Mengenali 3 Ciri Plagiarism Dalam Blogging

Mungkin korang pernah dengar perkataan plagiarism ataupun isu plagiat ni. Dalam kata senangnya, memplagiat ialah aktiviti meng-copy paste hasil kerja orang lain dan mempersembahkannya sebagai hasil kerja sendiri, secara sengaja ataupun tidak. (UTDC, 2010). Disebabkan ini ialah sesuatu yang serius, mari kita kita break ayat di atas satu demi satu

plagiat copy paste tiru entry blogger tiada etika title=

#1: COPY PASTE HASIL KERJA ORANG LAIN
Yang ini memang kerja gila. Sesiapa yang buat dekat blog aku memang akan dimaki kalau aku jumpa. Aku tak kira kau muda ke tua ke, laki ke perempuan ke. Aku bukak blog bukan untuk korang salin bulat-bulat lah selipar jamban betul. Sangat nyata sesuatu itu ialah plagiat kalau korang menggunakan butang CTRL+C untuk copy dan CTRL+V untuk paste. Contoh plagiat ialah:

plagiat copy paste tiru entry blogger tiada etika title=
Screenshot daripada sang plagiat
Artikel original: "Cara membuat tutorial ini senang saja. Mula mula korang copy code ini dan paste kan dalam blablabla"

Artikel plagiat: "Cara membuat tutorial ini senang saja. Mula mula korang copy code ini dan paste kan dalam blablabla"

Aku Pun Boleh Doodle

Short update untuk hari ini ialah tentang hobi lama yang kini boleh dilakukan dengan menatap skrin komputer haha. Dulu masa kecik-kecik memang aku suka gila melukis sampaikan dinding rumah pun aku conteng.

doodle panda

Teringat jugak zaman sekolah rendah dulu orang bayar aku 50 sen untuk setiap gambar digimon yang aku lukis. Haha sucker gila padahal senang je tiru lukisan digimon tu. Tapi aku letak nama, alamat semua tu sekali la kononnya macam kad. Padahal kena air sikit je terus hancus sebab guna kertas lukisan lol. Siapa yang pandai tu dia gam dengan kad manila.

Tapi tu dulu. Sekarang ada komputer boleh lukis guna komputer aje. Contohnya macam gambar dekat bawah ni kan. Mula-mula masuk photoshop boleh buat sketch je dulu

doodle panda

Tutorial Menukar Label Secara Banyak Sekaligus Pada Entri Lama

Dah lama tak buat tutorial maka mari kita merepek pasal tutorial harini. Tips ni dijumpai secara tak sengaja ketika mengedit blog pada tahap gaban pagi tadi.

ADAKAH BLOG ANDA MEMPUNYAI RATUSAN ENTRI? ADAKAH ANDA MAHU MENUKAR TAGS/LABEL ENTRY TAPI TAK LARAT DISEBABKAN TERLALU BANYAK?

Saya ada penyelesaiannya! Memperkenalkan fungsi blogger menukar label pada blog secara pukal. Caranya sangat senang tapi mungkin memakan masa bergantung kepada nombor label dan entry yang anda telah post sepanjang riwayat hidup anda berblogging.

Tutorial menukar label pada entry blog banyak banyak

STEP#1 - MASUK EDIT POSTS
Pastikan korang jumpa page seperti di atas di mana korang kena tandakan pada entry-entry yang hendak ditukar labelnya. Selepas siap tandakan entri tersebut,


Tutorial menukar label pada entry blog banyak banyak' title=
 
STEP #2 - CARI KOTAK LABEL ACTION
Dan korang boleh apply mana-mana label untuk entri dalam dashboard korang tu tanpa ada masalah. Selain meletakkan label yang sedia ada pada entri tu, nak letak label baru pomboleyy.Kalau nak remove label, ada di bahagian bawah sekali dalam kotak label action tu


AMARAN - Pastikan korang tak buat silap amcam aku sebab tersalah buat label. Disebabkan itu, hanya 26 Kajian Kes Facebook yang berjaya dicari balik  berbanding episod sebenar iaitu 38. 

Hari Ini Hari Jumaat Seronok Seronok Seronok - Rebecca Black


Yeah Yeah Yeah

Bangun pagi pukul 7
Kena jadi segar, Kena turun
Nak ambik mangkuk Nak ambil bijirin
Melihat semua, Masa Beredar
Tetap Berlalu, Semua Bergegas
Kena cepat ke bus stop
Kena kejar bas, Saya nampak kawan saya

Menggedik di seat depan
Duduk di seat belakang
Kena buat keputusan
Seat mana nak ambik?
Jumaat Jumaat
Kena tunggu Jumaat
Semua orang tunggu weekend
Mendapatkan Jumaat
Semua orang menunggu weekend..

