Rukun Iman Kelapan Hukum Karma

"Weh Seman aku tak fahamlah kenapa nasib aku malang sejak akhir-akhir ni. Kena santau orang kot? Kau ada tak tau mana-mana bomoh yang boleh check kalau aku kena santau? Risau ni"

"Alah Meon tu la kau ni Melayu sangatlah suka sangat percaya dengan benda-benda tahyul macam ni. Kau tahu tak berdosa mintak tolong dekat kuasa bomoh-bomoh tu? Ini semua Hukum Karma tahu? Tu la kau banyak sangat pedajal orang dulu sekarang karma dah balas lah. What you give you get back bak kata band Scorpion pada tahun 1999"

" Wah hebatlah kau ni Seman sampai benda-benda macam tu pun kau percaya ek? Kau tahu dari mana? Hebatlah kau ni"

"Alah Meon, aku baca dekat Facebook, dalam cerita My Name is Earl pun ada tahu?


" Tak tahu" jawab si Seman lalu kedua-duanya berterusan bermain dam sambil membaca surat khabar yang tertera perkataan seks dan rogol.

***
Dalam isu-isu lepas aku ada tulis berkenaan Rukun Iman Ketujuh dan Finger Crossed , harini marilah menyesatkan lagi otak yang sedia konon faham Islam tu dengan Rukun Iman Kelapan iaitu mempercayai Hukum Karma. Diingatkan bahawa saya ni langsung tidak arif tentang agama tapi saya berfikir tentang logik dan realiti.

Okay, sungguhla tak adil kan kalau pembaca yang tak pernah tahu apa itu Hukum Karma nak faham tak boleh. Benda ni sangat banyak di News Feed sampaikan masa aku menjalankan aktiviti stalkerism aku, terjumpa satu profile yang bertulis " I believe in Karma". Okay kanak-kanak yang pandai, menurut Macik Wiki,
Karma (Sanskrit: कर्म IPA: [ˈkərmə] [1] Pali: kamma) in Indian religions is the concept of "action" or "deed", understood as that which causes the entire cycle of cause and effect (i.e., the cycle called saṃsāra) originating in ancient India and treated in Hindu, Jain, Buddhist and Sikh  be used by so-called philosophies
karma Buddha Malaysia

Sekarang ni aku nak tanya, tang mana dekat definition tu yang ada cakap benda ni berlandaskan agama Islam? Who okayed this to be used by Muslim kiddos? Siapa kata benda ni ialah juga merupakan hukum dari Allah lalu okay bagi penganut agama Islam untuk mengikutnya? Siapa?

Sama seperti Meon dengan Seman, benda yang tak betul adalah kebanyakannya disebarkan melalui akan karib dan sahabat handa. Nak-nak pulak kalau kawan kau tu ada degree dalam kursus itu kursus ini lagilah kau percaya kan? Tolonglah jangan main ikut saja apa benda yang kawan kau buat. Naik semak otak memikirkan benda yang simple macam ni pun orang masih boleh pening. Dulu SPM kau Pendidikan Islam dapat pangkat berapa? Okay tak payah tingkatan, masa sekolah rendah ada subjek faveret aku iaitu Pendidikan Islam.

Chapter 1 - Hukum Karma. Ada kau nampak macam tu? Takde kan? Mesti dalam buku teks kau berbunyi Bab 1 - Rukun Islam dan Rukun Iman. Dalam tu juga ada definisi mengenai Islam. Yet, remaja Muslim zaman kini pun masih ada yang mengatakan Islam ialah terrorism. Belah la lu!

Rukun Iman Keenam - Percaya kepada Qada' dan Qadar. Aku tak tahulah benda yang kalau simple macam ni pun ada orang boleh lupa. Kehidupan kita ni ialah ketentuan Allah. Kau janganlah cakap "Oh harini aku nak pergi sepak kepala Ah Long yang belasah aku semalam secara bare-handed. Tengok Qada' dan Qadarlah kalau mati matilah aku semasa membalas dendam". Itu namanya cari mampus sendiri, memanglah kau takkan selamat. Orang Melayu kata, sarang tebuan jangan dijolok. You shoudn't have borrowed from loansharks in the first place.

Dalam facebook ramai yang post video youtube dengan ayat " Haa jangan main-main dengan Karma" atau "Ni semua balasan Karma ni". Aku nak tanya kau, kalau Karma yang balas dan bela nasib kau, malaikat Raqib dan Atid dekat kanan kiri tu buat apa? Tuhan kita bukan Karma, ini kau kena tahu dan pegang. jangan ngada-ngada tambah. Konon pandaila gebang sana sini Karma this and Karma that?

