1 Litre of Tears - Drama Jepun yang Berhabuk


Cuti summer dah nak habis (masa aku tulis draf ni) dan masa tu aku gunakan untuk habiskan tengok cerita drama Jepun 1 Litre of Tears ni. Korang pun tahulah kan apa perasaannya kalau tak dapat tengok drama yang korang dah start tapi tak dapat habiskan. Rasa sakit gila hati. Cerita ni diterbitkan pada tahun 2005 tapi bukan sebab tu aku kata dia berhabuk.




Play lagu di atas. So cerita ni pasal sorang gadis yang maha kesian sebab beliau menghidap penyakit yang bernama Spinocerebellar Degeneration (SCD) atau Bahasa Malaysianya Penyakit Degenerasi Spinocerebellar haha. Taklah, aku pun tak tau macam mana nak translate tapi satu benda yang korang tau, penyakit ni dia melupuskan aktiviti cerebellum di bahagian otak yang mengawal fungsi motor badan kita. Jadi, orang yang ada penyakit ni tak boleh berjalan, bercakap, dan sebagainya. Disebabkan penyakit ini ialah Degeneration, maka ianya berlaku secara berperingkat.

Aku tau doktor tu hensem. Sila diam ya gadis-gadis sekalian


Cerita ni ada unsur cinta tapi tak banyak pun. Sangat sedikit dan lebih mementingkan tema kekeluargaan. Itu la yang paling best sekali kalau aku tengok drama sebab aku memang jenis ban cerita cinta. Dusta semua tu haha. Tapi cerita ni berdasarkan cerita yang benar lagi nyata. Perjalanan plot cerita ni secara umumnya diadaptasi daripada diari dan penulisan Aya Kitou (dalam drama nama dia Aya Ikeuchi). Nak kata hebat tak hebatlah kan, sehingga tahun 2005, sebanyak 18 juta salinan penulisan beliau dah dijual sebab orang ramai berasa termotivasi yang superb bila membaca diari dan sajak beliau.

Ya aku tahu lelaki tu pun hensem. Diamlah.


Aku paling tak boleh belah kalau tengok mak bapak yang menangis sebab anak dia. Kesian gila weh. Time-time macam ni lah tiba-tiba bilik aku dimasuki habuk misteri yang turut bertiup ke dalam mata aku. Habuk misteri ni bukan je menyebabkan mata korang terasa kabur-kabur, tapi juga menyebabkan tekak pedih dan hati terasa sayu. Misteri gila.


Gambar atas ni masa final episode. Time ni Aya memang dah tak boleh nak berjalan, bercakap pun susah gilababi, mahupun memegang pen. Sebelum ni diorang ada tangkap gambar macam ni jugak tapi masa tu Aya masih sihat dan masih dalam peringkat awal penyakit dia. Ayat adik dia, Ako, membuatkan habuk misteri lagi banyak masuk mata aku. Masa sesi fotografi yang pertama tu, Ako la yang paling tak nak sekali
"You will always be here, Aya-nee
The place where Aya-nee will come back to
From now on, it won't change
You'll always be here"

Malangnya 5 tahun selepas gambar tu diambil, Aya Kitou pun menghembuskan nafas terakhir dalam wad beliau ditempatkan. Bila famili dia meraung, habuk misteri yang masuk bilik aku tadi tiba-tiba mengganas dengan hebatnya.

Selepas setahun dia mati, mak dia pulak yang tulis sesuatu dalam diari dia. Pendek je mak dia tulis tapi memang touching gilavavi. Walaupun dia dah mati tapi dia masih mampu bagi harapan pada orang yang hidup untuk kuatkan semangat dan cari tujuan hidup mereka. Time ni tiba-tiba pipi aku sejuk dalam satu garisan hampir lurus. Tempias air hujan agaknya. Apapepun, cerita ni memang antara jdorama yang paling best aku pernah tengok, lagipun bukannya cerita tipu. Kisah benar kot yang berlaku sebelum aku lahir lagi. A+ aku bagi

81 ulasan: Leave Your Comments

  1. isk walaupon stkt baca review bro, dah terbayang balik dah scene2 dlm drama ni. mmg berhabuk mata time tgk. siap kena spare tisu kat sblh tkt2 berhingus. adeh...

