Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

2 Superhero Import Paling Merepek di TV Malaysia

Semalam masa makan kebab, 1 topik perbualan muncul di mana ia melibatkan pasal kartun yang kita selalu tengok masa kecik. Ada jugak yang terpaksa tengok disebabkan adik/kakak kita yang nak tengok dan disebabkan TV ade 1 je, maka terpaksalah tengok sekali dengan perasaan tak rela hati.  Terpaksa tulis 2 je sebab sekarang dah 2 am dan aku mengantuk

#2: MIGHTY MORPHINE POWER RANGERS

Okay siapa tak pernah tengok Power Rangers? Aku rasa semua orang yang baca artikel ni time ni akan tersengih sebab terkenang zaman kecik-kecik dulu yang tergila-gilakan Power Rangers. Ada yang sampai berebut dengan kawan-kawan tak pun dengana dik beradik pasal nak cop siapa jadi kaler yang mana. Dulu aku suka gila dekat Power Rangers Hijau (Tommy) sebab dia ada robot raksasa yang cool gila.

Cool kan? Padahal bodoh je sebenarnya :P
KENAPA MEREPEK?
Diorang ni mulut tak pernah nak diam. Setiap serangan mesti ade description. Setiap kali buat transformation mesti nak buat gaya pelik-pelik.


Seriously..kalau buat gaya tu, makin penat dan bukannya makin kuat masa nak lawan musuh...

#1: SAILORMOON

Aku rasa yang lelaki masa kecik-kecik tak ramai yang tengok cerita ni sebab tema dia memang sangat keperempuanan. Ada unsur-unsur fairy-tale, princess...ibarat budak lelaki main patung Barbie la kiranya kalau tengok cerita ni. Tapi aku tertengok jugak masa kecik sebab kakak aku tengok. TV pulak ade 1 je so terpaksalah kongsi.

SEBAB APA MEREPEK?


#1: AWEK_AWEK SAILORMOON TAK PAKAI BRA
Setau aku diorang ni remaja dan dah remaja of course la harus pakai baju dalam. Tapi diorang ni bukan je tak pakai baju dalam, masa nak transform jadi Sailormoon tu pun diorang boleh bogel sekejap. Aku rasa orang jahat tak serang diorang sebab terliur agaknya tengok diorang bertukar tu..

Walaupun kebanyakan orang jahat dalam cerita Sailormoon ialah berjantinakan perempuan pun, diorang masih terliur.......

#2: AMBIK TERLALU BANYAK MASA UNTUK BUNUH RAKSASA
Tiap kali aku tengok cite Sailormoon ni mesti aku menguap sebab aksi-aksi lawan dia penuh dengan suara gadis-gadis merengek, merintih, berjoget-joget dan amcam-macam lagilah walhal kat depan diorang tu ada raksasa yang harus dibunuh. Macam mana la pulak diorang boleh menari-nari, menyanyi-nyanyi kat depan raksasa tu?

Kalau aku jadi raksasa (versi bijak) untuk kedua-dua kartun ni, mesti aku dah kalahkan diorang masa diorang buat aksi-aksi mengarut tu...






Teka Teki Budak Darjah 6

Masa kecik-kecik dulu aku selalu main teka-teki dengan kawan sebaya yang sama-sama masih mengelap hingus dengan lengan baju...

Ayam berkokok, Harimau...?

Ayam berkokok, Harimau...?


Kalau korang cakap Harimau mengaum, salah

Kalau korang cakap Hari mau Siang, pun salah...

sebab....


Sebab HarimauMalaya menang AFF Suzuki Cup 2010!! Haha okay takde kena mengena. Nak tidur. Dah 3.15am. Penat streaming LIVE video tadi. Adios

P/S: Makan menu apa esok kalau pegi restoran?






Filem Malayalam Chandramukhi (2005)

Haritu layan cerita Hindustan, hari ni kita layan cerita Tamil walaupun banyak lagi cerita best yang boleh tengok kat dalam Hard Disk ni. Cerita ni aku tengok sebab teringat dulu masa muda remaja aku pernah layan cerita ni dengan famili dekat depan TV (Ahad) sambil masing-masing bergelimpangan atas lantai macam ikan paus terdampar di persisiran pantai..


Sebelum entri ni diteruskan, tolong jawab undian dekat bawah ni please. Saje untuk tambahkan keseronokan membaca..




