Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kisah 1000

Widget followers kat tepi tu makin lama makin berisi. Aku ingat lagi bila mula je cuti semester untuk tahun pertama dekat VUW, followers aku ada 600+ dan itu ialah pada bulan lepas.






Trend blogging zaman sekarang, mengamalkan sistem "I'm following you, Please Follow Me Back" ataupun secara singkatnya aku bagi nama sistem "MBACK" dalam dunia blogging ni. Cara sistem ni bekerja ialah apabila korang pergi menerjah ke sesuatu blog ataupun website dengan perasaan yang sangat tak ikhlas dan follow laman tersebut lalu pergi spam chatbox pemiliknya untuk bagitahu yang korang nak dia follow balik. Benda ni tak wujud pada 3 tahun dulu masa aku mula-mula blogging October 2008 dengan alamat arc13.blogspot.com . Time tu aku terasa nak blogging bila tengok cerita-cerita dari Marina Mahathir, Frank Z Sinatra, dengan Cleffairy.
Time tu mana ada ramai blogger macam sekarang ni? Dan time tu sumpah tak signifikan pun blogger yang suka camwhore untuk jadi popular.

Ada terkena batang hidung sendiri tak? Yang lagi kurang ajar ialah bila dia dah follow dan beberapa hari kemudian dia unfollow balik. Ini ialah taktik paling keji sekali dan dibuat oleh blogger yang gila popular ataupun dalam konteks bahasa masa aku sekolah-sekolah dulu, "mencapub". Tapi apa aku kisah?

Bagi aku, lantaklah korang nak follow ke taknak ke bukannya aku dapat duit kalau orang follow blog aku. Masalahnya, kalau dah folow terlalu banyak blog, ada ke kemungkinan latest entry akan muncul dekat Dashboard? Kalau follow sampai 2000 blog, akan baca ke semua updates dekat dashboard? Korang takde study/family untuk dijaga ke? Setau aku, satu-satunya gerakan yang mementingkan banyak followers ialah gerakan ajaran sesat dan jugak MLM. Makin banyak ahli makin kuatla organisasi tu. Tapi blog punya kekuatan adalah ditentukan daripada trafik dan jugak Google/Alexa PR.

Aku benci orang cerita pasal awek dan balak diorang dekat blog seolah-olah konfem la akan kahwin dan hidup sampai mamfus;. Tapi disebabkan gadis yang follow blog ni ialah follower yang ke-1000 dan juga merupakan awek aku yang tak konfem lagi akan jadi bini, tapi niat tu ada , maka tu jelah pasal dia yang aku nak cakap. Bukan korang kenal pun kalau aku cerita. Yo, umur macam aku ni memang patutla dah ada planning untuk berkeluarga. Tapi kalau macam BUDAK NI, memang la tak patut.

Just so you know, I'm not a cult leader to be so desperate to have many followers.
Coming up next: E-book Panda on how to be a famous blogger in 30 minutes






Bungy Jump The Ledge Queenstown

Rasanya sangat tak best kalau aku cuba summarize satu-satu apa yang aku buat dalam seminggu cuti dan menghabiskan duit di South Island. So, baik ambik tempat-tempat terpikih aje dan cerita elok-elok. Kali ni kita cerita pasal Bungy Jump.


Sambungan alkisah berjimba di New Zealand, tempat ni letaknya dekat Queenstown, New Zealand. Alkisahnya dekat Queenstown tu ada 3 tempat bungy yang dimiliki oleh syarikat AJHackett, iaitu The Ledge (dekat sebelah city centre), Nevis Arc (dekat canyon) dan Kawarau Bridge.

