Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Mengenali 3 Ciri Plagiarism Dalam Blogging

Mungkin korang pernah dengar perkataan plagiarism ataupun isu plagiat ni. Dalam kata senangnya, memplagiat ialah aktiviti meng-copy paste hasil kerja orang lain dan mempersembahkannya sebagai hasil kerja sendiri, secara sengaja ataupun tidak. (UTDC, 2010). Disebabkan ini ialah sesuatu yang serius, mari kita kita break ayat di atas satu demi satu

plagiat copy paste tiru entry blogger tiada etika title=

#1: COPY PASTE HASIL KERJA ORANG LAIN
Yang ini memang kerja gila. Sesiapa yang buat dekat blog aku memang akan dimaki kalau aku jumpa. Aku tak kira kau muda ke tua ke, laki ke perempuan ke. Aku bukak blog bukan untuk korang salin bulat-bulat lah selipar jamban betul. Sangat nyata sesuatu itu ialah plagiat kalau korang menggunakan butang CTRL+C untuk copy dan CTRL+V untuk paste. Contoh plagiat ialah:

plagiat copy paste tiru entry blogger tiada etika title=
Screenshot daripada sang plagiat
Artikel original: "Cara membuat tutorial ini senang saja. Mula mula korang copy code ini dan paste kan dalam blablabla"

Artikel plagiat: "Cara membuat tutorial ini senang saja. Mula mula korang copy code ini dan paste kan dalam blablabla"


Jadi apa bezanya? Ya betul, takde beza, melainkan korang ada penyakit urat saraf yang menidakbolehkan korang membaca dengan betul tanpa mengesan tiada kelainan dalam dua ayat di atas. Sangat kasihan kepada penulis asal yang telah mengkaji cara membuat tutorial tersebut dengan bersusah payah lepastu korang senang-senang menyalin bulat-bulat.

Jadi, apa yang bukan plagiat?
Artikel bukan plagiat: " Cara yang simple untuk membuat widget yang korang nampak dekat kanan ni ialah dengan menyalin kod dibawah yang diambil daripada Belog XX. Tapi tutorial dalam blog ni dah diubahsuai sedikit supaya sidebar tu ada gambar kartun doodle pulak berbanding kartun pokemon dalam entry asal Belog XX"

Nampak tak bezanya? Nampak tak kesungguhannya? Kalau korang langsung takde menukar isi dalam artikel asal, maka itu ialah plagiat! Dalam konteks blogging, lebih baik korang cerita pasal tutorial tu dan kemudia cakap pada pembaca kalau nak buat, sila terjah blog artikel asal.

plagiat copy paste tiru entry blogger tiada etika title=

Even kalau korang bagi attribution (credit) kepada penulis asal pun, ianya masih plagiarism kalau 100% sama! Tak kisahlah footnote korang tulis BIG CREDIT ke, FULL CREDIT ke. Siapa ajar bagi kredit camtu? Oh aku tahu, blog-blog yang suka memuji diri sendiri tu kan?

Ingat, 100% copy paste masih dikira plagiat! Tukarkan ayat menjadi perubahan sehingga agak-agak 70% tu boleh dikira okay
#2: MEMPERSEMBAHKAN KERJA ORANG LAIN SEBAGAI HAK MILIK SENDIRI
Sebenarnya ini berkait rapat dengan point nombor satu tadi. Bila dah copy bulat-bulat, korang publish pulak dalam blog dengan ayat seperti :

" Sebenarnya saya buat kod ni dengan cara..."  ataupun dengan tidak berkata apa-apa tapi terus mengajar orang, korang sebenarnya menunjukkan yang korang tulis sendiri artikel tu! Semalam aku ada sound direct dekat Facebook yang save gambar Pantun Realiti Facebook aku. Lepas dia cakap sorry, dia privatekan gambar dia. Aku pulak memanng tak add dia. Sengaja kebetulan terjumpa masa browsing.

Bila member dia nampak gambar tu dalam album Facebook dia, haruslah kawan dia kata "Wah, pandai jugak ko berpantun! Nak share nak share"
Pandai bapak kau! Pandai copy paste bolehla. Lepas tu taknak cerita pulak dekat member mana dia dapat gambar pantun realiti Facebook tu. Apa punya siamang la perangai. Benda sama juga untuk fanpage fanpage cacat milik orang Malaysia yang save video dari Youtube kemudian upload di Facebook Fanpage sendiri sambil letakkan your own shitty watermark. Itu plagiarism lah ngek

Untuk gambar, letakkan backlink di akhir gambar, dan selepas gambar ditampal, letakkan ayat " Gambar diambil dari XXX" untuk blog. untuk Facebook, letakkan link asal pada album, dan pada setiap gambar. Jangan jadi setan.
#3. SENGAJA ATAU TIDAK
Haritu aku ade nampak satu entry TUMBLR tentang sorang awek USA ni yang mengadu kepada kawan-kawan TUMBLR dia pasal pengguna blogspot Malaysia yang menyalin gambar-gambar dia dan taruk sesuka hati dalam header dan entry post.