INI FILEM AKSI KAH?
Dah vote ke belum? Meh kita sambung cerita pasal movie ni. Aku sebenarnya nak tengok cerita ni sebab teringin jugak nak tengok balik filem-filem seram yang aku pernah tengok dulu. Tapi bila start aje cerita, muncul scene ni..

Ape la yang kacaknya muncul sambil kunyah chewing gum. Ada daun kering lak tu
Ok, 3 orang jahat datang menyerang.....
Voila, 3 orang jahat terpelanting. Hero takyah buat apapepun. Kuat gila babi okay.
Sumpah aku rasa kesian kat orang jahat tu. Diorang datang ramai gila pun tak boleh lawan hero sorang yang ada kuasa raksasa ni. Kalau dalam game DotA, kita bolehlah cakap mamat hero ni "owning". Tapi tengok scene ni aku pelik dah sebab aku rasa aku download cerita hantu...mana hantunya? Ini cerita hero yang berkuasa hantu...

INI FILEM CINTA KAH?
Kalau cerita cinta aku takkan download beb. Buang masa je tengok orang berjoget-joget dekat pinggir gunung lepas tu tiba-tiba muncul dekat celah-celah lembu. Baju pon boleh tukar secara tiba-tiba. Dan muncul pulak penari latar yang datang entah dari mana. Dalam cerita ni ade ke tak entah..

Wadefak, ade jugak!!
Tapi disebabkan cerita ni aku tengok dekat komputer dan bukannya dekat TV, maka aku mempunyai kuasa veto untuk skip bahagian-bahagian yang membuatkan usus senak ni...

INI FILEM KOMEDI KAH?
Kadang-kadang kalau tengok cerita Tamil memang lawak. Bukan sebab kita faham lawak dia sangat tapi disebabkan muka pelakon-pelakon dia yang memang secara semulajadi dilahirkan lawak. Diorang tak payah pun nak buat aksi tangan bodoh macam ni..


Tahu kan aksi tangan ape ni? Okay aku tak nak cerita pasal benda tu. Aku nak cerita pasal lawak Tamil ni. Berbalik kepada topik muka lawak;

Okay muka dia lawak. Bukan huduh, tapi lawak
INI FILEM SERAM KAH?
Klau kita tengok dekat IMDB (Internet Movie Database) cerita ni memang tersenarai dalam kumpulan cerita horror. Akhirnya aku jumpa jugak dengan cerita yang betul walaupun semua elemen cerita lain ada dalam movie ni. Cerita ni kira okay la. Terhibur jugak bila tengok sorang-sorang walaupun ada part yang membuatkan aku kurang terhibur. Macam part ni...

Inilah hantu yang bernama Chandramukhi tu..
Haramjadah sungguh scene ni. Walaupun mekap hantu dia simple je setakat guna celak, contact lens, rambut serabai dengan efek mata bercahaya yang sangat simple, mood seram tu ada la jugak sikit-sikit. Nak-nak pulak kalau tengok pukul 1 pagi sorang-sorang dalam bilik.

Part tarian dengan lagu klasik memang terbaik
Hantu ni sebenarnya berasal daripada seorang penari yang dibunuh dalam Istana Vettayapuram tu. Tapi kalau korang tengok part dia menari (diiringi lagu klasik), memang stail gila. Nampak macam senang je.

Jawapan untuk undian di atas: Filem ni ada semua elemen tapi sebenarnya ini filem seram. Kalau korang nak download, bolehlah klik butang dekat bawah ni. Adios. Panjang sangat dah pulak review kali ni
DOWNLOAD MOVIE
DOWNLOAD SUBTITLE 






Kawanku Bernama Syazwan Bali

dAdapun hikayat ini telah lama disimpan dalam benak hati dan tak mampu lagi mahu ditahan-tahan dan disimpan dalam hati. Cerita fiksyen semata-mata. Segala kaitan mungkin diwujudkan sendiri oleh ilusi pembaca yang terlalu rajin berimginasi di alam internet...

Amaran terakhir: Ini ialah cerita fiksyen yang tak pernah diterbitkan dalam buku teks KOMSAS Tingkatan 1 sehingga 5 Sekolah Menengah Kebangsaan di Malaysia disebabkan mengandungi unsur seks yang tidak keterlaluan
Dulu saya ada seorang kawan. Nama dia Syazwan dan disebabkan dia ni dulunya pernah tinggal di Bali, maka kami panggil dia Syazwan Bali. Walaupun nama dia serupa dengan entah-siapa-itu, tapi ini ialah cerita tentang kawan saya, Syazwan Bali. Dia bercita-cita memiliki sebuah motor Harley dan suka buah Barli.