Tiket mendalah ni aku dapat dengan potongan harga sebanyak 50% dari GrabOne. Harga asal ialah RM180 dan dengan menggunakan matematik darjah 2 anda kira sendirilah berapa yang aku kena bayar. Disebabkan itu tiket offer maka tak bolehlah nak memilih sangat pergi ke Nevis Arc untuk lompat yang 147m punya. So terpaksalah lompat yang pendek punya di The Ledge ni (43m)


Okay atas ni la gambar aku lompat dari platform The Ledge Bungy tu. Tinggi kan? Sama tahap dengan meja duduk dah tu hehe. Okay tipu je. gambar sebenarnya ada kat bawah ni



Aku orang kedua yang melompat dalam hari tu. orang pertama plak ialah sorang member yang datang sama-sama dengan aku. Bezanya ialah dia banyak kali lompat tapi tak jadi dan aku lompat dalam sekali lari je haha. Tu la, aku dah kata sapa menang o-som pergi dulu tapi tak nak pulak. Aku ni dah la selalu menang o-som :D. Nak tengok aku lompat? Klik butang "PLAY" dekat bawah ni.




Masa lompat tu memang mula-mula rasa kerek sikit. Tapi bila dah freefall baru la rasa cuak sikit. Sikit je tak banyak. Tapi kalau dah masa terjun tu nampak pokok dengan batu kat depan mata, nak rasa apa pulak la kan? Dah la aku tak kahwin lagi.

Apapapun, aktiviti lompat Bungy dekat The Ledge ni memang menarik walaupun bagi sesetengah orang (macam aku), adrenaline rush tu tak dapat rasa pun. Drive kereta sejauh 400km merentas gunung-ganang lagi mendebarkan kot rasanya.

Photo of The Day:

Contest berakhir tak lama lagi. Hadiah semua dah ready. Baik korang join cepat. Klik "OLDER POST" sekali untuk info tambahan.






CutiCuti NewZealand Christchurch [Day 3]

Bertemu lagi kita dalam siri Cuti-Cuti New Zealand! Hari ni kita akan bercerita pasal hari ketiga dalam perjalanan kami menikmati keindahan alam ciptaan Allah. Seperti cerita yang lepas, aku takde nak edit gambar-gambar yang bakal ditayangkan sebab laptop kecik yang smart kepunyaan Cik Ecah Panda takda Lightroom mahupun Potosopp.

Gereja pun keindahan alam juga. Masuk kandang kambing mengembek, masuk tempat orang melihat sajalah
Destinasi 1 - Akaroa
Drive sejam lebih dari pusat bandar Christchurch ke lokasi kejadian. Alkisahnya, para gadis sekalian ada tiket murah yang dibeli dari GrabOne untuk naik Akaroa Jetboat tapi malangnya tiket tersebut tak boleh digunakan sebab masa kami sampai tu, bilangan orang yang nak naik bot tak cukup kuota. Lagipun, diorang tak booking sehari awal dan para jejaka pulak tak nak spend duit untuk cukupkan kuota. Hehe.


Tapi takpe, kami masih naik bot tapi bot Flinstones jelah yang kena guna kaki untuk mengayuh 'enjin' ke tengah teluk tu. Dapatlah jugak naik bot kan? Daripada takda langsung.

Dua tiga kucing berlari mana nak sama si kucing belang, Di mana DSLR berlari gambar mereka takkan menghilang
 Destinasi 2 - Sugarloaf Scenic Reserve
Srcara jujurnya aku cakap, ini kali pertama aku drive kereta naik gunung dekat tempat yang tak familliar sambil bawak anak orang. Bagi sesiapa yang berminat untuk datang sini, 1 benda je anda perlukan, iaitu kamera sebab naik atas ni percuma sahaja dan kami pun jumpa secara kebetulan atas er..GPS


Destinasi 3 - Top of Mount Vermont 
Okay, korang tengok pun dah tahu pemandangan dari kawasan tinggi memang cantik kan? Tapi kami tak bolehla nak buat solat sunat disitu sebabnya untuk ke puncak tu kami telah pun menceroboh ladang kambing biru-biru..eh tak, biri-biri yang sangat gebu dan comel nak-nak pulak musim raya Aidiladha ni. Rasa nak culik satu bawak pegi dapur backackers.

