Classical Conditioning - Applikasi Kehidupan

Okay harini kita belajar Psychology lah tahap rendah punya. Jangan risau, sangat senang untuk difahami dan janganlah disebabkan benda ni sains korang ingat dia susah pulak. Senang je nak faham sebenarnya. Untuk matapelajaran Psychology yang susah sikit, sila rujuk sini: Nota Visual Sensory Memory


Classical Conditioning (CC) ialah satu teori yang dikemukakan oleh seorang ahli fisiologi Russia yang bernama Ivan Pavlov pada sekitar tahun 1901. Nak dijadikan cerita supaya simple dan tak meleret, pada suatu hari dia pegi melawat anjing dia dengan loceng. Seperti biasa, anjing dia meleleh-leleh air liur dan menggesel-gesel dekat kaki beliau menyangkakan yang pakcik Pavlov ni bawak makanan. Maka beliau pun peliklah, anjing ni kan hebat sesnori penghiduannya, kenapa pulak anjing tu boleh tak tahu yang dia tak bawak makanan? Siap meleleh-leleh lagi air liur..

Rupa-rupanya anjing ni dah terkena CC daripada kehidupan seharian dia. Selama ni Pavlov bagi anjing dia makan (rangsangan normal) dan anjing dia terliur (tindakbalas normal). 
Masa bagi anjing dia makan juga si Pavlov ni panggil anjing dia dengan bunyi loceng. Makanya; loceng = makanan, pada pemikiran akal si anjing itu.
Lama-lama, loceng bertindak sebagai rangsangan kawalan (conditioned stimulus) dan anjing tersebut akan fikir bahawa "okay, makanan datang, mari kita meleleh air liur" sebagai tindakbalas kawalan (conditioned response) melalui proses pengkaitan (association)

Tonton video di bawah untuk pemahaman mutlak






Penjelasan video:
  1. Gula-gula "Altoid" sebagai normal stimulus
  2. Makan dan air liur dirembeskan sebagai normal response terhadap gula-gula itu
  3. Proses disertakan dengan additional cue iaitu bunyik komputer Windows
  4. Proses association berlaku, maka lama-lama dia jadi
  5. Bunyi komputer Windows (conditioned stimulus)
  6. Air liur meleleh ( conditioned response). Voila!
Maka disebabkan benda inilah, kita jangan buat jahat dengan orang. Sebabnya nanti orang sakit hati. Lepas orang sakit hati, kita buat baik macam mana pun nanti orang cop kita dengan perkara jahat yang kita buat tu. Make sense? Tu tandanya korang dah faham. Tambahan lagi 1 contoh:


Ini ialah ais krim Paddle Pop yang berwarna warni. Maka paddle pop ialah aiskrim, bertindak sebagai normal stimulus. Normal response ialah kita terliur dan lapar. Association kepada eskrem paddlepop ialah kaler die
Lepas tu pulak kita nampak..


Tudung warna warni: Conditioned Stimulus
Maka dengan itu, sila jawab soalan ini. Apakah conditioned response kita terhadap tudung warna warni? Hehe....


Adios nak g kelas

27 ulasan: Leave Your Comments

  1. wow.. nie ape yang saya belajar.. sebab saya amek psikologi.. tahniah. berjaya mengolah dengan baik. senang difahami(:

    classical conditioning= pelaziman klasik.. digunakan dalam banyak dalam bidang modifikasi tingkah laku..terutama bagi kanak-kanak dan individu terencat mental.. (:

    BalasPadam
  2. serabut tgk tudung warna warni. hahahaha..

    BalasPadam
  3. same dgn ape yg sye bljr dlm klas psycho.

    BalasPadam
  4. haha..cikgu aku pernah cerita ttg anjing tuu..siyes tym tu x paham pun..haha..

    haha..ko amek psychology ke??..gilaaa best..reverse psychology ad blajar x??..huhu

    BalasPadam
  5. saya pernah teman kawan saya budak Human Science study pasal CC kat anjing tu.hee ;) cikgu ARC ajar senang paham ah!

    BalasPadam
  6. mekaseh cikgu arc!yeay..dapat ilmu baru lagi..hehe..takyah aku p amik kelas psycho dah..ko ajar pun dah senang paham..hik3..

    BalasPadam
  7. wow! aku terbygkn aiskrim Paddle Pop tertepek kt tudung pompuan tuh! LOL!