Sebenarnya tang motor dan buah tu saya reka sahaja tapi itulah dia Azwan, eh Syazwan Bali yang pernah tinggal di Bali. Nak dijadikan kisah, kawan saya ni tak lah boleh dikatakan normal sebab saya rasakan rakan saya si Syazwan Bali ni gemar mengumpat. Mungkin sekali dia pernah menghadiri sidang mesyuarat di pinggir tangga rumah sambil mengunyah karipap 20sen Mak Pah maka muncullah bakat beliau yang beliau amat dibanggakan itu. Amatlah tidak normal kalau lelaki mengumpat dan soksek sini sana..

Orang ramai berkata (bukan saya kata) yang kawan saya si Syazwan Bali ni mungkin terkena kenan laser. Sebab itu mulutnya laser. Bukan sahaja mulut laser, malah otak dan mulutnya sekali berbisa baik di kaca television mahupun di blog. Apa? Oh tidak, ini cerita pasal kawan saya Syazwan Bali. Berhenti berimaginasi rakan semua...

Desas-desus orang mengatakan kawan saya Syazwan Bali ni seorang yang bengkok nafsu seks nya. Dia tak minat perempuan. Macam saya tentulah saya akan terangsang melihat gadis-gadis memakai bikini di pantai sambil berlari berkejaran menangkap frisbee. Tapi kawan saya Syazwan Bali tu dia terangsang sebab dia yang mahu memakai bikini. Tapi itu orang cakaplah, bukan saya cakap. itulah kawan saya Syazwan Bali yang bermulut puaka..

Gambo cilok Google
Kisah kawan saya Syazwan Bali ni disambungkan lagi apabila dia mengambil keputusan untuk mengerjakan Haji. Saya pada ketika ini "wow". itulah yang saya fikirkan. Bukan wow apa, semasa di lapangan terbang, banyak nasihat dan promosi twitter serta blog yang dibuat melalui video amatur rakannya yang seorang lagi. Bukan saya ya. Dan kononnya Allah berada di pihaknya. Itulah kawan saya Syazwan Bali...
Iklan Celcom sekejap. Boleh klik gambar di atas
Dulu, masa sebelum pergi Haji, hanya mulutnya yang bangang. Tapi selepas balik Haji, otaknya sama-sama dengan mulutnya bangang sekali dengan secara terangan mewartakan bahawa dia gay. Ketentuan Allah? Takdir? Berusaha? Sama macam memberikan Fatwa Kaum Beruk (tulisan Hamka: Kereta Mayat). Haram tetap haram. Kau bagi alasan apa pun ia tetap haram wahai kawanku. Jangan bagi ajaran sesat pulak dekat sini bahawa Allah mahu kau jadi gay. Suka hati je bawak masuk bab agama dalam pewartaan kesilapan diri ye?

Itulah dia, Syazwan Bali, kawan saya yang bermulut puaka, yang tak wujud pun di mana-mana bahagian di dunia yang fana ni. Sekarang hampir Subuh di New Zealand, mari kita berwuduk..






5 Fakta Tentang Hari Krismas

Sekarang jam New Zealand (GMT+8) telah pun menunjukkan 12.57 am yakni hari ini ialah Hari Krismas 25 Disember 2010 di New Zealand. Masa aku menaip ni orang Malaysia harus menunggu lebih kurang 3 jam lebih lagi sebelum rumah-rumah mereka dicerobohi oleh Santa Clause yang menunggang kereta rusa terbang.

Photo dari Santa Parade Wellington [klik]
Sebelum entri ini diteruskan haruslah diingatkan bahawa saya secara jujurnya tidak berniat untuk mencetuskan sentimen perkauman mahupun keagamaan disini. Hanya mahu berkongsi maklumat. Peace 1Malaysia. Oh ya, please check IC anda kalau anda dah melepasi umur 16 tahun untuk memahami justifikasi dalam entri serius hari ini. Here goes...