    BalasPadam
  2. cita ni best glew..
    walaupon cita slow..:D

    BalasPadam
  3. aku suka cerita kurang kisah2 percintaan..

    siyes aku baca sinopsis dia pn dah sedih, belum tengok lagi...

    aaa..kene dnlot nieh!!

    BalasPadam
  4. aku tgk cerita ni dulu pun,seliter jugaklah aku nangis haha

    BalasPadam
  5. ouh ramai kte citer ni sedih giler, tapi aku xnk tgk sbb xnk nangis. haha. tapi xtau asal meremang bace ayat ni

    "You will always be here, Aya-nee
    The place where Aya-nee will come back to
    From now on, it won't change
    You'll always be here"

    weh xd link download ke? tbe2 cm nk tgk pulak.

    BalasPadam
  6. aku tengok cite ni bukan 1 litre air mata aku habis.rasenye lebih dr tu kot.dahla aku tgok straight 2hari.memang bengkak2 mata bila gi kelas.sebak gila n xleh byg kalau terkena pnykit misteri ni.dlm melayu die apentah.pnykt saraf kot.

    BalasPadam
  7. masa aku tengok citer ni pon, air mata macam mencurah2 ke ladang gandum .menyampah betol. apsal sedih sangat. dah lah aku tengok time tengah malam pastu sorang2. teresak esak pon sorang2.


    doktor ngan laki tu memang HENSEM lah weyh! hahaahhaa. ok aku diam.

    BalasPadam
  8. pertama ; tgk title,ingt hang nk kutuk drama ne

    kedua ; ko menangis?ya faham sbb drama ne mmg menyentuh perasaan

    ketiga ; cerita ne mmg best.aku suka jugak

    BalasPadam
  9. aku rasa aku nangis start episode 2 sampai episode last kot..time matrik aku tgk.pergghh..basah tissue.

    BalasPadam
  10. awek gambar last sebelah kanan sekali pakai baju putih skirt hitam tu muka dia scary.!

    orang kata tengok cerita ni boleh menangis.

    aku tengok., biasa ja. pfft.

    BalasPadam
  11. ak tgok cte ni pon tetibe ade habok msteri kat mate sedeyy oo.. bnyak kali tgok pon bnyak kali jugak la ade hbok misteri tu oo..

    muke dr tu mcm jamal abdillah.. sape prasan?

    BalasPadam
  12. sihhh..memg sedih gile..aku tengok ulang2 pon nangis gak..tak tau nape..tmbah waktu adik laki die macam malu dengan aya tu..adoi,,memg sedih gile la part tu kat aku..huhuhuhu
    T___________T

    BalasPadam
  13. mana ada aku menangisssssssssssssssss

    BalasPadam
  14. cita ni sedih gilaa! tengok sorang2 memang meleleh2 ooo! tapi best sangattt!

    BalasPadam
  15. err.kenapa aku tak sedih pun tengok.
    takde gak kes habuk2 mengganas.
    tp before tgk tu ade membe2 laki ah bgtau cite ni sedih and drg pun err 'ternangis'.
    wow hebat, rupenye lelaki sng 'tersentuh' bila tgk cite cmni ehh.
    hehe

    BalasPadam
  16. aku suka cerita ni sbb family values dea. deaorg bukan dari family yg senang. so nmpk byk pengorbanan. mcm aya, tlg parents dekat tofu shop before pegi sekolah.
    then after dea sakit, adik dea pn blaja btul². nak capai cita² kakak dea. sedih gila masa tgk scene yg dea dekat rehab centre. and slowly dea makin teruk.
    aku tgk cite ni dah lama. so tak igt sgt. he. ada kan scene yg dea bela anak anjing. pls jgn salah drama. malu aku nanti. heh.

    BalasPadam
  17. tengok lama dah cite ni.. adeh.. pedih mate r ko buat review ni.. merah mata dah ni..
    aku cakap dah.. kes fesbuk, buat kes fesbuk.. halaa.. kan dah kena jugak tempias air hujan dkt pipi nih.. (T_T)"

    BalasPadam
  18. dah tengok.
    dan menangis sampai basah bantal.