Jangan memperbodohkan diri sendiri dan agama. Sejak bila 99 nama ditambah dengan perkataan 'karma'?
Daripada kau lece2 nak intergrate Islam dengan Karma, baik pergi makan kurma. Beli Yusuf Taiyoob weh sedap.

p/s: lelaki jangan tak solat Jumaat hari ni. Selagi kau tak Solat Jumaat jangan kahwin.
Update: tolong jawab soalan discussion aku kat sini. Penting

39 ulasan: Leave Your Comments

  1. dulu zaman budak2 selalu gak bermain dgn perkataan karma ni. skg bila ingat balek rasa macam kelakar pulak..

    BalasPadam
  2. info terbaik dari ladang. terima kasih :)

    BalasPadam
  3. serius..bella pun tak percaya pada karma semua ni.. kalau nak ikut karma..penatlah kan..cemana pulak org yang tak bersalah..dan tiba tiba dia dituduh bersalah.. haiyo.. padahal tak pernah wat jahal..tu karma celah mana tu??

    BalasPadam
  4. fer me, karma ni macam dunia yang berputar. kita takkan sentiasa berada di atas, takdalah taksub sangat sampai nak ikot sebijik-sebijik maksud karma tu kan. cuma percaya pada kuasa Allah, yang baik di balas baik, yang buruk, kuasa Allah untuk menentukannya. taklah sampai nak sebijik sebijan ikot apa maksod karma tu. just guna supaya orang faham, what goes around comes around.. Allah Maha Adil..

    BalasPadam
  5. aku baca post kau sambil dengar lagu wings- Hukum Karma...

    BalasPadam
  6. @Raja Syakirah
    tis is exactly what im talking about. why do u have to waste time to integrate the emaning whatsoever? Karma itulah definisi dan penggunaan dia bukan untuk orang Islam.

    takkan sentiasa berada di atas? what comes around goes around? huiii dik oii baca post aku ada cerita pasal qada qadar malaikat kiri kanan apa semua. Apakah kuasa Allah pulak tiba-tiba masuk karma

    tell me just this one thing: Berikan ayat Quran yang berbunyi Karma.

    BalasPadam
  7. alalalalala. mana ada karma masuk dalam quran semua. duhhhhhh. susah nya nak explen pemikiran saya yang cetek neh =(

    maksudnya, rather than cakap karma semua tu, saya lebih selesa cakap Allah selalu ada untuk kita kan. belum jelajah habis lagi blog ni. hehe.

    good info anyway, thats why my friend selalu cakap " i dont believe in karma " ..

    sorrryyyyyyy :p

    BalasPadam
  8. easy. jangan tambah hukum

    BalasPadam
  9. Karma tuh sedap bila disebut..tpi haramjadah kalau dok men sebut benda ni setiap kali kena musibah..kenapa x guna ayat ni..wat baik dibalas baik..wat jahat dibalas jahat..kan itu lebih cantik dan mudah difahami..

    BalasPadam
  10. xde kaitan karma ngan Islam..
    cume bab ape yg kite wat, akan kene kt kite balik 2 je yg same... Ala, cane nak explain ek?
    diri sendiri pun x brape pandai..
    tp, kite x berpegang pade karma 2..
    tp, gune perkataan 2 je..
    agak2 berdose ke?
    *konfius*

    BalasPadam
  11. apa yg diperkatakan oleh abg panda sememangnya benar...bg aku, aku sependapat ngan syuxer.pada pandangan aku lah, actually, org melayu ni guna perkataan 'karma' tu juz merujuk pada istilah "buat baik balas baik, buat jahat balas jahat"...sama seperti kata2 "pompuan baik tuk lelaki baik @ sebaliknya...", and lagi satu "allah kabulkan permintaan hambanya yg teraniaya", contohnya si polan aniaya si nalpo, then si nalpo berdoa...jika allah kabulkan then thats it, yg jahat akan dibalas...tak di dunia, di akhirat kelak...tak tahulah jika tidak sama, but for me, its actually the same thing...

    so karma tu juz kependekan jer, tp for me, aku lagi suka guna buat baik dibalas baik n sebaliknya. terpulang asalkan jgn lari/menyimpang akidah!hehe


    sekian


    psst: panda garang jgn grg2 sama aku...aku budak baik...cuma kongsi pandangan jer. anyway cool post!

    BalasPadam
  12. karma serta Qada' dan Qadar sering disalaherti dan disalahgunakan sehinggakan ada yang menganggap dua perkara ni adalah sama..
    ataupun mungkinkah dua perkara ini sama tapi panggilan atau term yang digunakan sahaja berbeza?
    tetapi menurut apa yang telah dipelajari dan sedia maklum, Qada' dan Qadar termaktub dalam rukun Islam tapi tidak karma kerana dua perkara ini berbeza..

    sekadar pandangan aku yang tak berapa sempurna agama Islam ni..