Lompat Si Panda lompat toink toink
Sebagai seorang Panda yang gagah perkasa lagi berani maka haruslah beliau melompat akibat tahap excited yang melampau tanpa bantuan kokain mahupun Kafein. Amaran keras kepada pengunjung blog ialah jangan lakukan ini tanpa pemantauan daripada orang dewasa sebab sekeliling tu banyak batu; kalau tertomoih kat dahi alamatnya anda mampus di tempat kejadian. Amaran seterusnya, disitu banyak tahi kambing biri-biri; kalau tertomoih masuk mulut, alamatnya berpuasalah anda seminggu.


Destinasi 4 - New Brighton Harbour
Sini yang menariknya hanyalah jambatan magik yang bokleh bertukar warna banyak-banyak kali tu. Andainya anda nak berendek di sini, ini ialah tempat yang terbaik tapi pastikan dah nikah. Lepas nikah korang buatlah apape yang korang nak kat tepi pantai tu. Lepas habis berjimba jari keempat, maka pulanglah ke PointBreak Backpackers untuk berketiduran.

Photo Of  The Day
Terbanglah wahai si burung. Kalau kau tak terbang tentu aku dah sembelih kau


..






CutiCuti NewZealand Christchurch Day 2

Sambungan kisah hari pertama. Malam pertama diakhiri dengan kami semua membuta di Point Break Backpackers, New Brighton, Christchurch New Zealand. Tapi tempat ni agak jauhlah daripada city center Christchurch so kalau nak ke city kena ambil bas no 84 ataupun no 5 dengan harga NZD4.50. Nak lagi senang, sewa je kereta kat sini dengan harga serendah NZD25 untuk sehari. Kitorang sewa seminggu. Dah beratus kilometer dah kami drive sampai ke harini


Destinasi 1 - Christchurch Botanic Garden
Kat sini banyak gila bunga lily, tulip, lavender dan ape entah bunga lagi. Kami datang sini lepas ambik kereta yang kami sewa dengan harga NZD29 per day. Kat sini kalau korang bermurah hati bawaklah roti sikit untuk itik-itik dan burung makan. Kebulur sangat dah tengok diorang.


Destinasi 2 - Christchurch Art Museum tapi kitorang stop hanya untuk ke tandas dan bukannya nak masuk dalam tu haha.


Destinasi 3 - Muzium ape entah.
Last- last masuklah jugak muzium tengok barang- barang budaya Maori dan sebagainya. Barang-barang dalam ni memang cantik dan sesetengahnya menyeramkan macam gambar kat atas ni


Destinasi 4 - Christchurch Cathedral
Kitorang masuk dalam gereja yang besau gila. First time kot aku masuk gereja tapi takdela kitorang masuk stu untuk sembahyang pulak. Tangkap gambar aje. Ade jugak time tu ade upacara apa entah so kitorang diam je lah. Tak salah pun masuk tempat tourism untuk tangkap gambar. Kan? Kan?


Destinasi 5 - South India Restaurant
Wan Zana cakap, kat sini harga dia murah tapi makanan sangat banyak dan mengenyangkan. So kami berusaha la jalan berjam-jam carik benda alah ni sambil tengok aftermath earthquake haritu. Jalan banyak tutup so kami susah nak carik jalan. Yang best nye, bila sampai, tempat tu tutup. Last-last makan burger je kat 1 kedai halal ni.


Dan berbaliklah ke rumah Wan Zana untuk menketedarah yang sekian kalinya. Tak tahu siapa masak tapi sedap ah dan ramai orang kat riumah dia malam tu sebab haritu Hari Raya Aidiladha. Kami beraya dengan berjalan-jalan tanpa melihat lembu disembelih depan mata haha.