Berpart berparti (yeah!)
Berparti berparti (yeah!)
Seronok seronok seronok
Okay aku dah tak larat nak translate lagu dia line by line. Lama-lama boleh kena kanser otak tengok video klip dia yang penuh dengan autotune tu. Korang pernah tengok tak lagu Rebecca Black - Friday ni? Memang gila-gila punya kelakar. Kalau belum tengok boleh tengok di bawah ni. By the way, dia rakyat California yang berumur 13 tahun

Lagu Nirmala Versi Lebih Hebat Daripada Siti Nurhaliza

Ada orang tanya " Abang Panda, Abang dengar muzik jenis macam mana?". Mungkin post ini bakal menjawab korang punya soalan tu walaupun tak ramai yang nak bertanya di page aku tu kan hehe. Takpe aku pun tengah busy sekarang ni. Aku minat banyak muzik tapi salah satu muzik yang aku minat memang dari kecik ialah

 Siti Nurhaliza Nirmala

Dari mula dia masuk Bintang RTM (thanks untuk pembetulan) tu lagi aku dah suka kat talent dia. Bukan senang nak cari manusia berbakat macam dia ni. Muka lawa gila kot tapi sangat-sangat membuatkan aku jatuh cinta kalau dia pakai tudung litup cara betul.

Tapi apakan daya, bibit-bibit percintaan kami terus terpadam sebaik gosip beliau dengan Datuk K diumumkan. Yelah, siapalah aku kalau nak dibandingkan dengan Datuk K. Aku hanya seorang Panda.

KENAPA SAYA SUKA KAK SITI NURHALIPANDA
Sebab suara dia sedap diganding dengan muka yang sedap memandang. Lagi satu lirik lagu dia yang lama-lama dulu tu sangat-sangat bermakna kalau nak dibandingkan dengan kebanyakan lagu sekarang yang entah apa-apa, tiada (atau kurang) nilai akhlak dan moral yang baik. Contoh lagu sekarang.
"Papa , papa jahat! Mama jahat! Nenek baik!" - sung by TheFabulatKucing
"Oh balan.. Enggan menghisap darahku lagi.." - sung by Ayunah
" Pagi yang hujan, kini sudah subuh. Aku kakakmu dan engkau mak sedara.." - sung by Salji
Seriously, ini lirik lagu yang korang minat? Meh kita bandingkan dengan kasih hatiku Kak Siti Nurhaliza

Senyum Panda - Mohon Keampunan Keseksian

 Miera Liyana meminta Maaf kepada peminat selepas menayang buah dada

Buku Teks Twitter Bahasa Malaysia Tingkatan Empat

Nama saya Abang Panda, berumur 12 tahun dan masih belum berpunya sebab mak saya cakap budak kecik jangan ngade-ngade kapel. Maka disebabkan tiada awek untuk dipuaskan hatinya, saya memilih untuk menjadikan aktiviti membaca sebagai hobi di masa lapang.

Semalam saya buang tebiat dan telah menculik senaskah buku teks daripada beg abang saya. Saya tak terkejut apabila melihat Gameboy Advance dalam beg abang saya yang berumur 16 tahun tu walaupun zaman sekarang ni ialah zaman PSP dan Nintendo DS, tapi saya terkejut apabila buku yang saya culik itu ialah..

Buku Teks Bahasa Malaysia Tingkatan Empat Twitter

Bulan Itu Bulan Cinta - Supermoon

Semalam aku ada kongsi satu link daripada CNN News mengatakan bahawa malam ini merupakan bulan mengambang penuh yang paling besar dilihat dalam masa 20 tahun ini. Disebabkan umur aku dalam lingkungan lingkungan tu la jugak, maka inilah bulan mengambang penuh yang paling besar aku pernah tengok

Premium With Beautiful Eija [ends 27 april 2011]
Maka nak dijadikan cerita, aku pun capailah skuter tadi untuk naik atas bukit menangkap gambar di tengah malam. Gila kentang nak naik bukit yang pernah kecoh pasal cerita Vampire menyerang Wellington itu hari.

Coca Cola Membatalkan Iman

Haritu saya buka Facebook dan terjumpa orang share link berkenaan benda ni. Nampak macam betul, tapi betul ke? Betul ke? Ingat balik prinsip kehidupan yang saya uar-uarkan di Facebook dan Twitter, "always check what you share on the internet". Okay baca petikan di bawah ni


BLOG ARCx13.COM Berwajah Baru -Template BlackPanda

Salam Jumaat untuk pembaca budiman semua yang masih setia bersama blog buruk ni sehingga ke masa ni. Sepatutnya time ni korang dah tidur agak tidak mengantuk semasa khatib membaca khutbah di tengahari nanti tapi gasak korangla kan.


