Hai Kitew Shuweet Couple

Setelah sekian lama...




Yes akhirnya episod Kajian Kes Facebook kembali semula tapi kalini akak pulak yang tulis sebab abang panda ada 2 test minggu ni so dia tengah berguling-guling atas katil tu sambil berfikir yang kononyya berguling-guling tu boleh bagi dia A+ untuk 2 subjek test minggu ni. Anyway, harini akak nak cerita lagi pasal fanpage Facebook yang direka khas untuk anak-anak muda


See shuwit kan anak-anak muda sekarang? Eh, akak pun muda jugak tapi akak okay je single. Bak kata mak Abang Panda dulu; diri sendiri tu pun mak belikan spender, ada hati nak gatal-gatal dengan anak orang. Entahlah bebudak sekarang ni, seronok agaknya dapat populariti dengan diletakkan gambar diorang pada page.

Berikut ialah info pasal page ni..

Pengakhiran Movie Finding Nemo Yang Sebenarnya

Dah lama aku nak update benda ni lepas nampak info dalam majalah Salient tapi disebabkan assignment masih tertunggak maka terpaksa ditangguhkan. So aku dah siap assignment bolehla update blog laju-laju sebab minggu depan ada 2 test pulak.

 fakta sebenar finding nemo

Bagi mereka yang tak pernah tengok lagi cerita ni, ini bagi aku ialah satu kartun Disney yang paling berjaya sebab dia berjaya membuatkan aku tersedu-sedan haha. Secara pendeknya, cerita ni ialah pasal seekor clownfish bernama Nemo yang ditangkap oleh pengumpul ikan lepastu bapak dia merantau beribu batu untuk dapatkan anak dia balik. Yelah siapa tak sayang anak kan?

Dalam cerita ni, bapak Nemo, seekor clownfish jantan, dan Nemo, seekor clownfish jantan juga merupakan watak utama dalam cerita ni. Pada akhir filem, ditunjukkan yang Nemo dapat diselamatkan dan hidup happily ever after..

Namun begitu, ianya terlalu happily ever after...

Bantuan Kajian Statistik dan Psikologikal

Seperti mana yang sesetengah korang telah nampak atau buat-buat tak nampak kat page Facebook aku, ada satu status yang meminta kerjasama para bloggers sekalian yang berminat untuk menyertai satu research di mana apa yang peserta buat hanyalah buat screenshot dengan menggunakan photoscape atau mana-mana software atau program komputer lain yang berkeupayaan untuk berbuat demikian

Eksperimen yang akan dijalankan ni mempunyai 2 bahagian di mana bahagian pertama yang telah dinyatakan tadi  hanya akan melibatkan masa tidak lebih daripada 5 minit; dan bahagian kedua pula akan diberitahu kemudian untuk mengelakkan result bias yang berpunca daripada peserta.

In case ada antara korang yang nak kata "Eleh nak gunakan kita letteww untuk dia lulus kerja kursus dia". maka saya minta anda menyimpan pemikiran itu dalam tong sampah kerana kenyataannya ini ialah satu kajian suka suka yang menggunakan statistik dan bakal menyokong dan juga menyebabkan persepsi ramai bloggers Malaysia akan berubah setelah bahagian kedua kajian ini disiapkan.

Report penuh akan diterbitkan pada hujung Jun disebabkan sekarang Victoria University of Wellington masih dalam proses menghabiskan sisa-sisa test dan sedang menghadapi bulan peperiksaan final. Jadi dalam erti kata lainnya aku sedang busy, otherwise boleh disiapkan dalam masa seminggu je benda ni,  dengan  mengandaikan bahawa saya mendapat kerjasama penuh daripada anda semua.

