Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kebuluran di Universiti - the7thmuffins

Hari ni hari Rabu bermakna dah 3 hari semester baru dekat Uni aku bermula. Jangan tanyalah Universiti mana. Kalau nak tahu klik butang tags New Zealand dekat sebelah ContactMe tu. Setakat ni okay lagi walaupun ada terima berita-berita yang tak best seperti gempa bumi pada malam tadi. Takde pape yang kronik terjadi so takpayah risau.

Harini aku kita cerita personal lah ye. Nak artikel ke pantun ke tunggu kemudian. Cerita harini pasal kononnya nak study dekat surau kat Uni aku tu. Jangan tak tahu Uni orang Inggeris ada sediakan surau untuk pelajar-pelajar Muslim menunaikan solat fardhu 5 waktu sehari semalam. Jangan kata 5 waktu, solat terawih tahun lepas pun kami buat dekat situ


Tengok gambar atas korang nampak tirai. Itu digunakan untuk menutup pandangan mata gatal atau pandangan mata tak sengaja sebab ruang solat kami kecil je maka kenalah jaga aurat elok-elok. Kok tersentuh ke kan ke kena ambik wudhuk balik. Time winter paling menggigit tulang sekali sebab sinki wudhuk tu takda air panas


Ini pulak bahagian dapur yang menempatkan air panas untuk buat kopi ke teh ke, siap ada microwave dengan peti sejuk baru tuu. Sapa sedekah situ memang gila baik hatilah. Allah membalas jasa kamu! Tapi kopi tu kosong tadi aku tengok. Saja ngada-ngada usha padahal bukannya aku gemar minum pun.

Nak dijadikan cerita kononnya tadi olok-olok nak stay dekat surau habiskan reading Cognitive yang tinggal 5 mukasurat tapi tiba-tiba perut ni dia dengki dengan tuan dia nak study. Maka dia buat perangai kuranghajar dia menyanyi lagu keroncong. Biasanya surau ni banyak orang wakafkan makanan free maka aku pun meluru ke peti sejuk untuk cari makanan kalau ada.


Buka je pintu ais, Ya Allah baiknya hati orang yang letak Kek Oren ni dalam peti ais. Kalau ada dalam surau yang tengah takde orang masa Maghrib tadi, nak saja aku ngorat dia dengan ayat "boleh saya makan kek oren awak hari-hari?

Okay nampak je nota tu aku pun cubalah "Help myself out with the cake orange"; tapi..


*Bunyi cengkerik* Dah habis rupanya. Time ni terbayang muka mak dah. Terpaksalah balik ke rumah masak, main Facebook sampai 2 jam, trolling sana sini, dan akhirnya tulis entry ni sebagai pengubat rindu korang kat blog kurang ajar ni kan. Study comes first, aku tak nak waktu blogging aku lebih banyak dari belajar

Kalaulah dekat Victoria University ni ada servis macam the7thmuffins kan ke best. Muffin tu kalau buat makan time belajar memang tahan kenyang 3-4 jam rasanya. Nampak pun macam sedap je. Dahla warna pink. 3-4 jam tu boleh buat reading 80 page woo..


Tapi untunglah korang orang Malaysia sebab the7thmuffins ni ada buat servis penghantaran muffin melalui pos! Selain warna pink tu ade je perisa lain. Nak tahu korang pergi la order sikit lepastu hantar dekat aku di New Zealand ni, boleh?
ORDER MUFFIN DI THE7thMUFFINS






25 comments

March 3, 2011 6:14 AM

HAHA kesian takda rezeki, esok lusa dapat lah merasa. insyaALLAH :) study rajin rajin!

March 3, 2011 6:34 AM

haha..
langkah kiri sikit...
i tot u gonna write 'cake dah expired'..nampak tarikh dh jauh kot...
apepon, 7thmuffin tu ape?

March 3, 2011 6:45 AM

@myhadA
tarikh letakla bukan tarikh expired. 7thmuffin tu ape?OMG follow la link tuuuuuuuuuuuuuu

March 3, 2011 7:01 AM

kesian ko bro, tape2 balik msia aku belanja 7th muffin..hohoho *yeye aje..