    BalasPadam
  8. menarek.menarek.aku interprete eskem paddlepop ngan tudung baek punya..haha

    BalasPadam
  9. ais kerim bergerak.. ais kerim bergerak.. hahahaha..

    bagus la penerangan ko arc.. walaupun aku ade amek 1 subj psychology, tp smp skrg aku tak paham.. haha..

    tp pas baca penerangan ko ni, aku dh paham la sket..

    BalasPadam
  10. terliur tengok perempuan pakai tudung warna warni? hehe..

    BalasPadam
  11. teliur tgk aiskrim

    apisv3.blogspot.com

    BalasPadam
  12. tudung warna warni tu memang serabut kan? bila tgk orang pakai tudung cm tu duk depan saya, saya jadi pening kepala.. huhu

    BalasPadam
  13. Terliurr...slurrppp.. rasa nak jilat tudung tu.. :P

    aku pernah tengok conditioning training dekat natgeo..mamat tu kene karen masa hp bunyik.. lama2 bila dengar hp bunyik je dia jd takut... hahahahaha

    BalasPadam
  14. Orang yang pakai tudung warna warni cool mcm ais krim paddle pop tu haha

    BalasPadam
  15. @farhana
    okay jawapan bole diterima :D

    BalasPadam
  16. waa.. saya pon ada belajar benda ni sem lepas dalam Organizational Behavior. (its a subject for business student)
    btw, x silap saya ada lagi similar cases, theory tu tentang baby and the floppy white bear. hehehe.. nice one! ;)

    BalasPadam
  17. uupss! pardon me.. wasnt sure weather in the story was about the teddy bear or a small, fluffy, cute white dog... hehehe
    but basically, kajian tu lebey kurang r.. have u heard about it?

    BalasPadam
  18. when i read the title..i really didnt expect ur entry will end dat way..
    gilerr aplikasi.. tmb up
    try skinner's theory plk nx tyme;)

    BalasPadam
  19. terbaeklah!
    aku rasa aku dapat tangkap mesej illuminati di sebalik entry nih..hehe

    "Maka disebabkan benda inilah, kita jangan buat jahat dengan orang. Sebabnya nanti orang sakit hati. Lepas orang sakit hati, kita buat baik macam mana pun nanti orang cop kita dengan perkara jahat yang kita buat tu"

    arc FTW!

    BalasPadam
  20. learning theory.............

    BalasPadam
  21. The kind of humor I like is the thing that makes me laugh for five seconds and think for ten minutes -William Davis-

    *the kind of story in your blog!*

    BalasPadam
  22. Dear Arc,
    baru terbaca entri ni walaupon dah sekian lama publish...
    1 soalan,
    aku pernah baca tentang cerita monyet yang panjat pokok utk dpatkan pisang tp sebelum dia dpat pisang tu dia disimbah air.
    Setelah setiap kali percubaan nak amik pisang tu gagal kerana dia disimbah air, monyet itu putus asa.
    Next, dimasukkan satu lg monyet lain. Monyet no.2 ni pun panjat pokok utk dpatkan pisang. Tp monyet pertama tarik jatuh monyet no.2 sbb taknak monyet itu turut disimbah air.
    Dimasukkan beberapa monyet baru yg lain. Sama, setiap kali ada monyet baru yg nak panjat pokok amik pisang, geng monyet yg lain tarik jatuh sbb taknak kena simbah walaupun yg pernah kena simbah hanya monyet no.1.
    Soalannya,
    adakah ini juga conditioning?
    Bolehkah conditioning sebegini berlaku kpd manusia.

    Waiting for your reply :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. I dont know if that story is true but it does have an application of classical conditioning in it+moral theory

      sebab fear tu mula2 establish pada seekor monyet (classical conditioning) tapi bila dia tolong monyet lain tu dah masuk moral theory lak. a different stuff

      membantu tak? :)

      Padam
    2. Sangat membantu.
      Thank you banyak-banyak.
      Aku pun amat berminat behaviorism n psychology dan bercadang nak sambung belajar dlm bidang tu..
      Wish me luck, ye.

      Padam

Komen yang nak diletakkan lepas 14 hari selepas entri tu diterbitkan, akan diletakkan dalam mod pengesahan terlebih dahulu untuk mengelakkan spamming

More

SEARCH

TESTIMONI

Creative Commons License
This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International License.
Based on a work at http://www.arcx13.com.
Permissions beyond the scope of this license may be available at https://www.facebook.com/arcx13?ref=bookmarks. Dalam BM, korang tak boleh copy langsung melainkan ada kebenaran