Maka dengan ini diumumkan bahawa template baru telah pun dilancarkan setelah 2-3 hari mengedit lepastu padam, revert, dan edit balik, lepastu bajet buat header, lepastu tak jadi. Memang pening! Semalam dah post dekat TUMBLR pasal peringkat awal pembikinan header blog ni

3 Isu Penyalahgunaan Nama Allah oleh Umat Islam

Aku tak tahu dengan korang tapi korang perasan tak macam mana orang zaman sekarang menggunakan nama Allah sebagai medium sesuka hati mereka? Aku tak nak cakap pasal politik sebab aku tak ada pengetahuan langsung dalam bidang tu. Apa yang aku cuba nak ketengahkan kali ini ialah perangai sesetengah kita remaja dan awal belia. Secara teknikalnya berumur 12 tahun tu remaja kan? Kalau ada silap salah minta betulkan saya bukan ustaz

ISU PERTAMA 
In the name of Allah, the Most Gracious and The Most Merciful, I will go to heaven, and you will go to hell. 
Penjelasannya disini, sesetengah kita suka menjatuhkan hukuman sesuka hati mereka mengatakan seseorang itu konfem masuk neraka. Dan dia pulak disebabkan dia banyak sangat buat amal ibadat maka dengan megahnya akan berkata "Kita ini golongan syurga!". Nampak tak penggunaan sesuka hati disitu? Sejak bila aku lantik kau jadi Yang Maha Esa untuk menentukan tempat aku di akhirat nanti? Nasihat ada caranya, bukan terus menerus mengatakan seseorang itu masuk neraka. Kau bukan Allah, kau takde kuasa nak menentukan syurga neraka aku.

Jepun Dilanda Kecelakaan, Malaysia Dilanda Perangai Celaka

Innalillahi wa inna ilaihi raji'un untuk musibah yang melanda Jepun 2 hari lepas. Gempa bumi sekuat 8.9 skala Richter itu dikatakan yang terkuat dalam 140 tahun, dan bilangan yang masih hilang sehingga kini dianggarkan seramai 10 000 orang (OtagoDailyNews, 2011). Semalam ada berita mengatakan tsunami akan melanda New Zealand maka kami pun dah cuak-cuak tapi Alhamdulillah ditarik kembali amaran itu..


Di mana-mana pun, orang takkan mahu kecelakaan yang memakan banyak nyawa seperti ini terjadi kecuali di satu tempat. Sebab tempat ni ramai orang berperangai celaka.Korang pun tahu kat mana tempat tu. Malaysia lah! Malu aku bergelar warga Malaysia walaupun tak semua fikir macam ni. Thanks Fiffy untuk link share di FB

Video Kanak Kanak Korea Main Gitar Hebat Gila

Masa aku muda remaja dulu pernah la sekali je main gitar, eh belajar main gitar semata mata member lain main dan aku cuba nak impress sorang awek ni hehe. Lepastu aku fikir dua benda: kenapa aku kena buat benda yang orang buat? dan kan bagus kalau aku mula main dari kecik


Maka saksikanlah video budak-budak kecik Korea Utara main gitar. Awesome gila!



Kindergarten of Ch'ŏngam-guyŏk, Ch'ŏngjin-si, DPR Korea aku sumpah tak tahu macam mana nak menyebutnya. Almaklumlah lidah Melayu

Masalah pendidikan Bahasa Inggeris di Malaysia

Hari itu saya terjumpa di fanpage Anwarhadi bahawa dia dah selamat sampai ke Australia untuk menyambung pengajian TESL dia. Aku pun seperti biasa bila bosan mulalah nak nganjing orang dengan berkata "apsal awal sangat bro kelas start. lame gila. Kami next week baru mula.


Yeah dia tak layan pun sebab dia haruslah pergi bersiar-siar dulu dekat Australia yang panas sana tu haha. Tiba-tiba aku ternampak satu soalan anak gadis yang bertanyakan :
boleh buat x pasal how to learn english in simple way specially in communication skill.. sebab saya ade masalah dr segi speaking... even hebat mana pun penulisan kite..kalau x reti tak gune gak.. lagi2 kalau nak cari kerja nnti...* atau u dah post sebenanya?? btw thanx.. =)
Post ini telah mendapat 4 likes. Disebabkan aku takda kerja, aku teruskan dengan menjawab soalan si anak gadis tersebut:
ameera. u r facing that problem because of meleisyia edu system. No speaking training haramjadah whatsoever. Its writing all the time. Let us do a simple memory test now: how many times did your teacher ask you to speak abt your hobby? What? none?
and pls recall how many times your teacher did ask you to write abt your hobby. A LOT!
So brother AnwarHadi, I hope with u becoming our next gen of teacher (TESL), pls eliminate this kind of mediocrity and bring revolution to malaysia edu system
manusia ni dia suka ikut idola. pls continue to be these people's idol. Later they will make you as exemplary and maybe initiate themselves to speak more English!
Yes, bahasa aku pun tunggang langgang tambah pulak kasar cam cilaka tapi dari hari ke hari aku berusaha untuk perbaiki mutu bahasa aku. Ye lah, aku duduk New Zealand pun bukannya untuk study TESL tapi bagi aku, penguasaan Bahasa Inggeris ni penting. Sangatlah tension bila aku tengok typical Malay punya English. Berterabur sana sini. Mahu belajar takpa, tapi nampaknya macam dah bersebati dalam diri.