Para peserta akan diberi instruction penuh melalui email yang akan disertakan dengan borang dalam format docx untuk diisi. So far dah ada 10 bloggers yang sign up. Dan disebabkan aku hanya perlukan 30 maka lagi 20 orang diperlukan asap

Ini ialah kajian tentang benda baru. Korang takkan jumpa kajian seumpama ni di Google Scholar. Believe me, I did. So, 30 orang ni akan jadi bantuan yang sangat besar dalam sumbangan kajian ni. Okay dah cukup kot akumerepek. Ingat, aku masih perlukan 20 orang. Bila dah cukup barulah semua borang akan dihantar dan kajian boleh dijalankan.Daftar diri anda di link bawah ni

LIVE Streaming TV dengan Raacuun

Berita baik untuk mereka yang bekerja tapi tak gheti gheti nak menyiapkan kerja di pejabat dan terasa nak tengok TV; dan juga untuk pelajar overseas macam kami yang memang terang-terang takde TV Malaysia dekat sini.

Memperkenalkan, LIVE Streaming daripada...

live streaming tv malaysia racuunn

Ini betul punya LIVE streaming kot sebab masa aku tengok drama Melayu ni, jam New Zealand menunjukkan pukul 7 pagi so di Malaysia seharusnya 3 am. Sekarang ni TV3 memang tunjuk drama Melayu pagi-pagi buta eh?

Yang menariknya streaming TV ni dia letakkan pada page Facebook dan bukannya pada spesifik website. So, tiada iklan iklan yang annoying dan berat seperti sesetengah laman sedia ada yang maha berat tu. Korang hanya perlu 'like' page tersebut dan bolehlah tengok live streaming terus dari laptop atau komputer asalkan korang ada internet connection

Penerima Wang Group Login Facebook Dapat 4 Juta Dolar

Kalau korang rajin tengok kawan korang like like page Facebook atau masukgroup yang pelik-pelik di Facebook, aku rasa ada chance 80% yangkorang wajib pernah tengok ada makhluk dalam news feed yang join benda-benda yang bertajuk seperti "Login Facebook Dapat 4 Juta Dolar" kan?


Macam gambar di atas ni, siap ada step untuk dapatkan berjuta-juta dollar hanya dengan login Facebook. Sebab apa? Sebab bisnes bisnes (?) macam ni pernah bukak booth dekat universiti universiti terhebat di Malaysia, di ekspo, dan macam-macam tempat lagi. Siap ada website woh maka ianya perniagaan sah..

Kita takpernah dengar orang yang  join benda ni betul-betul dapat 4 juta dolar! Dengan bantuan abang dzaquanimran kita yang peramah lagi tidak lokek berkongsi ilmu mendapat jutaan dollar


Tapi kalau anda masih tak faham bagaimana caranya untuk mendapatkan atau nak check di mana duit 4 juta dollar tersebut akan muncul, jangan malu! Silalah bertanya sebab bak kata pepatah Melayu, Malu bertanya sesat jalan.

4 Langkah Report Blog Wordpress Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara as Offensive

Aku dah memang janji dengan diri sendiri sementara busy ni aku taknak update apa-apa. Jadi aku memang tak publish draft aku langsung. Tapi, tengahari ni masa memberikan tips menyamak perut daripada meatballs ikea Malaysia, aku terjumpa ni.


Disebabkan Melayu mudah lupa, dan majoriti orang Islam di Malaysia ialah orang Melayu, meh sini saya ingatkan kalian bahawa tragedi seumpama ni, di mana blogger menggunakan hak Freedom Of Speech untuk menghina agama dan kitab suci Islam telah pun terjadi dulu. Ingat lagi Adibah Ahmad (entri tahun 2008 semasa aku baru kenal blogspot)? Bukan orang lain pun, orang Islam jugak yang buat sendiri. Katanyalah kan dia orang Islam.

Begitu juga dengan Mak Cik Hajjah Sitt Al-Wuzara ni yang mengaku dirinya Islam. Lihat screenshot dibawah tentulah korang boleh membacanya sendiri kalau tak takkan masuk blog aku


BTW makcik, rahsia ni makcik tahu dari mana la. Mental sungguh dia ni. Jadi, sebagai seorang muslim yang comel lagi ingin menjaga kesucian agama Islam kita daripada photoshopping yang buruk dan juga tuduhan-tuduhan hina terhadap Islam, marilah kita berduyun-duyun melaporkan blog itu sebagai offensive. 