Lepas tu ada pulak yang marah-marah dia dengan berkatakan bahawa mereka sebenarnya tak sengaja dan tak perlulah marah-marah dalam ayat yang kasar ditambah pulak dengan Bahasa Inggeris yang berterabur. Peh, malu bai tengok orang gila yang buat salah lepas tu taknak mengaku pulak dia buat salah. Dahla memalukan blogspot, memalukan Malaysia pulak tu

Kalau dekat universiti sini, tak kira kau sengaja atau tidak, memberi salinan atau membuat salinan, kau akan dibuang dari kursus dan serta merta digagalkan! Itu yang tahap kronik punya. tak percaya korang boleh baca kisah aku dan plagiarism pada senarai link bawah ni

Itu sahaja. Harap korang boleh paham apa itu plagiarism dan bagaimana nak menulis dalam blog tanpa melibatkan diri dalam kancah plagiarism ini. Segala pertanyaan boleh diajukan dalam ruangan komen di bawah. Sekian.






48 comments

March 29, 2011 10:19 AM

oooo cemgituu ye.

:)

March 29, 2011 10:36 AM

waaa... marah nye... penah jadi ke ?.,,, Guna la CopyScape Kalo nak protect content

March 29, 2011 10:51 AM

@izzati
zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz

March 29, 2011 11:05 AM

AAAAAA

March 29, 2011 12:22 PM

Oww..paham cikgu!
Ah cite pasal copy mengcopy ni mmg nyakit hati.
Kesian kengkadang mekaa yg suka duk copy2 ni.
Mcm xde identiti..

Pesan kt kawan2, be ORIGINAL sudey. Kalau reti share. Tak reti tanya. Jgn buta buta buat pandai.
Copy segala bulat bulat plak.

(Eh asal aku lak lebih cm nk marah ni?!@$&)

March 29, 2011 1:08 PM

haha.. care lah ko reply komen izati tu..

sekarang semua nak ambil mudah..copypaste je bila buat entri, especially tutorial.

March 29, 2011 1:19 PM

aku pn plagiat org gakkkkkkkkkkk ! terasewwww

March 29, 2011 1:45 PM

mohon share ye content yang pergh kat blog ni ye bang hihik :)

March 29, 2011 2:01 PM

aku tau ko disable right click sebab nak protect content. aku saje je hari tu. haha. nak buat takpe je cuma tak sesuai la kot nak guna ayat macam tu. guna bahasa sopan sikit sebab bukan semua orang right click nak copy content ko kan? =)

March 29, 2011 2:23 PM

seb bek aku tak pernah copypaste..tak men ah copy2..idea sendiri la terbaek!

sebab tu la aku tak buat tutorial..berlambak2 dah org buat..semua sama pulak tu ayat..pakat dok buat tutor sebab nak trafik lettew..kui3..

aku tak pernah jumpa lagi la org plagiat entri kat belog aku..kalau aku jumpa memang aku pelangkung la pale sekor2..takde adab betul..huh!

March 29, 2011 2:58 PM

haha
aku memang tak minat klu org salin 100% content blog
wlupun dia kreditkn kpd tuan owner

klu ye pn, wat la ayat sendiri
nampak sgt pemalas nak tulis


Admiral Hafiz Official Website: Admiral'z Legacy

March 29, 2011 3:35 PM

tak pernah copy paste 100%
kalau curik2 isi penting tu ade lahh .
ha ha ha !

Siapa ajar bagi kredit camtu? Oh aku tahu, blog-blog yang suka memuji diri sendiri tu kan?

blog sape tu wooooi !
kenape mcm terasewwww .
tapi den takde pulakk main full credit gitu
maksudnye bukan blog den lah kan ?
wek :P

March 29, 2011 3:49 PM

pernah terjadik kat nurul bile ade org amik entry nurul..then die letak kat blog die..xcakap apa2 pon..xcredit dekat nurul ponnak marah tp biarlah..budak2 lagik..

then kalau yg cakap nk copt entry nurul..xkesah sgt..amik la..hehehe..

tp nurul pon pernah buat entry based on article yang nurul jumpa kat internet..so nurul ambik idea tu n buat entry..tp ayat lain..n cara pon lain..cume idea sj..kadang2 kalau nurul jumpa wording english yang cntik cam poem ke..quote ke..nurul pon amik gak..tu dikira camne arc?