Lagi satu faktor ialah kebanyakan kita yang typical Malays ni buat benda jarang-jarang lillahi Ta'ala - Semuanya nak dipuji, semuanya mengharapkan  balasan. You never do something out of your own initiative. Sebab tu kita takut nak bercakap dalam Bahasa Inggeris; kita takut orang kutuk.  Tetapi, ada beza antara orang belajar, dengan orang yang memang tak nak belajar dan terus membiarkan bahasa dia hancuss. Rujuk sini untuk bahasa hancuss...

Sayang-sayang sekalian, dengar sini please; nak-nak pulak yang cikgu Bahasa Inggeris, ataupun yang bakal menjadi cikgu Bahasa Inggeris. Perbaiki skil bahasa korang sebab kalau korang bagus, aku nak anak aku nanti berguru dengan kebagusan korang. Kalau korang mengamalkan sikap mediocre (sambalewa) dalam hal macam ni, aku rasa kerajaan telah membuang duit yang banyak untuk pengajian korang. Kalau tak pun, duit mak pak korang yang terbazir.

It is true that the thing you learn does not necessarily shape your personality; but you, my good friend, has always have the authority and capability to succeed; now, or never.

Kisah Period Haid Pertama Kak Fenny

Disebabkan Kak Fenny masih muda dan gadis sunti lagi maka entri kali ni dimulakan dengan kalimah hikmat blog gadis-gadis popular. Akak kan gadis yang popular . "Ini blog aku sukahatilah aku nak post apa. Kalau tak suka pergi belah!"


Akak teringat lagi 10 tahun lepas masa akak berumur 12 tahun. Pagi tu akak bangun tidur dan tiba-tiba akak terbau bau pelik-pelik macam bau darah. Lepastu celah kangkang akak terasa melekit. Rupanya memang akak punya celah kangkang tu keluar darah! Akak pun takut gila time tu yu oll taulah kan, dahla malam sebelumnya akak tengok cerita Child's Play. Akak ingatkan ada patung Chucky masuk bilik lepastu tikam pusat akak dengan pisau..

Lepastu dengan lemah gemalai akibat kehilangan darah yang banyak, akak pun menuruni tangga rumah dan jerit dekat bapak akak :

"BAPAKKKKK!!! CELAH KANGKANG FENNY BERDARAHHH!!!"

Punyalah bapak akak terkejut, dia panggil jiran tetangga sekali kot-kot si penikam masih berada dalam rumah maka keseluruhan ahli rukun tetangga bolehlah membelasah orang yang menyebabkan berlakunya pendarahan itu!

Tiba-tiba seorang guru perempuan datang dan tengok darah tu warnanya lain macam sikit daripada darah biasa. Maka setelah diambil usul periksa, barulah akak tahu yang akak datang bulan, ataupun period, ataupun haid. Kali pertama tu...sukanyaaaa!!!!


Mesti korang seronok dengar kisah hangat akak kan? Akak tahulah akak cantik , ada rupa tapi dalam kisah akak tadi, ada beberapa benda yang pelik lagi melik! Korang percaya sapa suruh? Tak ke tongong namanya