Melawat Muzium Freemason New Zealand

#INTENDED SARCASM LOCATION-INVARIANT

Cakap pasal Freemason, mesti kening kiri korang dah terkuit-kuit macam cacing dah kan? Cakap Freemason je kita membayangkan penganut Illuminati, organisasi rahsia, world domination, Dajjal lah ape lah. Meninggalkan itu semua untuk korang peningkan kepala sendiri, aku nak cerita pengalaman aku masa Backpacking Around South Island tahun lepas untuk korang baca.

arrowtown freemason malaysia

Arrowtown ni letaknya di Queenstown, South Island New Zealand. Ianya mula ditubuhkan pada tahun 1861 apabila seorang brader bernama Jack Tewa terjumpa emas. Maka dari situ bermulalah aktiviti melombong emas sehingga terbentuknya sebuah bandar, di mana zaman tu Gagasan Tanah Melayu masih lagi belum ditubuhkan. Kertas kerja pun takde. Itu sejarah dia.

Nak dijadikan cerita, turun saja kami dari kereta, aku terpisah dengan 4 member aku yang lain sebab aku pergi carik jamban untuk menghasilkan emas sendiri. Sebaik je keluar tandas, aku baru perasan line Vodafone NZ disitu tak berapa kuat akibat kekuatan kuasa jahat Freemason dan Illuminati yang menguasai kawasan ini.

arrowtown freemason pyramid

Masa aku berjalan-jalan di Arrowtown tu, sungguh terasa sejuk ibarat ada sepasang mata yang asyik memerhatikan gerak geri aku. Tiba-tiba guruh berdentum "PIAAAAAARRRRR" dengan kuat sekali walaupun bunyinya macam guruh filem Hindustan. Hujan pun turun dengan renyai-renyai lalu aku melarikan diri ke tangga berdekatan untuk mencari kawasan berteduh. Maka aku telah dipertemukan dengan piramid Freemason! Alangkah takutnya aku, sungguh kuat kuasa gelap di Arrowtown ini

4 Lagu PalingTak Best Dalam Ipod Aku

Harini satu lagi entri personal tapi tak berapa personal sangat sebab mungkin daripada entri ni korang boleh dapat sesuatu agaknya. Entahlah terpulanglah sebab kali ni aku nak cerita pasal Anugerah 5 Lagu Paling Bodoh Dalam Ipod Touch Aku.

Sebelum tu korang kena tahu aku download lagu lagu ni bila dia keluar dekat billboard.com so aku just nak dengar apa yang bagusnya lagu-lagu ni, bukannye sebab aku minat. Lagi satu, ni blog aku dan pandangan peribadi aku; bukannya laman web rasmi berita terkini whatever. Here goes:
_________________________________________
#4 – GRENADE by BRUNO MARS
_________________________________________


Sape tak pernah dengar lagu dan tengok video klip ni? Semua pernah aku rasa tapi secara ringkasannya, video klip dia pasal Bruno Mars mendaki bukit tarik piano nak bagi kat awek dia, lepastu nampak awek dia curang, pastu dia frust menonggeng sambil bawak balik piano besar gedabak tu. Bagi perempuan memang nampak sweetlah tapi bagi aku yang skeptical ni, bila baca lirik dia:

Cause what you don't understand is
I’d catch a grenade for ya (yeah, yeah, yeah)
Throw my hand on a blade for ya (yeah, yeah, yeah)
I’d jump in front of a train for ya (yeah, yeah , yeah)
You know I'd do anything for ya (yeah, yeah, yeah)

Kita ni nak carik awek biarla yang baik baik sokmo. Kalau ada orang nak bom awek kita tu, dah nampak sangat la awek kita tu memang jahat gila. Ingat bom tu murah ke senang-senang nak baling kat orang? Haha. Yang part keretapi tu pulak, sebuah keretapi lokomotif mempunyai berat sebanyak 44 sehingga ke 500 tan (WikiAnswer, 2011). Kalau kau, dengan kaum kerabat kau lompat antara awek kau dengan keretapi pun, still semua orang akan mati dengan dahsyatnya

_________________________________________
#3 – THE TIME (DIRTY BIT) by THE B.E.P
_________________________________________