    BalasPadam
  13. @APi

    aisey camon people. its like using "ALLAH" as sub for "god" in bible.

    BalasPadam
  14. entahlahh. kkdng aku caye gak hukum karma ni. sebab apa yg kita buat, pasti akan kena balik kat kita. but, aku caya nie sume kerja Allah. bukan aku nak caya yang hukum karma nie datang dr agama lain. just, apa yg aku lihat, kalau ade org buat jahat kat kita, benda tuh akan dtg balik kat dia. dan aku xpayah nak pedajalkan org tuh, biarlah Allah jeh yang balas. xnmpak kat dunia, akhirat pasti kena. wallahualam.

    BalasPadam
  15. Thumbs up... aku dah berbuih mulut duk kempen pasal karma ni kat kawan2..

    tapi dr komen aku tengok ada gak org tak paham masalah akidah karma ni ARC.. ada yg rasa Karma tu buat baik dibalas baik..vice versa...

    sedangkan percaya pada perkataan karma tu sendiri dah endorse prinsip agama buddha dan hindu tu...

    tu belu Nirwana lagi, ulamak sufi skrg ni dah buat wahdatul wujud = nirwana...

    nanti aku kupas hal ni dlm blog aku.. eosk insyallah...

    BalasPadam
  16. DApat lagi satu pengetahuan hari ini...=)

    BalasPadam
  17. ni kena bagi kawan aku yg percaya kat karma tu, penat aku explain

    BalasPadam
  18. Bgus entry pagi jumaat ni.
    Dapt bukak mata skit dekat budak2 islam ni.

    Suka2 je kadang menambah hukum!

    BalasPadam
  19. Panda aku terasa dow sbb aku pernah ckp cmtu gak.i believe in karma.oh xboleh eh ckp cmtu?aku just maksudkan yg buat jht nt die dpt balik.mcm tu la.tp kalo xelok guna karma tu nt lps ni aku nk ckp kalau ko aniaya org nanti allah akan balas balik.ha ok x pandayang? Hee ;) jgn garang2 takot ah wuwu

    BalasPadam
  20. panda.. gud info. barulah tau tentang karma. ingatkan hanya sekadar satu kata ganti dalam buku dewan bahasa.

    btw.. apa pulak karmasutra?

    BalasPadam
  21. @aku ekynn
    wadefunkah soalan ni?hahhaa

    kamasutra berasal dari dua perkataan
    iaitu KAMAR dan pakaian dalam yang dibuat dari sutera

    so paham2la.

    BalasPadam
  22. dulu ada skali jumpa member y muslim g wat status kat fb,i believe in karma.terkejut lar jgk.. so tegur lar dia.xelok gn ayat karma tue.bkn dari agama kte.. apa slh ny ckp percaya qadaq and qadar? pastu aku kena sound balik.. ades...terus blah dari status tue dari putus kwn..

    BalasPadam
  23. suka ayat last skali tu. hehe

    penah jugak sebut2 karma. tp tak selalu gilaa la. just ckp2 gitu joking2 je. lepas nie tanak ckp da

    BalasPadam
  24. aku langsung tak percaya karma.

    ntah apa apa
    tp india mmg percaya la kot.

    selamat pulang encek panda ;)

    BalasPadam
  25. speechless aku bc entry ko kali ni.. bkn sebab aku percaya pada hukum karma, tp sebab pandangan ko tentang hukum karma tu.. good job bebeh!! thumbs up!!

    in my opinion kan, sesetengah org kita ni mudah terikut2 ngan budaya bangsa lain, selain tu mudah sangat terima dan percaya segala agenda luar cth freemason etc..

    BalasPadam
  26. dalam paper pun dah cakap pasal benda ni but most people nowadays tak baca paper and tak kesah pasal benda ni yang diorang kesah pasal entertainment. before this memang tak realise pasal benda ni tapi bila baca baru terfikir. my bad.

    btw, pasal gambar kat fb tu memang tak patutlah kan sebenarnya questions camtu. tak membawa kepada apa-apa kebaikan je. its like benda agama diorang buat main-main pulak haih. that's why aku tak pernah pun melibatkan diri dengan questions tu.

    BalasPadam
  27. ramai yg memandang ringan tentang ini...
    "ala aku cakap je bukan percaya betul2 pun"
    hurm...

    anyway suka entri ini...
    kudos!!