#1: PENDIDIKAN HAID DIBERI SEJAK DARJAH 4
Akak teringat lagi dulu masa darjah 4 (2000), sedara akak Si Panda tu pernah dengan geng dia selongkar beg budak perempuan sebab diorang nak sangat tahu apa "free-gift" yang kami dapat masa semua pelajar perempuan dipanggil ke Dewan Sekolah. Masa tu kami diberi taklimat tentang petanda-petanda awal perempuan akil baligh; keluarnya darah haid
Apakah syarat-syarat darah haid?
Syarat-syarat darah haid ialah;
1. Warna darah yang keluar menepati ciri-ciri warna darah haid.2. Seorang wanita itu telah mencapai umur kemungkinan haid. Maka darah yang keluar sebelum umur tersebut tidak dianggap haid.3. Rahimnya kosong dari anak kerana wanita yang hamil tidak mungkin akan kedatangan haid mengikut jumhur ulamak (kecuali Syafi’ie dan Malik).4. Hendaklah tempoh kedatangan haid tidak kurang dari tempoh minimanya.5. Hendaklah kedatangannya tidak melebihi tempoh maksimanya.6. Hendaklah kedatangannya didahului oleh tempoh suci yang paling pendek (iaitu 15 hari mengikut mazhab Syafi’ie) bagi wanita yang telah biasa kedatangan haid.
Jika darah yang keluar memenuhi syarat-syarat di atas, ia adalah darah haid. Jika tidak, maka ia bukan darah haid tetapi darah istihadhah.
Apakah warna darah haid?
Menurut ulamak; warna-warna darah haid ada lima, iaitu;1. Hitam2. Merah3. Asyqar (warna antara merah dan kuning)4. Kuning5. Keruh
Kebiasaannya, (baca sepenuhnya di entry asal)
Maka yang peliknya, akak mestilah tahu dan takpayah buat-buat heran kan kalau datang bulan. Mintak mak RM3.60, pergi kedai mamak beli Sanita sudahlah. Takpayah update blog dengan tajuk "kali pertama datang bulan". Pesanan ini khas untuk adik-adik baru baligh di luar sana. Kalau korang tulis dalam blog cara-cara menghadapi haid tu takpa. Ilmu!

#2: ANDA TIDAK MENCERITAKAN TENTANG HAID PADA AHLI KELUARGA
Orang Latin cakap, Impossible! sebab benda tu memang tak dibuat dek orang ah bangun pagi jumpa bapak cakap "pak, arini Fenny datang bulan. Excited nya saya!!

Kalau hal period korang taknak cerita dekat bapak sendiri, kenapa hal itu perlu dihebahkan kepada blog? Kepada entah siapa yang kau tak kenal tu? Boleh jadi, jiran kau, ketua kampung, ketua mukim, penghulu flat, wakil daerah, exco PIBG terbaca kisah tu. Malu dak? Malu dak?

Malu cerita hal period dengan abah, tapi okay cerita dengan orang awam. Ape cer yu oll ni? Akak tak fahamlah sayang. Perkara sama juga untuk camwhoring! Bak kata majalah Salient Victoria University tahun lepas bulan Mei (rasanya)...
Do not post things that you dont want your grandma to read on internet
Nanti kahwin nak update blog pasal malam pertama tak?

Pointnya disini akak nak cakap dekat you oll, jaga-jaga dengan apa yang kita tulis. Akak sebagai kaum blogger personal blog faham kadang-kadang kita seronok tengok orang asyik sokong aje apa yang kita tulis sebab tu kadang-kadang kita terlebih tulis. Nasib baik ada insan yang menegur. Walaupun caranya mungkin tak kena pada tempat, tapi kadang-kadang kita harus diingatkan dengan orang yang berfikiran luar daripada kotak kita!
BACA TEGURAN VERSI WEB GADISDANWANITA.COM DISINI
Sekarang ni ada lagi ke orang beli tuala wanita berbungkus sokabar? Siap beriklan lagi ade la. Iklan pulak tunjuk bontot mantap dengan line spenda tanpa bentuk pad yang kelihatan. Garis pad kita tak nampak, garis lain kita nampak bang! Sekian, salam sayang Jumaat dari Fenny. 

Kantoi Berasmara di Katil Hospital

Haha sebenarnya aku nak buat ejaan normal tang beromance tu tapi setelah dinilai dua tiga kali nilai estetikanya maka tidaklah aku berniat untuk meneruskan ejaan tersebut dibimbangi blog ini diterjah FINAS ke ape ke kan. Kang tak pasal-pasal kena ban pulak dekat Malaysia.


So apa kesnya kali ni? Alah, video viral lagilah bro bro dan sistah sistah sekalian. Makin orang share, makin banyak video macam ni yang dikeluarkan.Sila tonton dan ambik iktibar




Mula-mula 10 saat pertama aku ingatkan "ni budak-budak hingusan manela nak buat video main cak-cak pulak ni". Tapi bila melihat makcik pada saat ke 11 melakukan submission ala-ala The Rock bertempur dengan The Undertaker, maka taulah ni bukan video lawak-lawak.

Bak kata makcik tu, dia nak buat video ni sebagai bukti mahkamah syariah! Haa tekno-savvy sungguh makcik tu! salutelah!

Bagi korang yang menggunakan Selkong Berukband ataupun Maksick Monyetband dan tak dapat menonton video ni, sebenarnya video ni pasal seorang makcik dengan anaknya yang berjaya mengantoikan laki dia 'berasmara' di hospital. Entah tang mana berasmara aku pun tak tahu. Dan rupanya mereka ni masih belum bercerai so makcik tu tak pueh hati la. Aku cakap ni berdasarkan komen-komen abang-abang dan kakak-kakak pada sumber asal video yang kononnya know-it-all tu. Tak baik weh mengata hal rumahtangga orang. Jangan buat spekulasi! Tengok video beristighfar sudey...