Okay dulu aku sangat addicted dengan lagu ni sebab dia memang stail lagu laju-laju dan aku pulak tak suka lagu slow dan leleh-leleh. Aku tak ingat video clip dia macam mana dan aku tak ada hal dengan lirik dia. Kecuali bila di pengakhiran lagu ni, korang akan dengar:

Welcome, this is the beginning
For every ending, is a mega starter (line ni xsure sangat)
When they bring the dark we bring the light
Let let let's go

...dalam suara yang serupa macam cerita 'The Exorcism of Emily Rose'. Pada sesiapa yang tak pernah tau tu cerita apa, itu cerita yang melibatkan proses paderi Kristian nak menyucikan sorang minah ni daripada rasukan setan dan puaka pokok ketapang belakang rumah dia. Tapi, kenapa ayat terakhir tu perlu ada demonic voice terbabit? Terus aku letak dalam list lagu tak best.

Bercakap pasal lirik, ada sorang artis ni yang cliche nak mampus dalam lagu dia. Persembahkan...

Aplikasi Auto Retweet Triberr.com


Oklah dah lama aku tak buat tutorial maka kali ni aku nak hajar korang untuk join satu webservice twitter yang sangat cool dimana ahli-ahli kepada group boleh retweet entri blog korang secara automatik. Menurut website tersebut, dia masih tak ada persaingan tapi ada antara kita yang tahu twitter ada WhiteMerpati cumanya WhiteMerpati tu aku nampak bias gila. Siapa gila trafik dan ada twitter, benda ni memang sesuai gila untuk korang. Yang tak berapa gila trafik dan nak sampaikan mesej ke dunia dengan meluas pun boleh guna benda ni.

STEP 1 - DAFTAR TRIBERR.COM

Langkah pertama ni sangat unik sebab korang takkan boleh join tanpa ada invitation. Korang tak boleh suka suka masuk dan wujudkan puak (tribe) baru tanpa menjadi ahli kepada puak yang dah sedia ada. Kalau dah ada invite code, klik pada "I have an invite code"

STEP 2 - DAFTAR DENGAN BETULIni untuk membolehkan korang import entri blog dan berjaya di-retweet oleh ahli puak korang. Kalau salah setup, maka sia-sia je korang join jadi ahli puak. 2 benda yang wajib ialah:
  • RSS FEED - Ini untuk import entri blog
  • CONNECT TWITTER - Ini untuk korang retweet blog orang lain.
TIPS RSS FEED
Untuk default RSS bagi mereka yang gunakan blogspot, RSS korang ialah  http://namablog.blogspot.com/feeds/posts/default?alt=rss

Untuk default RSS bagi mereka yang nak entri blog berlabel tertentu sahaja di-retweet, gunakan format
RSS 2.0: http://www.namablog.blogspot.com/feeds/posts/default?alt=rss/-/labelatautag
Maka lepastu bila dah siap, dan nampak muka korang dah ada dalam senarai ahli macam gambar kat bawah ni, kiranya korang dah berjaya menjadi ahli puak! Maka lepastu bila korang update blog, website ni akan tarik 'feed' blog korang lalu akan di-retweet-kan oleh ahli lain yang sedia ada. Goyang kaki je lah.

______________________________________________________
SOALAN KERAP DITANYA AHLI PUAK AKU
______________________________________________________

Of Birthday Cake and Card

PERSONAL

So, today is 13th May and it's Friday, and there are no other person that could resemble these two features better than Jason of Friday the 13th and Rebecca Black.

That would be pretty lame because it is my birthday today. Yes sir, I was born on 13th May and I am pretty much go against racism. In case any of you are wondering why Ive been using panda as my signature all this time, it's because Pandas are black and white, and also Asian.

Anyway, birthdays are not birthdays unless they have cakes and cards. Only that, mine is more awesome than any of you ever had. Here is a photo of my birthday cake


This cake is called the Creator and was ordered from Wellington's Cuba Street Hellpizza store. Its pretty cheap too, ONLY NZD20, which  is equivalent to RM47.37. Superb.


last but not least, here's a photo of my birthday card. The only thing that's interesting about this birthday card is it does not have any birthday wish on it, nor in the content. This one was purchased at NZD115 (RM272.39). Really cheap for a birthday card

Just so you know, Im having a birthday party at 11 a.m today. No balloons and clowns, only papers, pencils, pens, and fear. Oh, and the party is named " PSYC231 Test 3"

Happy 13th birthday for me. Still young and kicking asses.