Anonymous
March 29, 2011 4:24 PM

@Nurulbadiah Lai

sama je nurul...kena bg kredit jugak xkire ape pun.
-ARC (malas login komputer uni)

Anonymous
March 29, 2011 4:25 PM

@Liyana Lunia.

aku pom same hahaha tp dulu la
skang dah bace ni janganla amalkan lg okai?
mari sentap[ beramai2
-ARC (malas login komputer uni)

March 29, 2011 5:25 PM

huuuu aku punya dah kena copy dua kali rasa nak kena tembak je orang tu... Tension gila~

March 29, 2011 5:36 PM

penulisan aku tak bes. jadi takde sape nak plagiat. hahha.

tapi aku selalu letak gambar tumblr kat blog. ohh malunya.

March 29, 2011 6:16 PM

abang panda ni garanglah! takut i! hahaha. weh, aku pon selalu jugak org amek entry aku, kiranya budak tu amek bulat2 lah. pic ape yg ade dalam entry aku pon dia taruk dalam blog dia. tp budak tu pon buat lebih kurang cam pic ko yg ade full credit to bla bla. ko ckp aku ke yg suke puji diri sendiri? terasa ni terasa! hahahaha ;p

March 29, 2011 6:21 PM

yeay, suke..kite kat umt pon, lecturer suruh buat 1 esei 5 muka surat cerita pasal plagiarism. memg gile2 la buat, sebab lecturer cakap, kalo kite paham ape maksud plagiat, kite akan faham cara nak buat tesis/asignment, supaya TIDAK TERTIRU BULAT2 jurnal org. dlm U, isu plagiat memg isu sensitif,sekali dapat tgkap, memg susah la.

March 29, 2011 6:26 PM

kalau kita faham sesuatu entri tu dan tulis cara sendiri macam mana?

i dont like copy paste 100%..

Anonymous
March 29, 2011 7:07 PM

@budingyun
adh bace ke tidak ni.... maksudnye bukan 100% copy paste la kan. maka perlu buat citation sebab idea asal masih dari website pertama tu (dlm blogging kira loose lah sikit kot)
ARC (malas login komputer uni)

March 29, 2011 7:16 PM

ang lambat post entri sal plagiat.case study aku berunsur tentang plagiarism dah lepas dah.kalau tak boleh amik point sikit nak debat.
tapi betul.plagiarism sangat tak cool.nampak tak mature.

March 29, 2011 7:27 PM

huhuuu agak ah kan. kesian amar annn :(

March 29, 2011 7:41 PM

Assalamualaikum...

good info ni, bro..nmpk gayanya saya perlu buat byk lg improvement pd content di blog saya utk elak plagiarism ni..

anyway, bukan semua artikel saya rujuk dr source lain. ada juga yg ditulis sndri...

happy blogging :-D

regards,
BLADE EDGE

March 29, 2011 8:27 PM

hoh... ada sekali aku copy-paste note sapa ntah kat fesbuk baru2 ni letak kat blog.

haha... tapi siap tajuk pun aku dah cakap awal2 cedok dari fb... siap ade link sumber. memang 100% detail aku citer aku ciplak dari fb.

tutorial kat blog aku ada sekali je. cara2 buat mushroom soup. haha. tu je la. kemain periuk besar mushroom soup aku buat tu. bahahahaa...

March 29, 2011 10:03 PM

aku punya entry pasal 'berhenti mengeluh' pernah di copy paste jadi note dekat facebook.. pastu dia tak bagi credit kat blog aku.. lepas tu.. orang ramai baca..puji2 dia tulis note tu... aku bengkek je sebab dia tak mention pun mana dia dapat..

March 29, 2011 10:52 PM

pegi la blog aku. aku copy paste je.

March 29, 2011 11:30 PM

aku pernah kena plagiarsm.. mmg macam nak tembak je kepala mamat tu.. ngahahhaa...

terimas atas teguran tentang nama "JUDAS" kat blog aku.. walaupun aku tahu apa maksudnya.. tp menimbulkan bnyk salah faham.. so aku dah tukar.. trimas lagi skli yoow...

March 29, 2011 11:31 PM

tu la kalo orang takde idea still nak posting something...huhu... :P

March 30, 2011 3:10 AM

waa ni betul hangin nih... speechless aku weii
copy entry ni boley?.. ahhahahaha ;p
♥ ♥ ♥

March 30, 2011 3:20 AM

Link 'SENARAI RUJUKAN' tu apa kebenda?