Mungkin korang dah tahu benda yang aku nak cakap ni, tapi aku nak jugak cakap berdasarkan ilmu sekolah agama yang super cetek sahaja berdasarkan video ni . Kalau sesiapa ada ilmu tinggi anda dialu-alukan share di bawah ni. Berkongsi ilmu itu besar pahalanya


#1 - YANG HALAL - LELAKI KAHWIN SAMPAI 4
"Wadehel?" ujar si wanita yang berpegang teguh kepada prinsip monogami. Ya benar, adalah halal bagi seorang lelaki yang mampu zahir dan batinnya untuk memberikan nafkah agar berkahwin sehingga 4! Kalau dah ada 4 bini sekalipun, katakanlah bini tua (atau mana-mana) tiba-tiba meninggal, maka boleh lagi kahwin satu! Ataupun mana-mana bini diceraikan.

Tapi kalau kita tengok bulan ni Pak Mat cukup kuota 4, kemudian bulan depan tiba-tiba bini nombor dua dia mati eksiden, dan berulang-ulang sampai pat lima kali, itu dah pelik!

Jadi kalau makcik tu naik syekh sebab laki dia nak pasang dua, janganla marah sangat acik. Yang mempertahankan konsep monogami ni bukan konsep Islam. Tapi saya pun tak kenal pakcik tu macam mana kan, so taknak sebelah sapa-sapa.

#2 - YANG HARAM - BERENDEK DALAM HOSPITAL
Kalau korang tak tahu berendek tu ape, tu bahasa Jawa tak salah aku untuk perkataan berkhalwat. Cheh ada orang cakap bukan bahasa Jawa pulak. Abistu apa maksud dia? Dulu masa aku kene kantoi dating zaman sekolah dulu, perkataan ni la ustazah aku sebut haha. Anyway, janganlah kamu berdua-duaan dalam wad sepital kerana si pesakit itu berbaring; seksi. Yang pelawat pula melihat kamu dari atas; seksa.

Dengan menggunakan formula matematik seksa + seksi = seks; maka jawapannya itu mungkin boleh terjadi. Kalau korang nak melawat bukan mahram yang berlainan jantina di sepital, sila bawak teman! Jangan bawak teman lelaki/perempuan pulak!

Lagi satu haram ialah memaki hamun perempuan dalam video tu. Apa yang membuatkan korang fikir korang lebih bagus dari dia kalau korang panggil dia babi, anjing etc? Sekian, tazkirah Rabu dari Ustaz Panda

Jangan Katakan 'Tidak' pada Panda

Semalam lepas aku pening-pening menghadap buku teks, tiba-tiba perut ni meminta diisi. Kalau dia tak bising takpelah, ini memekak sampaikan aku segan nak duduk dekat library tu dek bunyik yang kuat gila. Maka dengan lajunya aku berjalan ke Cafe di Victoria University untuk beli Fish n Chips..


Cafe ni ialah antara cafe tempat pelajar Muslim beli makanan sebab sumber dipercayai mengatakan makanan sini halal tapi aku taknak la cari pasal makan Sandwich Bacon pulak dekat sini. Makan Fish n Chips aje sudahla. Cafe ni telah disponsor oleh sorang pakcik bernama Jack Illot pada tahun berapa entah aku tak kisah. Janji aku boleh makan kat sini.

Antara makanan yang boleh diketedarah oleh pelajar Muslim sekalian ialah Chips, Wedges, dan makanan-makanan Vegan yang lain. Tang daging apa semua tu aku tak taula. Baik elakkan daripada konfius aje


Masa aku ke kaunter tu, aku nampak kentang diorang dah nak habis jadi awek Orient dekat kaunter tu cakap "could you please wait for five minutes?"

"OK"

5 minit kemudian, aku ke kaunter tu lagi dengan muka unta kelaparan. Maka awek Cina/Vietnam (aku tak tahu) tu cakap lagi " sorry, these chips are for the other store. Could you wait for another 2 minutes?" sambil mengisi kentang yang dah siap digoreng ke dalam plastik untuk dihantar ke Cafe cawangan dia yang lagi satu.

Maka aku selaku panda comel telah bertukar menjadi Panda Garang on the spot. Tadi suruh aku tunggu 5 minit, sekarang suruh tunggu lagi la pulak. Gua ada kelas ni kejap lagi. Panda Garang pun cakap " Excuse me? what did you say just now?"

