1 Litre of Tears - Drama Jepun yang Berhabuk

Cuti summer dah nak habis (masa aku tulis draf ni) dan masa tu aku gunakan untuk habiskan tengok cerita drama Jepun 1 Litre of Tears ni. Korang pun tahulah kan apa perasaannya kalau tak dapat tengok drama yang korang dah start tapi tak dapat habiskan. Rasa sakit gila hati. Cerita ni diterbitkan pada tahun 2005 tapi bukan sebab tu aku kata dia berhabuk.

Play lagu di atas. So cerita ni pasal sorang gadis yang maha kesian sebab beliau menghidap penyakit yang bernama Spinocerebellar Degeneration (SCD) atau Bahasa Malaysianya Penyakit Degenerasi Spinocerebellar haha. Taklah, aku pun tak tau macam mana nak translate tapi satu benda yang korang tau, penyakit ni dia melupuskan aktiviti cerebellum di bahagian otak yang mengawal fungsi motor badan kita. Jadi, orang yang ada penyakit ni tak boleh berjalan, bercakap, dan sebagainya. Disebabkan penyakit ini ialah Degeneration, maka ianya berlaku secara berperingkat.
Aku tau doktor tu hensem. Sila diam ya gadis-gadis sekalian

Cerita ni ada unsur cinta tapi tak banyak pun. Sangat sedikit dan lebih mementingkan tema kekeluargaan. Itu la yang paling best sekali kalau aku tengok drama sebab aku memang jenis ban cerita cinta. Dusta semua tu haha. Tapi cerita ni berdasarkan cerita yang benar lagi nyata. Perjalanan plot cerita ni secara umumnya diadaptasi daripada diari dan penulisan Aya Kitou (dalam drama nama dia Aya Ikeuchi). Nak kata hebat tak hebatlah kan, sehingga tahun 2005, sebanyak 18 juta salinan penulisan beliau dah dijual sebab orang ramai berasa termotivasi yang superb bila membaca diari dan sajak beliau.
Ya aku tahu lelaki tu pun hensem. Diamlah.

Aku paling tak boleh belah kalau tengok mak bapak yang menangis sebab anak dia. Kesian gila weh. Time-time macam ni lah tiba-tiba bilik aku dimasuki habuk misteri yang turut bertiup ke dalam mata aku. Habuk misteri ni bukan je menyebabkan mata korang terasa kabur-kabur, tapi juga menyebabkan tekak pedih dan hati terasa sayu. Misteri gila.

Gambar atas ni masa final episode. Time ni Aya memang dah tak boleh nak berjalan, bercakap pun susah gilababi, mahupun memegang pen. Sebelum ni diorang ada tangkap gambar macam ni jugak tapi masa tu Aya masih sihat dan masih dalam peringkat awal penyakit dia. Ayat adik dia, Ako, membuatkan habuk misteri lagi banyak masuk mata aku. Masa sesi fotografi yang pertama tu, Ako la yang paling tak nak sekali
"You will always be here, Aya-nee
The place where Aya-nee will come back to
From now on, it won't change
You'll always be here"

Malangnya 5 tahun selepas gambar tu diambil, Aya Kitou pun menghembuskan nafas terakhir dalam wad beliau ditempatkan. Bila famili dia meraung, habuk misteri yang masuk bilik aku tadi tiba-tiba mengganas dengan hebatnya.
Selepas setahun dia mati, mak dia pulak yang tulis sesuatu dalam diari dia. Pendek je mak dia tulis tapi memang touching gilavavi. Walaupun dia dah mati tapi dia masih mampu bagi harapan pada orang yang hidup untuk kuatkan semangat dan cari tujuan hidup mereka. Time ni tiba-tiba pipi aku sejuk dalam satu garisan hampir lurus. Tempias air hujan agaknya. Apapepun, cerita ni memang antara jdorama yang paling best aku pernah tengok, lagipun bukannya cerita tipu. Kisah benar kot yang berlaku sebelum aku lahir lagi. A+ aku bagi