#1: UMAT ISLAM DILARANG MENYAMBUT XMAS
Okay ini paling ramai orang buat sebab kita kan dalam 1 negara Malaysia yang 'aman' damai dan penuh toleransi ni semua benda kita nak sambut tanpa usul periksa. Walaupun kebebasan beragama tu ada dalam peruntukan perlembagaan Malaysia, tapi ia tidaklah pulak mewajibkan umat Islam agar mengucapkan 'Merry Xmas' kepada rakan taulan mereka sebab kita sebagai umat Islam adalah dilarang untuk menyambut perayaan keagamaan lain-lain. Benda ni disebut dalam khutbah Jumaat siang tadi dekat Masjid Kilbirnie, Wellington, New Zealand. Adalah dikhuatiri perkara ni boleh menyebabkan syirik. Yo, bukan aku saja-saja reka ini benda. Imam yang cakap.

#2: SAMBUTAN KRISMAS BERASAL DARI PAGANISM 
Simbol paganism
 Orang Kristian jangan marah aku tapi inlah kebenarannya. Korang ingat lagi Supernatural Season 4 ke Season 5 entah aku tak ingat yang ada kisah pasal Winchester Bros ni memburu Pagan Gods yang makan manusia waktu Krismas disebabkan diorang lapar? Dulunya manusia sembah diorang tapi lepas Nabi Isa (Jesus; dalam Bible) muncul, dia pulak dapat nama. Fakta sebenarnya, Catholic Encyclopedia, 1911 edition yang diterbitkan oleh Roman Catholic Church menyatakan bahawa "Christmas was NOT among the earliest festivals on the Church...the first evidence of the feast is from Egypt." "Pagan customs centering around the January calendars gravitated to Christmas.".

Dan Krismas tidak disambut sebagai perayaan rasmi Kristian sehingga kurun ke 5. Hanya selepas tu barulah Riman Church mengarahkan agar perayaan ni jadi perayaan mereka. Umat Islam hati-hati baca point kedua ni...

#3: SIAPA LAHIR PADA 25 DISEMBER?BUKAN NABI ISA A.S
This is totally not Jesus. We are gonna cover this in jiffy...
Selepas beberapa kajian aku baca, diulangi, baca dan bukan percaya atau beriman dengan bahan bacaan tersebut,  bahawa Jesus tidak dilahirkan pada musim winter pun disebabkan ayat ni "there were in the same country shepherds ABIDING in the field, keeping watch over their flock by night" (Luke 2:8, Bible). Sebab apa? Sebabnya sebelum Oktober 15, para penternak kambing sekalian di Judaea dah pun simpan kambing-kambing diorang dalam kandang so annti takdelah kambing diorang mati menggelupur kesejukan. jadi berdasarkan Luke 2:8 tadi, Bible sendiri cakap Jesus tak lahir musim winter. Catholic Encyclopedia menyokong benda ni orait. Habislah Anonymous serang blog aku nanti...

Mana aku tahu pasal musim-musim ni? Song of Solomon 2:11 and Ezra 10:9, 13 cakap, winter ialah musim hujan yang tak sesuai untuk dibiarkan kambing biri-biri bergembira di luar kandang. Nanti kena pneumonia tak pun hypothermia...

#4: KALUNGAN HOLY WREATH

Nampak benda atas ni? Ada di kebanyakan pintu bagi mereka yang menyambut Krismas. Gambar Google je. Takdelah pulak aku nak merayau dalam city memalam ni pergi tangkap gambar dalam Wellington. Benda atas ni dipanggil Holy Wreath. Kalau kita rujuk Supernatural..okay aku dah ingat, Supernatural Season 3 Episode 8; benda ni digantung kat pintu untuk menyeru Pagan Gods supaya datang makan kat rumah diorang...

The use of Christmas wreaths is believed by authorities to be TRACEABLE TO THE PAGAN CUSTOMS of decorating building and places of worship at the feast which took place at the same time as Christmas. The CHRISTMAS TREE IS FROM EGYPT, and its origin dates from a period long anterior to the Christian Era (Haskins, 1872-1944)

#5: APA KAITAN SANTA CLAUSE?
Now we are here at this topic. At last!
Pakcik gemuk yang boleh memuatkan diri dalam serombong asap rumah-rumah yang menggantungkan stoking besar ni sebenarnya pada sejarah awal dikaitkan dengan St. Nicholas of Myra yang merupakan seorang Bishop. Dia ni femes  dengan aktiviti bagi-bagi hadiah sekitar 300 A.D (Latin, anno domini) dan jugak dikatakan telah memberi hantaran untuk 3 anak perempuan seorang penganut Kristian yang taat so diorang tak payah jadi pelacur. Ah, ignore this. Korang tak minat sejarah..aku tau..