March 3, 2011 7:23 AM

kalo da namanye tarikh letak tu 18/2... takyah susah2 la nak berharap kek tu wujud lagi dalam container lebih2 lagi kat tempat public macam surau tu...

lain la umah aku nih, kek coklat bulan 11 tahun lepas pun ada lagi. baru last week aku abeskan. hahah... akibatnye segala makanan yang dalam perut aku ni kuar dengan begitu cepat sekali.*kisah benar ni*

best la surau korang... siap ada fridge :D

March 3, 2011 8:02 AM

haloh siannya sampai macam tu sekali tahan perut lapar dgn main fb trolling semua tu :(

March 3, 2011 8:11 AM

bestnya duk oversea..tingin nk g new zealand..huhuhu..

March 3, 2011 8:15 AM

terliur plak aku tengok muffin tu...sedapnya..

March 3, 2011 8:28 AM

@AZ : here we come the 7th,
have a visit to out page as stated above or simply our facebook :

www.facebook.com/the7thmuffins

Happy muffins all!
:)

March 3, 2011 1:11 PM

mcm tak sedap ja muffin..oke aku lidah kampung kot..

March 3, 2011 2:05 PM

wooo member aku dah try muffin dia. kata best. tapi aku tak pernah try lagi, kurang minat laa. aku cyap masuk contest dia wehhh sebab nak for freeeeeeeeeee. haha tapi kalah T___T

March 3, 2011 2:41 PM

sajeeeeeee jep kan ?
tawu lassie ni kuat makan .
sedapnyeee sedapnyeeeee .
nk orderrr lahhh .

boleh ker pos ke NZ ?
tskkk . bula 4 kamu balik kan ?

March 3, 2011 3:10 PM

ololo..kesian..takde rezeki ko la tu..kui3..yg tukang perabih pun satu..tolong le basuh ke hape pastu tulis le dah habes..kesian org tertipu..mesti ramai yg dah kena cam ko kena tu kot..hek3..

March 3, 2011 3:14 PM

kesian2.. nak menitik air mata ni bc cite ko.. haha..

March 3, 2011 3:18 PM

alolooO~ cian dia.. nak wat camne.. sabo je leerr

March 3, 2011 4:12 PM

Adeyh.. sedis.. Sian plak kat budak obersea ni, kempunan dia..
Nnt hang balik mesia aku belanja 7th Muffin tuh! HAHA

March 3, 2011 5:00 PM

huh lagu keroncong ?? layan2.. hehe..
xpe laa.. xde rezeki tu.. t beli muffin byk2 ea.. tgk pn dh menarik..

March 3, 2011 5:00 PM

kahkahkah..bukan rezeki ko la tu..kekee :p

March 3, 2011 5:40 PM

aduh,asfan kelaparan

sabar sabar,ampa try la masak sendrik pulak

March 3, 2011 6:40 PM

kalo dok oversea, mcm2 bnda mngidam yek.. hehe... ^^

Anonymous
March 4, 2011 12:34 AM

taun lepas aku nak bukak pose kat surau. carik makanan dalam fridge tu kot2 ade orang wakaf. lepas lab 4 jam plak tu plus kelas straight dari pagi. memang kebulur toksah cite.

jumpa la kurma. isk3 terharu ade orang letak kurma.

pastu bukak pose kurma keras gile. macam batu. tengok2 dah expired tapi aku makan jugak sebab lapar sangat.

*kebuluran di universiti version aku haha*

~HANA~

March 4, 2011 1:42 AM

takpe la,, semangat belajar tu ada,,

March 4, 2011 5:06 AM

asal tak penah tahu pon kewujudan the7thmufins tuh??hahaha

March 4, 2011 5:31 AM

aku nk gelak jer. HAHAHA!

bulan 4 balik, jgn kan kek oren. pokok oren pun aku bagi. HAHA :P

study elok2 yer abg dedek :P

Post a Comment

Komen yang nak diletakkan lepas 14 hari selepas entri tu diterbitkan, akan diletakkan dalam mod pengesahan terlebih dahulu untuk mengelakkan spamming