Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Anugerah Comel Mac 2011: Amirazoe

Seperti yang telah dijanjikan, edisi Anugerah Comel Bulanan yang bakal menjelma pada setiap hujung bulan. Ini ialah episod kelima sejak bulan November tahun lepas di mana Liyana Musang ialah pemenang pertama, diikuti dengan Orend3vil89, LassieAyam, dan Hahazirah. Pemenang bulan ini ialah...

amirazoe amira atiya pemenang anugerah comel arcx13 mac 2011

Berlainan dengan kriteria kriteria pemenang bulan lalu, amat jarang kalau korang nak tengok entri comel-comel dalam Blog Myra Zoe ni. Semua entry dia sangat-sangat kritikal dan memerlukan daya pemikiran yang tinggi yang tak dipunyai oleh blog-blog yang menunjukkan fesyen-fesyen wadehel tu.

Kalau dalam blog "artis fesyen" kita selalu nampak orang komen ayat seperti "Eh, saya suka la Cik Kiwi tu, dahla pandai mekap, pakai shawl, ada fikiran unik pulak tu!". Newsflash sistah, itu tandanyanya korang tak pernah masuk blog MyraZoe ni. Dan sebab apa takda orang puji dia camtu? Sebab dia tak tunjuk muka dia bermimik-mimik depan henset mahal yang dibeli oleh mak bapak.

Blog Myra Zoe ni penuh dengan nasihat weh. Korang bacalah boleh kata semuanya nasihat yang datang daripada orang muda tapi penulisan matang. Lebih matang dari Cik Kiwi, Puan Gegula dan segala mak nenek yang ada di pasaran sekarang. Sebenarnya, kalau korang nak blog nasihat sopan, pergila lawat blog dia. Kalau nak blog nasihat ayat kuranghajar, datang la sini haha.

amirazoe amira atiya pemenang anugerah comel arcx13 mac 2011

Minah ni jugak rajin tulis novel. Aku tak tahu kualiti novel dia sebab aku tak suka baca novel! Haha melainkan Novel Bahasa Inggeris yang berbentuk penyiasatan dan horror.



Selain tu dia jugak faham erti ATTRIBUTION dan sentisa memberikan kredit kepada sumber rujukan entri dia. Tapi aku sebenarnya nak tunjuk bilangan like dia dapat untuk 1 entry. Jeles weh! Aku dapat 30 je average.

Dengan menggunakan Penimbang Berat Blog,

#
 Domain name Size Load Time Average Speed per KB

1amirazoe155.blogspot.com/96.05 KB0.14 seconds0 seconds


Sebenarnya agak pelik memandangkan blog ni agak kosong tanpa benda-benda merepek. Mungkin sebab template dia memang sejak azali berat. Tukar templatelah woi haha

Pergh banyak gila error
Cadangan Penambahbaikan:
1- Kalau tak larat repair semua atas ni, cari template baru je senang
2- Buang Nuffnang kalau dia tak membantu
3- Kalau masih guna template sama, besarkan sikit lebar blog. Nampak tersepit
4- Title Entry kalau nak customize, hanya letak line atau background sahaja. Orang tak suka baca tulisan fancy hehe
5- Tu je, Panjang review aku weh haha.

p/s: rating telah di-disablekan sebab kalau dah dpt anugerah haruslah blog tu bagus kan? Bukannye aku bagi tiap-tiap hari benda ni hehe






21 comments

March 31, 2011 6:27 AM

dah lama aku tak follow blog orang ni.tapi baru baca 1entri entry dia terus buat aku follow.

tak perlu fesyen2 wadehel, tak perlu gambar banyak2, tak perlu semua tu. perlu penulisan yg bagus je.

nice blog

March 31, 2011 6:32 AM

nak komen ah..boleh jadi comel bulan depan..kah3..tulis novel? nak baca la blog ni

March 31, 2011 7:24 AM

blog slim tahap 77 aje ni. Aku dah tak tahu macam mana nak betulkan error tu..

*layout tu buat template designer je.. aku rase menatang lain buat error ni... ish

*anyway sayang ko lebih panda sebab bagi aku awrd..wahahah

March 31, 2011 8:08 AM

aku pun suka blog dia ni.
tp selalu aku baca dia
kira mcm silent reader gak la

ekekeke :P~

March 31, 2011 8:11 AM

@AMIRA ATIYA MYRA_ZOE
css error tu kkadang pasal ko guna template designer terlalu banyak. css asal masih ada tp ko override dgn yg baru guna template designer. so error tu keluar sbb dia kena load 2 kod utk 1 benda sama

eh ko paham ke lol

March 31, 2011 8:15 AM

@ARC™

paham sikit kot~
so macam mana nak buat tu...

March 31, 2011 8:19 AM

@AMIRA ATIYA MYRA_ZOE
g template designer, reset balik ke template default.

kalau nak ubah kaler ke ape kena buat manual. tukar code pada edit html. leceh mmg leceh tp ringan le blog.

tp kan, better carik template baru yg naked punya saiz dia 30kb je cmtu

March 31, 2011 8:41 AM

@ARC™

aku dah baiki sikit2 berat dah kurang...error pon dah banyak kurang..ko cuba check..

March 31, 2011 8:49 AM

blog aku tak comel ke hoy? hahah

March 31, 2011 8:56 AM

@ika honey bunny
comel tp ko malas hapdet haha

March 31, 2011 1:04 PM

kenapaaaaaaaaaaaa aku tak boleh jd mcm tu maksud aku, aku unya entry byk yang over-sensitif nangis sorg sorg . eh entah la aku tatau apa aku taip slama ini kbai

March 31, 2011 1:46 PM

nak singgah belog beliau kejap~

March 31, 2011 2:13 PM

mira mmg best,umur je kecik tp isi blog tip top ooch,

haha,ang siap bg tip penambahbaikan oh.
lain dr lain ne.

March 31, 2011 2:40 PM

sakit mata! @_@

ape2pun dah like blog tu.
memang like betul2 ni bukan like sesaje.
kakakaka.

March 31, 2011 2:49 PM

wohooo best la ko ni. aku nak terjah la ;)

March 31, 2011 3:24 PM

jap aku nak p terjah belog die..bile pulak aku nak dapat anugerah ko ni??teringin jugak walaupun aku tahu aku tak layak..bhahaha..

March 31, 2011 3:52 PM

ko buat aku curious~

March 31, 2011 10:56 PM

mmg cik adik ni punye blog best..
xsalah la pilih beliau.
suke2*

April 1, 2011 3:50 AM

baru pas terjah blog die .
yup !
suke kate-kate beliau :)

April 4, 2011 11:58 PM

aim bln dpn blog aku lak hehe

April 8, 2011 3:48 PM

she's cool enough said. ikhlas ni.. hihi

Post a Comment

Komen yang nak diletakkan lepas 14 hari selepas entri tu diterbitkan, akan diletakkan dalam mod pengesahan terlebih dahulu untuk mengelakkan spamming