    BalasPadam
  19. tanak ngaku lak die. tetibe habuk mengganas n air hujan turun eh? kebetulan! :P

    BalasPadam
  20. aku semakin tak sangka rupanye kau kuat touching...hahahhaha

    BalasPadam
  21. cerita ni memang berhabuk dan buat habuk2 masuk mata!

    first time aku tengok dengan member aku, mamat tu dah berair mata tapi aku buat2 rilek je.

    habis marathon drama ni, aku masuk bilik, baring kat katil, pastu time tu la tiba-tiba ada air bawang masuk mata dengan menggila.

    aku mata aku pun berlaku tindak balas kimia secara menggila gak.

    memang best cerita ni.

    BalasPadam
  22. @Farah
    ada2 tp pastu mana p tah anak anjing tu hahahahahaah

    BalasPadam
  23. citew ni mang cedey abis... sya tgk thun lpas lg tp bru last month tgk dgn mber2,ttup lmpu pas2 bka jerk lmpu hbis tmpias membsahi muka... huhuhu mang cedey sngt2... kekuatan dia mang motivate org...

    ceh2! panda pon nanes gak... huhuhuhu tomei panda nanes... hahahaha slhkan habuk konon!

    BalasPadam
  24. adeh.. aku tak bleh la tgk cite2 sedih nie.. bkn setakat habuk, ribut taufan pn bleh jadi kat aku.. nanti teringat seminggu.. huhu.. tak bleh tak bleh.. better aku elak jekk :D

    BalasPadam
  25. saya pun pernah tgk drma ni kat 8TV berapa tahun lalu....memang drama ni hebat giler...berjaya buat lelaki2 Malaysia sebak ( ada yg menangis...) saya paling sebak time Aya terkencing atas katil dgn rasa malu...time tu memang...perrhhh....habuk planet marikh masuk mata...ggrrrrrrr~~~~~ Saya ada rekomen drama ni kat kawan perempuan saya dan saya bagitau yang confirm dia akan nangis pas tgk...hahahahaha...lepas tgk memang dia ckp dia nagis giler2.....drama ni memang bagus...5 bintang !!!!!!!!!

    BalasPadam
  26. wah cite korea...
    suke3...
    cm nk layan jew...
    suke sgt cite feeling2 nie..
    thnkz for de sharng..
    =)

    BalasPadam
  27. yg lbh buat sedih sbb cite ni lbh pada ikatan kekeluargaan,kan? bila parents dia nangis and bila parents dia dapat tau penyakit dia..bila family dia bagi semangat kat dia..bila dia sendiri kena kuatkan semngat..perghh..menyayat sungguh hati..

    BalasPadam
  28. salah satu jdorama yg paling best bagi aku.. serius sedih cite ni.. lagu2 pun best..

    1) only human
    2) konayuki
    3) 3 gatsu 9 ka

    BalasPadam
  29. wohoo..jom tgok sekali lg..aku ad je dvd cite ne.. ko bawak makann! ahah..sambil tgok/nangis, kta makan..haha

    BalasPadam
  30. memang jadi satu kewajipan aku rasa, hatta sesiapa sahaja yang menonton cerita ini pasti angin taufan pasir akan melanda walaupun duduk dlm bilik yang ditutup rapi..hohoho

    BalasPadam
  31. aku belum tgk citer ni <----- type malas nak download.... tapi aku pernah masuk habuk mata aku masa tengok citer a momment to remember...... hishhh banyak betul habuk la....

    BalasPadam
  32. layan HANI lak, jalan criter sebijik jer, oter2 penyakit sikit2, itu pun tk detail

    tk kretip tul pengarah drama melayu ni,..

    BalasPadam
  33. @ザ-sylver- S
    nama pon drama mela.... eh kang aku kena dengan pakcik forum yang membiarkan aak bini terkapai2 lagi. baik aku diam hahahahha

    BalasPadam
  34. memang sgt sedih cite ni..NS tgk cite ni dh lma.. time tgk dlu,ats meja dh penuh gn tisu yg mngandungi item2 pelik haha...sius sgt sedih.. tgk dua 3 kali pon sdih lg.. sape xnngis msa tgk mang kurang nilai perikemanusiaan..kan?kan?

    BalasPadam
  35. Owh cerita ni mmg akan mengundang habuk2 misteri. Pernah tengok sekejap je tu pun dh rasa mata macam ada habuk2 sikit. LOL! Nanti ak nk mintak ar kat kwn ak cerita nih. Definitely must watch. Lawak baca certain komen kata ni cerita korea. LOL!

    p/s: header makin creepy. LOL!