Photo Of The Day
Bercengkerama dengan Botanic Garden Goddess :P

Gambar adalah ditangkap dengan DSLR Sony a-290 untuk beginner cikaicikaipoda yang tak mampu beli kamera mahal. Cheerios!!






CutiCuti NewZealand Wellington-Christchurch

Dengan internet dan masa yang amat limited ni pun aku berusaha untuk update blog sementara menunggu kengkawan lain bangun dan bersiap-siap. Okay harini dah hari ke5 travelling di South Island New Zealand dan juga merupakan hari pertama aku dekat Queenstown ni. So kita start dengan cerita hari pertama


Ada cerita kelakar dan legend di sebalik penerbangan kitorang dari Wellington ke Christchurch ni. Tak tau ke Christchurch dekat mana? Ala, tempat yang kena gempa bumi haritu yang kecoh sampai ke Malaysia tu. Okay, alkisahnya kami ni nak guna tiket kapalterbang orang lain untuk ke tempat tu tapi malangnya terkantoi di kaunter sebab kiosk tak boleh digunakan atas sebab-sebab tertentu. Rayu punya rayu sambil buat muka comel, maka berjayalah naik flight tersebut. Korang ingat murah ke tiket walaupun domestic flight je? mahal kot. NZD139


Muka lega selepas berjaya dapatkan tiket flight. Menurut sumber yang bolehla dipercayai, kitorang ni lagenda pertama yang buat kes macam ni. Ni kalau kena tangkap dekat airport memag kena soalsiasat pasal hal berkaitan terrorism la kot. Lagi haru.


Sampai di lapangan terbang Christchurch kami dijemput oleh member Lily (awek baju pink) yang jugak merupakan ex-senior aku dekat KUSESS dulu. Lily plak yang 2 dari kanan tu. Kitorang lepak situ makan-makan. Aku kalau bab makan free ni memang ko hidangla apape, harus aku bantai sampai habis nak nak pulak kalau sedap macam Wan Zana masak. (bodek).

Disebabkan laptiop ni bukan aku punya, dan internet sangat mahal dan limited dekat tempat kitorang tidur ni, maka gambar tak boleh nak edit dan tak boleh nak online lama-lama. Gambar travel kitorang mungkin akan di-upload lepas habis bercuti iaitu pada minggu hadapan.

Photo Of The Day:






Seminggu Menghilang Berjimba-Jimba

Akhir-akhir ni aku suka pulak dengan ayat pelik yang berbunyi pelik ni. Aku pun tak confirm sangat lah ape benda maksudnya tapi mungkina ada kaitan dengan bersuka-ria dan berjoli-joli. Entahlah, tanyalah Cik QinQin kalau dia sudi jawab haha.


Gambar ni aku saje try nak upload untuk dicaci-maki oleh anonymous. tengok ada tak yang berani nak maki kakaka. Gambar ni diambik dengan EOS400D member aku punya. Alaa member yang dalam Entri November Bulan Perpisahan tu. Muka atas ni diambik sebelum 2 kali tergolek dengan roller blade dalam posisi paling memalukan sluruh hayat

Berbalik kepada topik berjimba-jimba, aku sebenarnya nak away dari blog ni selama seminggu sebab nak berjimba kat Christchurch di New Zealand ni. Lagipun aku dah beli kamera cikaicikaipoda semata-mata nak pergi berjimba. Kot murah takpe, boleh bayar sewa rumah  2 bulan kot. Kalau nak tengok gambar noob yang aku dah upload so far, boleh tengok dengan klik gambar-gambar dibawah untuk directed ke album facebook. Klik gambar 1 untuk ke Album Farewell Party dan Gambar kedua untuk Album Santa Parade.



Tengok gambar pun aku rasa korang dah tahu aku main petik je shutter tu. Langsung haram tak tahu apa Focus apa ISO, setting apa suma. Hentam ajelah labu. 