Of course, tak wujud cerita pasal orang kerdil dan jugak rusa berhidung mentol yang boleh terbang di angkasa sambil mengeluarkan bunyi loceng...

 Sources: Saint Nicholas | The Plain Truth | Library Thing | Answerbag
I took 1 hour and 10 minutes to read everything and compile it in a post. Show your support by clicking the Facebook Like Button. Gracias :)






Well Done Abba (2010)

Dah tertulis dalam gambar dekat album Hall of Fame aku yang aku ni bukan jenis yang tengok cerita Hindi. Sebaliknya, aku maha benci dekat filem- filem Bollywood yang ada di pasaran sekarang ni. Tapi lepas beberapa das tembakan daripada movie Hindi yang tersenarai dalam IMDB (Internet Movie Database), maybe pendapat aku perlu disemak balik.

IMDB rating 7.7/10
Disebabkan movie ni best maka aku taknak la letak sinopsis movie ni kat sini tapi cukuplah kalau korang tau yang cerita ni pasal golongan-golongan yang tertindas dekat India tu. Dahla tak cukup duit keperluan seharian, disusahkan pulak dengan pegawai-pegawai kerajaan yang hobinya makan rasuah. Pendek kata, cerita ni banyak bagi pengajaran moral dekat penonton. Dan lawak dia pun menjadi.


Kenal pakcik bermuka sengal ni? Boman Irani ni dia bawak watak Dean Virus dalam cerita 3 Idiots (aku andaikan korang tau). Dalam movie ni kiranya dia watak utama lah. Sebab apa cerita ni best?

#1: TAKDE LAGU-LAGUDAN TARIAN  MEREPEK
Korang pun boleh faham sendiri kan amcam mana filem Hindi tipikal yang kita semua pernah tengok ataupun pernah TERsipi-sipi tengok. Tengah-tengah jalan dekat padang, tiba-tiba ada lelaki lalu lepas tu tiba-tiba datanglah segerombolan penari latar yang tak ada kena mengena dengan cerita muncul entah dari mana. Lepas tu tiba-tiba pulak diorang boleh tukar baju lain-lain..

#2: BUDAYA INDIA DIKEKALKAN
Latar agama: Islam dan Hindu yang duduk dalam 1 komuniti
Budaya kahwin
Sebab apa orang suka tengok filem Hindi? Sebab budaya. Tadi aku browse lagi internet kot-kot ada filem Comedy Hindi yang hebat macam ni lagi dan dah download 1 cerita nama Salaam Namaste. Hindustan yang dah hilang nilai budaya Hindi.

In case korang lupa apa aku cakap tadi, aku bukan kaki filem hindustan. Aku benci sebenarnya tapi kalau filem tu bagus macam ni, maka dia dapat pengecualian lah.

Dan awek ni comel. Sesekali usha awek Hindustan ape salahnye :P
DOWNLOAD HERE






Anugerah 3 Haiwan Paling Ganas di Dunia

Anugerah ini ialah anugerah yang diberi secara suka-suka ataupun bahasa masa KOMSAS dulu, cacamarba, disebabkan 3 haiwan ni mempunyai sifat yang hebat ataupun senang kata, pelik kalau nak dibandingkan dengan binatang-binatang lain di muka bumi ni.

#3: WOLVERINE

Sesiapa yang tak pernah dengar nama Wolverine ni besar kemungkinan tak pernah tengok X-Men sebab watak Wolverine dalam cerita tu memang diambil bersempenakan sifat menatang ni yang berbulu, dan bertaring serta bercakar. Sebab utama nama watak tersebut dipilih ialah atas sebab 1 persamaan: Dua-dua Wolverine sangat ganas tahap haram punya ganas.

Kalau anda fikir gambar atas ni comel....

Kalau lawan dengan vampire Cullen Family, aku bet menatang ni menang
Ini ialah seekor haiwan Psychopath. Dia takde rasa takut, takde empathy. Dia ni jenis main hentam je semua binatang dan yang menariknya, binatang yang dia hentam ni dia tak peduli pun saiz dia macam mana. Dari tikus ke sampailah ke beruang. Semua dia boleh pukul. Otai gila.

Kalau ikan paus hidup dekat-dekat menatang ni aku rasa lunyai jugak ikan paus tu dikerjakan dengan taring ngan kuku tajam tu. Tapi kuku menatang ni tak dibuat dari Adamantium ye...