    BalasPadam
  36. @WZulhilmi
    hahah creepy ke lol

    tp apsal korea? muke japanese ngan korea lain kan hahahhaha

    BalasPadam
  37. habuk misteri??ahahaha..ko nangis eh ash..walaweh..lembut jugak hatimu itu..kui3..

    nanti aku nak tengok gak la..aku suke cite yg based on real experience cenggini..lagipun dah lama tak cuci mata nih..nak kasik habuk misteri masuk mata aku jugak la..ki3..


    p/s::woit! header baru tuh..12 thn ke sedara?

    BalasPadam
  38. drama ni aku da tgk 3 thn lepas... mmg sedih story citer ni.

    ape kate try tgk citer midnight sun atau bahasa jepun die taiyo no uta drama (pelakon same) n movie. yg movie artis fav aku belakon :p

    BalasPadam
  39. @acul
    huhu kelas dah setat la bang. kena g berusaha bersungguh sungguh taun ni

    BalasPadam
  40. aku xnak diam. aku nak "kyaaaa<3~! kacak nya dia~!"



    hehehehe
    aku bet, panda pon kacak masa mata dia masuk habuk. wahahaha

    BalasPadam
  41. carita ni ada.
    tp tak tergerak nk tngok..
    haha//
    btw cerita ni true story xsilap..

    BalasPadam
  42. HAHAHA. cik arc. awat nak kena kata habuk mengganas la, pipi sejuk garisan lurus konon XD ssh kot nk tgk laki yg menangis sbb tgk movie

    BalasPadam
  43. ches! aku baca entri ni ta' pasal2 habuk datang.

    BalasPadam
  44. sob,,sob,, citer ni mmg mmbzirkan air mate aku.. sedeyh giler, nak pulak tngok sorang2 tgh mlm..

    BalasPadam
  45. best rupanya citer nie..

    dah lama buat pekasam! tapi tak sempat nak tgok.. hehee

    BalasPadam
  46. aya tu sangat sweet,karakter dia dan pelakon dia. tapi, cerita ni terlalu polished, sebab kalau tengok orang sakit betol2, even sakit yang acute pun cam 1 minggu je muka mesti basi macam zombie.. XD ni, yang sakit chronic leh maintain cute. :P

    BalasPadam
  47. terbaik bro!. aku pn penah review pasal citer jepun ni kat blog aku 2-3 bln lepas. sedey part ble dier start masuk skola OKU. citer yg beri inspirasi.

    BalasPadam
  48. aku pon dah byk kali tgk citer ni. selalu ulang part2 sedey je. even da ulang byk kali pon still nangis kot. best sgt citer nii! aku lagi prefer citer jepun dari korea sbb korea mostly typical je. lagi satu disebabkan ramai yg tak tgk citer jepun, penerbit drama melayu pon dok tiru laaa citer ni. kalau korang pasan, citer HANI kat tv3 tiru citer ni. ceh. copycat je.

    BalasPadam
  49. dah tengok cite ni..seriusly, mmg menangis....tacing sgt2..

    tp mmg best..

    BalasPadam
  50. walaupon aku ni seorang yang ROCK... serius aku nangis biler tgk episode last criter ni... aku bagi 5 bintang kat criter ni... best habis...

    BalasPadam
  51. cite lain ade jugak yg aku nangis. tapi cite ni nangis gila-gila punye. hampir setiap scene lap air mata. isk sedih2.

    penah tgk kdrama 'Sorry, I Love You'? ada psl love n family jugak. n ak rse cite korea yg sedih cite ni la. isk nak lap air mata jap.

    ~HANA~

    BalasPadam
  52. Cerita ni memang best gila....
    Bukan setakat habuk je, jerebu pon ada =P
    My best friend tengok, sampai bengkak2 mata...lagi dasyat!

    Ayat ko pasal habuk tu memang tak boleh blah lah....macam terbayang2 ko nangis, sambil capai tisu....ops!

    BalasPadam
  53. aku bukan peminat cerita jepun or korea, tapi cerita ni antara yg aku tengok sampai habis.. two tumbs up..

    malaysia tak ada lagi cerita motivasi best macam ni kot..entah bila nak stop buat cerita tahyul mahyul tu..