Bikini Australia Cap Dewi Lakshmi Devi

Aku dah la tak tidur, tengah-tengah layan Moccha pepagi buta ni sambil baca surat khabar, ternampak satu tajuk berita yang agak menarik di mana seorang pereka design di Australia telah pun mereka bikini yang berlambangkan Dewi Lakshmi.
NOTA: Jangan klik Bacaan Penuh kalau tak nak tengok gambar model berbikini


Just so you know, Lakshmi (Laxmi, as spelled by others), due to Hinduism, is the goddess of wealth and prosperity. So pada pemahaman aku, kalau orang Hindu nak kaya dia sembah Dewi Lakshmi kot. Ok, so kesimpulannya ini ialah salah satu daripada Tuhan-Tuhan orang Hindu.

Gambar Bilik Tidur Lelaki

Entri Personal

Obviously, aku malas mahu menaip sebab tangan aku busy dengan assignment, jadi aku nak berkongsi gambar je sebab kalau aku tak busy, aku takkan share gambar ni. Agak paradoks ayat itu.





How to be a Popular Woman Blogger

Oh well, it is not really an update; this thing has been long known but only fews have the courage to write about it. FYI, I dont really mind if anyone ever read this blog post cuz Im in hurry for school and I just needed to write.

Karl Marx. Source: rightwingagenda
Have you realized that our beloved blogosphere has become something that Marx said on capitalism?


"The rich gets richer, and the poor gets poorer"

This is simply because I see there are more and more these so-called fashionista blogs have come up from days to days. I dont have to name them because they are certainly on your blog list. Oh, and if you dont, congratulations on freeing your mind from the enslavement of today's fashion disasters. but it is probably on your bloglist's bloglist. Its not that hard to find.

Now, how's this related to Marx's phase? Well, you know fashions need money. You can't simply go to bundle shops and ask for a Hana Tajima shawls or whatever it is you are looking for. It is just not right especially for the ladies. And as far as I concern, there are no second-hand shops that make these fancy stuff available on their stores - not even online ones. If there is any, guess what, wearing a used shawl is equivalent to wearing a used boxer. They both touch our 'well-groomed' hair only the thing that matters in this context is which hair. So, I conclude here only those who have money will succeed in setting up these kind of fashionistas blogs.

Blogger Artis VS Blogger 24 Jam

Pergi mana-mana dalam blogosphere ni mesti ada antara kita yang pernah nampak entri-entri yang mencemuh sebilangan blogger yang dikatakan berlagak sebagai artis. Janganla tipu kalau tak pernah nampak sebab benda ni bukannye isu baru pun. Dah naik lapuk tapi masih diperkatakan orang ramai.


Antara ciri blogger artis yang bajet diva selalu diperkatakan ialah
  • tak balas komen pada entri sendiri
  • tak pergi komen balik dekat blog orang tu
  • tak balas tweet pada twitter
  • tak balas blogwalking
  • bila orang dah tulis pasal dia baru terhegeh-hegeh nak datang
Bila aku tengok point-point yang pfftt ini maka aku terus rasa jengkel. Dengan entri yang terlibat dan dengan blogger-blogger yang terlibat. Kalau korang tergolong dalam kumpulan yang aku cakapkan ni itu hanyalah secara kebetulan dan aku takdepun mention nama sesiapa dalam blogpost kali ni. After all, aku cipta blog ni bukan sebab aku nak kipas punggung korang.

Laporan Penuh MAX247 M Pop Malaysia

LAPORAN KAK FENNY LAGI
Pfftt...lama-lama blog ni jadi dia punya

"Tamin, aku bosan lah. Apa nak buat eh"
"Marilah kita tubuhkan band!"
"Ala band apa. Aku ni main rekoder pun setakat nota lagu Tiga Kupang je"
"Alah kau kan hengsem. Aku pun kacak. Jom buat boy band"
"Boy band is so Tomok and outdated. Jomla buat benda lain yang original"

Akak memang jenis yang senang bermimpi ngeri. Bukan kerana akak tak reti basuh kaki sebelum tidur tapi kerana akak memang senang meracau-racau di kala tidur walaupun tanpa menonton filem seram. Biasanya akak mimpi ngeri kalau tengok cerita Sundel Bolong tapi kali ni lain sikit sebab akak mimpi bila tengok gitar kapok bertali rusuk.