#2: TASMANIAN DEVIL

Nak tahu kenapa binatang ni ada dalam Warner Bros punya kartun. Ala jangan la nak tipu pulak cakap tak pernah nama dengar Tasmanian Devil, Bugs Bunny, Donald Duck semua tu. Dah terang lagi bersuluh dia jadi kartun disebabkan haiwan ni sangat comel dan kerjanya tidur aje 24 jam. Dan yang menariknya, dia jugak vegetarian....

Vegetarian lah sangat
Dia ni bukan vegetarian. Kalau korang tak percaya bolehlah cari sekor menatang ni dan hulur tangan korang kat dia. Dia takkan gigit tangan korang saja. Dia akan gigit dan kunyah 1 badan korang, dengan beg, jam tangan Rolex, Beg Gucci, seluar jeans, pensel, dan macam-macam lagi yang dah dijumpai dalam najis menatang ni dalam 1 kajian..

Dan award tempat pertama dimenangi oleh...
#1: CANE TOAD

Sebelum tu kita kena belajar psychology dulu. Necrophilia ialah tarikan seksual terhadap mayat seperti yang telah didemonstrasikan oleh Bella yang jatuh cinta dan nak buat hubungan seks dengan Edward Cullen yang mana, secara teknikalnya, dah mati sebab dia ialah seekor vampire.

Dan seperti mana yang korang boleh faham, binatang yang bernama Cane Toad ni ada nafsu seks yang sungguh luar biasa. Dia suka mengawan dengan mayat...er...bangkai. Tapi bukan tu aje perangai pelik yang haiwan ni suka buat. Dia pedulik hapa tu bangkai katak ataupun bukan. Even bangkai ular pun dia boleh syok punya humping. Ada satu laporan menyatakan katak ni pernah dilihat cuba untuk mengawan dengan seekor katak lain (betina) yang dah dilenyek dengan tayar kereta.

Ni bukan nafsu kuda dah ni...Nafsu katak. Mungkin lepas ni ada orang jual pil katak sebagai ganti kepada pil-pil kuda yang digunakan untuk menyesatkan muda-mudi malam kota raya.

Di bawah katak ganas (seks) ni ialah Salamander betina...yang dah mati
Kalau katak ni diletakkan dekat kawasan perkuburan manusia apa jadi eh? Tapi tak payah risau kot sebab rasanya kat malaysia takde menatang ni hehe.






3 lagi Tips Blog Popular 30 Minit #2

Disebabkan sesi pembelajaran kita dalam E-book Bagaimana untuk menjadi blogger popular yang ter-famous- sekali di abad ni dalam masa 30 minit, kita sambung pula dalam sesi ini yang merupakan bahagian kedua daripada E-book tulisan Papanda ARC.

Sekarang kita berada dalam edisi kedua! Dapatkannya di akhir rancangan ni
#4: Entri Blog Wajiblah Lucah-lucah belaka
Pendekatan ini amat bagus jika diamalkan oleh para blogger wanita sebabnya sebagaimana yang kita tahu, kalau perempuan cakap lucah, lelaki akan seronok, tapi bila lelaki cakap lucah, perempuan akan cakap dia gila seks. So much of gender equality eh? Anyways, dari sudut applikasi psikologi yang dipelajari di VUW, perkara yang lucah boleh menghasilkan adrenalin (menyebabkan perasaan seronok) dan bila perasaan seronok itu didatangkan daripada blog, maka sudah tentulah orang akan rasa blog itu best dan informatif. Jadi, sila amalkan perbuatan ini ya sebab kubur kan masing-masing. Nanti kau mampus kau akan korek kubur kau sendiri kan?

#5: Wajib ada FANPAGE


Yang ini ialah faktor paling penting sekali dalam memastikan trafik blog anda sentiasa di carta teratas mengalahkan trafik website Berita Hairan dan Hairan MetroCrap. Caranya ialah, anda download video-video youtube yang kelakar, lepastu upload semula di fanpage anda, dan kemudian tag semua kawan yanga da dalam friendlist anda! Mudah kan? Dan selepas itu, kawan-kawan anda pula dengan penuh dedikasinya akan menyebarkan video tersebut yang sudah pastinya ada mengandungi link ke blog anda! Baguslah kan, anda memekak dalam blog dan facebook marah-marah orang plagiat, tapi video youtube yang anda reupload tu cerita lainlah la pulak kan?