    Pendapat anda?
    jangan cepat melatah

    BalasPadam
  54. dlu pn tgk gak... pny lar kawal mata xnk kena habuk.last2 in the end cte 2 br tmasuk hbuk ny..hahhaha

    BalasPadam
  55. eh? bce la...
    korea jd jepun..
    hehehe
    taiping error kot...
    syahdu2...
    =P

    BalasPadam
  56. aku da dua kali khatam beb, sedih doe citer dia..watak utama tu mmg hebat giler berlakon, mcm real bhai cite nie

    BalasPadam
  57. cite nie memang ouchhhh Y_Y

    habuk misteri? control macholah tue heheheheh

    BalasPadam
  58. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  59. tak terbuka lagi pintu hatiku nak tgk citer korea nih..hahha...

    tapi kira hebatla akn citer nih sebab boleh buat mata ko tuh masuk habuk banyak giler..touching siot...

    BalasPadam
  60. wahh nak cari link tok aku seduttttt !

    BalasPadam
  61. dah tengok dah citer ni dua tahun lepas.. byklah habuk masuk mata...
    hahaha.. mmg citer ni lebih kpd tema kekeluargaan... mmg byk babak yg pilu..

    BalasPadam
  62. pakai habuk misteri segala.haha. tp mmg cite ni touching giler. terbaikk ahh :DD

    BalasPadam
  63. citer ni la...hadess sedih giler la citer ni..aku tengok masa tahun 2009 ..lama dah.bukan ke ada no2 drama ni?

    BalasPadam
  64. dah tgk jugak cerita ni tahun lepas sedih sangattttt. huhu. menangis kott.

    btw, aliff satar ada nyanyi lagu ni. tapi tak ingat tajuk lagu

    BalasPadam
  65. @nabila faryzza : bkn aliff satar la aliff aziz nyanyi...tajuk lagu "Harus ku teruskan"....

    satu lagi ni cite jepun la kwn bkn korea huhuhu cite ni ade kua skali special episode..tgk la..time 2 aya dh mati

    BalasPadam
  66. cerita ni kisah benar. huhu.. tengok separuh dan smpai skrng tak thu kt mna dah citer ni hilang.. huhu


    Perempuan dan Kasut Tumit Tinggi

    BalasPadam
  67. ak br tgk sekerat citer ni tue pn dh tacing thp aper dah.mmg syahdu habes ctr ni.yelah kau pn dh smpai jdk mamat ayaq mata dh.:)

    BalasPadam
  68. gila babi ah cerita ni memang bengkak gila mata aku tengok 2 taun lepas. meleleh leleh tak hingat punya. nak nak lagi kisah benar lagi la nak laju je air mata. tak peduli dah roomate ke ape. hahaha. mmg terbaik cite ni.

    BalasPadam
  69. tiap kali mbe guwa tgk cite ni,guwa start gelisah..mesti kena stand by tisu n mop lantai..adoi..tp guwa steady je tgk cite ni..

    BalasPadam
  70. Saya pun dah tengok series ni skali ngan special episode slama 2 jam tu...even dah tonton 10 kali pun masih tak mampu nak tahan menangis..h

    BalasPadam
  71. Wow, serious sampai habuk masuk mata? Aku selalu kate no-way 'habuk' masuk mata la kalau aku tgk cite ni time kawan aku rekemenkan aku. Macam nak try.

    BalasPadam
  72. @AMIRA ATIYA MYRA_ZOE
    mmg sedih betol ceta ni...
    dah 3-4 kali tgok tapi xpenah jemu...drama best

    BalasPadam
  73. @SyahmiFikriciter nie mmg best la..nangis x hengat dunia..

    BalasPadam
  74. ishh.. tersedeh balikk..
    woowowow:(
    tapi suma tuh hancur musnah lepas ko bagitau pasal habok misteri tuh! bahahahaha!!! :D:D:D:D:D

    BalasPadam

Komen yang nak diletakkan lepas 14 hari selepas entri tu diterbitkan, akan diletakkan dalam mod pengesahan terlebih dahulu untuk mengelakkan spamming

More

SEARCH

MESEJ RINGKAS

Creative Commons License
This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International License.
Based on a work at http://www.arcx13.com.
Permissions beyond the scope of this license may be available at https://www.facebook.com/arcx13?ref=bookmarks. Dalam BM, korang tak boleh copy langsung melainkan ada kebenaran