Source
Oh Maii/ Sebagai seorang wanita (?) bernaluri normal, akak sangat tak keruan dibuat dek gambar ni tau. Tengoklah abang tengah tu pakai celak, rambut karat, mandi wajib macam mana agaknya. Ini band K Pop versi lelaki pulak sebab semalam akak dah cerita pasal K-Pop versi Perempuan; GulaGula.
Diorang ni mesti rajin pergi gym. Almaklumlah artis

Gambar ini sangat menyentap jiwa kewanitaan akak, Akak nak bagi anugerah boleh? Yang kiri tu akak bagi Anugerah Tangan-Kiriku-Berjiwa-Motor, yang abang kanan akak bagi Anugerah Badanku-Tegap dan Abang tengah special case akak bagi Anugerah Badanku Lentik. Akak dah cakap, making your photos available on the web means that making it available for criticism. Oh well, akak bukan kutuk ok. Kan ke kak puji siap bagi award lagi heheh.

Bento Panda by NurainHassan

Walaupun blog ini menggunakan tema panda dan penulis pun menggunakan nama samaran kedua sebagai Abang Panda, namun tak bermakna saya seorang yang gilakan panda sampai beg pun nak ada gambar panda. Itu sangat pelik sebab saya lelaki. Kak Fenny pun tak boleh nak pakai sebab dia kan vogue tak mainlah benda-benda comel ni.

Namun kami berdua setuju bahawa Bento yang dibuat oleh Cik Nurain Hassan; penulis blog Warna Warni Kehidupanku adalah sangat comel dan berbakat besar. Ini adalah lebih susah daripada melukis sebab kerja ini bagi saya memerlukan skil imaginasi dan penyusunan yang teliti. Cuba tengok gambar hasil kerja beliau


Terbang dengan WaterAsia X dan WaterNewZealand

WATERASIA X SDN BHD
Selamat datang ke Pesawat WaterAsia Sdn Bhd, sebuah syarikat penerbangan maya yang tidak wujud di mana-mana bahagian ceruk bumi melainkan dalam kotak fantasi Abang Panda. Kami menyediakan perkhidmatan penerbangan yang paling terbaik terkedebabom terutamanya di Asia Tenggara.

 lcct airasia plane
Gambar hiasan
Tentunya orang ramai sudah sedia maklum dengan prestasi kami yang menyediakan tambang murah. Sebenarnya, walaupun tambang murah, orang tak ramai pun beli tiket pergi ke Christchurch New Zealand. Tak panjang pun barisan tu (1 Mei 2011)


Maka disebabkan hal ini, kami telah pun menutup satu kaunter pendaftaran yang bernombor 17 kerana pada hemat pengurusan WaterAsiaX, satu kaunter tidak akan mengganggu perjalanan pendaftaran beg dan pemberian pas berlepas.


Menyentuh tentang waktu perlepasan, awal pagi tadi kami telah mengalami kesilapan teknikal dari segi dokumen perlepasan. Jadual yang ditetapkan berlepas pada 8.40 a.m. tidak ditepati malah hanya sehingga 9 lebih baru kami umumkan. Pramugari pula memang standard procedure kami akan sentiasa bermuka ketat dan did nothing untuk menyedapkan hati penumpang. Mungkin drama Jepun "Attention Please" yang menceritakan perihal pramugari ialah tipu semata apabila berbicara tentang etika kerja pramugari.

More

SEARCH

MESEJ RINGKAS

Creative Commons License
This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International License.
Based on a work at http://www.arcx13.com.
Permissions beyond the scope of this license may be available at https://www.facebook.com/arcx13?ref=bookmarks. Dalam BM, korang tak boleh copy langsung melainkan ada kebenaran