Flight dari Wellington ke Auckland petang ni so pukul 2 dah kena bertolak dah. Okaylah tu je. Entry ni diakhiri dengan serangkap pantun bongok:
Dekat kaki banyak bulu
Gua chiow dulu.






KasperskyHijau penyelamat komputer anda

Menggunakan komputer tanpa antivirus ialah ibarat memakai seluar tanpa spender. Bahagian dalam komputer akan terdedah kepada virus-virus dan kuman yang banyak tersebar di alam maya ni. Kalau korang kata komputer korang dah okay dengan AVG yang dapat free tu, nampak sangat korang bukak internet sebulan sekali.


Haa mana lagi nak cari Kaspersky murah camni? Korang jangan risau pasal keaslian dia sebab benda ni memang asli dan produk daripada OEM. Aku dah beli satu Kaspersky Internet Security 2011 dan memang berkesanlah. Kalau activation key tu dia bagi tipu, sah-sahla PC aku kena block dah sekarang



 Kaspersky Internet Security 2011
  •  1 PC 1 Tahun (365hari)
  • Genuine Activation Code
  •  RM25

 Kaspersky Anti Virus 2011
  •   1 PC 1 Tahun (365hari)
  • Genuine Activation Code
  •  RM15



Kaspersky Promotion 3 PC 1 Tahun (365hari)




 Kaspersky Internet Security 2011
  •  3 PC 1 Tahun (365hari)
  • Genuine Activation Code
  •  RM50

 Kaspersky Anti Virus 2011
  • 3 PC 1 Tahun (365hari)
  • Genuine Activation Code
  • RM30

Orang New Zealand yang nak beli menda alah ni boleh contact saya melalui nombor 0220663912

Orang seluruh dunia yang nak Kaspersky free, bolehlah klik ke banner di atas sebab dia tengah ada contest tu! Cepat pergi ambik Kaspersky free.

Orang seluruh dunia yang nak letak banner di !ARC13! bolehlah contact facebook saya 

Sumber Kaspersky| KasperskyHijau






Selling Cheap Kaspersky Internet Security 2011


Yes sir, your eyes don't lie to you. this is the actual price I'm selling for 1 activation key of Kaspersky Internet Security 2011. Retailer price of this item is at NZD65 (see photo) and you can get it for less than half of the market price!! Ain't that sweet?

Why do I need KIS 2011?
*Real-time proactive protection against viruses and other malware Improved!
*Safe Surf and Kaspersky Web Toolbar for online security New!
*Best-in-class personal firewall for keeping hackers at bay
*Identity protection with Virtual Keyboard and anti-phishing Improved!
*Unique Safe Run mode for suspicious apps & sites Improved!
*Advanced Parental Control with flexible settings Improved!
*Smart anti-spam and anti-banner protection Improved!
*Computer tune-up for better performance and protection
*Rescue CD for system restoration after malware attacks Improved!
*Automatic scheduled scans and updates
Not even sellers at Trademe sells this stuff as cheap as I do. Click on the red text to see the evidence. Please note that I am just selling the activation code, and it DOES NOT come with the Installer CD. You can download the installer here (click red text) for FREE. Why do you need that CD anyway? You are just going to use it once and it will end up as technology waste. Save your money with this ORIGINAL product, as well as save the environment

How do I use this product?
  1. Download the installer
  2. Use the activation code that I will give to you once sale is completed when prompted
  3. Voila, your PC is now secured. Easy as!
Operating Systems Hardware Requirements
Microsoft Windows XP, all editions (Service Pack 2 and higher)
Intel Pentium 300 MHz or higher (or equivalent)
256 MB available RAM
Microsoft Windows Vista, all editions (32/64 bit)
Microsoft Windows 7 Home Premium (32/64 Bit)
Microsoft Windows 7 Professional (32/64 Bit)
Microsoft Windows 7 Ultimate (32/64 Bit
Intel Pentium 800 MHz 32 bit (x86) / 64 bit (x64) or higher (or equivalent)
512 MB available RAM

This product is non-returnable







November bulan perpisahan

Buat kali pertamanya dalam hidup aku, aku rasa sangat tak tahu nak taip apa malam ni. Kalau nak biarkan bersawang selama seminggu meang tak bolehlah. Bad for your Nuffnang. Harini kita cerita pasal diari aku harini je lah eh.