" Sorry, I cant give these ch....ayat dipotong, aku mencelah tak puas hati. Tiba-tiba supervisor dia datang dan suruh dia bagi je kentang tu kat aku sebelum aku naik hangin. Macam video dekat bawah ni



Dan, voila aku dapat fish n chips tu. Walaupun pada harga NZD5.50 (RM12.34).
Never say no to panda! Okay panda out pergi kelas. 

Classical Conditioning - Applikasi Kehidupan

Okay harini kita belajar Psychology lah tahap rendah punya. Jangan risau, sangat senang untuk difahami dan janganlah disebabkan benda ni sains korang ingat dia susah pulak. Senang je nak faham sebenarnya. Untuk matapelajaran Psychology yang susah sikit, sila rujuk sini: Nota Visual Sensory Memory


Classical Conditioning (CC) ialah satu teori yang dikemukakan oleh seorang ahli fisiologi Russia yang bernama Ivan Pavlov pada sekitar tahun 1901. Nak dijadikan cerita supaya simple dan tak meleret, pada suatu hari dia pegi melawat anjing dia dengan loceng. Seperti biasa, anjing dia meleleh-leleh air liur dan menggesel-gesel dekat kaki beliau menyangkakan yang pakcik Pavlov ni bawak makanan. Maka beliau pun peliklah, anjing ni kan hebat sesnori penghiduannya, kenapa pulak anjing tu boleh tak tahu yang dia tak bawak makanan? Siap meleleh-leleh lagi air liur..

Rupa-rupanya anjing ni dah terkena CC daripada kehidupan seharian dia. Selama ni Pavlov bagi anjing dia makan (rangsangan normal) dan anjing dia terliur (tindakbalas normal). 
Masa bagi anjing dia makan juga si Pavlov ni panggil anjing dia dengan bunyi loceng. Makanya; loceng = makanan, pada pemikiran akal si anjing itu.
Lama-lama, loceng bertindak sebagai rangsangan kawalan (conditioned stimulus) dan anjing tersebut akan fikir bahawa "okay, makanan datang, mari kita meleleh air liur" sebagai tindakbalas kawalan (conditioned response) melalui proses pengkaitan (association)

Tonton video di bawah untuk pemahaman mutlak






Penjelasan video:
  1. Gula-gula "Altoid" sebagai normal stimulus
  2. Makan dan air liur dirembeskan sebagai normal response terhadap gula-gula itu
  3. Proses disertakan dengan additional cue iaitu bunyik komputer Windows
  4. Proses association berlaku, maka lama-lama dia jadi
  5. Bunyi komputer Windows (conditioned stimulus)
  6. Air liur meleleh ( conditioned response). Voila!
Maka disebabkan benda inilah, kita jangan buat jahat dengan orang. Sebabnya nanti orang sakit hati. Lepas orang sakit hati, kita buat baik macam mana pun nanti orang cop kita dengan perkara jahat yang kita buat tu. Make sense? Tu tandanya korang dah faham. Tambahan lagi 1 contoh:


Ini ialah ais krim Paddle Pop yang berwarna warni. Maka paddle pop ialah aiskrim, bertindak sebagai normal stimulus. Normal response ialah kita terliur dan lapar. Association kepada eskrem paddlepop ialah kaler die
Lepas tu pulak kita nampak..


Tudung warna warni: Conditioned Stimulus
Maka dengan itu, sila jawab soalan ini. Apakah conditioned response kita terhadap tudung warna warni? Hehe....


Adios nak g kelas

Pantun Realiti Facebook 2





BERSAMBUNG.....

Sambutan Tahun Baru Cina Wellington New Zealand

Harini mood aku bercanggah maka aku berkeputusan untuk mengemas koleksi gambar-gambar yang bertempiaran dalam harddisk tu. Baru aku teringat aku lupa nak eksyen dengan korang pasal sambutan Tahun Baru Cina di Wellington pada minggu lepas. Ke 3 minggu lepas entah?


Ah comel; Dong chang dong chang dong chang cha cha. Sambutan ni diadakan di TSB Arena, berdekatan dengan harbour di sana. Alah, tempat aku tengok Konsert Paramore itu hari lah sayang.


Tu dia mak cik kau mekap tebal masa parade dari Courtenay Place ke TSB Arena. Siap ada naga dan singa lagi bhai. Kalau orang zoo nampak mesti dia dah tangkap.


Ini ialah tarian singa versi kanak-kanak yang saja-saja main sebab jakun dengan singa tak hidup. Sejarah asal tarian singa ialah pada zaman dulu, ada sorang sami yang tensen melihatkan kejahatan melanda tempat dia hidup. Maka bila tensen dan tiada rambut untuk ditarik, dia pun berdoa kepada dewa-dewi dia bagaimanakah untuk menghalau semua anasir kejahatan ni. Diorang kata "Lu taruk sekoq singa, nanti depa takut la"

So, tarian singa ialah tarian orang Cina yang bertujuan menghalau kejahatan, bukan untuk menyembah tok nenek moyang mereka, ataupun any of the god emperors.