    BalasPadam
  28. erkk..aku baru je suruh member2 blogger lain mengucap semula semalam kalau diorang percaya karma. alih2 entri ko harini sebijik mcm discussion aku ngn diorg..

    karma tu kepercayaan buddha..iaitu apa2 perbuatan baik atau jahat yg dia buat, akan dibalas balik di dunia jugak..

    rukum iman percaya pada Qada' dan Qadar, iaitu ketentuan dan ketetapan oleh Allah terhadap kita..bukannya karma..

    thumbs up atas usaha membetolkan balik pegangan songsang masyarakat kita yg semakin sesat setiap hari..

    kepada yg lain2, kalau nak jugak kaitkan karma dgn qada' dan qadar..baik mengucap lg sekali je la..lagi baik..

    BalasPadam
  29. haah la..baru tersedar..senang cakap, klu diri tu rasa teraniaya, ingatlah bahawasanya Allah maha adil..setiap amalan baik buruk ada balasannya..takde maknanya karma2..

    BalasPadam
  30. info yang memang terbaik perahannya!!

    BalasPadam
  31. ahaha. aku lepas blajar world religion baru aku tau apa maksud karma. pastu ada kawan post kt pesbuk yg dia caya pada hukum karma blaa blaa, then aku komen, karma yg dlm buddhism tu? pastu dia kata eh tak, ni karma yg kau buat jahat esok2 kau kena balik jahat kau. lol. isn't it the same meaning as in hinduism and buddhism? aku malas nak bertekak dgn dia kang org kata mcm bagus2 lak minah ni. aku pon mls nk komen agi. harharrr.

    thx abg papanda garang sbb post entry psl ni. huehue.

    BalasPadam
  32. xpasal2 ada komen kamasutra ;p

    BalasPadam
  33. kwn2 aku suke gak sebut bnde nih..haihh..
    pnh bce pasal karma ni dlm iluvislam dan share kt kwn..taktau la mereka phm ke tak..

    *buat baik dibalas baik, buat jahat xsemestinya akn dibalas jahat if mereka da insaf..

    BalasPadam
  34. org yg percaya sangat dgn karma ni konfom tak menghayati rukun iman betul2..cer ko tanya bape orang yang masih ingat keenam-enam rukun iman..ntah2 terkial2 nak sebut sebab tak engat..

    BalasPadam
  35. hey ~ pada sye hukum karma ni hanyalah nama seperti Boyle's law ke archimedes principle ke tapi pada hakikatnya ianya adalah sunnatullah atau hukum alam .. wallahuallam ;D

    BalasPadam
  36. hmmm.. bagos jgk entry ni.. pd basicnya bg sy karma ni stu konsep buat baik dbls baik. buat jht balas jht. ckuplh phm dri sudut tu shj. xperlu cmpur ngn kpercayaan hindu yg jht akn dilahirkn jd haiwan n so on la. syirik plak kn.lgpn dlm sume agma ajar bnde baik.so sbg muslim kite kne brpegang la dlm konteks stiap pmblasan dn ap yg brlaku tu adalah sunnatullah, kifarah dri Allah (cth derhaka kt ibu bpa dpt cash payment ats dunia) dn mngkin dugaan utk kita.skdar pndpt..

    BalasPadam
  37. saya tak percaya pada hukum karma
    tapi
    saya percaya pada Qada' dan Qadar ALLAH S.W.T ^_^

    BalasPadam
  38. @MJ

    Saya suka ayat awak yg terakhir!=)
    kita tak boleh menilai orang tu dgn sikap yang dia lepas2 kerana dalam hatinya tetap ada rasa keinsafan dalam hati.
    ORANG JAHAT TAK SEMESTINYA JAHAT SENTIASA.=)

    BalasPadam
  39. dlm islam kita xada karma..tp dlm islam kita ada "balasan" means buat baik, balasan nya baik la, buat jahat balasan nya..ada la balasanya..hehe..Allah kn maha adil..if someone kena anaiya contohnya, then org lain ingat dia jahat padahal x..org yg anaiya dia ada la balasan nya, tak didunia, diakhirat kelak..sy nk ckp pon ilmu blum cukup byk lg..
    cuma...kalau nak ckp org bt jahat xkena blas apa2 itu tak btl, sbb kita ada dosa dan pahala, sbb 2 ada hari pembalasan di akhirat kelak.. :) cuma dlm agama kita xada la 'karma' dlm agama kita ada 'balasan'
    maaf kan sy klo sy salah..btl kn sy klo sy slh..yg baik dr Allah, yg teruk dan buruk mestila dr sy.. :)

    BalasPadam

Komen yang nak diletakkan lepas 14 hari selepas entri tu diterbitkan, akan diletakkan dalam mod pengesahan terlebih dahulu untuk mengelakkan spamming

More

SEARCH

MESEJ RINGKAS

Creative Commons License
This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International License.
Based on a work at http://www.arcx13.com.
Permissions beyond the scope of this license may be available at https://www.facebook.com/arcx13?ref=bookmarks. Dalam BM, korang tak boleh copy langsung melainkan ada kebenaran