#6: Gunakan Facebook sebaik mungkin
Kawan anda tahu anda seorang blogger, mereka juga tahu yang anda sangat aktif berblogging. Jadi tak salahlah kalau anda post link blog anda banyak-banyak dekat wall Facebook mereka seolah-olah wall tu bapa anda yang punya. Kawan-kawan anda kan suka anda post link-link blog kat wall diorang....

Okay itu sahaja untuk kali ni, kita jumpa lagi di kemudian hari. Oh sebelum terlupa, cara untuk melanggani E-book ini ialah dengan menekan butang LIKE Facebook di akhir entri dan juga memasukkan email anda di kotak bawah ni.



Enter your email address:



Ada akal sila fikir sendiri buruk dan baiknya sesuatu tindakan tu. Kalau tak faham sila rujuk Tips Blog Popular 30 Minit






Tron Legacy 3D

Dah lama tak buat review movie. Okay korang pun tahu yang Tron ni cerita Walt Disney yang biasanya mengeluakan cerita Mickey Mouse tapi kali ni dia keluarkan cerita Sci-Fi pulak. Kadang-kadang iklan Nuffnang aku ada keluarkan iklan suruh tengok Tron tu tapi berbaloi ke tengok cerita ni?


Cerita ni pasal sorang budak yang kehilangan bapak dia masa kecik. Dan seperti yang boleh dijangkakakan, nanti dia akan jumpa balik bapak dia tu dan di akhir cerita, bapak dia takkan dapat diselamatkan sebab bapak dia buat aksi kamikaze untuk selamatkan budak tu (Sam) dengan awek dia. Ah, tipikal. Skrip zaman tok kaduk

Ni la muka bapak Sam. Ada iras-iras muka arwah kucing aku

Tapi yang tak berapa kaduknya, bapak dia yang hilang tu sebenarnya boleh dikatakan terperangkapla dalam dunia maya yang dicipta oleh bapaknya sendiri sebab ciptaan bapak dia yang bernama Clue (sorry wayang NZ takde subtitle so xdapat tangkap sangat nama dia) memberontak..

YANG BAGUSNYA CERITA NI.....

piuu..piuuu...piuuu...bom tebaboom (sound effect)
Grafik yang superb. Tengah-tengah melompat tiba-tiba je diorang boleh generate motor, kereta, ataupun jet ikut sesuka hati daripada badan diorang. Almaklumlah diorang ni data alam siber maka semua benda boleh buat. Buat makanan pun boleh. Tapi macam mana diorang berak, itu kita biarkan dia menjadi misteri. Mungkin keluar dalam bentuk pecahan pixel?

YANG TAK BESTNYA......

#1: Apsal nama cerita ni Tron?
Tron ialah salah satu ciptaan si bapak Sam tu dan cerita ni sebenarnya cerita pasal cubaan Sam dengan bapaknya untuk keluar dari dunia maya ciptaan tu. Tron sebenarnya lebih kurang watak sampingan je yang memainkan watak secara total tak sampai pun 20 minit. Jadi kenapa nama cerita ni Tron? Sepatutnya jadi Sam & Flynn (bapak) against the world....

Hai, saya layak berlakon cerita Twilight tak?
#2: Storyline bosan, dan merepek
Ok fine, point ni mungkin boleh dimaafkan since ini cerita sci-fi. Tapi come on la, nama je cerita Walt Disney tapi banyak cakap la pulak cerita ni. Kalau tak memikirkan harga tiket 3D yang mahal, mau aku tidur dalam pawagam tadi. Lagi 1, macam mana awek dalam gambar kat atas ni, yang asalnya ialah program OS boleh keluar dari dunia tu sebagai manusia? 

KESIMPULANNYA...
Cerita ni tak best. Baik korang tengok cerita Mickey Mouse je dekat rumah. Dan disebabkan ini, poster Tron terpaksa dimasukkan ke Hall Of Lame Facebook aku.  

Sehebat-hebat software/program komputer, masih memerlukan manusia jugak untuk repair. Hebat betul manusia. Sehebat-hebat manusia, hebat lagi Yang Maha Esa.






Fencing: Sukan Berpedang

Bila tengok hari pertama aku bercerita psal fencing ialah pada permulaan Julai 2010, maka bila dihitung-hitung dah hampir 5 bulan aku terjebak dengan aktiviti ni. Tapi dalam 5 bulan tu berapa kali je entah aku pergi praktis. Biasalah hangat-hangat tahik ayam je tapi at least aku survive jugak sampai ke sudah walaupun tak grad untuk '1st degree'.


