalau nenek awak pun join sekaki, korang boleh pergi terjun lombong. You good for nothing, disgrace is all you have for our nation. Selepas sesi stalking mengstalking saya ada jumpa ahli mengutuk tu yang lahir pada tahun 1977.

Ala siapa suruh dia letak nama macam tu. Bukan nama betul pun
Berapa ramai antara kita yang tak letak nama betul? Berapa ramai yang tambah gelaran pelik-pelik depan nama kita untuk dapatkan populariti dengan menganggap nama tu cool? Nama facebook aku Ash Arc tapi ada sebabnya aku letak nama macam tu dekat facebook. perlu ke kita nak bagitahu 1 dunia nama betul kita? Contohnya, Dymie. Nama dalam surat beranak dia bukan Dymie pun dan entah dalam bahasa Uganda ke, mungkin maksudnya ialah selipar jamban, siapa tahu? Kau pakar bahasa ke? Treat people as you want to be treated.


Yang kau backup orang kafir ni berapa dia bayar kau?
Ha baguslah, war in the name of god. Islam maksudnya sejahtera. Zaman Nabi berhijrah dari Mekah ke Madinah dulu takdela baginda hina orang kafir disana. Sebaliknya mereka disaudarakan dan dibawa ke jalan yang benar. Islam maksudnya sejahtera maka fikir dengan lutut pun boleh tahu Islam tak suruh kita ejek nama orang. 


Kesimpulannya kan, korang padam baliklah komen-komen yang korang tulis dekat fanpage Babi tu. Kesian dia. Walaupun dia dah tahu yang babi tu bermaksud khinzir tapi bila digabungkan dengan ayat-ayat ejaan alien tak bertamadun korang tu, orang Malaysia macam aku pun susah nak faham. Jauh sekali Google Translator boleh tolong.

P/S: Nama-nama yang digunakan di atas (selain nama aku) ialah nama offenders yang paling kurang hajar sekali bagi aku. Korang boleh usha disini. http://www.facebook.com/#!/pages/Babi/98971714594?ref=ts
Memalukan agama bangsa dan negara












The Musketeer Musketiak

Hari Sabtu yang lepas ada lagi 1 training fencing, malam ni pun ada jugak kot tapi sangatlah malas nak pergi dengan assignment yang berlambak merayu-rayu mintak dihabiskan. Pandai assignment ni merayu mintak dihabiskan sampai menyeksa mata aku supaya tak tidur.

Andainya ada lagi antara korang yang agak-agak blur ayam sukan fencing ni apa, bolehlah merujuk pada ENTRI INI. Nampak aje macam senang tapi bila dah pakai baju tu semua, dah ada dalam gelanggang, barula rasa susahnya. Ibarat penyokong bola sepak la. Tengok TV kemain menyumpah seranah tapi bila suruh main bola takdela hebat sangat pun.

Analogi sama boleh dipraktikkan dalam arena politik jugak. Bersyukurla pemimpin dah cukup hebat dah memimpin negara.



Apa-apa pun aku dah malas merepek, korang boleh tengok video ni. Kalau nak tengok version pendek sikit ada dekat profile fb peribadi. Ok enjoyla, aku nak tido lepas review 100+ page journal.