Bukan tu je, ada juga orang sarkis datang buat pertunjukan. Team diorang ni dikenali sebagai Zirka Circus di mana nak kata femes tak femeslah, dah sampai Eropah, France dan bermacam lagi. Nanti bolehlah korang cakap Abang Panda femes gila, dah berblog sampai ke New Zealand, Eropah, Itali blablabla.


Sekali lagi gambar anak gadis comel. Diorang ni dari Tadika Islam di Wellington. Yelah tu! Diorang ni dari tabika mana tah aku tak tahu tapi diorang berjoget-joget dengan diiringi lagu cina. Wa pu ce thao la kan apa maksud lagu-lagu demikian.

Bilalah aku nak ada anak sendiri. Nak suruh dia buat tarian gamelan macam ex aku Maya Karin tu 

Kebuluran di Universiti - the7thmuffins

Hari ni hari Rabu bermakna dah 3 hari semester baru dekat Uni aku bermula. Jangan tanyalah Universiti mana. Kalau nak tahu klik butang tags New Zealand dekat sebelah ContactMe tu. Setakat ni okay lagi walaupun ada terima berita-berita yang tak best seperti gempa bumi pada malam tadi. Takde pape yang kronik terjadi so takpayah risau.

Harini aku kita cerita personal lah ye. Nak artikel ke pantun ke tunggu kemudian. Cerita harini pasal kononnya nak study dekat surau kat Uni aku tu. Jangan tak tahu Uni orang Inggeris ada sediakan surau untuk pelajar-pelajar Muslim menunaikan solat fardhu 5 waktu sehari semalam. Jangan kata 5 waktu, solat terawih tahun lepas pun kami buat dekat situ


Tengok gambar atas korang nampak tirai. Itu digunakan untuk menutup pandangan mata gatal atau pandangan mata tak sengaja sebab ruang solat kami kecil je maka kenalah jaga aurat elok-elok. Kok tersentuh ke kan ke kena ambik wudhuk balik. Time winter paling menggigit tulang sekali sebab sinki wudhuk tu takda air panas


Ini pulak bahagian dapur yang menempatkan air panas untuk buat kopi ke teh ke, siap ada microwave dengan peti sejuk baru tuu. Sapa sedekah situ memang gila baik hatilah. Allah membalas jasa kamu! Tapi kopi tu kosong tadi aku tengok. Saja ngada-ngada usha padahal bukannya aku gemar minum pun.

Nak dijadikan cerita kononnya tadi olok-olok nak stay dekat surau habiskan reading Cognitive yang tinggal 5 mukasurat tapi tiba-tiba perut ni dia dengki dengan tuan dia nak study. Maka dia buat perangai kuranghajar dia menyanyi lagu keroncong. Biasanya surau ni banyak orang wakafkan makanan free maka aku pun meluru ke peti sejuk untuk cari makanan kalau ada.


Buka je pintu ais, Ya Allah baiknya hati orang yang letak Kek Oren ni dalam peti ais. Kalau ada dalam surau yang tengah takde orang masa Maghrib tadi, nak saja aku ngorat dia dengan ayat "boleh saya makan kek oren awak hari-hari?

Okay nampak je nota tu aku pun cubalah "Help myself out with the cake orange"; tapi..


*Bunyi cengkerik* Dah habis rupanya. Time ni terbayang muka mak dah. Terpaksalah balik ke rumah masak, main Facebook sampai 2 jam, trolling sana sini, dan akhirnya tulis entry ni sebagai pengubat rindu korang kat blog kurang ajar ni kan. Study comes first, aku tak nak waktu blogging aku lebih banyak dari belajar

Kalaulah dekat Victoria University ni ada servis macam the7thmuffins kan ke best. Muffin tu kalau buat makan time belajar memang tahan kenyang 3-4 jam rasanya. Nampak pun macam sedap je. Dahla warna pink. 3-4 jam tu boleh buat reading 80 page woo..


Tapi untunglah korang orang Malaysia sebab the7thmuffins ni ada buat servis penghantaran muffin melalui pos! Selain warna pink tu ade je perisa lain. Nak tahu korang pergi la order sikit lepastu hantar dekat aku di New Zealand ni, boleh?
ORDER MUFFIN DI THE7thMUFFINS

More

SEARCH

MESEJ RINGKAS

Creative Commons License
This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International License.
Based on a work at http://www.arcx13.com.
Permissions beyond the scope of this license may be available at https://www.facebook.com/arcx13?ref=bookmarks. Dalam BM, korang tak boleh copy langsung melainkan ada kebenaran