Alkisahnya mamat dalam gambar ni, korang ingat lagi cerita main roller blade tu? Dia ni lah insan yang ketiga tu. Cumanya masa kitorang pergi berjimba-jimba main roller blade tu, dia belum dapat lagi dia punya DSLR tu. Dia ni student architecture dekat VUW dan baru aje belah meninggalkan bumi Wellington pagi tadi. Hilanglah sorang kawan dekat New Zealand.


Alkisah mereka-mereka yang kat dalam gambar atas ni pulak, diorang ni Honours Student VUW Math, Statistics dan ape lagilah subjek yang aku tak minat haha. Diorang ni pun, dah hampir habis tempoh pengajian dekat New Zealand maka akan berangkat pulang mendidik anak bangsa dekat Malaysia pulak. Hilang lagi kengkawan New Zealand.

Koko, koko nak tinggalkan bos tak?


"Saya ada kawan baru la bos. Nama dia Tengku Ritaudeen Paktam..kira sedara mara saya la jugak ni. Boss asyik busy je boss saya carikla kawan lain"

Sampai hati kau koko.






Surat Untuk Mak

Kehadapan emak yang disayangi,

Adapun tertulisnya warkah elektronik pada kali ini adalah untuk menyambung perbualan ringkas kita di talian telefon sebentar tadi. Mesti mak pun tau yang anak mak ni tak suka bercakap banyak, cuma suka menaip banyak. Sebab tu banyak masa yang diluangkan depan komputer. Kalau anak mak ni suka bercakap banyak, mesti dah berdiri dalam Dewan Parlimen dah.

Minta maaf sebab anakandamu yang dah besar panjang ni tak dapat balik pada hujung tahun 2010. Bukanlah sebab tak cukup duit. Takpe, mak boleh simpan duit mak jangan susah-susah nak kirim duit sebab duit nak hidup memang cukup sebenarnya. Cuma, anakmu ni masih dalam tahun pertama jadi haruslah hujung tahun digunakan untuk menimba ilmu/pemandangan di negara orang. Tahun depan orang balik, serius. Kalau tak de duit macam mana pun, nanti orang cari jugak duit nak balik jumpa mak.

Bukannya orang tak rindu mak, mana pulak datang ayat tu. Masa menaip ayat ni pun empangan dah nak pecah dah ni. Sumpah tak tipu..bukannya ada orang nampak pun dalam bilik ni. Hari- hari orang rindu kat mak. Muka mak, tangan mak semua orang ingat. Orang mana ada mak lain. Puan Omi Kalsom sorang ni je lah mak orang. Yang besarkan orang dari kecik sampai besar. Yang rindu orang hari-hari kat New Zealand ni.

Pesan mak orang ikut. Mak selalu pesan jangan tinggal solat; walaupun kekadang terlajak, tapi takde tinggal dah. Haritu mak masuk wad pun orang dah gelabah dah sebenarnya padahal time tu hari final exam. Kalau mak sakit orang nak maje-manje dengan sape lagi? Sape nak garu-garu kepala orang? Lantak ah dah besar pun pedulik apa orang nak cakap anak mak ke ape tapi macam orang cakap tadi, mak ada satu je, dan makin hari orang tau rambut mak makin putih.

Apa-apa pun orang nak cakap, orang rindu kat mak dan sayang dekat mak. Tahun depan orang balik

Empangan pecah.