March 30, 2011 10:35 PM

agak2 selain sound direct cem na nak sedarkan orang plagiat ni...
aku tegur dia buat dekkk je...pergh mau kena tembak toll

Anonymous
March 30, 2011 11:33 PM

ni kan contoh blog ?

http://inibelogsaiapunya.blogspot.com/2011/03/tuto-cara-membuat-lukisan-kartun-dalam.html

LULZ
March 31, 2011 12:00 AM

hahaha, ni blog dlm gmbr atas ni kan ? http://inibelogsaiapunya.blogspot.com/2011/03/tuto-cara-membuat-lukisan-kartun-dalam.html

March 31, 2011 1:43 PM

yuyu selalu kena macam ni.. orang copy paste.. sekarang buat disable right klik, tapi dorang macam tiru entry pulak.. hmmm.. T_T

March 31, 2011 11:09 PM

plagiat itu jenayah..pergghh

April 2, 2011 8:16 PM

copp, ad sorg blogger ni, pompan, sme umo gn ak, 17 thun, hri tu ak dpt detect dia tiru design service ak, then tiba2 hri tu dia dgn x malunya blogwalking blog ak pastu ak tgk blik blog dia tiba2 nmpk tuto status twitter kt entri dia. ak xde kisah sgt kn tp bila ak check stu dmi stu code twitter tu sme dgn code tuto ak. mule lah ak syak dia copy tuto ak. eh ak pun copy tuto tu dr website omputih, tp at least ak kredit dn ubah cara penyampaian tuto tu. tp dia ciss, sbijik dgn tuto ak. ok, tgh mrh ni. ;(
kalo boleh ban blog bdk tu mmg ak tersangt lah nak ban dia. grr!

April 5, 2011 12:00 AM

kesian dow kt amar :(

April 7, 2011 3:31 AM

dah dtg baca dulu, hari ni singgah lagi...

April 7, 2011 5:05 AM

tapi kan cik abang pemes..saye tahu anda pemes tapi tidak semua yang anda cakapkan itu betol okie..aku bukan kaki suap..so never expect aku maruah rendah..haha...

meh aku nak cakap,entry copy paste,dalam islam,tak salah pon..

contoh,cara solat..

dah kalau itu je cara solatnye,kene la sebarkan camtu jugak,ubah watpe lagi ?

mcm kes aku copy paste artikel iluvislam.yang mane aku da tulis besar2 aku CREDIT KAT ILUVISLAM

kenape aku tak tukar ayat ? sebab aku tak secerdik itu untuk ubah artikel asal jadi artikel sendiri

kan nanti aku yang BODOH ni tukar ayat,kan jadi maksod lain plak

if aku tukar ayat,then aku tak letak kredit,itu macam aku CURIK IDEA..lagi la sucks macam tu

so cik abang pemes.jangan nak campur adukkan ISLAM DAN HUKUM HAKAM BLOGGING SANGAT LA

dalam islam,ilmu itu perlu disebarkan..benda baik kene sebar..

kalau macam ko cakap ni,tak leh plagiat

so ustaz2 nak kasi ceramah,tak leh tengok buku la,sebab plagiat ilmu dari dalam buku tu ?

SO PENDAPAT AKU PASAL PLAGIAT KO NI ?

EPIC FAILL.TENKIU ^^

aku taw la ko pemes blogger,kan ? haha

so what ? do u think im going to accept sume ko cakap ? pffftttttt

aku bukan kaki makan taik

ape aku rase baik untuk islam,maka aku share

islam tak cakap salah pon ^^

so mane aku nak ikot?

ACRX13 or ISLAM ? haha..bodohnye aku nak ikot selain dari islam ~.~

April 7, 2011 6:20 AM

bagus entri ni..
kalo kena copypaste, nak halalkan ke tak nak ek??
nanti diorg dah lama dlm blogging, pastu jadi mangsa copypaste, mgkin baru diorg paham kot..
tu pon kalo lame arr...

April 7, 2011 6:39 PM

Jika anda sedang menjalankan projek tahun akhir, mahupun post-graduate studies, plagiarism boleh menyebabkan thesis anda ditarik balik, dan ijazah anda tidak diiktiraf.
moral nya ialah, jauhi plagiat, dan berfikirlah di luar kotak.

April 8, 2011 6:08 AM

oooooooooo baru tahuuu takleh upenyeee 100 % Y______Y

April 8, 2011 3:58 PM

jangan sampai ada kata yg mewajibkan blogger submit entri ke turnitin dulu baru boleh publish.. hahahaha

psst: aku pon penah kena maki sbb tegur org plagiat blog aku. memang CERDIK tahap einstein lah dia. TYPO aku pun masih disitu kot!

April 8, 2011 9:18 PM

@na
sound je!

April 27, 2011 12:20 AM

takotnye. siryes. tapi sy tak copy paste. betulll.

October 14, 2011 10:47 PM

hahaha..sape yg trase?

January 28, 2012 4:24 PM

pehhh...berdebar-debar bila baca..kut-kut tanpa disedari telah terplagiat kerja orang lain..haha..

Post a Comment

Komen yang nak diletakkan lepas 14 hari selepas entri tu diterbitkan, akan diletakkan dalam mod pengesahan terlebih dahulu untuk mengelakkan spamming