Gambar di atas ni menunjukkan weapon favourite aku iaitu Sabre. Sememangnya aku datang competition semalam hanya untuk main Sabre tapi dipaksa jugak main Foil. Takpe, layan je lah. Tapi, serius, Sabre sangat menyeronokkan kalau nak dibanding dengan Foil sebab boleh buat freestyle.


Gambar di atas diambil masa first round aku dalam game Foil. Opponent semangat gila acu pedang tapi aku pandang tempat lain sebab aku memang tak minat Foil. Untuk pengetahuan korang, ini ialah Electric Fencing di mana baju yang kami pakai tu (dipanggil Lame; sebut Lah-may) mengalirkan arus elektrik. Jadi kalau target berjaya disentuh oleh pedang, maka penunjuk di papan markah akan berbunyi dan mengeluarkan tanda. Menang 5-3


Jangan kata orang dewasa, budak-budak pun mampu angkat pedang fencing ni. Gambar atas untuk budak-budak U-13. Yang kiri tu pun anak gadis bawah umur. Tapi biasalah, gadis-gadis bawah umur memang cepat membesar. Sebab tu kita ada banyak kes Pedophile. Tapi tengok anak-anak kecil mencucuk sesama sendiri memang terasa comel

SEBAB APA SAYA SUKA FENCING
Basically, sukan ini ialah one-on-one basis melainkan kau main mode free-for-all yang tak rasmi. Aku ni jenis yang agresif dan menggila dan sukan ni pulak bagi aku tak memerlukan kau mengatur strategi macam American Football. Dan yang paling best, kau dapat tikam orang.

Kalau ada 50 orang like entri ni maka video mekap KakFenny akan disiapkan dalam hujung minggu ni jugak sebab bahan semua dah siap. Sila tekan LIKE dibawah ni






Hari Graduasi Victoria University of Wellington 2010

Hari ni ialah hari bagi mereka yang telah menamatkan pembelajaran dalam program ijazah, Master, Hons, dan PhD untuk naik ke pentas mengambil sijil hasil titik peluh diorang.selama bertahun-tahun di New Zealand ni. Tapi tadi aku pergi just tengok orang naik pentas je sebab aku tak layak untuk terima anugerah tu.


Program dimulakan dengan perarakan sepanjang Willis Street merangkap Lambton Quay di Wellington City ni. Aku cerita lebih-lebih pun bukannya kau orang tahu anma-nama tempat ni. Tak nak la syok sendiri pulak


Dekat Wellington, saya ada 3 orang kakak. Dari kiri Kak Ngah, Kak Long, dan sebelah dia pulak ialah Kak Cik. Diorang ni sangat hebat sebab dapat grad dalam degree Fizik, Statistik & Matematik. Tapi takde la setiap orang ambik tiga majors. Aku buat rumusan je. Tahniah kat korang sebab berjaya menempuhi 3 tahun kat sini. Diorang ni bukan hebat belajar je, masak pun hebat jugak sebab tu aku bagi pangkat kakak haha. Takdelah memain je. Tahun depan buat Honours elok-elok..


Lepas siap berarak, kami tangkap gambar di Civic Square. Adegan normal lambung-lambung topi sesama ahli keluarga Program Pelajar Cemerlang (PPC) yang melibatkan pelajar-pelajar Tahun Kepujian dengan Ijazah Sarjaza Muda. Cis ayat skema.


Lepastu kami masuk ke dalam untuk upcara penganugerahan sijil atas pentas. Macam biasa, VC kalau merepek tak setengah jam emmang tak sah. Tapi yang bestnya ialah suasana di dalam dewan yang tak ketat macam di Malaysia. Kat sini orang menjerit-jerit, bersiul-siul dan siap buat haka lagi bila ahli keluarga diorang naik pentas. Sangat supportive. Gambar atas ni gambar Awin yang terseliuh kakinya tapi masih gagah naik pentas.


Tengok diorang tadi, aku dah buat janji dekat diri sendiri yang One day, I will get onto that stage and get my own degree certificate in Bsc Psychology and BA Educational Psychology. 2 years to go. Dan lepastu sambung Hons. dan naik pentas lagi sekali

Pencapaian ialah sesuatu yang subjektif tapi kehendak ialah perkara objektif. You have only 2 choices; do it or blow it.

DOWNLOAD ALBUM HERE