Yang benar,
Anakmu






Roller Blade di Oriental Harbour

WELLINGTON, 8 Nov - 3 orang pelajar berkerakyatan Malaysia telah dikesan membuat aktiviti yang diragui faedahnya kepada manusia sejagat. 3 pelajar tersebut di mana 2 daripadanya memakai kasut roda dan seorang lagi menaiki skuter kanak-kanak telah dikesan berlegar- legar di kawasan Oriental harbour sekitar jam 6 petang semalam.


Pelaku pertama (dalam gambar) telah dilihat tergolek sekali di hadapan khalayak ramai dengan posisi punggungnya mencium lantai terlebih dahulu. Adapun beliau dengan muka selambanya telah bangun sambil bersiul kecil-kecilan supaya orang lain tidak perasan.


Setelah dipujuk dan dibayar beberapa ratus dolar, maka dua daripada mereka telah bersetuju untuk bergambar di hadapan wartawan kami dengan tujuan komersial aktiviti berkasut roda di Wellington City yang juga merupakan ibu negara New Zealand, dan bukannya Auckland. Tidak seperti ibu negara Malaysia yang penuh dengan warga Nepal, Bangladesh, Indonesia, dan Myanmar yang terutamanya berpusat di Jalan Pudu, ibu negara New Zealand amat santai dan mempunyai banyak infrastruktur supaya aktiviti kekeluargaan dapat dilakukan.


Antara tarikan lain di kawasan ini ialah taman permainan yang comel khas untuk kanak-kanak dan juga orang dewasa yang keanak-anakan apabila tiada kanak-kanak di kawasan terbabit. Objek seperti ikan paus berwarna biru dan motor berwarna merah sama sekali tidak mengajar anak-anak kecil memburu ikan paus (Jepun) dan mengamalkan budaya bodoh mat rempit (Malaysia). Kekuatan alat permainan disini ialah boleh menampung sehingga 70kg muatan tetapi berat badan kedua-dua model adalah dirahsiakan.


Orang awam adalah dinasihatkan supaya tidak menghampiri kawasan air apabila berkasut roda dikhuatiri akan tergolek masuk ke laut. Keadaan menjadi lebih buruk jika anda tidak mahir berenang.

Photo | Ridhwan Ikhsan Othman






Melahirkan anak tikus akibat tuala wanita tamat tempoh

Hai yu all tengah buat tu? Rindu dekat Ahkak Fenny tak? Mesti rindu kan? Sorry tak dapat layan permintaan peminat semua sebab sejak I cerita pasal tips mekap 1 dan 2, terus I pergi jual ais kacang di Auckland. Dengan kesungguhan dan kecantikan cara bermekap ahkak la ahkak berjaya beli sebuah laptop untuk online facebook.

Tapi ahkak tension la dengan sesetengah pengguna facebook yang suka buat Teori Konspirasi tahap haramjadah. Bukan sahaja benda merepek diorang percaya, benda yang mustahil pun diorang percaya. Contohnya macam kes kita kali ni pasal nota Facebook yang ahkak terima baru-baru ni mengatakan bahawa..
Seorang pelajar cina berusia 17 tahun ... mengandung ....Beliau seorang kanak2 miskin dan bapanya pula seorang penjual TUALAWANITA.... banyak tuala wanita yang expired,si bapa telah mengagihkantuala wanita itu untuk dipakai oleh anak dan isterinya......so anak2 dgn bini dia pon pakaila TUALA WANITA tu.....lepas maybe beberapa bulan si anak mengalami muntah,loya tekak mcmorang2 mengandung tu...Dengan segera si bapa membawa anak ke hospital untuk diperiksa apepenyakit anaknya..dan doktor memberi jawapan yang mengejutkan bahawa si anak telahMENGANDUNG........Scan punya scan doktor memberitahu bahawa terdapat 20 EKOR ANAK TIKUSyang dikandungkan oleh pelajar terbabit...MUNGKIN KETIKA PERIOD TELUR2TIKUS TELAH DISENYAWAKAN KOT DAN MASUK KEDALAM OVARI PELAJARTERSEBUT..MUNGKINN.....doktor terpaksa membuat pembedahan ke atas pelajar tersebut keranadidapati anak2 tikus terbabit telah tumbuh gigi dan dikhuatiri akanmemakan kesemua organ dalaman pelajar tersebut....kesemua doktor sahaja yang berani melakukan pembedahan itu,...pelajar terbabit kini disahkan tidak boleh mengandung lg kerana merekatelah mencuci keseluruhan dalaman pelajar tersebut kerana dikhutiridijangkiti virus tikus yg kotor itu...

Okay akak rasa nak tergelak baca nota tahap cipan ni. Ahkak rasa orang yang sebarkan nota ni mungkin terkena kenan cipan agaknya sebab tu dia malas masuk kelas Sains masa sekolah dulu.Ahkak ni selalu je pakai tuala wanita yang dah expired sebabnya tuala wanita mana ada tarikh luput! Ok meh sini ahkak tunjuk apa yang salah dengan nota cipan tu
  1. Tuala wanita ada expiry date kah?
  2. DNA manusia dan tikus tak compatible menyebabkan mustahilnya lahir separuh manusia dan separuh tikus
  3. Dan paling cipan sekali, tikus apa yang bertelur? Tikus mamalia lah ngek maka dia beranak
Tapi, kalau betullah apa yang dicakapkan dalam nota ni;


Okay Ahkak nak pergi sambung jual ais kacang dekat Auckland. Tata.
Sumber| Nota Cipan

Love,
Ahkak Fenny






Anugerah Comel November: Liyana Lunia

Anugerah Comel !ARC13! yang julung-julung kali diadakan ini bertujuan untuk 'mengipas' rakan-rakan blogger yang telah berjaya mengekalkan hubungan baik dengan penulis blog. Setelah ditimbang tara dan diperiksa kehadiran anak bulan, maka Anugerah Comel November 2010 jatuh kepada Liyana Lunia!!


Antara banyak-banyak rakan blogger, dia ni antara yang paling rapat sebab kitaorang ada affair. Sila jangan percaya ayat sebelum ni sebab beliau dah ada laki. Tak kelas la aku nak mengorat bini orang, paling-paling pun akan mengorat mak janda.

Blog Liyana Lunia jugak merupakan salah satu medium untuk aku mencari tutorial-tutorial yang digunakan untuk mengedit blog ni sebab dari atas sampai ke bawah, blog Ynn memang menarik dan sedap mata memandang. Walaupun beliau wanita asli, tapi beliau takde nak letak lagu dalam blog.


Tegar tak tegarlah dia ni sampaikan blog dia hari-hari update sepanjang tahun. Dan duit Nuffnang dia pun kaya dan dah mencecah 4 angka yang akan digunakan untuk belanja aku makan Haagen Daaz nanti. Gambar di atas diambil masa kami pergi DiGi Pimp My Day Challenge yang turut dihadiri oleh Eyriqazz, MelRomeo, BeautifulNara, RedMummy, Raracandyfloss dan ramai lagilah. Masa tu aku yang baru masuk dunia blogging ni memanglah takde nak tegur-tegur diorang. Malu kot time tu..aku kan si anak teruna yang pemalu.


Nasib baik aku dah tua kalau tak gelilah nak kena panggil dia kakak. Gambar atas ni hasil rompakan Avatar dia dekat Friendpage. Tak tahulah dia buat dekat mana avatar pakai tudung tu. Kalau nak tahu klik teks berwarna merah tadi untuk bertanya khabar.

Dan sebab paling mulia kenapa beliau dinobatkan blogger paling comel pada bulan ini ialah:


Pergh. Trafik yang sangat walauweh daripada Liyana Lunia. Terima kasih daun keladi, kalau comel buat lagi.
Overall, rating untuk blog ini ialah:
Kecomelan:10
Kekemasan: 9
Kemesraan: 9
Purata: 9.3333